my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

13 February 2013

KISAH CINTA DAN KEUTUHAN KELUARGA TUN DR MAHATHIR TUN DR SITI HASMAH


KISAH CINTA TUN DR MAHATHIR 
TUN DR SITI HASMAH


MEREKA berkenalan ketika menuntut di Kolej Perubatan King Edward di Singapura pada 1947. DrMahathir mengakui, cinta mereka bukan cinta pandang pertama, namun menjadi rapat kerana sering belajar bersama. 

“Dia satu-satunya pelajar wanita Melayu, sebab itulah kot (jatuh hati). Ada enam pelajar lelaki lain, semuanya sentiasa bersedia hendak tolong angkat beg dia. Saya pula dibesarkan dalam keluarga yang ramai lelaki, jadi tidak tahu bagaimana hendak ‘tegur’ perempuan. Saya tengok kawan lain tolong angkat beg dia, saya pun buat juga. Tetapi, saya selalu ajar dia (pelajaran), itu yang mungkin membuatkan hubungan kami menjadi rapat,” katanya.. 

Mereka mendirikan rumah tangga pada usia agak lewat bagi zaman itu, iaitu Dr Mahathir pada usia 30 tahun, manakala Dr Siti Hasmah, 29 tahun. 

Dr Siti Hasmah berkata, kelewatan itu disebabkan mereka hanya berkahwin selepas menamatkan pengajian dan housemanship bagi memenuhi permintaan bapanya. 

“Ayah saya tahu mengenai hubungan kami itu. Jadi, satu hari dia telefon saya dan kami berbual mengenainya. Dia minta saya berjanji supaya menamatkan pengajian dulu sebelum berkahwin. Suami saya tamat pengajian pada 1953, dan saya pula pada 1955. Setahun kemudian kami berkahwin,” katanya. 

Lumrah bercinta, ada pasang surutnya. Begitu juga dengan perhubungan mereka sebelum berkahwin. Ketika ditanya mengenai cabaran itu, Dr Siti Hasmahtidak menafikan sepanjang persahabatan itu mereka berdepan pelbagai dugaan, tetapi demi janji yang dipegang sejak sekian lama, mereka berjaya melaluinya. 

Malah, Dr Mahathir turut mengakui seperti pasangan lain ketiak muda dulu, cemburu tetap ada, terutama apabila melihat Dr Siti Hasmah dengan lelaki lain. 

“Ada juga masa berkawan dulu, saya nampak dia berbual dengan lelaki lain, saya cemburu. Begitu juga apabila dia melihat saya bersama wanita lain. Tetapi, lama kelamaan kami faham sebenarnya tidak ada apa yang berlaku. Jadi, perhubungan itu berkekalan,” katanya. 

Dr Siti Hasmah akui, sepanjang perkahwinanmereka, beliau sudah masak dengan tumpuan yang diterima suaminya khususnya daripada orang ramai. Malah, sering kali juga beliau terpaksa ke tepi bagi membolehkan orang ramai yang ingin merakam gambar kenangan bersama Dr Mahathir. 

“Pernah sekali ketika kami ke Suria KLCC, ada sekumpulan wanita yang terserempak dengan kami berasak-asak hendak mengambil gambar bersama dia (Dr Mahathir) sehingga saya terpaksa bergerak jauh ke tepi. Kebetulan saya terpandang ada pasangan yang ketika itu berada pada tingkat atas melihat senario itu dan mereka ketawa melihat keadaan berkenaan, lalu menjerit ke arah saya ‘tak jealous ke Tun?’. 

“Saya juga ketawa kerana apa yang berlaku itu perkara biasa bagi saya. Tiada cemburu, kerana kami saling memahami,” katanya. 

Pastikan perselisihan faham tidak berpanjangan 

Melihat pasangan berkenaan yang saling usik mengusik sepanjang wawancara dilakukan, jelas sekali keserasian dan kebahagiaan antara mereka. Kini sudah lebih 50 tahun pasangan bahagia itu melayari bahtera perkahwinan bersama. 

Namun, Dr Siti Hasmah akui, seperti pasangan lain, perselisihan faham tetap ada. Bak bait puitis lagu Seniman Agung Tan Sri P Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula manusia biasa. Begitu jugalah dengan Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah. 

