my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

31 July 2011

PERASMIAN SURAU ' MUSA AS SYA'IRI ' SMK SLIM, SLIM RIVER PADA 30 JULAI 2011 BERSAMAAN 28 SYA'BAN 1432 H

OLEH SAIFUL ANUAR SAFIAN


              



             Suasana persekitaran majlis pelancaran perasmian surau Musa As Sya'iri SMK slim Slim River




Surau ini dilengkapkan dengan kemudahan bilik stor, lampu. kipas angin dan penghawa dingin, tandas
ruang wuduk dan kelengkapan perabut dan langsir. Pada seseluruhannya ianya sungguh selesa sebagai
ruang untuk beramal ibadah dan pencarian ilmu untuk pelajar dan warga slim.








Sekitar Majlis Pelancaran Perasmian  Surau Musa As Sya'iri SMKSlim Slim River oleh PPD Batang Padang
Tuan Haji Muhammad Nawawi Hj Yaakob , ucapan Pengetua SMK Slim Puan Hjh Siti Mariam Junid 

Dengan itu sekian dari saya mengharap agar Surau Musa As Sya'iri SMKSlim Slim River akan berupaya melengkapkan kepayaan syiar Islam di sekolah SMK Slim ini. Pembinaannya bukan sekadar sebagai tempat untuk melaksanakan ibadat solat semata-mata sama ada secara individu atau berjamaah tetapi ia berfungsi sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di sekolah. Selain menjadi tempat untuk melaksanakan ibadat wajib dan sunat,moga surau ini juga berfungsi sebagai pusat ilmu bagi memantapkan lagi pengetahuan dan pemahaman yang benar mengenai agama Islam.


Dari Saya: Saiful Anuar Safian 
30hb julai 2011 / 28 Sya'ban 1432 H



by Sony alfa 450 Saifulfromslim 30072011









28 July 2011

Untuk masyarakat atau untuk kepentingan poket dan kuasa

Lepas perhimpunan Bersih 9 07 2011. Timbul lak masalah biometrik n dakwat kekal. Masa Perhimpunan bersih ada NGO, kate kumpulan ni, mereka berdemo atas kapasiti badan bebas dan tak terlibat dgn pengaruh parti politik. Mereka semua nya mendabik dada mengatakan nak memperbaiki kekotoran demi kebaikkan rakyat. Bingai betul le parti-parti politik ni dan NGO2 ni. Rakyat Malaysia ada 23 juta orang....dan lebih 80 peratus adalah rakyat yang tak terlibat dengan mana2 arus parti politik samada BN atau PEMBANGKANG serta NGO.





Mereke ni hanya rakyat biasa yang mahu hidup senang dan tidak di ganggu oleh mana-mana pihak pun baik parti kerajaan, pembangkang atau NGO. Mereka golongan 80 % ni boleh terima sape je yang memerintah tapi yang penting boleh mengekalkan keamanan dan ekonomi yang jelas memberi manafaat pada mereka dan bakal anak2 cucu mereka. Orang politik tak kira le kerajaan atau pembangkang bagi aku same aje....nak menang pilihanraya dan memperolihi kuasa dan lepas tu pasti ada kuncu-kuncu mereka ni nak kembongkan poket mereka lak...dan sebab tu sibuk sangat nak buat demonstrasi bersih le, patriot le dan pihak polis mule le buat sekatan pada rakyat yang sebahagian besar ni tak berminat langsung dengan perhimpunan atau menghadiri perjumpaan parti politik peringkat bahagian atau cawangan sehingga semua jadi kucar kacir dan menyusahkan kerana mereka ini hanya bangun pagi dan bergerak kerana hanya memenuhi tuntutan hidup menyelesai masalah dan mencari mata pencarian atau berjalan untuk mencari sedikit ketenangan tapi terus diganggu dengan trafficjam, sekatan jalan raya dan sebagainya. Kadang-kadang masa nak pegi sembanyang pun diganggu oleh golongan parti berteriak TAKBIR dan sebagainya. Dah le, kalau nak politik pun buat je ditempat kamu sendiri aje.Jangan ganggu tempat awam dah le. Hari tu ada satu kawan aku cedera nak pegi hospital HKL pun tak berani kerana confirm akan menjejaskan suasana keinginan dirinya untuk berubat kerana lambakan ahli-ahli parti, polis dan NGO di KL kerana ada perhimpunan. Jadi dia terpaksa ke hospital Ipoh awal-awal lagi sehari sebelum itu, untuk mengelak masalah lain, selain menghadapi kesakitan kecederaan dirinya. Siapa yang menyusahkan rakyat yang iklas untuk hidup tanpa gangguan ini? , tetibe terpaksa berpenat ke Ipoh dari pekan Rawang ni dan menghabis duit aje kerana terpaksa ke ipoh dan bukan ke KL untuk berubat. Manusia ni bukan senang sangat, hanya seorang pekerja pegawai rendah. Pihak mana yang ada kesian kat dia..kerajaan, polis, parti pembangkang....sape pun tak kisah... Itu keluhan insan rakyat biasa ni....pada aku...dekat siapa dia nak mengadu...betul le kate Nabil..LU FIKIR LE SENDIRI dan SENDIRI MAU INGAT. 




