
MY Frenz / MY Sahabat
21 July 2012
Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negara Tahun 2012/1433H

Debat Sinar yang bertajuk PRU13: Orang muda pilih siapa?


GENDANG Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) hanya menunggu masa untuk dipalu. Pelbagai andaian mengenai tarikh sebenar pilihan raya dibuat oleh mereka yang arif dalam rentak politik negara namun, sehingga kini ia masih menjadi tanda tanya.
Selain tarikh PRU13, persoalan yang masih kabur ialah parti mana yang menjadi pilihan anak muda di negara ini di mana mereka disifatkan sebagai talian hayat parti politik yang bertanding dalam pilihan raya umum itu nanti.
Bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan itu, Sinar Harian dengan kerjasama Astro Awani dan Bernama Radio 24 mengadakan Debat Sinar yang bertajuk PRU13: Orang muda pilih siapa? Yang berlangsung selama satu jam setengah di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Khamis lalu.
Debat itu mempertemukan dua tokoh politik muda iaitu Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya sementara moderatornya pula ialah Pensyarah Jabatan Strategik dan Antarabangsa, Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.
Berdasarkan tajuk kita pada hari ini ‘PRU 13: Orang Muda Pilih Siapa?’, apakah definisi orang muda seperti yang anda fahami?
FATHUL BARI: Berbicara tentang ‘PRU 13: Orang Muda Pilih Siapa?’, kita perlu klasifikasi ataupun mengetahui terlebih dahulu teknologi orang muda, siapakah orang muda? Kalau kita lihat PRU telah berlangsung selama 12 kali. Lima tahun lalu telah berlangsung PRU sampai ke hari ini, maka inilah pilihan orang muda. Jadi adakah kita nak maksudkan orang muda itu adalah orang yang berada pada kurun ini ataupun pada masa ini tahun 2000 ke atas. Ataupun orang muda adalah memiliki ciri-ciri cara berfikir tertentu.
Mungkin kita boleh kombinasikan antara cara orang muda dan juga massa. Kalau kita lihat di dalam hadis Nabi SAW, baginda menggambarkan ciri orang muda sebagai agresif dan kritis contohnya apabila sahabat Nabi, Abdullah Umar r.a meminta Nabi SAW untuk menyertai peperangan di saat bila berusia 13 tahun. Usia agresif.
Begitulah mereka berfikiran kritis sehingga kalau kita lihat sebahagian daripada sahabat Nabi, antaranya Abu Jannah dan Mu'az Bin Jabal. Mereka bertanya kepada Nabi Ishak soalan jarang diajukan oleh orang yang senior daripada mereka. Contoh, mereka bertanya kepada Nabi SAW tentang apakah amalan yang boleh mendekatkan diri dengan syurga, apakan soalan yang tidak pernah diajukan kepada kamu Ya Rasulullah yang mampu mendekatkan seseorang dengan syurga. Menunjukkan mereka ini berfikiran kritis.
Apabila kita berkata orang muda ini agresif, kadangkala tindakan itu keterlaluan. Sebagai contoh, apabila datang dua orang kepada nabi SAW, lelaki yang pertama agak berusia. Ini ada berhubung kait dengan hukum hakam di dalam bulan Ramadan Al Mubarak. Apabila lelaki pertama bertanya kepada Rasulullah mengenai hukum bermesra dengan isteri pada siang hari. Katanya Rasulullah SAW tidak memberi sebarang masalah.
Tiba-tiba datang orang muda kepada Nabi SAW, bertanya kembali apakah hukum bermesra dengan isteri di siang Ramadan? Nabi SAW tidak mengizinkan pemuda. Sehingga sahabat Nabi bertanya mengapa berlaku sedemikian? Orang tua kamu izinkan, orang muda kamu tidak izinkan. Kata Nabi SAW, sesungguhnya orang tua itu mampu mengekang jiwanya. Maknanya di sini, ciri-ciri orang muda bersifat agresif, kritis dan kadang kala tidak keterlaluan yang jauh berbeza.
