My home

19 January 2013

Wacana- Apa kata mereka?

Wacana 1
Gambar di bawahDari kanan Prof Dr Jayum, Kadir Dikoh (moderator) dan Dr Jeneri pada Wacana Pra PRU 13 Siapa Jadi Pilihan ? Yakin pertahan Sabah, Sarawak

Wacana- Pra PRU 13-Program anjuran bersama akhbar BH 
Siapa Jadi Pilihan?: Yakin pertahan Sabah, Sarawak



Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) dijangka mempertahankan Sabah dan Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti. 
Selain itu, PAS pula dilihat tidak mampu untuk melebarkan penguasaannya di dua negeri terbabit, manakala calon PKR gagal menarik sokongan rakyat.


Populariti PM meningkat 


Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Jeniri Amir, berkata berdasarkan kepada hasil kajian pihaknya di tujuh kawasan di Sarawak, sokongan rakyat kepada BN tidak berubah. 

Malah, populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga semakin meningkat. 

“Berdasarkan tinjauan yang dilakukan di tujuh kawasan, 75.4 peratus memilih BN menang di Sarawak, manakala 21.3 peratus yakin pakatan pembangkang akan menang,” katanya pada Wacana Pra PRU-13 yang bertajuk ‘Sabah dan Sarawak, Siapa jadi pilihan?’, anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) di sini, semalam. 


Peranan penting pengundi

Program anjuran bersama akhbar BH itu turut dihadiri Penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Jayum Jawan selaku ahli panel dan Pengarang Berita BH, Kadir Dikoh bertindak sebagai moderator. 

Sementara itu Jayum berpendapat, keputusan dibuat pengundi di dua negeri terbabit memainkan peranan cukup penting dalam memastikan kestabilan politik negara. 

Katanya, pengundi Cina di negeri berkenaan perlu membuat keputusan bijak kerana jika sokongan diberikan kepada pakatan pembangkang ia berdepan dengan cabaran untuk menstabilkan politik negara.

wacana 2

Gambar di bawah:Dari kiri Dr Shamsul Amri, Johan dan Dr Syed Arabi ketika pembentangan Wacana Pra-PRU13: Siapa Jadi Pilihan?....

                                           

Wacana- Pra PRU 13 - Siapa Jadi Pilihan?
Populariti PM menonjol

Kuala Lumpur: Populariti Datuk Seri Najib Razak menonjol dalam kalangan rakyat adalah berikutan prestasinya yang dinilai orang ramai, termasuk program transformasi dan janji ditunaikan kerajaan. 

Pensyarah Jabatan Komunikasi Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Manusia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid, berkata faktor berkenaan diperoleh dalam kajiannya antara Mac 2008 hingga Julai 2012.


Malah, katanya, kajian itu juga menunjukkan populariti Najib terus mengatasi tiga pemimpin pembangkang. 


Kajian itu mendapati populariti Najib meningkat daripada 41 peratus selepas pilihan raya umum Mac 2008 kepada 58 peratus pada Julai 2012 berdasarkan tinjauan kepuasan terhadap pemimpin. 

Sokongan 58 peratus daripada 1,963 responden ditemubual secara bersemuka dari 1 hingga 31 Julai lalu adalah tertinggi jika dibandingkan dengan sokongan diterima Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (47 peratus), Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (34 peratus) dan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (31 peratus). 

Beliau ditemui selepas pembentangan Wacana Pra-PRU13: Siapa Jadi Pilihan? anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) dengan kerjasama BH di sini semalam. 


Populariti Anwar menurun


Syed Arabi dan Timbalan Pengerusi MPN, Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin adalah panel jemputan bagi sesi pertama wacana itu yang dikendalikan Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaaffar selaku moderator. 

Mengulas lanjut, Syed Arabi yang juga bekas rektor UIAM berkata kajian itu dijalankan berperingkat pada Mac 2008 membabitkan 1,654 responden dan 1,370 responden pada Mac 2012 sebelum diteruskan pada Julai tahun lalu. 

Malah, katanya, populariti Anwar pula menurun dari 46 peratus selepas pilihan raya umum Mac 2008, berbanding 34 peratus pada Julai 2012.

saifulfromslim.blogspot.com

No comments:

Post a Comment