Tibe2 je akhbar tempatan mula menyorak semula tentang SPR nak buat pembaharuan dengan melaksanakan amalan biometrik untuk PRU 13 nanti dan pihak tertentu pulak nak kan sistem penggunaan dakwat kekal. Hari-hari di tv dan surat khabar serta tabloid cetakan terhad parti-parti politik asyik menjadikan perkara berkaitan biometrik dan dakwat kekal sebagai perbincangan dan highlight tajuk muka depan. 


Aku ni rase hairan mengapa nak buang duit serta kos penyelenggaraan yang tinggi pada penggunaan biometerik dan sebagainya. Pihak SPR dan kerajaan kaya sangat ke? Dah le...bagus lagi guna punca kewangan yang berlebihan ni, itu pun jika kot ada , untuk kerja-kerja kebajikan demi kepentingan rakyat seperti projek mengelak banjir pada kawasan  mudah kena banjir atau menyediakan kewangan tambahan untuk pelajaran atau membaiki jalanraya diceruk rantau pedalaman Sabah atau Sarawak...kan lebih baik.


Tibe-tibe ada lak yang mendesak nak menggunakan dakwat kekal. Ada cerita-cerita yang mengatakan dakwat ni akan padam pada tempoh 4 hingga 5 hari. Tapi aku tak tau lah..betul atau salah. Tp bagi aku confirm dakwat tu pasti tak kan padam dalam tempoh 1 hari tu. Daripada 23 juta rakyat Malaysia ni ramai pasti tak kan gi mengundi kali ni kerana tak suke jari tangannya berdakwat pada tempoh yg lame. Dan yang pasti ada pulak yang rase dakwat tu menyulit pada perkara wuduk mereka, walau pun aku rasa dari segi hukum ianya tak menjejas aspek wuduk ...tp ape2 pun bagus tanya pada ustaz2 dan para ilmuan islam yang lebih arif pada hal ini. 

Tapi yang confirm mesti bilangan orang tak mau gi pengundi mesti ramai kerana faktor tangan mereka akan kotor dan jelas menunjuk pada orang lain mereka pergi mengundi. Di malaysia ni ramai golongan yang lebih suke tak mau bagi tau aktiviti peribadi mereka khususnya pada bab pergi undi  mengundi ni. Golongan gadis dan wanita cantik dan terlibat dengan kerje2 kecantikan seperti model, pelakon, pengendali kedai solek pasti tak suke  jari tangan mereka bertanda kerana ni pasti mengangggu urusan kerjaya mahu pun personaliti. Malah rakyat biasa macam aku yang tiada berkaitan dengan kerjaya atau personaliti pun mesti ada tak suke mengotorkan jari semata nak pegi mengundi. Yang baik bagi aku...pakai pensil 2B dan pangkah. Senang je tak menyusah mana-mana pihak mau pun rakyat macam aku ni.. Yang risau hanya parti-parti politik dan calon2 pilihanraya. Mereka ni tak kisah le  samada pro kerajaan atau pembangkang paling risau kerana takut kalah dan sentiasa berasa akan ditipu dengan mcam2 perkara seperti pengundi hantu, nama pimilih bertindih dan macam2 lagi yang sentiasa menjadi agenda mimpi ngeri mereka. Tapi yang sebenarnya mereka nak menang dan berkuasa dan pasti bercita-cita lepas tu nak jadi Dato, Tan Sri, Datin, dan juga nak jadi orang kaya dengan memiliki rumah besar, kerete besar dan macam-macam lagi. 90% calon menang pilihanraya tak kira le kerajaan atau pembangkang atau bebas sekalipun mesti jadi kaya...kalau tak kaya pun jadi orang senang sebaik saja menang pilihanraya ni.



Dah lah jangan le nak susahkan rakyat kerana mencari kepentingan diri. Poodah le dengan pilihanraya hampa konon nak bersih, jujur tp agenda sebenar ialah nak MENANG dan BERKUASA. Demonstrasi yang baru-baru ni menyusahkan rakyat biasa dan rakyat atas pagar saja. Yang pegi demonstrasi semuanya ahli parti yang teringin nak tumpang tuah parti masing-masing. Polis pun sibuk tangkap  sini, tangkap sana, bagi makan free kononnya baik...tp menggunakan duit sape. Operasi pencegahan demonstrasi confirm melibatkan penggunaan banyak duit...Buat ape membazir...bagus tolong rumah anak-anak yatim, rumah orang tua-tua atau sedekah je kat surau2 kampung yang aku lihat kadang-kadang sungguh daif malah ada rumah rakyat biase  yang perlu diberi bantuan..kan...kan itu lebih baik. 

