My home

22 January 2013

Pilihanraraya dah dekat - pembubaran parlimen hingga penamaan calon - hari pengundian - 17 Feb - 2 Mac


Tarikh Jangkaan PRU ke 13: Pembubaran Parlimen, Penamaan Calon / Hari Mengundi -  17-28 Feb atau 1/2 Mac 2013 

Penganalisis politik menjangkakan tarikh terdekat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen adalah sekitar 17 hingga 28 Februari ini.
Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, bahang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sudah dirasai.

“Ramai meramalkan sekitar 17 hingga 28 Februari ini perdana menteri akan bubar Parlimen, dan PRU13 berlangsung selepas itu iaitu awal Mac.
“Hal ini dilihat sesuai kerana banyak perkara sudah sudah diselesaikan seperti hal persekolahan dan banjir juga sudah pulih. Apatah lagi tempoh matangnya juga sudah berada di penghujung,” katanya.
Menurutnya, PRU13 adalah pilihan raya paling sengit pernah dihadapi BN dan menjadi cabaran besar juga kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk mengekalkan kemenangan mereka di negeri yang telah dimenangi pada 2008.

Sementara itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian juga berpendapat sama iaitu PRU13 sudah hampir.
Katanya, semua pihak sudah membuat persediaan akhir dalam menghadapi PRU13.
“Seperti mana kita tahu, PRU13 adalah paling sengit dan sudah pastinya semua parti politik akan membuat persediaan sebaik mungkin.

“Begitu juga dengan anggota keselamatan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan agensi lain,” katanya.
Bagaimanapun, beliau percaya BN masih ada kelebihan untuk menang dan mentadbir kerajaan masa hadapan.
“Bagaimanapun, PRU13 ini beri cabaran getir buat mereka, berapa jumlah kerusi dan kawasan mana yang mampu dimenangi,” katanya.



Boleh ke BN dapat 2/3 Majoriti dan apa cerita pasal 70 kerusi panas...

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) perlu memfokus ke atas 70 kerusi, yang menyaksikan perbezaan tipis pada Pilihan Raya Umum 2008, jika perikatan mahu mendapatkan kembali majoriti dua pertiga di Parlimen kali ini.
Tujuh puluh kerusi itu adalah kawasan di mana BN menang tipis atau kalah tipis lima tahun yang lalu.
Kerusi-kerusi itu juga menjadi tumpuan pembangkang dalam usahanya melebarkan sayap ke Putrajaya.
PRU13 disebut-sebut akan diadakan akhir Mac ini. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, PRU13 peringkat persekutuan perlu diadakan menjelang akhir Jun ini.

Sehubungan itu, Presiden Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, BN perlu cukup teliti dalam meletakkan barisan calon di kerusi-kerusi kritikal dan mengatur strategi secara berkesan supaya kekecewaan 2008 dapat ditebus kembali dengan kemenangan pada PRU13, yang dilabel sebagai 'ibu segala pilihan raya'.
“Jadi calon-calon yang dipilih kali ini bukan sahaja calon mesti menang, dari segi totalnya mereka mesti bersih sebersih-bersihnya. Putih seputih-putihnya.
“Sebab itu calon mesti tepat. Mesti yang tidak membawa beban yang boleh membebankan parti, membebankan parti, membebankan Barisan Nasional, membebankan pucuk pimpinan.
"Mereka mesti telus, bersih, betul-betul suci daripada sebarang masalah untuk hendak bertanding kali ini. (Jika tidak) seluruh parti akan merasa kesannya,” kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Menyifatkan pertarungan PRU13 amat sengit saingannya, Abdul Aziz berkata, program transformasi dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah berjaya menyentuh hati rakyat secara keseluruhannya.
Meskipun begitu katanya, cabaran besar tetap menanti BN dalam mengatur langkah di 70 kawasan kritikal yang menjadi penentu kemenangan besar parti itu di mana usaha berlipat kali ganda perlu dilakukan supaya ia tidak terlepas ke tangan pembangkang.