Yang kedua, dilihat pada manusia semasa, zaman. Sesungguhnya, apabila zaman pada hari ini dunia komuniti web. Orang muda generasi dot net digelar sebagai menguasai media sosial. Menurut kajian AC Nielsen, 80 peratus antaranya usia 20 hingga 40 tahun menggunakan internet. Maksudnya, dunia orang muda pada zaman kini adalah massa, media sosial terdiri daripada facebook dan sebagainya. Itu yang kita tekankan dua ciri-ciri orang muda.
Seterusnya seperti topik perbahasan kita pada hari ini mengenai nak pilih siapa? Saya suka memilih cara al-Quran, ALLAH SWT, Rasulullah SAW. Maka di sini, saya nak jelaskan ciri-ciri pemimpin perlu ditolak oleh orang muda. Pertama sekali, pemimpin yang selalu menimbulkan huru-hara, kacau bilau, menggugat keamanan negara perlu ditolak. Apabila datang manusia yang menghancurkan negara maka ia perlu ditolak.
NASRUDIN: Pendekatan yang dibawa al-Quran, sikap yang berani, bermoral atau optimis. Ada statistik bahawa orang muda merupakan mereka yang dalam usia 24 hingga 35 tahun, 30 hingga 32 peratus, ataupun dalam negara ini hampir 4.6 juta.
Generasi muda dikenali sebagai Gen Y iaitu mereka celik maklumat, satu kelompok yang memiliki jaringan sosial secara meluas. Kebangkitan anak muda yang celik maklumat selalunya jemu dengan politik bersifat perkauman, berat sebelah, tidak bebas bersuara.
Sebaliknya pengundi muda mahu pemimpin yang bersifat terbuka dan pegang pada janji. Sebarang kata-kata pemimpin atau parti politik akan dinilai oleh mereka sendiri.
Orang muda juga jemu dan jelak dengan idea lapuk, korupsi, trend menggula-gula rakyat serta jelak dengan pemerintahan terlalu lama, pemerintahan penuh kezaliman. Kebangkitan anak muda adalah pemangkin gerakan perubahan yang mampu mencetuskan perubahan.
Lebih 50,000 pemuda hadir dalam satu program di KLCC baru-baru ini, dan jumlah ini digambarkan sebagai satu gelombang belia bertemakan kerajaan untuk belia, adakah jumlah ini boleh diterjemahkan kepada bentuk sokongan kepada kerajaan?
FATHUL BARI: Jika dihitung erti perhimpunan dari segi jumlah, saya rasa masih ramai di luar sana yang tidak datang, walau bagaimanapun ia merupakan tetap dianggap sebagai satu suara. Kerajaan dan pemerintah Umno dan BN mengambil berat tentang apa disuarakan orang muda.
Apa yang penting sikap kita dalam mengurus perhimpunan, iaitu mampu kawal sikap dan akhlak peserta. Walau bagaimanapun masih wujud sesetengah pihak menghalang dan melakukan kerosakan seperti merosakkan kenderaan polis walaupun terhadap larangan mereka masih meneruskan juga perhimpunan itu. Biarlah kita berdisiplin menggunakan kaedah syarie yang tidak melarang bersuara. Mengapa apabila ditawarkan stadium untuk berbicara, mereka pilih jalanan untuk menyebarkan di khalayak ramai.
NASRUDIN: Tidak mudah bagi parti pembangkang yang ditekan dari semua arah, tiba-tiba diberikan bantuan dan sokongan secara sukarela. Inilah yang berlaku dalam negara kita kalau kita faham erti demokrasi. Kita mahu kebebasan yang sedemikian untuk kita bersuara atau berhimpun secara aman. Namun ustaz Fathul Bari seolah-olah tidak memahami maksud sebenar demokrasi. Umno parti politik dokong demokrasi. Himpunan anti Lynas yang kita buat puluhan orang yang hadir, contohnya di padang Majlis Perbandaran Klang (MPK), apabila tiada provokasi daripada pihak tertentu perhimpunan itu aman.