Ada NGO bangga dengan pengerusi mereka yang kononnya, bijak, berhati mulia dan profesional kononnya bertanggungjawab pada rakyat dan ahli mereka untuk memohon pilihanraya yang telus. Ape hal NGO nak campur tanggungjawab SPR dan Parti Politik pada perkara pilihanraya. Lebih baik tolong rakyat yang perlu pembelaan tapi tak mampu kerana kekekurangan punca kewangan. Pergi buat bantuan buat kaunseling memajukan iltizam diri rakyat yang betul-betul daif pemikiran ilmiah. Pergi tolong salur kepakaran anda untuk masyarakat malaysia yang memerlukannya. Ape hal nak salahkan SPR...mereka ni hanya pengendali pilihanraya dan bukan pelaksana undang-undang. Mereka adalah rakyat biasa atau hanya kakitangan awam yang bekerja untuk mencari nafkah untuk hidup. Parti politik ada wakil di DUN dan Parlimen...bersidang le dengan baik...sama-sama fikir untuk kebaikan..Semua wakil ni di bayar juga dan please le buat kerja dengan baik dan merancang le undang-undang agar telus. Jangan asyik bertengkar kecoh je. Awak semua kan LAW MAKER..ape lak ajak rakyat bantu anda buat demonstrasi, konvensyen itu ini yang hanya berfokus kan kepentingan diri wakil-wakil rakyat tak kira samaada kerajaan atau pembangkang...yang mencari liabiliti diri sendiri.I'm so mad dengan golongan ni, kadang-kadang rasa menyampah pada semua ini. Pilihanraya ke 13 ni..buat macam biase je...pakai pangkah dengan pensil. Masalah tipu dan sebagainya...lantik le polling agent yang bijak dan cerdik dan buat le kawalan rapi pada setiap pengundi pada masa hari pengundian, Jika betul-betul bekerja dengan SMART pasti polling agent dapat mengelakan penipuan serta kesalahan pun dapat dapat dielakkan kan. Kalau ada penipuan buat bantahan berdasar fakta yang jelas dan tepat. Isyaallah masalah penipuan ini boleh dibendong ke peringkat yang kecil walau pun tak le sampai zerro defect. 

Wakil calon jgn tangkap muat sebarang orang aje untuk jd polling agent. Akibat tiada kemahiran pada pengawasan dan pemantauan tuduh orang itu, pihak ini menipu...tapi bila bab yang menunjuk bukti tak tahu pulak...Ini lah masalah parti politik, tanggungjawab kamu menjadi pemimpin dan pengawasan profesional pada pilihanraya kamu tak buat dengan betul...tibe-tibe kamu nak galas dileher rakyat Malaysia lak. Kamu asyik mengakui konon semua rakyat memyokong  kamu tapi yang sebenar hanya 10 hingga 20 peratus saje sokong kamu tp 80 peratus lagi berada diatas pagar mengharap satu penghidupan yang aman, senang dan tidak diganggu dek kerenah kamu.

oleh SAIFUL ANUAR SAFIAN






23 July 2011

PEACE IS KEAMANAN - Saiful Anuar Safian


PEACE IS KEAMANAN
The first peace, which is the most important, is that which comes within the souls of people when they realize their relationship, their oneness with the universe and all its powers, and when they realize that at the center of the universe dwells the Great Spirit, and that this center is really everywhere, it is within each of us.

Global Peace Index (GPI)


KUALA LUMPUR 22nd of July – Good news for Malaysian that love peace because Global Peace Index study (GPI) 2011 found Malaysia is safest 19th country from 153 countries worldwide.

Malaysia also placed as country most peaceful in Southeast Asia and fourth in Asia-Pacific after New Zealand, Japan and Australia.
ALHAMDULILLAH...syukur

KUALA LUMPUR 22 Julai – Berita baik untuk rakyat Malaysia yang cintakan keamanan kerana kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia adalah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh dunia.

Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia.
ALHAMDULILLAH...syukur

20 July 2011

Dari Jendela Blogger - Catatan 1


semakan dr blog aku follow - hubungan baru selepas 13 tahun







Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke United Kingdom yang berakhir semalam berjaya membuka lembaran baru terutama dalam hubungan politik dan diplomatik antara kedua-dua negara. Kepimpinan Perdana Menteri, David Cameron, yang menyedari hubungan dua negara diabaikan lebih sedekad semasa pentadbiran parti Buruh, mahu ia dipulihkan dan diberi nafas baru.






"Kerajaan campuran UK sekarang melihat lawatan ini sebagai berprofail tinggi dan memberi gambaran jelas mahu hubungan dipulihkan dan diberi suntikan baru," jelas Najib kepada wartawan Malaysia setelah mengakhiri lawatan rasmi empat hari, lawatan rasmi pertama beliau selaku Perdana Menteri ke negara ini.






Tiada lawatan rasmi dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia sepanjang 13 tahun pemerintahan parti Buruh dahulu. Perakuan tersebut, kata Najib, diberikan sendiri oleh Cameron yang mengetuai kerajaan campuran serta menteri-menteri kanannya yang melihat Malaysia sebagai penting dalam agenda kerja negara mereka.






Oleh itu, jelasnya, hubungan Malaysia-UK, yang mempunyai sejarah panjang dan asas yang kukuh dari sudut sejarah dan bidang-bidang tradisional seperti ekonomi, perdagangan dan pendidikan dapat diperkasakan semula.






Najib berkata, kedua-dua negara juga mendalami soal kerjasama keselamatan pertahanan serta tumpuan membanteras ancaman puak pelampau dan mereka yang boleh mencetuskan ancaman pengganas sama ada di kedua-dua negara ataupun keganasan di peringkat global.






Ancaman kepada keselamatan siber juga menjadi topik perbincangan pada lawatan ini kerana ia bentuk ancaman baru yang dihadapi oleh semua pihak malah ancamannya kepada UK sekarang amat serius, katanya. UK juga tertarik dan menyokong pergerakan kesederhanaan sejagat yang diketengahkan oleh Malaysia dan menyifatkannya sebagai tepat pada masanya dalam memastikan keamanan dunia.






