saiful D Riverian

Don't walk in front of Saiful, I may not follow.Don't walk behind Anuar, I may not lead.Just walk beside me and be my friend from Slim

my advertise

My home

  • Home
  • Catatan Aku
  • peningg......

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

21 November 2012

Kenape BN Pecat PAS daripada Gabungan BN-

Pemecatan PAS daripada BN....sila faham dan ketahui sebab-sebab yang benar. Ini adalah petikan ucapan pada tahun 1977 daripada bekas PM Allahyarham Tun Hussein Onn berkaiatan perkara itu....


Ucapan penuh Tun Hussin Pada Tahun 1977 
(dipetik dari blog Pemuda UMNO Jasin) 

"Terlebih dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya. 

Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato’ Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu. 

Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada petang ini. 

Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya. 

Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum. 

Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai kejayaan. 

Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting sekali ialah mematuhi disiplin parti. 

Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak dipraktikkan. 

Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari semenjak ia ditubuhkan. Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya. 

Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi. 

Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun perkara ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur. Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok. 

Sebagaimana kita maklum, Dato’ Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional. 

UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato’ Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu. 

UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato’ Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya. Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS. 

Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya. 

Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen. 

Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. Saya memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya. 

Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan. 

Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja. 

Lebih pendek adalah lebih baik. Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO. 

Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu. 

Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda. Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat. 

Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya. Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya. 

Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini. 

Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti politik. 

Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri. 

Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu. Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan. 

Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri. 

Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita. Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya. Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini. Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar. 

Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. 

Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan. 

Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO. 

Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita. 

Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain? 

Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional. Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini. 

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini? 

Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional? Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional. 

Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat. 

Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang. 

Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri. 

Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini. 

Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan. 

Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah. 

Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian. 

Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS. 

Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu. 

Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing. 

Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi. Eloklah kekusutan yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat. 

Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu. Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan PAS. 

Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional. 

Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional. 

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional. 

Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang akan datang ini. 

Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu. 

UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan Barisan Nasional dan negara. Saya yakin dengan kesucian hati kita itu, Allah akan memberkati perjuangan kita. 

Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi. Masa hadapan Barisan Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk dan keredhaan Allah. 

Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah."


saifulfromslim.blogspot

Posted by saifulfromslim at 12:01 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

19 November 2012

.Apa dah jadi nie tuan guru...bior betul hihihi


Baru tengok berita yg tunjuk PAS mendoakan kehancuran UMNO. Tak pa lah. Orang UMNO ttp mendoakan kesejahteraan ahli2 PAS walau beza politik

Pendapat Aku:



BagiBagi aku kita doakan kebaikan keatas semua sdr Islam kite, tak kira le org PAS, PKR, PBS,

UMNO...DAP atau ape je...tp yang penting mereka kaum muslimin- muslimah agar sentiasa diperolehi
keberkatan ...amin



Aku Terbaca pulak:
Aku terbaca dari akhbar...tak tahu betul atau salah...tp aku terkilan kerana umno dikatakan murtad dan tak pasti umno tu dah jd kristian, buddha atau tak beragama dan menyifat umno mcm umat nabi Noh dan wajar didoakan dengan doa kehancuran ke atas UMNO nie...Apa dah jadi nie tuan guru...bior betul hihihi: Ade aku tampalkan bawah

Dr Maza punya pendapat bior aku alas sikit ok...
doa untuk orang dizalimi boleh...malah mmg doa org yg dizalimi dimakbul Allah swt... tapi ahli umno biasa pun zalim ke?...betul ke 2 . 5 juta ahli umno tue semua zalim... Rase nya idak kot...Ada juga ahli2 parti parti yang selain dari umno tue ada golongan zalim daN yg tak zalim pun ade. Penerangan Dr Maza sy faham...tp maksudnya berbeza kot...aku hanya tanya dan ingin tahu...itu je..

Petikan akhbar yg aku baca
KOTA BHARU 18 Nov. - Selepas adiknya mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional (BN), Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula memberi gambaran bahawa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Beliau dalam nada tegas kemudiannya melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Sehubungan itu katanya, UMNO tidak perlu dimuliakan sebaliknya doa-doa yang memohon agar UMNO dan BN ditimpa bala tidak salah kerana ia sama dengan kisah Nabi Noh yang memohon kepada Allah untuk memusnahkan umatnya yang tidak patuh kepadanya.- 18/11/2012

saifulfromslim





Posted by saifulfromslim at 19:12 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

17 November 2012

Israel Menyerang GAZA - 16 NOV 2012 - Gambar-Gambar Kezaliman


GAZA: Angka korban serangan udara Israel ke atas Gaza dalam tempoh 24 jam meningkat kepada 19 orang awal hari ini berikutan pejuang Palestin melancarkan 380 roket di Israel yang mengorbankan tiga nyawa.