“Dia selalu komplen, saya lambat (bersiap terutama untuk menghadiri majlis). Kita ni wanita, biasalah banyak barang yang perlu seperti beg dan aksesori yang bersesuaian dengan baju. Jadi itulah yang lewat bila hendak cari yang sesuai. Suami saya pula seorang yang organize. Setiap malam, dia sudah sediakan semua keperluan seperti baju dan kasut untuk keesokan hari. 

“Selain itu, sebagai ibu, kita selalu ada benda yang hendak arah anak sebelum keluar dari rumah, terutama pada waktu malam dan saya juga ada tabiat, mesti tutup lampu bilik sebelum keluar. Jadi, selalu kena marah, masuk kereta masam muka danapabila tiba di majlis tidak bertegur sapa. Namun, akhirnya saya sedar kesilapan yang dilakukan dankami berbaik semula. Tetapi, bagi menyelesaikan masalah ‘lambat’ itu saya suruh dia (Dr Mahathir) yang tutup lampu,” katanya tersenyum memandang suaminya mengenang peristiwa lalu. 

Menariknya, Dr Mahathir berkata, beliau turut mempunyai jalan bagi menyelesaikan masalah berkenaan. 

“Sebenarnya, saya seorang yang obses dengan ketepatan masa. Susah nak faham perempuan, ginculah, beg mesti sama warna dengan kasutlah… Oleh kerana dia selalu lambat, saya akan duduk dalam dressing room dan tolong carikan apa yang dia perlukan. Kasut ke, aksesori ke, beg ke, bagi pastikan dia dapat lebih cepat (bersiap),” katanya tersenyum. 

Melihat kepada senario hari ini yang mana semakin ramai pasangan baru mendirikan rumah tangga sudah bercerai, Dr Mahathir mengakui sedih dengan keadaan itu. Baginya, perceraian akan meruntuhkan keharmonian keluarga dan mendatangkan lebih banyak masalah khususnya trauma kepada anak-anak. 

Beliau berkata, apa yang berlaku hari ini mungkin disebabkan perubahan nilai budaya. Jika dulu, kebanyakan pasangan muda baru berkahwin mendapat perhatian daripada keluarga masing-masing, tetapi hari ini yang mana kebanyakan generasi baru sudah berhijrah ke kota menyebabkan tiada yang memerhati dan memberi nasihat. 

“Orang dulu anggap perceraian itu sesuatu yang teruk sekali, tetapi hari ia seperti perkara biasa. Sebaiknya, apabila kita sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak, kita perlu memikirkan bahawa kita sudah mempunyai tanggungjawab. Jika kita ada rasa tanggungjawab itu, kita akan fikir caranya untuk berbaik semula apabila bergaduh, bukan terus bercerai. 

“Sedih mengenangkan ramai wanita yang menjadi ibu tunggal. Saya berasal daripada keluarga yang konservatif. Bagi kami, kita hanya ada seorang isteri saja. Bapa saya berkahwin dua, tetapi dia berkahwin dengan isteri keduanya selepas emak, isteri pertamanya meninggal dunia. Paling penting, kita perlu saling bertoleransi dan jangan berharap supaya pasangan anda menjadi seperti apa yang anda mahukan. Dia ada personaliti sendiri, jadi anda perlu bersedia menerima kekurangan masing-masing,” katanya. 

Paling penting, kata Dr Siti Hasmah, perlu saling memahami dan bertoleransi. Jangan hanya kerana perkara remeh membawa kepada perceraian kerana kesannya ialah anak yang kehilangan kasih sayang ibudan bapa.

Rahsia keutuhan perkahwinan Tun 

BUKAN mudah mengahwini insan ternama. Apa saja yang dilakukan pasangan, pasti tempiasnya terkena jua. Namun, bak kata orang, jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Mungkin itulah pegangan bekas Wanita Pertama Malaysia, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. 

Bersuamikan orang politik, apatah pula suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah memegang memegang portfolio tertinggi sebagai orang nombor satu negara, bermakna beliau perlu bersedia berkorban masa dan tenaga. 

“Saya fikir, saya mampu memahami kerjaya suami sebagai ahli politik kerana kami sama-sama bermula sebagai doktor. Kerjaya ini (doktor) ada kalanya menyebabkan suami perlu balik lambat, tetapi saya memahami kerana saya juga seorang doktor. Apapun, kita harus percaya dan bertoleransi dengan suami. Jangan cemburu tanpa sebab. Apa yang penting, biar sesibuk mana sekalipun, kita perlu cari masa untuk meluangkan masa bersama pasangan dan anak,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini. 