Perdana Menteri juga berkongsi pandangan dengan para pemimpin masyarakat Islam UK mengenai cara mana yang membantu memberi imej betul dan tepat terhadap ajaran Islam dalam usaha mengatasi Islamofobia.

22 June 2011

Catatan Aku.....

Bersih....Ramai yang suka bersih tp betul ke ianya benar-benar BERSIH


Aku ingin menyentuh tentang isu bersih...perhimpunan bersih yang dilaungkan oleh NGO dan juga wakil-wakil parti pembangkang yang menuntut pilhanraya yang bersih dan telus oleh kerajaan. Dari segi niat aku suka sangat le perancangan ini. Tapi dari satu segi pulak...setelah perhimpunan in dibuat mana mereka yakin bahawa akan berlaku satu pilihanraya yang bersih akan ujud. Jika pihak SPR ikut tuntutan mereka..apakah mereka akan berpuashati. Contoh mereka kalah pada pilihanraya akan datang...confirm mereka kata pilihanraya itu tak telus dan ikut acuan dan kehendak kerajaan sedia ada....walau pun SPR mengikut kehendak NGO2 ini 100%. Jika mereka menang tp SPR tak buat apa-apa perubahan dan mengikut sistem sedia ada...saya yakin puak-puak ni akan mengatakan SPR telus dan in berlaku kerana tuntutan mereka melalui perhimpunan bersih.

Cerita kedua...perhimpunan bersih ini perjuangkan untuk golongan mana? Betul ke untuk rakyat...saya rasa nak tergelak pun ada. Tiba-tiba ada pula golongan tertentu seperti pemuda UMNO dan PERKASA ini turut buat perhimpunan nak pertahankan kredibiliti SPR. Yang aku nampak semua nya mula menjadi lebih rumit kepada orang-orang macam aku yang tak menyebelahi mana-mana puak samaada parti kerajaan atau pembangkang ini untuk berfikir tujuan sebenar perhimpunan BERSIH ni. Aku sekarang lebih berfikir tentang kesan kenaikan harga barang, masalah pendidikan yang memerlukan pembiayaan yang besar untuk anak-anak aku, peluang kerja bagi generasi kedua ni dan banyak lagi masalah hidup dan keperluan sara diri yang menjadi kesukaran sebilangan besar orang-orang di Malaysia ni. Bagus kalau parti-parti ni tak kisah le puak kerajaan atau pembangkang berfikir bagaimana nak menyelesai masalah-masalah ni daripada menunjuk pada kami bahawa perjuangan mereka adalah baik untuk rakyat dengan menyata slogan-slogan yang sungguh membosankan dan buat sakit hati, negara kebajikan le, negara islam le, all malaysia dan macam-macam lagi le. Asyik-asyik salah kan kerajaan, dan pihak kerajaan memerintah pulak menyalah pihak pembangkang...last-last siapa yang betul? Orang2 Malaysia bukan semuanya tak tahu punca-puca berlaku inflasi, diflasi, kenaikan harga bahan bakar, pengangguran, kenaikan harga barangan perlu dan penangguhan kerja-kerja pembangunan negara. Kesan ekonomi global dan kesan tidak perseimbangan pasaran dunia adalah faktor-faktor berlaku semua malapetaka kesukaran pada orang-orang malaysia. Jiran aku Singapore pun tertekan dengan kesan ekonomi kerana kadaran cukai barangan dan oerkhidmatan terpaksa dinaikkan pada kadaran 10%. Apa mereka saja-saja suka ke nak naikkan kadaran ini atau mereka terpaksa melakukannya. Semua pemimpin nak negara mereka stabil dan ini pasti akan menyenang mereka juga dalam menangani masalah kemarahan rakyat pada mereka. 
Kadang-kadang aku heran le ada pihak yang mengatakan mereka akan menurunkan harga minyak serta merta jika mereka memenagi pilihanraya.. Ape mereka ingat aku bodoh sangat ke? untuk percaya... hahaha...Kalau gitu mudah le..pasti PM Malaysia dah turunkan harga minyak. Mana ada negara-negara maju asyik turunkan harga bila berlaku kenaikkan harga. Apa pulak akan berlaku jika semua negara didunia ini akan akan beri subsidi demi untuk mengurangkan harga barang dan meyeroronokkan  rakyat mereka. Akan berlaku lagi satu kesan ekonomi yang pasti turut menjadi masalah pada rakyat jika semua pemimpin akan memberi subsidi untuk mengurangkan masalah kenaikkan harga barang.

Janganlah ingat semua rakyat malaysia bodoh sangat. Sepatutnya kamu pihak pemerintah atau pembangkang harus lebih rasional bekerjasama memikir cara langkah lebih telus untuk mengurangkan beban rakyat dasn bukan mendabik dada mengata mereka lah betul dan pasti akan dapat menyelesaikan masalah rakyat. Mana ada pemerintah dimuka bumi ni suka rakyat mereka menderita?