Lebih 160 penduduk Gaza juga cedera dalam kempen serangan udara tanpa henti Israel sehingga petang semalam, diikuti siri serangan pada tengah malam di kawasan Beit Hanun, utara sempadan negara itu dan utara Bandar Gaza.

"Tiga rakyat Palestin mati syahid manakala 12 lagi cedera dalam serangan udara di Beit Hanun," kata jurucakap perkhidmatan kecemasan, Adham Abu Salmiya.

Saksi berkata, serangan terbabit terkena sebuah rumah dan mengakibatkan dua beradik terkorban.

Sementara itu, seorang bayi perempuan berusia 10 bulan dilaporkan maut akibat luka yang dialami ketika serangan Israel di Zeitun. - AFP

saifulfromslim


Posted by saifulfromslim at 10:35 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Mengapa orang Yahudi bijak… Ini rahsianya...




Mengapa Yahudi Bijak? Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”.

Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi dari segala bidang, engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? 

Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain.Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. 

Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu?

Beliau menjawab, “Ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. 

Menurut beliau ini adalah adat orang-orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan bua- buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab).

Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah…… tekalah sendiri..!)Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Di dalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.

Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. 

Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini?

Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. 

Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.

Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Coca-cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70 !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja.

Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Esei nya hanyalah mengenai ‘Mengapa saya gemarkan tomato!’Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

saifulfromslim
Posted by saifulfromslim at 10:01 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

16 November 2012

Orang MelaYU- Dah Maju dan Pemikiran dah Bertambah Selektif dan Elite - Dah Berani HIna Raja-Raja Melayu...Hebat KE DIORANG nie???

Satu petikan dari FB yang perlu aku tampalkan untuk dijadikan renungan......

saifulfromslim 



Kamal Hisham Jaafar shared Kami taat setia Kdymm Sultan Kelantan dan Tengku Mahkota Kelantan's photo.
2 hours ago · 
  • Tahniah buat Sultan Muhammad semoga ianya menjadi contoh kepada pemimpin-.pemimpin lain. Buanglah protokol-protokol "bodoh" warisan penjajah. Saya tinggal di Dubai dah hampir 2 tahun, rajanya jauh lagi kaya dari sultan-sultan di Malaysia, mereka perjalan tiada kereta polis trafik yang mengiring yang terjerit-jerit menyuruh orang ramai keluar dari jalan raya. Jarang sekali ada konvoi diiring Polis melainkan Pemimpin negara asing datang melawat Dubai. Raja di sini sering melawat secara mengejut dan kehadirannya menjadi "kegembiraan" rakyat dan penduduk Dubai.
    Di Negeri Johor ada juga lawatan-lawatan mengejut tapi di pub-pub di The Zone, Bar Hotel Tistle, Jalan Abdullah Tahir, disco/Pub di Paragon dan banyak tempat lagi. Kalau ke kampung pun sebab nak jauh dari JB sebab nak bawa...... dan takut .....tahu. Kalau bergerak bukan mengejut dekat 20 kereta, dengan kereta Polis, JMF, balaci-balaci semua mengiring.

    Kerajaan patut hentikan kemudahan mengiringi VVIP ke tempat-tempat Pub dan Maksiat,
    Pernah satu blog Rocky bru jika saya tak silap menyentuh isu ini.Mereka merasakan mereka besar macam Presiden Amerika atau Prince Charles, sesekali kena lihat cermin diri sendiri. Adakah patut pergi shopping di Pavillion KL dengan girlfriend, guna Askar JMF lengkap bersenjata lebih 10 orang dengan cermin mata hitam mengiringi dan mengarah orang ramai buka laluan? Malu rasanya.

    Sama ada Kerajaan tidak tahu atau buat-buat tidak tahu pembaziran dan penyalahgunaan kuasa ini adalah satu persoalan? Gaji Askar JMF dibayar oleh Kerajaan, sepatutnya digunakan untuk menjaga kepentingan rakyat. Jika tiada kerja yang sesuai bagi JMF serapkalah dalah unit-unit askar Malaysia, dari jadi "Security Guard" untuk anak-anak sultan, Polis dah ada kenapa perlu JMF?, jika nak sangat guna JMF, tarik kemudahan penempatan anggota Polis di Istana kerana "duplication", elok Polis tu diguna mengurangkan kadar jenayah yang sangat tinggi di Johor. Ini pandangan ikhlas......semangat Gladiator!
    Catatan pada gambar ini:- 
Tuanku Sultan  membuat kejutan kepada ahli qariah Masjid Mukim Gunong dengan  Tuanku Sultan memandu  sendiri   kemasjid pada waktu Solat Asar yang kebetulan Tuanku Sultan  lalu di Kampung Gunong dari Bachok, Tuanku Sultan  tidak memberitahu kepada mana-mana pegawai dan imam masjid tentang kehadirannya untuk solat di masjid tersebut. Imam hanya sedar bila Tuanku Sultan  bergegas pergi mengambil wudu' dan pada waktu itu kelihatan pegawai-pegawai Tuanku Sultan  dan jawatankuasa masjid keresahan kerana tidak ada persediaan langsung bahkan tidak dihamparkan karpet kuning dan sejadah berwarna kuning kepadanya kerana tidak bersedia. Sungguh, sangat bersederhana  Tuanku Sultan dan memahami raut wajah imam yang keresahan,  Tuanku Sultan bersalam seolah-olah  mahu menenangkan.