Setiap kali turun berhimpun, kita akan keluarkan satu kenyataan kepada anggota supaya jangan membawa senjata seperti parang, pisau atau pencungkil gigi sekalipun agar tidak dituduh mencederakan polis atau sesiapa. Hanya bawa garam dan air mineral, yang menjadi kucar kacir apabila gas pemedih mata dilepaskan. Perhimpunan ini adalah perhimpunan aman, itu sebab kita tekankan bahawa hak rakyat untuk menentukan masa depan negara yang mereka akan mengundi. Kalau polis tidak kacau saya pasti kita akan hormati anggota polis. Himpunan Bersih pernah mendapat pengiktirafan dari Al Jazeera yang menyebut perhimpunan itu sebagai ‘the best trafik marshal in the word’. Dapat pengiktirafan dunia kerana selepas mengurus perhimpunan besar, kita mengutip sampah di tepi jalan sehingga bersih.
Tetapi apa yang berlaku pada Bersih 3.0 baru-baru ini, Unit Amal kita kutip sampah kena belasah polis.
Itu sebab saya tegaskan perlu wujud satu keadilan dan jangan hanya siarkan video Unit Amal serbu kawalan polis tetapi siarkan juga video unit tersebut menyelamatkan pemandu polis yang cedera selepas merempuh orang ramai. Jika pilihan raya mahu dilakukan, maklumat untuk disampaikan kepada pengundi perlu ada, ini untuk memudahkan mereka tahu apa tawaran BN atau Pakatan Rakyat. Namun, jika kita tidak boleh bersuara bagaimana untuk menyampaikan maklumat untuk pengundi mengundi dengan adil dan betul. Akhirnya mereka akan tersalah pilih, pilihan raya adalah maklumat bukan buat jalan raya atau duit raya.
Imbuhan @ Bonus Aidilfitri untuk kakitangan awam - Apa kata Najib

PEKAN - Pemberian imbuhan sempena Aidilfitri kepada penjawat awam bergantung kepada kemampuan kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dengan wajah yang ceria, Najib berkata, beliau akan melihat 'buku kira-kira' kerajaan terlebih dahulu berhubung perkara itu.
"Nantilah kita semak-semak dahulu, belek-belek dahulu, kena tengok-tengok buku kira-kira dahulu...kalau apa-apa pun kita semak dahulu, apa-apa keputusan mesti berdasarkan kepada kemampuan kerajaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengenai pemberian imbuhan itu baru-baru ini.
Pada 16 Julai, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya sedang mencari pendekatan terbaik bagi memastikan 1.4 juta penjawat awam mendapat imbuhan itu dan tidak menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan seperti menaikkan harga barangan.
20 July 2012
Waktu berbuka Puasa Ng Perak 2012
19 July 2012
Ramadhan 1433 Hijrah ( 2012 )

Wishes all Muslim's frenzs in gaining ramadhan baraqah from Allah swt 4 d year 1433 Hijrah (2012)
May This Ramadan be as bright as ever.
May this Ramadan bring joy, health and wealth to you.
May the festival of lights brighten up you
and your near and dear ones lives.
May this Ramadan bring in u the most
brightest and choicest happiness and
love you have ever Wished for.
May this Ramadan bring you the
utmost in peace and prosperity.
May lights triumph over darkness.
May peace transcend the earth.
May the spirit of light illuminate the world.
May the light that we celebrate at Ramadan
show us the way and lead us together on the
path of peace and social harmony
Wish you a very happy Ramadan Mubarak
From Saiful Anuar Safian n Family
Umat Islam di M'sia mula berpuasa Sabtu ini
Bernama
8:39PM Jul 19 2012
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Sabtu itu.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Sabtu ini, 21 Julai 2012, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Pengumuman itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Anggapan Dictatorship pada Tun Dr Mahathir - Satu tuduhan yang tak sepatutnya
19 Julai 2012
Tun Dr Mahathir Mohamad
Infografik 'Diktator'
SHAH ALAM - Jika tiada kepimpinan diktator seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, negara pasti berlaku kacau-bilau kerana semua pihak meminta hak dan mengutamakan kepentingan sendiri.