Dah lah bagus jangan ganggu ketenteraman awam...biarlah rakyat malaysia boleh cari makan dengan aman tanpa gangguan orang-orang politik yang asyik suka berpolitik...konon demi kebaikkan rakyat...dengan membuat pelbagai perhimpunan dan sesi ceramah sana sini...tak kira lah kerajaan atau pembangkang...sama je...ok lah jumpa lagi keceloteh aku yang lain pulak

CATATAN 2 - VISI SEKOLAH DAN VISI JABATAN




Minggu depan dengarnya Tuan Pengarah nak melawat daerah Batang Padang dan yang pasti ianya melibatkan kawasan Air Kuning, Banir, Tapah Road, Tapah, Bidor, Bikam, Sungkai, Trolak, Besaut, Slim River, Behrang, Behrang 2020 PRoton City dan Tanjung Malim tapi harus diingat tak lebih menyebelahi sungai Bernam kerana disitu masih Tanjung Malim tapi terletak dalam daerah negeri Selangor. Disekolah tempat aku mengajar SMK Slim dan semua sekolah daerah Batang Padang ini merupakan sekolah yang penghuninya terdiri daripada pelbagai bangsa, iaitu Melayu, Cina, India, Sikh dan Orang asli. Mereka mempunyai katogeri penghidupan sederhana sebab sebahagian besar adalah berkaitan sebagai pekebun kecil getah, sawit, peneroka felda, pekerja estet, peniaga kecil, penjaja,  pekerja sektor kerajaan, pekerja kilang proton, pekerja kilang pakaian dan yang lain -lain adalah student universiti pendidikan sultan idris dan student politeknik Sultan Azlan Shah Behrang yang bergantung hidup dengan ihsan PTPTN.
Pihak pentadbir sentiasa mengwar-war cerita lawatan  pada kakitangan, guru-guru serta pelajar-pelajar sekolah tentang lawatan pengarah ini. Objektif lawatan pada amnya adalah pemantauan dalam pembentukkan peningkatan akedemik maklumlah persekitaran luar bandar keseluruhan daerah ini adalah punca pencapaian kelulusan dalam peperiksaan awam sentiasa menjadi daerah yang tercorot pencapaiannya...termasuk sekolah tempat aku mengajar ni sentiasa mengalami tekanan pada perkara yang sama tapi taklah sampai yang tercorot diperingkat daerah..bak kata orang ada rangking juga kerana ada program KRK di SMK Slim ni.
Salah satu agenda utama sekolah ini adalah menyuruh pelajar-pelajar agar tahu akan VISI DAN MISI JPN negeri, PPD daerah dan sekolah agar bersedia untuk menjawab jika ditanya oleh ahli rombongan bersama pengarah nanti. Rasanya semua pentadbir sekolah-sekolah di daerah batang padang yang lain pun mesti sama juga nak murid dan pelajar mereka menghafal VISI dan MISI sebagai satu persiapan wajib untuk lawatan pengarah ini ke daerah Batang Padang ini. Slogan Visi dan Misi pun terus dicatat didinding sekolah dengan kemasnya dengan rekaan huruf dan warna yang ceria. Sungguh cantik mata memandang....
Betul ke persiapan pada VISI daN MISI harus diutamakan. Ini adakah betul-betul bertujuan untuk memberi kesedaran pada pelajar atau hanya satu cara untuk menunjuk pada pihak luar saja agar membuat satu tanggapan bahawa semua sekolah-sekolah di daerah Batang Padang ini telah mula berubah kearah kesedaran pada semua peringkat...dari pentadbir, guru-guru dan khususnya pelajar-pelajar telah menyambut cabaran pihak JPN untuk membuat satu transformasi kearah peningkatan akademik. Adakah ini betul-betul berlaku atau hanya satu drama tari yang cantik alunan tarinya ketika dipersembahkan di persada pentas tp akan dilupakan sebaik saja persembahan itu tamat dan keadaan seperti biasa sebelumnya akan berterusan bak kata orang macam dulu-dulu  balik lah.....visi hilang...misi pun lenyap...tunggu keputusan peperiksaan awam 2011...dan seterusnya perkara yang sama akan diteruskan seperti yang sedang berlaku sekarang....hafal VISI....hafal MISI 


              Anak aku pun dulu bersekolah dekat SMK Slim ni
                     LOKASI - Dataran Kejat SMK SLIM




CATATAN AKU KE 3 - ' Teh tarik MAmak MaCam2 Kena BayaR '