    Catatan pada gambar ini:-
    Tuanku Sultan membuat kejutan kepada ahli qariah Masjid Mukim Gunong dengan Tuanku Sultan memandu sendiri kemasjid pada waktu So...See More
    12Like ·  ·  · Share
    • 70 people like this.
    • Mohd Salleh Ahmad ada kalau menyusahkan baik tak de...
      2 hours ago · Like · 1
    • Hadi Shirazi Para sultan dan kerabatnya wajib masuk tariqah.. heh!
      2 hours ago · Edited · Like
    • Nordin Ali Yatim baru t/hari tadi aku mengaminkan doa utk kesejahteraan mereka
      2 hours ago · Like · 1
    • Hasmeon Bma Raja2 sekarang terlebih glamer....daulat dah x de...
      2 hours ago via mobile · Like · 2
    • Gerila Malaya kalau menyusahkan rakyat,...baik tak payah ada...apa guna rakyat miskin,dorang kaya raya..rosak akhlak plak tu
      2 hours ago · Like · 2
    • Zulfadhli Samm inilah keturunan lanun dtg pd kita jadi sultan pula
      kah kah kah
      2 hours ago · Edited · Like · 3
    • Hizam Izani lanun bugis
      2 hours ago · Like
    • Hasmeon Bma Dah keturunan lanun....
      about an hour ago via mobile · Like · 1
    • Sasha Sofea yes rite!!!
      about an hour ago · Like · 2
    • Gerila Malaya rasulullah pun tak penah angkat diri sendiri utk riak takbur dan suruh orang menyembah2..kenapa sultan melampau sgt sampai perlu disembah2...siapa sultan ???
      about an hour ago · Like · 2
    • Sasha Sofea really disgusting when the uncontrolled power using by this kind of "special people" and we people just wait and see what happen next coz theres nothing can do, just praying a magic will happen...hehehehehe. But when it will be last?
      about an hour ago · Like · 2
    • Mazrosfimi Bin Mohamed Semoga tuanku menjadi agong/sultan yang di ingati sepanjang zaman oleh rakyat. Amin...
      about an hour ago via mobile · Like · 1
    • Gerila Malaya we have 9 kings..for what? to protect malays and as leaders for muslims community? while they always goig to the club get drunk and wasting rakyat's money... for what we should obey these stupid person?
      about an hour ago · Like · 3
    • Hasmeon Bma I knew four king personally............spade, love, diamond and kelawar...kitab 52
      about an hour ago · Like · 1
    • Sasha Sofea I wanna shared my experience during my school in Terengganu for few years back. Coincident, masa tu kes Sultan Johor ngan Mahathir and my class conducted debate regards to that topic. I was feel ashamed with my sultan on that time coz my friend looked ...See More
      59 minutes ago · Like
    • Gerila Malaya for me,.sultan mana pun adalah orang,mcm kita...takda beza langsung sultan dgn rakyat...budaya melayu yg dok agung sgt sultan ni,.sultan naik lemak pastu bejoli,mabuk arak,betina,pukul orang buat ikut suka...mufti dan polis pun penakut,tak berani tegor
      57 minutes ago · Like · 2
    • Kamal Hisham Jaafar Gerila Malaya, mcm mana nak berani mrk makan gaji dan takut hilang jawatan, kalau ada yg berani tegur pun pasti kena ainaya mcm mcm cara, sepertimana yg berlaku pd diri saya, tegur dan tak ikut arahan dianggap "musuh" dan cuba "dijahanamkan hidup dan periuk nasi"
      42 minutes ago · Like · 2
    • Gerila Malaya kali ini rakyat satu malaya kena bangkit..isunya adalah malaya kepunyaan rakyat,tanah dan sumber ini milik rakyat,..bukan milik segelintir puak kaya raya...sabar saudaraku Kamal Hisham Jaafar..kita sama2 bejuang...Allah maha adil,dan Allah yang akan tentukan semuanya
      37 minutes ago · Like · 1
    • Saiful Anuar Safian Salam tuan, jangan le kita hina raja kita sendiri. Mungkin ada perlakuan mereka malah diri kita sendiri pun ada yang tak begitu elok tanpa kita sedari. Pasal sultan/Raja negara lain yg pd sudut pandangan tuan sgt baik, tapi kita tak tahu pula bagaimana sudut pandangan pihak lain. Saya bukan apa, sbgai rakyat eloknya kita doakan mereka...moga Allah swt akan sentiasa memperolehkan keberkatan atas doa2 kita...
      27 minutes ago · Edited · Like
    • Ta Dza Sultan islam adalah kedah, kelantan dan trengganu...
      21 minutes ago · Like
    • Saiful Anuar Safian Jadi yg lain tu sultan agama ape sdr Ta Dza?
      17 minutes ago · Like
Posted by saifulfromslim at 20:39 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