Pakar Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan berkata, reaksi sesetengah pihak yang melabel dan mendakwa Dr Mahathir sebagai diktator adalah sesuatu yang berat.
"Dakwaan yang dilemparkan tidak boleh disamakan dengan diktator. Diktator yang dipimpin Dr Mahathir adalah diktator terpimpin, dalam erti kata yang sebenar pemimpin yang tegas dan berpegang kepada prinsip.
"Kepimpinan sebegini diperlukan negara seperti Malaysia yang majmuk kerana sering dibelenggu sensitiviti kaum. Pemimpin seperti ini juga diperlukan negara yang mahu pembangunan berterusan tanpa terencat," katanya kepada Sinar Harian.
Semalam, Dr Mahathir meminta pengunjung-pengunjung blognya dihttp://chedet.ccmemberikan pandangan apa yang telah beliau lakukan sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri sehingga ada pihak melabelnya sebagai diktator.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Kajian Komunikasi Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir pula menyifatkan Dr Mahathir boleh dilabel sebagai kepimpinan separuh diktator.
Katanya, separuh diktator yang dimaksudkan adalah apabila Dr Mahathir telah melakukan beberapa perkara bercirikan kepimpinan diktator.
Antara ciri yang dilabelkan Jeniri sebagai diktator adalah apabila Dr Mahathir telah menahan 106 orang termasuklah beberapa pemimpin pada 1987 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Ciri keduanya, apabila Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 digubal, urusan undang-undang mengenai penggunaan percetakan, penerbitan dan agihan penerbitan telah dicampuri Dr Mahathir, sekali gus menghalang penerbitan akhbar parti pembangkang semasa pemerintahannya," katanya
dari sinar harian - oleh saifulfromslim
18 July 2012
Saifulfromslim sometimes justify to some Malaysians shows some sign of their ignorance in understanding the means of dictatorship
from chedet blog's
Dr Mahathir Mohamad is puzzled why he has been.....
PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad, who celebrated his 87th birthday recently, cannot fathom being branded a dictator and pointed to others who were more deserving of the title such as Adolf Hitler.
In his latest blog posting, the former premier lamented that such labels, given with basis or otherwise, were difficult to erase and remained with a person for a lifetime.
“So labels are essential in politics, especially those which run down an opponent. Whatever you do, the opponents will not cease using the labels,” he said.
“When I was prime minister, I was given numerous titles. ‘Mahazalim’, ‘Firaun’ and ‘dictator’ were among the titles invented by my political foes,” he added.
Mahathir had been accused of ruling with an iron fist as critics claimed that under his 22-year watch, the independence of key institutions such as the media and judiciary was shackled.
The doctor-turned-politician’s tenure was also marred by the Internal Security Act crackdown on opposition politicians and activists as well as allegations of widespread corruption.
Mahathir had denied the alleged transgressions and claimed that whatever bank balance he had, resulted from his savings.
But what dealt an indelible taint to his reputation both here and abroad was the sacking and jailing of deputy premier Anwar Ibrahim.
It is said that the latter’s successful smear campaign had led Mahathir to despise him.
Look at Mubarak
The former premier said that when he is interviewed now, the questions posed indicated that those fielding them believed the labels used to describe him, especially that he was a dictator.
“What have I done that equates me with the qualities and actions of a dictator?” he asked.
Travelling as far as Egypt to substantiate his argument, Mahathir cited the rule of Hosni Mubarak who was accused of massacring thousands of Muslim Brotherhood members and amassing a wealth amounting to US$70 billion.
The former premier recounted that when he was in Cairo during the Mubarak era, streets were vacated for the president’s motorcade and armed troops lined the sidewalks.
“Mubarak’s enemies were not allowed to be political, they were often arrested, imprisoned without trial and eventually vanished. During the 30 years that he was president, the post was never contested by anyone else and he obtained 99% of the votes.