Cerita pasal negara kita yang sentiasa bergolak dengan kenaikkan harga barang sentiasa jadi bahan cerita disetiap penjuru sudut kawasan...di kedai kopi-kopi, bilik-bilik guru sekolah, gerai, dalam teksi antara pemandu dengan penumpang, di stesyen bas / keretapi, di lobi pasaraya/ shopping mall dan mana aje. Ada yang pro memahami punca kenaikan harga barang dan kos perkhidmatan, ada yang kontra menyalah kerajaan kerana mengurangkan subsidi pada  bahan bakar dan keujudan cukai 5% pada produk barangan dan perkhidmatan. Maka ini secara langsung menyebabkan kenaikkan kadar bayaran bill astro baru-baru ini. Yang naik terus naik...tiba-tiba turun harga minyak ron 95 pada kadaran 10 sen. Yang hairan 10 sen naik mereka masih mencemuh kerana hanya 10 sen je. Diorang pandai betul pasal bercakap khusus pada perkara nak menyalahkan kerajaan. Ada stu lagi golongan yang lain pulak asyik nak puji kerajaan aje...biar pun harga gula naik dalam tempoh setahun dari RM1.30 menjadi RM1.45 sen dan seterusnya pada masa ini kekal pada harga RM2.30 sen..dan bila harga sebegini tak pulak ada lagi masalah kekurangan gula lagi.
Awal tahun dulu sebahagian besar rakyat malaysia dibebankan dengan saman ekor dan masalah pembaharuan road tax dan cdL. Sekarang ni perkara ni dah takde lagi...kerana sistem saman kelajuan telah diubah format baru berkuatkuasa 1hb Mei 2011. Ada le cakap-cakap dikalangan rakyat Malaysia kononnya kerajaan terpaksa memperbanyakkan saman ekor kerana memerlukan punca kewangan yang banyak untuk menampung by-election yang kerap sejak 2010 hingga 2011 serta pilihanraya negeri Sarawak. Aku  hanya mendengar aje dan sampai la ni pun masih tak pasti akan kesahihannya.
Sejak seminggu dua ni ada iklan MYEG online service ditayangkan di tv termasuk le stesyen tv berbayar astro. Cerita iklan berkisar digerai teh tarik dan makan mamak. Lucu dan menarik iklan ini. Dari iklan ini jelas memang betul Malaysia mempunyai ramai penduduk-penduduk yang sentiasa dibebani dengan pelbagai bayaran...saman PDRM, saman JPJ, saman DBKL, kutipan revenue hasil DBKL, hutang PTPTN, Bil-bil talipon, TNB dan macam-macam lagi boleh dibayar melalui online myeg. Aku senyum menonton iklan ini. Betul le iklan ni...negara aku ni memang pelik sampai terpaksa mengiklan service gini, seolah-olah mengaku bahawa kadar pembayar saman dan penanggung hutang di Malaysia memang tinggi kadarnya. Tak cukup ke perkhidmatan kaunter dan agensi pengutipan oleh bank-bank pada perkara penjelasan hutang, denda/saman dan bayaran bil perkhidmatan tenaga di negara ni lagi. Bank pun dah sedia perkhidmatan bayaran melalui online dan teller machine mereka. Masih tak cukup ke? Sampai nak ada satu agensi khusus iaitu Myeg dan diiklan pulak secara besar-besaran melalui tv. Buat malu je...dan ini jelas kite ni, orang Malaysia memang betul terpaksa membayar macam-macam bayaran untuk menerima perkhidmatan dan juga denda serta saman sehingga ianya perlu diklankan kat talivisyen...Aku terkejut mendengar salah seorang anak aku yang sedang cuti semester akhir yang kebetulan ada masa aku menonton talivisyen bersembang dengan adiknya dan lari ke depan tv kerana nak tengok iklan yang dipanggilnya 'Teh Tarik Mamak Macam-Macam Kena Bayar'....aku senyum dan memikir sejenak....Hihihi jumpa lagi untuk caTAtan celoteh lain kali...


Catatan 4 - Penat Je Cuti


Hari ni cuti peristiwa bagi sekolah...Tapi setiap guru dan murid wajib pergi sekolah. Hairankan...tapi ini dah berlaku 3 hingga 4 tahun kebelakangan ni. Sebab dia mudah je.. kerana hari ini ialah temasya sukan tahunan sekolah. Semua guru terlibat dengan program ini...dan ini secara langsung wajib bagi semua guru hadir sebelum jam 7.00 kerana terpaksa buat persediaan perasmian pada jam 8.00 pagi. Hari esok jumaat sekolah akan berjalan seperti biasa. Dulu-dulu sejak mula aku jadi cikgu pada tahun 1981 selepas sukan pasti akan diumumkan cuti khas sempena sukan keesokkannya. Tapi sekarang tak boleh...kerana hari sukan tak boleh dibuat pada hari persekolahan. Jadi kejohanan olahraga tahunan seolah-olah tak termasuk dalam kurikulam dan ianya tak ubah seperti aktiviti luar macam hari keluarga. Dengan itu pihak sekolah terpaksa membuat sukan dengan mengambil cuti rehat  pada hari berkenaan. Sekolah aku ni ada 2 sesi..belah pagi dan petang...jadi buat sukan sebelah pagi ke atau petang same je...mesti ambil cuti peristiwa. Semua murid dan guru-guru terpaksa menanggung penat pada hari cuti peristiwa ni. Yang sedihnya terpaksa ke sekolah hari esoknya walau penat bagai nak giler.


Yang jadi tandatanya...adakah kejohanan olahraga tahunan ini juga sebahagian daripada kurikulam atau ianya hanya dianggap sebagai aktiviti luar aje.


Tandatanya kedua...awal-awal pagi lagi semua guru terpaksa key in kehadiran kat komputer. Mengapa kena key in ya...sedangkan ini adalah hari cuti. Jika ada yang lambat key in....warna merah pada catatan kehadiran akan berlaku. Pelik dan aku betul-betul tak faham konsep cuti peristiwa yang diumumkan sempena sukan sekolah ni. Sistem yang kononnya baik dan terancang tapi sebenarnya bagi pandangan aku cukup cacamarba khusus pada perkara cuti peristiwa dan hari sukan tahunan ni.


Jika ada salah seorang guru tak hadir tanpa sebab, adakah ia akan dianggap melanggar perintah? Adakah tindakan disiplin boleh diambil keatasnya? Jika tiada tindakan diambil pada guru ini kerana tak hadir..maka tidak adil le pula pada guru-guru lain yang hadir  kerana terpaksa bertungkus lumus hari cutinya menyelenggara sukan tahunan pada hari berkenaan.