Dalam hubungan ini, Dr Mahathir akui, meskipun isterinya reda dan tabah mengharungi pelbagai cabaran bersamanya, sebagai suami perasaan bersalah tetap ada, terutama apabila meninggalkan isteri sendirian bersama anak. Antara kenangan tidak dapat dilupakannya apabila beliau dalam dilema terpaksa memilih antara berada di sisi isterinya menyambut kelahiran anak mereka, atau menghadiri sidang Parlimen pertamanya. 

“Saya masih ingat lagi satu kejadian pada 1964, ketika itu saya baru memenangi pilihan raya pertama saya. Dia (Dr Siti Hasmah) pula sedang menunggu masa melahirkan Mukhriz. Saya sedang bersiap sedia untuk menghadiri sidang Parlimen saya yang pertama, tiba-tiba air ketuban dia sudah pecah. Tetapi, dia beriya-iya suruh saya pergi juga. Bayangkan ketika itu perjalanan dari kedah ke Kuala Lumpur ambil masa yang lama dan saya hanya dapat melihat mereka (Dr Siti Hasmah dan Mukhriz) selepas dia bersalin. 

“Memang saya rasa bersalah, tetapi kami berpendapat dalam rumah tangga, suami dan isteri perlu saling memahami. Paling penting, kita tidak terlalu mendesak masa untuk bersama, tetapi tidak bermakna sampai tiada masa langsung untuk keluarga,” katanya. 

Ini diakui sendiri Dr Siti Hasmah. Sebagai isteri, katanya, beliau memahami sidang berkenaan amat penting bagi suaminya, menyebabkan beliau sendiri menyuruh Dr Mahathir segera berangkat memandangkan perjalanan yang terpaksa dilalui agak jauh. 

Info n sumber Berita Harian

saifulfromslim



12 February 2013

Kekasih Allah direnggut ajal - Rasullullah juga mengaduh sakit sakaratul maut ini


Kekasih Allah direnggut ajal - Rasullullah juga mengaduh sakit sakaratul maut ini.


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar kekasih Allah direnggut ajal karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.

"Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

saifulfromslim

11 February 2013

10 biggest mosque on Earth (10 masjid terbesar didunia )


The word “Mosque” is derived from the Arabic word “Masjid”. It is a place of worship for followers of Islam, where Muslims are expected to pray five times a day, preferably at morning, midday, afternoon, sunset and evening.

Tempat umat Islam bersembahyang atau bersolat sebanyak 5 kali sehari.

Masjid al-Haram
1- Masjid al-Haram
It is the largest Mosque in the world situated in Mecca (Makkah), Saudi Arabia. It covers an area of almost 400,800 square meter (90 acres) and has the capacity of 820,00 Worshipers. The Mosque was built in the year 638.
Masjid yang terbesar dan boleh menempatkan 820,000 orang jemaah ( Kota Mekah, Arab Saudi)

Imam Reza Shrine
2- Imam Reza Shrine
It is the second largest mosque in the world situated  in Mashhad, Iran. It covers an area of almost 598,657 square meter (148 acres) and has the capacity of 700,000 Worshipers. It was built in the year 818.
Kedua besar, boleh menempatkan 700,000 orang jemaah ( Mashhad, Iran)

Al-Masjid al-Nabawi
3- Al-Masjid al-Nabawi
It is the third largest Mosque in the world situated in Medina, Saudi Arabia. It covers an area of almost 400,500 square meter (99 acres) and has the capacity of 650,000 Worshipers. The Mosque was built in the year 622.
Ketiga terbesar dan ruang solat untuk 650,000 orang jemaah ( Kota Madina, Arab Saudi)

Taj-ul-Masajid
4- Taj-ul-Masajid
The fourth largest Mosque in the world (and first largest Mosque in the country) is Taj-ul-Masajid situated in Bhopal, India. It covers an area of almost 400,000 square meter (98 acres) and has the capacity of 175,000 Worshipers. The Mosque was built in the year 1901.
Keempat terbesar, boleh menempat 175,000 jemaah ( Bhopal India)

Istiqlal Mosque
5- Istiqlal Mosque
The fifth largest Mosque in the world is Masjid Istiqlal situated in Jakarta, Indonesia. It covers an area of almost 95,000 square meter (23.4 acres) and has the capacity of 120,000 Worshipers. The Mosque was built in the year 1978.
Terbesar di Asia Tenggara dan kelima besar yang boleh memuatkan 120,000 jemaah (Jakarta Indonesia)