“Sasaran yang menjadi rebutan, 70 kawasan Parlimen itu. Jadi gerak geri strategi Barisan Nasional mesti tertumpu kepada penembusan 70 kawasan itu untuk menentukan mereka menang di situ. Kerana memang benar, jika tidak ada gerak kerja, yang benar-benar mantap,
70 kerusi ini akan menjadi medan yang kabur yang boleh menyebelahi sana atau Barisan Nasional.
“Jadi cara yang benar-benar tepat ialah orang yang hendak menjadi calon di situ, mesti tepat dan pada masa yang sama, program pembangunan di 70 kawasan ini mesti lebih mantap untuk ditentukan oleh pihak kerajaan sedia ada sekarang ini,” ujar beliau.
Akhir November lalu, Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin menjangkakan BN akan memperoleh 120 kerusi jika diadakan November lalu, sementara 24 kerusi dalam keadaan “kelabu”.

Beliau juga mengakui bahawa walaupun keputusan kali ini akan memperlihatkan majoriti mengecil tetapi kemenangan masih akan memihak kepada BN.
Empat tahun lalu, BN memperoleh 140 kerusi, manakala pembangkang 84. Ia pencapaian terburuk dalam sejarah BN. 

Berdasarkan statistik semasa, BN memiliki 137 kerusi, manakala PKR (23), DAP (29), Pas (22) dan Parti Sosialis Malaysia (satu), Bebas (lapan) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (satu). Satu kerusi kosong.
Sementara Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff sebelum ini pernah meramalkan BN hanya selamat di 96 kerusi manakala PR pula selesa dengan 68 kerusi sementara selebihnya akan menjadi perebutan di antara kedua-dua perikatan itu.
Jangkaan itu juga bermaksud, BN dan PR berhadapan dengan kemerosotan berbanding kerusi dimenangi empat tahun lalu.

Namun Najib, selaku Pengerusi BN dan Presiden Umno, dalam Perhimpunan Agung Umno 2012 buat kali pertama menyatakan keyakinan BN akan menang dengan majoriti dua pertiga dalam PRU13 jika tiada unsur sabotaj.





Pandangan Penganalisa pada Peluang Kemenangan - BN atau PR pada PRU 13

Pada hari sama, di ibu negara telah berlangsungnya satu wacana Pra PRU13 : Siapa Jadi Pilihan?, anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) yang menyaksikan beberapa penganalisis politik terkemuka membentangkan hasil kajian masing-masing berhubung potensi dan pilihan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurut penganalisis politik veteran, Profesor Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid, Barisan Nasional dilihat punya kelebihan untuk mengekalkan tampuk kuasa di Putrajaya pada pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun katanya, tiada jaminan khusus bahawa jangkaan itu akan kekal begitu memandangkan kedua-duanya, BN dan Pakatan Rakyat masih berpeluang untuk merebut undi mereka yang masih belum membuat keputusan atau pengundi atas pagar yang agak besar jumlahnya.

"Jika ada parti yang boleh 'swing' pengundi atas pagar ini, maka parti itu lah...," ujarnya.

PRU13 yang disifatkan ibu kepada segala pilihan raya, dilihat sebagai sengit antara BN dan PR. Ia perlu diadakan sebelum akhir Jun ini jika Parlimen terbubar dengan sendiri pada 28 April.

Tetapi ramai meramalkan ia akan dibubarkan bulan depan dan pilihan raya akan dipanggil Mac ini.

Dalam pada itu, pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak, Dr Jeniri Amir berkata, Pakatan Rakyat bakal berhadapan laluan sukar demi mencapai cita-cita politik mereka untuk menawan Putrajaya.

Sebelum ini Pakatan Rakyat menjangkakan mereka akan menang 105 kerusi Parlimen secara keseluruhan.


No comments:

Post a Comment