My home

05 September 2012

Moral dan kebiadapan rakyat - Siapa harus disalahkan?

























Orang Malaysia dah mula berani. Masing-masing nak hidupkan hukum rimba di Malaysia. Ada tangan gaib yang selalu menggalakkan orang awam dan anak muda serta golongan pelajar melanggar undang-undang. Yang menghairan ada peguam-peguam parti politik melibatkan diri untuk pertahankan salah laku mereka. Macam model sambilan yang dituduh memijak gambar pemimpin utama negara dapat bantuan peguam DAP ketika wanita itu menyerah di Balai Polis. Apa nak jadi dengan sikap membangkang yang sentiasa menyokong tindakan liar dan biadap orang-orang Malaysia yang jelas memang negatif dari aspek moral dan sivik nie? Polis yang menyiasat sentiasa dituduh tidak efisyen kononnya menjalankan penyiasatan mengikut arahan pihak kerajaan untuk menginaya kerabat dan peyokong pembangkang. Salah laku masyarakat awam yang dilakukan tak pernah terjadi seteruk ini sebelum adanya parti keadilan rakyat terlibat dalam komposisi gabungan parti-parti pembangkang. Tak payah le tuduh pihak polis tidak adil sebab budak kecil berumur enam tahun di tadika pun tahu jika buka seluar dan menunjuk bontot dikhalayak ramai tu perangai orang jahat. Bayangkan jika budak yang menunjuk bontot nie jadi pemimpin negara satu hari nanti. Adakah dia nie akan menjadi pemimpin yang baik atau pemimpin bersifat gangster dan boleh merosakkan negara. Golongan memijak bendera nie jelas semuanya penyokong pembangkang. Adakah mereka ini layak menjadi genarasi yang boleh membantu negara untuk berjaya, maju dan bergelar pemimpin yang berpotensi dan bermaruah. Sape orang yang mencipta bendera nie. Semua orang tahu dari parti politik mana dia nie. Bahaya betul dengan parti politik yang satu nie. Moral penyokong mereka sentiasa pelik dan ganjil dan ada kalanya terlalu kotor dan keji. Mereka asyik tuduh orang umno jahat dan keji. Betul ke? Cuba bandingkan dengan seadil-adilnya. Orang awam pun boleh menilai dengan mudah. Kasihan parti pembangkang macam PAS dan DAP walau pun dari dulu suke membangkang tapi cara mereka lebih berakhlak sebelum nie. Tapi kini mereka juga terpaksa mengikut trend rakan sepakatan semata-mata nak jaga hati dan menunjukkan mereka sentiasa bersatu hati. Rasanya ramai ahli-ahli dalam komposisi pembangkang ini sendiri menyampah dengan aktiviti liar yang dilakukan ketika perhimpunan-perhimpunan yang jelas lebih berpaksi sikap negatif, jahat dan tidak bermoral. Apa nak buat kerana dah berada dalam satu kumpulan barisan pembangkang terpaksa mengiyakan je perbuatan walau pun dalam hati dan jiwa sebenar ahli-ahli pembangkang dan pemimpin parti tertentu mereka turut tidak bersetuju dan meluat dengan sikap liar dan tak bermoral setengah-setengah pengikut rakan parti sepakatan mereka. Silap-silap haribulan barisan pembangkang akan mengalami kekalahan teruk pada PRU kali ini kerana rakyat Malaysia tak le bodoh dan boleh menilai mana kaca dan mana permata.

Aku kagum dengan sikap dan ketegasan pihak PDRM berhubung kenyataan yang aku paparkan di bawah, moga sifat liar, ganas dan tak bertamadun sebahagian rakyat Malaysia dapat dibendung demi menjadikan negara kita ketahap yang membanggakan sebagai negara yang berjaya dan berdaulat dari semua perkara. Tahniah PDRM...teruskan tugas mulia anda

Masa kompromi berakhir - Polis
Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS dan HUSSAINI AMRAN
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 4 Sept. - "Masa untuk berkompromi sudah berakhir". Itulah amaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap peserta-peserta Janji Bersih yang didapati melakukan pelbagai kesalahan termasuk menghina pemimpin dan mengibarkan bendera baru bagi menggantikan Jalur Gemilang ketika berhimpun di Dataran Merdeka, pada 30 Ogos lalu. Sehubungan itu, penahanan seorang pelajar kolej swasta di Taman Maluri, Cheras, di sini hari ini yang terlibat dalam perhimpunan tersebut adalah amaran bahawa polis tidak akan lagi bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang tidak menghormati undang-undang. Berikutan itu, polis meminta 10 lagi individu yang diburu menyerahkan diri dalam tempoh 24 jam, sebelum gerakan menahan mereka dilakukan. Pelajar berusia 19 tahun itu yang ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari dipercayai individu menunjukkan punggungnya pada gambar Perdana Menteri semasa perhimpunan tersebut. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, berikutan penahanan berkenaan, polis akan memburu semua individu yang gambar mereka disiarkan di media hari ini. Kata beliau, pihaknya akan bertindak tegas dan tidak berkompromi terhadap mereka yang terlibat. "Polis juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai, ibu bapa dan tenaga pengajar kolej itu yang banyak menyalurkan maklumat sehingga individu terlibat diberkas," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Semalam, polis mengedarkan gambar 11 individu yang dipercayai melakukan pelbagai kesalahan ketika menyertai perhimpunan tersebut. Sementara itu, Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, pelajar semester ketiga program Diploma Multimedia Kreatif itu ditahan sejurus tiba dari Batu Pahat, Johor bersama kedua ibu bapanya. Katanya, pelajar terbabit dipercayai tidak hadir ke kelas semalam dan melarikan diri ke kampungnya di Batu Pahat, Johor sebelum dibawa keluarganya ke kolej berkenaan hari ini. Abdul Jalil yang mengetuai operasi penahanan itu berkata, anak bongsu daripada dua beradik itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini. "Polis akan mengambil keterangan pelajar berkenaan bagi membantu siasatan serta menyiasat motif kejadian. Terdahulu, polis telah mengambil dua keterangan daripada dua pelajar lelaki kolej sama sebagai saksi kejadian bagi membantu siasatan tersebut. "Kedua-duanya dipercayai merakam aksi melampau yang dilakukan pelajar berkenaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerbu kolej swasta berkenaan. Dalam pada itu, Abdul Jalil memberitahu, polis menyiasat motif perbuatan melampau pelajar tersebut serta mengesan pakaian yang digunakan pada malam kejadian. "Siasatan awal mendapati pelajar itu melakukan perbuatan tersebut atas kehendak sendiri dengan memberi alasan hadir ke Dataran Merdeka untuk menyertai sambutan pada malam itu," katanya yang menolak kemungkinan tindakan tersebut dipengaruhi tenaga pengajar kolej berkenaan. Jelas beliau, polis sudah mengesan alamat-alamat kediaman 10 lagi individu yang dipercayai turut terlibat dalam perbuatan melampau pada malam itu. "Bagaimanapun, polis belum dapat menemui kesemua individu itu di kediaman masing-masing," ujarnya. Sehubungan itu, katanya, polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi talian hotline PDRM iaitu 03-20319999.

saifulfromslim

No comments:

Post a Comment