My home

04 September 2012

Ambang Merdeka bertukar Ambang Durjana - 2012



Tertarik aku dengan catatan Blog Badut rakyat yang memaparkan cerita perbezaan sambutan ambang merdeka pada malam 30hb Ogos 2012 dengan kebiasaan pada tahun-tahun sebelumnya. Sebagaimana kita sedia maklum ambang merdeka sebelum ini akan kedengaran pekikan MERDEKA MERDEKA dan disetiap wajah jelas ada gambaran kegembiraan semangat kemerdekaan. Tapi tahun ini semuanya telah hilang kerana penglibatan parti-parti pembangkang dalam penganjuran himpunan janji bersih. Pakar demonstrasi Hishamuddin Rais disertai dengan pakar pemidato yang sumbang Mat Sabu mengetuai aktiviti malam itu. Bendera merah putih beredar disetiap ceruk dataran merdeka seolah-seolah mahukan negara ini mirip kearah Singapura dan Indonesia seolah-olah melambai-melambai sistem Republik untuk datang dan mengganti Demokrasi Raja Berpelembagaan. Belum lagi pembangkang menang mereka dah mula melaung-laung slogan yang cukup merisau setiap sanubari insan warganegera ini. Bila ramai rakyat mengkritik dengan kejahilan penyokong pembangkang yang berbangga dengan bendera merah putih ini dan sifat tak bertamadun mereka memijak gambar ketua Negara, mula le permimpin tertinggi pembangkang mula menafikan penglibatan mereka. Bagi aku ini berlaku kerana perancangan penganjuran perhimpunan ini telah memakan diri dan menyebabkan petunjuk awal kegagalan pihak pembangkang salah merancang sesuatu aktiviti yang akan meluputkan cita-cita mereka untuk memenangi PRU ke 13. Perhimpunan ini lebih kurang boleh dikatogerikan sebagai perhimpunan yang disertai oleh pemimpin yang tidak bertamadun dan penyokong-penyokong yang hilang akal. Sampai ada seorang pelajar IPTS sanggup menunjuk bontot dengan membuka sebahagian seluarnya ke muka pemimpin Negara di khalayak ramai. Penyokong-penyokong lain macam orang yang telah dirasuk syaitan iblis memijak-mijak gambar pemimpin utama Negara disertai dengan pekikan yang meluah perkataan yang sunnguh memalukan. Dibawah ini saya paparkan catatan yang saya baca sebagai renungan kita bersama. Pembangkang ingatlah semua ini petanda awal pihak pembangkang akan kalah terduduk dan semua pemimpin pembangkang akan menangis meratap kekakalahan sambil tertonggeng pada PRU ke 13 nanti. Ini bukan salah siapa. Ini adalah kesalahan pemimpin pembangkang sendiri yang merosakkan akidah politik yang sepatutnya baik dan indah menjadi hodoh dan pasti memuakkan rakyat untuk memilih pembangkang sebagai wakil mereka nanti

saifulfromslim

Petikan dari Blog badut rakyat:

Lazimnya malam ambang kemerdekaan negera akan diselang seli dengan pekikan "Merdeka, Merdeka,Merdeka" ataupun lain-lain laungan yang bersifat kenegaraan dan patriotik.Tapi berbeza sekali dengan ambang merdeka yang dianjurkan oleh NGO proksi pakatan pakatan haram tempohari apabila laungan politik kepartian lebih mendominasi suasana malam tersebut.Jelas kedengaran pekikan "reformasi, reformasi" bersilih ganti dengan laungan "hancur, hancur, hancur Najib" mengiringi kedatangan Timbalan Presiden PAS,Mat Sabu manakala di sudut yang lain pula gambar Perdana Menteri dan isterinya dipijak dan dibakar.Kelihatan juga sekumpulan anak muda pro PKR dan PAS berarak dari Dataran Merdeka ke bangunan DBKL yang berdekatan,kelihatan bendera PAS dan PKR dikibarkan langsung tidak menggambarkan suasana malam merdeka sebaliknya lebih kepada malam demonstrasi ala-ala reformasi.Sementara itu,di sepanjang persimpangan jalan di hadapan bangunan DBKL dan Dataran Merdeka juga seperti sengaja dimonopoli oleh geng-geng kuning pro pakatan haram sehingga lalulintas menjadi sesak selama beberapa jam.Budak-budak motor pro pakatan haram bersama teman wanita masing-masing pula berpeleseran di tepi jalan menambah lagi kesasakan lalulintas.

Disebalik rimbun pokok lanskap,beberapa pemuda PKR berbangga menayangkan headband berlogo mata satu bertuliskan Parti Keadilan Rakyat,di suatu sudut berdekatan sekumpulan pemuda pro pakatan haram dengan gah mengibarkan bendera baru yang dinamakan sang saka malaya bagi menggantikan Jalur Gemilang.Di perkarangan bangunan DBKL pula,Mat Sabu dan Hishamuddin Rais bergilir-gilir memberi ucapan politik sambil mendesak pilihanraya bersih diadakan, langsung tiada kaitan dengan sambutan malam kemerdekaan.Suasana malam tersebut jelas sekali kontradiks dengan janji yang ditaburi oleh pihak penganjur Himpunan Janji Bersih yang memberi jaminan tiada unsur politik dalam sambutan anjuran mereka dan tiada ucapan dari mana-mana pemimpin politik.Malah langsung tiada unsur-unsur patriotik atau roh sambutan kemerdekaan tanahair melainkan dipenuhi dengan unsur politik,subversif dan menghina kemerdekaan negara.Sedangkan sebelum ini merekalah yang paling ke depan memprotes penggunaan tema "55 Tahun Merdeka,Janji Ditepati" dengan alasan tema tersebut berbau politik dan tidak bercirikan perpaduan.

Serentak dengan itu,sebahagian besar pemimpin PR menolak tema tersebut dan beralih kepada tema mereka sendiri "Sebangsa, Senegara,Sejiwa" yang diciplak dari risalah perpaduan yang dicipta oleh Kementerian Penerangan.Berbakul-bakul alasan yang mereka ciptakan untuk merancakkan polemik dan pertikaian terhadap terhadap tema "Janji Ditepati" disamping untuk menghalalkan langkah songsang mereka merintis kekeliruan dan perpecahan disaat negara mahu menyambut kemerdekaan yang ke 55.nampak jelas,penganjuran Janji Bersih yang diwar-warkan kononnya berniat suci untuk sama-sama meraikan kemerdekaan negara bukan sahaja gagal menepati janji mereka, sebaliknya telah mengotori sejarah perjuangan anak bangsa.Malam kemerdekaan yang ke 55 ini sepatutnya diraikan dengan penuh gemilang akhirnya tercemar dek kerana mainan politik subversif yang dipelopori Pakatan Haram,selayaknyalah untuk mereka yang terbabit dihukum oleh rakyat dalam pilihanraya umum kelak.

No comments:

Post a Comment