Perlu ke guru atau sememangnya wajib melaksanakan tugas pada cuti peristiwa sempena temasya sukan ni sebagai arahan ' menurut perintah '. Balik pada kehadiran guru, kemunkinan besar tindakan tidak diambil oleh pihak sekolah pada guru yang tidak hadir..tapi guru berkenaan confirm akan dicop sebagai malas, tidak menurut perintah dan akan berterusan dianggap dan dipandang negatif oleh pihak sekolah.


Aku ni bukan ape...tapi ialah hanya sekadar membuat catatan untuk membuat sedikit kelegaan pada diri aku ni yang tak faham konsep cuti peristiwa dan kejohanan olahraga tahunan sekolah yang dianggap aktiviti luar sekolah dan bukan sebahagian daripada kurikulam atau p&p (pengajaran dan pembelajaran)...Ok jumpa lagi ke catatan yang akan bersambung seterusnya.
jam 11.04 pm 30/06/2011




                             suasana kejohanan sukan tahunan.
                                  ...esoknya pasti akan...................
                                  diumum cuti & sorakan hip2 hore...
                                  sekarang dah takde lagi...............

30 May 2011

Golden days to be remember

Golden days to be remember - My former SRJK(I) SLIM RIVER


Go to any primary school today and children are playing and laughing gardens, but nearly 46 years ago it was quite a different place.

SRJK (I) Slim River (Government English Primary School) a simple wooden buildings once formed part of the English School, in year 1965 “school” for children need English as a motivator in their coming living hood establishment.

As part of Slim River 53th anniversary the man from Slim is looking at places that form part of the town’s history.

A history by Saiful Anuar Safian, been neglected or overlook? The SRJK (I) School, records it was opened in the early 1930’s or 40’s  following the neglected and overlook  to accommodate the increasing number of deserted or neglected in English education children in the aftermath of the Slim community.
The school’s aim was to teach the children English as an art of living for success

 SRJK (I) change to SK Slim River with changes to the old former wooden blocks
In a review by Head Master Mr Wazir Singh 1965, 10 of the 80 boys at the time had achived  a good achievement in the standard five assessment examination, which caused 4 boys and girls to lose their opportunity to gain the secondary educations allocations in the special Malays classes programme in Anderson School Ipoh due to poverty and parents interest.

At its height, the school was plagued with problems ranging from inadequate class room, shortage of water in the student comfort room , below standard electrical wiring and furnitures.the 1965 generation still trusted SRJK(I) as the main stream for sucessing English learning for their future.

A single story building then formed part of the SRJK (I)  that then became the headmaster office and administration Centre and a few class room in 1969.

The principal Mr Wazir Singh said a lot of work went into restoring the buildings and grounds of this school.
“We did take away additions that weren’t in keeping with the heritage of the site,” He said.
“To even look at the trees, someone had the foresight to plant them and now they’re heritage-listed.
“I feel quite privileged to realise we’re walking where they walked and there are some very sad stories of the past.

But from a cold history with not enough water or resources, SRJK (I) is now a school educating 400 pupils in very different conditions.

“During our curriculum we do revisit the history from time to time,” Mr Wazir Singh  said especially during the Monday weekly assembly held.

22 May 2011

Epa pegi UITM Perak Sri Iskandar pada 21.05.2011

Semalam aku hantar  anak ke 4 aku ke UITM ke Seri Iskandar. Bertolak jam 6.25 padi dari Slim melalui jalan pesekutuan masuk ke Simpang atas pekan Sungkai untuk ke jalan Bidor Teluk Intan. Teruskan perjalanan dari situ ke arah bidor dan selepas Cold Stream masuk kanan melalui Jalan Chuicak hingga sampai ke pekan Langkap. Dekat situ ada simpang tiga dan ada lampu isyarat dan aku terus ke arah kanan ke petunjuk kearah Ipoh dan berjalan lebih kurang 3 hingga 4 min sampai ke simpang ke Kampung Gajah / Teluk Intan. Terus memandu melalui pelbagai kampung dan tak silap ada satu yang bernama Chenderong Balai...dan aku teruskan perjalanan sehingga sampai satu simpang yang menunjuk arah ke Kampung Gajah dan Sri Iskandar. Masuk terus ke simpang itu dan terus perjalanan hingga ke Kampung Gajah dan berhenti minum di satu kedai kopi di situ. Teruskan perjalanan pada simpang kearah Bota dan Sri Iskandar...Jarak dari situ ke Sri Iskandar lebih kurang 30 km. Melalui pelbagai pekan kecil seperti Lambor dan seterusnya Bota yang penuh sesak dengan orang ramai berbelanja pada pasar lambak yang diadakan betul-betul pada jalan utama pekan itu. Teruskan perjalanan hingga sampai ke persimpangan empat yang menunjuk arah ke Parit, Lumut bahagian kanan dan Ipoh / Sri Iskandar kiri. Ambil simpang sebelah kiri dan teruskan perjalanan ke Sri Iskandar..masa tu jam menunjuk jam 8.48 minit...Lebih kurang 8 minit memandu sampai le ke Kampus UITM Perak yang terletak disebelah kiri dan perlu buat U turn untuk ke UITM...sampai lebih kurang jam 8.55 minit dan terus ke Blog Cemara kolej Pasir Salak untuk membuat pendaftaran pagi itu...Selesailah kerja pendaftaran.


