my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

12 February 2012

adalah haram bagi mana-mana umat Islam menerima kewujudan negara Israel

Adalah haram bagi mana-mana umat Islam menerima kewujudan negara Israel
KUALA LUMPUR 11 Feb. - Setelah sekian lama membisu dalam isu kontroversi mengenai sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keselamatan Israel, akhirnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) membuka mulut.
Melalui blog http://presiden.pas.org.my, hari ini, Presiden Pas itu menegaskan, adalah haram bagi mana-mana umat Islam menerima kewujudan negara Israel kerana telah menjadi fardu ain kepada orang Islam untuk membela serta membebaskan rakyat Palestin yang sekian lama dizalimi rejim zionis.

Sehubungan itu, jelas beliau, Pas menolak penyelesaian dua negara dalam isu Palestin-Israel.
"Haram menerima kewujudan negara haram (Israel). Maka Pas yang berdasarkan Islam menolak penyelesaian dua negara iaitu satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.
"Bagi kami, hanya satu negara Palestin sahaja bagi penduduknya yang berhak," kata beliau sebagaimana dipetik dari laman blog tersebut.

Baru-baru ini, Anwar dalam temu bual bersama The Wall Street Journal memberitahu, beliau menyokong segala usaha untuk menjamin keselamatan Israel sekali gus, mengundang kecaman daripada pelbagai pihak.
Namun ketua pembangkang itu berkata, pandangannya selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab yang berteraskan penyelesaian dua negara.
Menurut Abdul Hadi, walaupun banyak negara Arab menerima penyelesaian secara dua negara, tetapi Palestin bukan hak orang Arab sahaja sebaliknya, negara bumi anbiya itu adalah hak umat Islam keseluruhannya.
"Bumi Palestin adalah salah satu daripada tiga tanah suci bagi umat Islam selepas Mekah dan Madinah. Palestin dimuliakan kerana ramai para rasul dilahirkan di situ dan terpijak di atasnya kaki-kaki para anbiya.
"Allah juga menjadikan kiblat pertama bagi umat Islam di bumi Palestin. Di sini juga tempat Isra' dan Mikraj, maka yang layak memakmurkan bumi Palestin ialah mereka yang beriman dan budiman (bukan golongan Zionis).
"Islam mewajibkan penganutnya memegang amanah memelihara bumi Palestin kerana banyak darah para syuhada dari kalangan nabi dan ulama dibunuh Yahudi menyebabkan mereka dilaknat Allah sehingga ke hari kiamat," tegasnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...