“There was no press freedom nor freedom of expression… Mubarak could elect anyone to be a minister and terminate their services whenever he wanted,” Mahathir added.
The former premier also listed the names of several other dictators such as Hitler, Benito Mussolini, Ferdinand Marcos, Nicolae CeauÅŸescu, Muammar Gadaffi and Saddam Hussein.
“I want to know from the visitors to my blog, what is it that I have done as prime minister which can prove that I am a dictator,” he said.
saifulfromslim
11 July 2012
Nak Isteri dah dapat...tapi isteri macam ini siapa yang nak?

Dari Sinar Harian:
Malangnya, tembelang wanita berusia 38 tahun itu terbongkar, setelah hasil pemeriksaan hospital mendapati tiada sebarang bukti dia dirogol atau berlaku kekerasan
ke atasnya.
Menurut sumber, wanita terbabit dipercayai berlaku curang di belakang suaminya sejak lima tahun lalu, selepas berkenalan dengan seorang lelaki warga Bangladesh yang juga pekerja ladang sebuah estet dekat Pagoh.
“Sejak itu, mereka sering berjumpa termasuk mengadakan hubungan terkutuk dalam rumah wanita ini yang terletak dalam estet tersebut,” katanya kepada Sinar Harian
Jelasnya, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, kelmarin, anak lelaki wanita terbabit yang berusia sembilan tahun, telah menjadi saksi perbuatan terkutuk ibu sendiri bersama teman lelakinya di ruang tamu rumah berkenaan.
“Jeritan kanak-kanak ini telah menyedarkan suaminya yang sedang tidur lena dalam bilik utama. Suami wanita terbabit yang terkejut melihat lelaki Bangladesh itu dalam keadaan mencurigakan, bertindak mengejar lelaki terbabit,” katanya.
Katanya lagi, suami wanita itu mendapat pertolongan beberapa penduduk berhampiran yang turut mengejar lelaki Bangladesh terbabit.
Menurutnya, cubaan warga Bangladesh berusia 33 tahun itu untuk menyelamatkan diri gagal dan akhirnya dia dibelasah penduduk kampung termasuk suami wanita
berkenaan.
“Lelaki terbabit kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), kerana mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan termasuk lebam pada
mata,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Sahadan Jaafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden tersebut.
Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana kes berkenaan masih dalam siasatan.
10 July 2012
BOO DLM KENANGAN - 10hb Julai 2012


09 July 2012
Ramalan Malaysian Times - PRU 13

editor@themalaysiantimes.com.m
KUALA LUMPUR : Ketika senario politik negara semakin panas dan rancak menjelang detik – detik dekat dengan pilihanraya umum ke – 13 ramalan daripada agensi – agensi yang berkaitan mendapati BN akan menang 146 kerusi Parlimen manakala Pakatan Rakyat pula akan mendapat 105 kerusi.
Menurut sumber yang dipercayai kepada The Malaysian Times (TMT ) BN dan PR merasakan masing – masing mempunyai kekuatan yang tersendiri namun BN dikatakan mempunyai harapan yang lebih baik untuk mempertahankan Putrajaya berdasarkan faktor Perdana Menteri Najib Tun Razak yang semakin disenangi oleh masyarakat umum.
Berdasarkan statistik terkini BN mempunyai 137 kerusi Parlimen , Pakatan Rakyat -75 dan Bebas – 8 daripada jumlah 222 kerusi Parlimen. Pemerhati politik tidak menafikan persaingan antara BN dan PR akan menjadi semakin sengit di peringkat Parlimen pada PRU 13 namun mereka menjangka faktor calon dan prestasi parti akan memainkan peranan yang penting dalam menentukan kemenangan calon untuk BN mahupun Pakatan Rakyat.
Sekiranya BN mendapat 146 kerusi Parlimen, kurang dua kerusi lagi untuk mendapatkan majoriti dua pertiga namun para pemerhati politik yakin BN dapat mencapai sasaran itu sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memutuskan masa sesuai dan terbaik untuk membubarkan Parlimen .