Hassan II Mosque
6- Hassan II Mosque
The sixth largest Mosque in the world (and first largest Mosque in the country) is Hassan II Mosque situated in Casablanca, Morocco. It covers an area of almost 90,000 square meter (22.2 acres) and has the capacity of 105,000 Worshipers. The Mosque was built in the year 1993.
Keenam terbesar dan ruangan untuk 105 Jemaah (Casablanca Morroco)

Badshahi Mosque
7- Badshahi Mosque
The seventh largest Mosque in the world (and first largest Mosque in the country) is Badshahi Mosque situated in Lahore, Pakistan. It covers an area of almost 29,867.2 square meter (7.3 acres) and has the capacity of 100,000 Worshipers. The Mosque was built in the year 1673.
Ketujuh besar di dunia. Boleh menempat seramai 100,000 orang jemaah (Lahore Pakistan)

Jama Masjid
8- Jama Masjid
The eighth largest Mosque in the world is Jama Masjid situated in Delhi, India. The mosque is about 22561 feet (8058m) long and 258258 inch feet (549 m) wide and has the capacity of 85,000 Worshipers. The Mosque was built in the year 1656.
Kelaman terbesar di dunia dengan bilangan 85,000 jemaah boleh memenuhi ruangan solat( New Delhi India) 

Faisal Mosque
9- Faisal Mosque
The nineth largest Mosque in the world is Faisal Masjid situated in Islamabad, Pakistan. It covers an area of almost 43,295.8 square meter (10.6 acres) and has the capacity of 74,000 Worshipers. The Mosque was built in the year 1986.
Masjid yang boleh menempat bilangan jemaah seramai 74,000 orang dan kesembilan terbesar didunia dan terletak di ( Islamabad Pakistan )

Sheikh Zayed Mosque
10- Sheikh Zayed Mosque
The tenth largest Mosque in the world (and first largest Mosque in the country) is Sheikh Zayed Mosque situated in Abu Dhabi, United Arab Emirates. It covers an area of almost 22,000 square meter (5.4 acres) and has the capacity of 40,000 Worshipers. The Mosque was built in the year 2007.
Kesepuluh terbesar dunia dengan kemampuan kapasiti untuk 40,000 orang jemaah.( Abu Dhabi Emirates Arab Besatu)

saifulfromslim.blogspot.com

09 February 2013

Undi Cina PRU 13 2013 dan Gong Xi Fa Cai 2013


Undi Cina PRU ke 13 2013 dan Gong Xi Fa Cai 2013


Bukanlah rahsia, Barisan Nasional (BN) sangat memerlukan undi kaum Cina, yang sama pentingnya dengan undi orang Melayu, India, Sikh, Kadazan, Murut Bidayuh dan lain-lain. Atas pertimbangan kepentingan semua kaum inilah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melaksanakan pendekatan merapatkan hubungan rakyat menerusi konsep 1Malaysia. 

Namun, sudah agak berlarutan desas-desus yang mengatakan BN sukar mendapat undi kaum Cina, seolah-olah menunjukkan kaum Cina mempunyai pandangan berbeza terhadap konsep keakraban pelbagai kaum. Persoalan kaum Cina tidak menyokong BN ini dicakapkan secara terbuka di mana-mana saja. 


Ada yang menyebut hasil beberapa kajian menyatakan kononnya kaum Cina di kawasan bandar tidak akan memberi sokongan kepada BN, sebaliknya mereka akan mengundi pembangkang. Kesukaran mendapatkan undi kaum Cina di kawasan bandar, bukanlah isu baru. 


Cakap-cakap mengenai isu pengundi Cina ini diperkatakan kebelakangan ini meskipun berlaku perubahan sikap pengundi kaum India. Kebelakangan ini kaum India jelas memberi sokongan padu kepada BN. Pada pilihan raya 2008, tidak boleh dinafikan kemenangan pembangkang di beberapa buah negeri dan di beberapa kawasan Parlimen adalah disebabkan sokongan kaum India.


Dikelirukan pembangkang

Kerajaan nampaknya tidak panik dengan sokongan kaum Cina yang masih tidak memihak kepada BN. Pemimpin BN belum berputus asa dan tetap berusaha merapatkan diri dengan kaum Cina kerana sedar masyarakat Cina bersikap demikian kerana mereka dikelirukan oleh pembangkang. Pembangkang begitu mudah memburuk-burukkan kerajaan atas nama demokrasi. Tidak ada bayaran dikenakan untuk melemparkan tuduhan terhadap kerajaan, apatah lagi sewaktu pilihan raya. 

