my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

15 April 2012

dimana ada demo disitu ada adam adli...haha

dimana ada demo disitu ada adam adli...haha
hebat le dia nie...tapi yang melucukan budaya dan agama turut jadi bahan gurauan dan diletak di atas anak tangga orang berjalan kaki...bukankah ini juga hinaan pada sesuatu kaum itu



Adam oh adam, kamu kan dah kena gantung sekolah, confirm lepas nie pinjaman ptptn kena tarik balik....
dah le tu kena bayar pulak hutang...kesian engko...ibarat dah jatuh tangga ditimpa lak jentolak hahaha



Si adam adli sebenar ape yang dia hendak...ari tu disergah dik penduduk tg malim...lepas tu diherdik
dik penduduk kg kerinci...tak lame lepas tu dipelupuh lak sampai lebam biji mata...sekolah dah kena gantung
Ini balasan Allah ke atau ujian pada seorang pejuang...hahaha...dah le adam, pegi kuliah betul-betul...bila dah pandai dah ada sarjana dan phd masa tu kalau  engko berdemo...semua orang sokong...takut-takut bila dah berjaya taring dan kuku semua menyorok...Dah banyak kes macam engko nie...Bila kena kat batang hidung, kenal pulak balai polis buat report itu ini minta simpati. Lu Adam sebenarnya apa kes...nak lawan bukan calang-calang orang...PM. Betul le kau nie. Aku pun ada anak...mintak-mintak tak le jadi macam engko nie.
Aku nie sebenor kesian dekat engko nie kerana teringin sangat nak jadi orang besor...sampai berguling-guling mencari perhatian agar boleh jadi pejuang. Dalam otak lu mesti lepas tu jadi calon n jadi ler Pak Menteri..kat Malaysia nie..

perangai mushroom grassroot leaders pembangkang akan menyebab sesuatu yang mengejutkan dan merugikan..pembangkang. Ini pendapat saya....

Salam....sejak kebelakang nie saya selalu buat statement pada wall-wall FB orang politik mahu pun BN atau pembangkang. Saya nie bukan orang UMNO atau dari parti BN yang lain atau pun pembangkang dari PAS, PKR atau DAP. Ada masenya saya sokong dan bangkang pendapat mereka tak kisah le samaada pembangkang atau BN. Selalunya yang saya bangkang bukan didorong oleh sesuatu pihak atau kenyataan pemimpin-pemimpin tertentu. Sebagai rakyat Malaysia saya menyuara hasrat hati saya yang sebenar dan apa yang saya rasa perlu untuk pencapaian kearah penghidupan yang harmoni dan berada dalam suasana negara yang maju dan memperolehi penghidupan yang ada bintang. Kalau boleh bertaraf 3 stars atau 5 stars...jika diizinkan Allah s.w.t.

Saya sebagai rakyat biasa memang sukar untuk menerima gerakan jalanan yang menggangu ketenteramam awam. Tapi golongan pembangkang nie tak boleh nak terima pendapat saya, sebaliknya menuduh saya kononnya balaci BN dan sebagainya malah agak kasar bahasa mereka. Saya juga ada membangkang BN pada wall tertentu, mereka juga tidak menyetujui pendapat saya dan biasanya mereka akan mengolah bangkangan mereka secara rasional dan bersopan.

Terus terang saya nyatakan ada tokoh-tokoh pembangkang yang saya kagumi dan begitu juga pada tokoh pemimpin BN.  Saya orang biasa, rakyat biasa mestilah ada benda atau perkara atau sebab untuk saya menyanjungi seseorang pemimpin. Cuba le terima pendapat orang biasa dan seterusnya perbetullah kesilapan kita dan seterusnya cuba le sedaya upaya memenangi hati rakyat...baru le boleh menang masa pilihanraya nanti.

Saya pernah dengar ucapan Datuk Nizar tika jadi MB dimasjid kawasan saya. Dia begitu diplomasi dengan orang awam dan boleh menerima bahawa ada juga agenda kerajaan sebelum ini baik untuk rakyat. Bahasanya sopan. Yang sedihnya ada orang-orang pembangkang peringkat bawahan ini begitu ramai membuat blog dan group FB tetapi jelas menunjukkan mereka langsung tidak mempunyai idea sendiri malah menerima bulat-bulat pendapat pemimpin mereka secara membuta tuli. Sebagai contoh penerangan tentang islam pada orang-orang di Kelantan tak seharusnya sama dengan penerangan untuk DUN Slim atau Sungkai di Perak nie. Disini ada pelbagai bangsa dan kita perlu lebih berwaspada dan bersopan untuk memenangi hati mereka. Begitu juga pada PKR cara mereka menghuraikan sesuatu mesti lebih bernas jangan asyik-asyik beri contoh Negeri Selangor atau Parlimen Kepong untuk orang kat DUN Slim nie.

Elakkan budaya taksub pada pemimpin hingga mengiyakan pendapat mereka walau pun kita tak setuju atau sememangnya kita tidak tahu, tetapi pura-pura tahu hingga rosak agenda parti pembangkang sebenarnya yang ada bintang dalam sesuatu issue itu. Tapi kerana banyak sangat nak buat group hingga rosak main streamer nak sangkal bila tiba masa pilihanraya nanti.

Cuba ingat...peringkat awal dulu...2 by election pembangkang menang, satu di Perak dan satu lagi di Kedah. Tapi sejak kebelakangan ini pembangkang mula kalah di 3 by election iaitu, Selangor, Melaka dan Pahang. Jangan le salahkan..kononnye pengundi hantu, atau aktiviti rasuah rakyat berlaku...Itu semua alasan atau escapism yang tidak kita mahu terima sebab musabab punca kekalahan itu. Lantik le campaigners atau jurucakap yang bijak, dan bukan budak-budak yang tak pas periksa jadi jurucakap pada wall2 di FB atau twitter je. Bila dah tak tahu nak jawap mula kelentong ikut suka hati. Bila dibalas orang awam hingga terdiam dan mula le terhambur bahasa kesat. Dan trend ini akan terus berjalan hingga ke PRU ke 13 nanti. Buat le perkara baik untuk memenangi hati orang awam. Tak payah le Bersih 3 pulah...Tak cukup ke Bersih 2 dulu. Kata Bersih 2 berjaya dapat sokongan rakyat. Tetibe nak buat pulak Bersih 3...apa semua ni. Yang jelas pada hakikatnya perhimpunan Bersih 2 tak direstui oleh orang awam tetapi hanya sokongan ahli parti dari luar yang diimport datang ke KL. Jaga le hati orang biasa yang ada kat sekitar KL. Sebahagian besar tak suka pada perhimpunan jalanan yang menganggu kehidupan dan keceriaan dan keselamatan anak-anak mereka. Apa salahnya dengar kehendak mereka dan buat le perancangan yang lebih rasional yang boleh memenagi hati mereka.

Cuba ingat...kekalahan tokoh politik Zaid Ibrahim yang bagi aku aku begitu berkaliber. Dah le tu hanya dikalahkan oleh seorang yang tidak dikenali je. Mula le tohmah itu ini...sepatut buat bedahan dan cari intisari punca kekalahan. Apakah trend kekalahan pembangkang akan berterusan hingga PRU ke 13?

oleh: saifulfromslim


Salah satu contoh: kenyataan saya di atas

 ·  ·  · 

Sila rujuk petikan di atas: Sape dulu mengeluarkan kate kesat?

   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...