Pada masa yang sama Pakatan Rakyat (PR) juga yakin akan memperoleh sekurang-kurangnya 105 kerusi Parlimen dengan selesa, dan boleh menambah tujuh lagi kerusi untuk majoriti mudah bagi membentuk kerajaan peringkat persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Selepas PRU 2008 disifatkan sebagai Tsunami 2008, PAS dan PR sudah memasang impian untuk menawan Johor, Melaka dan Negeri Sembilan mengunakkan formula “Tsunami Selatan”.
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli pula berkata, pihaknya meletakkan keyakinan itu berdasarkan perkembangan demografi dan sokongan pengundi termasuk di Johor, Sabah dan Sarawak.
“Ini bukan lagi harapan, tetapi keyakinan. Kami yakin boleh memperoleh 105 kerusi selepas menolak beberapa kerusi, kemungkinan tiga hingga empat kerusi yang kami miliki sekarang boleh kalah, tetapi kami akan menang di tempat-tempat lain.
“Pada pilihan raya umum 2008, kami (PR) menang 82 kerusi. Status quo jumlah kerusi 2008 akan kekal, selepas tolak dan tambah kerusi yang akan dimenangi dan kemungkinan kalah, kami yakin akan memperoleh kerusi tambahan di Johor, Sabah dan Sarawak,” katanya kepada media baru – baru ini.
Sementara itu Barisan Nasional pula yakin akan mendapat satu keputusan yang lebih ” baik” berbanding PRU 2008. Para pemerhati politik yakin percaturan PRU 13 tidak boleh mengambil kira faktor PRU 2008 kerana banyak perubahan drastik telah berlaku dalam tempoh hampir empat tahun ini khususnya perubahan pucuk pimpinan negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, perubahan pucuk pimpinan di UMNO, MIC, MCA dan Gerakan.
Selepas Najib Tun Razak mengambil – alih pucuk pimpinan negara banyak program dan pembangunan telah dilaksanakan melalui program transformasi nasional, BRIM, produk 1 Malaysia yang melibatkan kemahuan dan kehendak rakyat selaras dengan gagasan 1 Malaysia.
Malah Pakatan Rakyat sendiri mula risau dengan faktor Najib akan memberi tamparan hebat kepada mereka pada PRU 13. Kajian semasa juga menunjukkan prestasi Najib memberikan “keyakinan baru ” kepada semua kaum di negara ini.
Pakatan Rakyat juga dikatakan mengetahui perkembangan tersebut namun mereka lebih bijak menangkis segala perepsi tersebut dengan “kerap ” menyerang BN dan Perdana Menteri Najib Tun Razak bagi mencemarkan imejnya di khalayak umum.
PR lebih pandai mengunakkan pendekatan psikologi politik untuk menyerang BN secara beterusan khususnya dalam isu Bersih, PTPTN , personaliti Najib dan yang terkini dalam isu melibatkan haji dan PRU 13.
PR juga mengunakkan pelbagai pendekatan politik untuk menekan Najib Tun Razak untuk mempercepatkan pembubaran Parlimen untuk “melembabkan ” lagi proses persiapan jentera BN di semua peringkat.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilihat semakin agresif dengan perwatakan politiknya dengan mengunakkan pelbagai formula untuk terus menyerang dan memerangkap BN.
Baru – baru ini beliau mencetuskan satu lagi “kejutan politik” di Sabah kononya Timbalan Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran dan Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin yang juga merupakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO akan keluar daripada BN dan menyertai PKR.
Episod tersebut memang memberi tekanan yang kuat kepada BN ketika Anwar Ibrahim melakukan lawatan ke Sabah minggu lepas namun ianya sekali lagi menjadi satu lagi bahan spekulasi yang berjaya mengegarkan politik negara sepertimana insiden 16 September kononya 30 Ahli Parlimen BN akan melompat parti dan seterusnya membantu beliau merampas Putrajaya.