prayers

my advertise

About Me

saifulfromslim
Slim
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼  2015 (7)
    • ▼  July 2015 (1)
      • Hari Raya 2015
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  April 2015 (1)
    • ►  February 2015 (3)
    • ►  January 2015 (1)
  • ►  2014 (33)
    • ►  November 2014 (1)
    • ►  October 2014 (1)
    • ►  September 2014 (5)
    • ►  August 2014 (1)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (5)
    • ►  May 2014 (2)
    • ►  April 2014 (3)
    • ►  March 2014 (2)
    • ►  February 2014 (4)
    • ►  January 2014 (7)
  • ►  2013 (114)
    • ►  December 2013 (5)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (10)
    • ►  September 2013 (6)
    • ►  August 2013 (9)
    • ►  July 2013 (4)
    • ►  June 2013 (6)
    • ►  May 2013 (14)
    • ►  April 2013 (15)
    • ►  March 2013 (14)
    • ►  February 2013 (16)
    • ►  January 2013 (13)
  • ►  2012 (256)
    • ►  December 2012 (16)
    • ►  November 2012 (21)
    • ►  October 2012 (11)
    • ►  September 2012 (29)
    • ►  August 2012 (13)
    • ►  July 2012 (24)
    • ►  June 2012 (13)
    • ►  May 2012 (18)
    • ►  April 2012 (24)
    • ►  March 2012 (19)
    • ►  February 2012 (32)
    • ►  January 2012 (36)
  • ►  2011 (94)
    • ►  December 2011 (42)
    • ►  November 2011 (6)
    • ►  October 2011 (14)
    • ►  September 2011 (2)
    • ►  August 2011 (3)
    • ►  July 2011 (4)
    • ►  June 2011 (1)
    • ►  May 2011 (2)
    • ►  April 2011 (5)
    • ►  March 2011 (4)
    • ►  February 2011 (8)
    • ►  January 2011 (3)
  • ►  2010 (7)
    • ►  December 2010 (7)

must read - wajib baca

get this widget here

BloG LiSt

  • BEN ASHAARI
    Sapa yang ketagihan kopi macam aku ?
    6 days ago
  • bumiyang
    Cara Untuk Naikkan Penjualan Minyak Kelapa Sawit??? Menteri PH Sewajarnya Lebih Bijak!!!
    7 years ago
  • Badut Rakyat
    TU DIAAA !!! #DAP GUNAKAN #PKR DI #SELANGOR DAN #KELANTAN UNTUK HANCURKAN #PAS ???
    9 years ago
  • Gelombang Rakyat
    PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA
    10 years ago
  • PEMIKIR POLITIK JERANTUT
    Ringgit Tak Laku Di Madinah? Aziz Kecewa Fitnah Bodoh
    11 years ago
  • ! Hazwan Hairy !!**
    CETAK BAJU MURAH
    11 years ago
  • saiful D Riverian
    TRASKRIP PENUH WAWANCARA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjawab pelbagai soalan mengenai beberapa isu yang diutarakan oleh pelbagai pihak termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.
    11 years ago
  • KL BOYZ CHANNEL
    HARAPAN DAP HURU-HARA KAN ORANG MELAYU BERHASIL..!!!
    11 years ago
  • PENGHUNI GUA
    MANA UCAPAN TAKZIAH DAP ?????? !!!!!
    12 years ago
  • PAPA GOMO

Facebook Badge

Saiful Anuar Safian

Create your badge

Feedjit

http://saifulfromslim.blogtspot.com - Saiful D' Riverian @Copyright control (hakcipta terpelihara). Powered by Blogger.