Sebaliknya, sesiapa yang mempersoalkan tindakan buruk pembangkang itu akan dianggap tidak demokratik walaupun pembangkang membuat tuduhan demi tuduhan tanpa fakta. Jika dikaji secara terperinci, pembangkang sekadar pandai bercakap sedangkan mereka tidak melakukan sebarang kebaikan untuk rakyat. Mereka tidak menepati janji mereka kepada rakyat. 
Di bawah pimpinan kerajaan BN, ramai orang Cina hidup mewah, malah mereka adalah golongan yang paling kaya di negara ini. Tidak ada sebab mereka perlu kecewa dengan dasar yang dirumuskan bersama di negara ini hanya disebabkan hasutan pembangkang.

Janganlah disebabkan satu atau dua dasar yang tidak memihak kepada kaum Cina, mereka mahu menolak kerajaan. Janganlah dengan hanya melihat sekelumit perkara buruk yang berlaku dalam sistem pentadbiran kerajaan, mereka sanggup menidakkan kebaikan yang dibawa oleh kerajaan. Mereka boleh bangkitkan perkara ini dari semasa ke semasa untuk perhatian kerajaan. Apa juga nikmat yang diperoleh hari ini adalah hasil perjuangan pemimpin mereka menerusi MCA, GERAKAN dan sebagainya. Apa yang mereka tuntut hari ini mungkin dapat dilaksanakan beberapa tahun lag.

Janganlah mudah membuat andaian kononnya jika pembangkang memerintah, mereka boleh menukar dasar dan sistem kerajaan dengan begitu mudah tanpa mengambil kira sensitiviti kaum lain. 

Apa pun, sama ada menerusi MCA, GERAKAN dan parti Cina lain dalam BN, mereka tidak boleh berputus asa untuk mendapatkan undi Cina, sehingga di saat-saat akhir tarikh hari mengundi. Meskipun di sesuatu kawasan itu BN boleh menang tanpa sokongan kaum Cina, BN tetap memerlukan undi mereka.


Tak boleh mendabik dada

Bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), BN memerlukan undi kaum Cina sama ada di bandar atau luar bandar bagi memastikan kemenangan besar dan mutlak. Kaum Cina perlu berfikir panjang sebelum memangkah undi. Mereka perlu memikirkan soal kesejahteraan hidup, keselamatan dan keamanan negara. 
Mereka tidak boleh mencuba sesuatu yang tidak pasti kerana ia boleh membawa bencana. 

Jika kita mendengar orang Cina tidak akan memberi undi mereka kepada BN khasnya calon Melayu, kita tidak pula mendengar orang Melayu mengatakan mereka tidak akan memberi undi kepada calon Cina dari parti komponen BN. Orang Melayu akan tetap memberi undi mereka kepada calon MCA dan GERAKAN serta mana-mana calon BN kerana itu adalah semangat BN. Di Malaysia, kerajaan BN memberi tempat kepada pemimpin kaum Cina untuk sama-sama mengurus kerajaan. 

Calon Cina tidak akan menang mudah tanpa sokongan pengundi Melayu dan India. Pengundi Cina tidak boleh mendabik dada jika mereka mengatakan bahawa orang Cina tidak akan memberi undinya kepada BN. Ini adalah pandangan yang salah kerana orang Melayu BN juga memberi undi kepada kaum Cina.

PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2013


PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2013


Wish you luck in the Year of Snake - 2013
Selamat Tahun Baru Cina Tahun Ular 2013 
蛇年大吉
from: Saifulfromslim.blogspot.com

 Ular   SI   10 Februari 2013       
Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)

Haiwan
Tarikh
 
 chǒu
 yín
Arnab
 mǎo
Naga
 chén
 
 
 wèi
 shēn
 yǒu
 
 hài

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau


Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan Yee Sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Me

Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang Cina, seperti Tanah Besar China, Hong Kong, Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura,[1] Taiwan, Thailand, dan juga di Pekan Cina di merata dunia. Tahun Baru Cina juga disetempatkan bangsa-bangsa yang kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk memakai takwim qamari Cina), termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan (Losar), Mongolia (Tsagaan Sar), Vietnam (Tết), dan Jepun hingga tahun 1873 (Oshogatsu).

Rujukan:   Wikepedia oleh saifulfromslim


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...