Kekurangan disiplin dikalangan parti komponen PR juga merupakan salah kelemahan ketara yang boleh mengugat kemenangan dan prestasi mereka. Sementara itu Rafizi dipetik berkata, PR boleh memperoleh 24 kerusi, masing-masing lapan dari Johor, Sabah dan Sarawak.
“Di Johor, daripada 26 kerusi Parlimen, sebanyak 18 kerusi berada dalam bahaya, kesemua kerusi-kerusi yang mempunyai pengundi campuran,” kata beliau. Apa yang pasti faktor Najib dan Anwar akan menentukan kemenangan BN dan PR pada PRU ke 13 – TMT
Ramalan Malaysiantimes
racist, RACIST, rAcIsT

aku petik kate2 nie dari satu blog...tertarik aku dengan kate2 nie....bunyinya mudah tp
intipati ada yg tersirat yang harus kita renungi....
PAS : Racis memecahbelahkan Ukhwah sesama Umat Islam
PKR : Racis memecahbelahkan sesama Bangsa Melayu.
DAP : Racis mencetuskan perkauman.
Pada pendapat saudara2 Betul atau Salah tafsiran blogger berkenaan....
Aku tak nak komen ape2 sekarang hny nak dengar pendapat semua pihak....
08 July 2012
asyik nak cari salah je

Berdasar gambar nie terdapat golongan yg pro pembangkang atau pun golongan yang jelas tidak menyukai BN masih tercari-cari perkara negatif tak kira betul atau salah. Dalam kes ini pengirim dengan begitu yakin mempunyai niat untuk mengatakan kerajaan BN sekarang tidak menjadikan Islam sebagai agenda negara. Sipengirim yg menghantar gambar nie pasti tidak mengetahui bagaimana situasi negara di era tahun 70an ini kerana masa tu samada masih belum dilahirkan atau pun masih bayi ketika itu.
Saiful Anuar Safian Pd zaman nie gak, tak jd kesalahan budak islam kat sekolah makan kat kantin d bulan ramadan... Tak caye tny pelajar smjk slim era zaman 70an nie...Ustaz kate pelajar taK PUASE TAKPE sb masih budak...hehehe zaman jahiliah org melayu kat Msia punye hal....waKAKAKA
Saiful Anuar Safian zaman nie ustazah aku kat sekolah rendaH pun pakai tudung saparuh BLKANG JE dan pakai kain belah kat kaki. Ini zaman jahiliah org melayu kat msia....wakakaka...silap2 ada acara baca doa PD majlis perasmian...hehehe
Saiful Anuar Safian Perubahan pakai tudung di Msia dan perubahan hidup yg lebih islamic...sebenarnya tercetus dgn kebangkitan gerakan Darul Arqam dan bukan gerakan lain pun...tp last nya pemimpin berkenaan dituduh mempelopori ajaran sesat...dan diharamkan..
Saiful Anuar Safian ketiga2 comment sy di atas adalah fakta dan bukan tipu walau pun sy letakan istilah wakaka dan hehehe pada komen2 berkenaan...
Saiful Anuar Safian era zaman nie...amalan syirik mandi safar pun diamalkan. kat slim sg bil jd tumpuan. Pak imam masjid pun menjual ayat quran tolak bala pd masyarakat setempat untuk diremdam di perigi kat rumah agar bala d bulan safaR dpt dihindarkan. Lagi saTU AMALAN JAHILIAH di Msia yg ada masa era 70 an nie
Saiful Anuar Safian masa nie judi pun halal di msia...cuba ingat...Loteri kebajikan masyarakat...digalakan untuk semua bangsa di Msia. Keputusan TOTO disiarkan kat TV secara langsung dan semua bangsa dan agama dibenarkan membeli TOTO...AmaLAN DIzaman jahiliah dimalaysia di era 70an
Saiful Anuar Safian Sape memerintah pada era zaman 70an nie????... Kenape tiada tindakan? Sebab ny mudah...Malaysia dizaman jahilliah....