Jam 3.00 petang setelah makan dan epa masuk dewan makan kolej..maka aku pun pulang untuk ke Kampung Gajah dan singgah jumpa Iqah di MRSM Pasir Salak. Setelah makan bersama di salah satu waqaf di perkarangan asrama puteri di situ, aku pun pulang pada petang sabtu tu dan tiba di rumah pada jam 6.58 petang. Maka selesai le satu lagi tanggungjawab seorang insan yang bergelar bapa melaksanakan tanggungjawab memberi pendidikan pada anak- anaknya dimuka bumi Allah s.w.t.
Setelah seminggu aku dan keluarga teruskan perjalanan seterusnya. tapi kali ini pergi melawat peringkat kedua selepas orientasi atau kata orang dulu-dulu ragging. Anak aku Epa ni, mula rasa takut dan tidak begitu faham akan laluan ke fakulti ICT dan matematik untuk programnya dibidang sains kuantitatif yang melibatkan program matematik dan statistik di kampus cawangan ni. Dah lak tu, pada minggu orientasi tu cermin matanya pula pecah...jadi bertambah takutlah dia kerana tidak nampak dan untuk mengigati laluan. Adalah satu perkara yang sukar baginya dan kesian anak ku ni. Sampailah aku tengahari tu selepas solat jumaat di kawasan kolej pasir salak di blog cemara. Sesampai aku disitu maka jalan laluan kerete dipenuhi pelajar baru lelaki yang berbaris hingga menggangu pemanduan aku seketika. Aku talipon Epa dan katanya menunggu aku disatu kawasan kolej berhadapan dengan dewan makan kolej tapi tak pasti kolej ape. Aku mula le hairan kenape dia boleh tak tahu dan ini menjadi tandatanya.....untuk aku
Aku mula le memandu sambil melihat kesemua kawasan kolej yang ada disekitar kampus tapi wajah epa tetap aku tak nampak. Aku dah mula penat...dan akhirnya aku terpaksa minta bantuan dari seorang senior atau kakak facie....dan akhir aku jumpa le Epa dengan bantuan si kakak facie ni, Aku baru tahu Epa ni bukan takut hingga tak kenal laluan dan bangunan serta blok persekitaran kampus....tapi yang sebenarnya berlaku...dia tak gitu nampak kerana cermin matanya pee....caah di pijak rakan pada tika selepas sembahyang jemaah pada minggu orientasi dua tiga hari yang lalu. Aku pun pulang membawanya balik dan berhenti minum petang di kedai di Langkap sebelum teruskan perjalanan ke Chui Chak 




                                                  -Ni le Epa......

23 April 2011

A Wish from abah to Suhaifaniza Fasya - 24th April 2011


A Wish from abah and a thank to Allah swt for the day that you were born and for you being such a great daughter named Suhaifaniza Fasya to me.

May Allah swt continue to bless you life and give you the desires of your heart my daughter Suhaifaniza Fasya.

May Allah swt bless you and keep you always in His tender, loving care.

I hope that your day is blessed with happiness and joy.

You're the kind of beloved girlie kid Epa that only firdausy could have sent.

Solat that your day is as special as you are.

May you enjoy the Allah swt presence today.

As Allah swt adds life to your years, may He add years to your life. Happy Birthday!

May the only Allah swt shower you with many baraqah on your special day.

Allah swt is so wise that he never created my lovely girlie kid Epa with price tags. If he did, I wouldn't have been able to afford a precious daughter like you.


No sorrows to depress you, only shadows to surround you, Allah swt himself to bless you. Happy Birthday!

May Allah swt so often the pillow you rest your head on at night
May AllaH swt make smooth the path you walk by day
Not just today but everyday

 thank Allah swt for the day that you were born and for you being such a great daughter named Suhaifaniza Fasya to me.
Happy Birthday
From Abah & Mak – 24th April 2011

14 April 2011

My Boy Birthday 14th April 2011



Happy Birthday Mohd Hafizul Saiful Anuar,


Today you turn twenty. That's an important age...right there between childhood and adulthood, perched precariously at the point where you're too old for a lot of things but too young for many others.

You're growing up so fast. It doesn't seem like any time at all since you were just a thought...a wish. From the moment your mother and I married, we knew we wanted you. Your name was chosen long before we knew we would have you...Mohd Hafizul...strong and manly.  

Just the idea of you brought joy to our lives. It took a few years, but eventually we were blessed from Allah s.w.t and found ourselves awaiting your entrance to the world. You must have been eagerly anticipating greeting the world as well, because you decided to arrive one months earlier than science and nature intended.

It was a very frightening time for us. You were so small, so fragile, clinging to life. The doctors from the Dutchess of Kent Hospital in Sandakan thought you would be hospitalized for at least 1, maybe 2 months...but what a fighter you turned out to be! We brought all 5 pounds, 7 ounces of you home with us only one days after you were born, and ever since then, we've marvelled at your strength. 

From Abah and Mak
14th April 2011
Slim River, Perak

10 April 2011

Birthday in the 10th of April Dutchess of Kent Hospital Sandakan Sabah

Birthday in the 10th of April Dutchess of Kent Hospital Sandakan Sabah

I sit here and think back to the night you were born on the 10th of April 1988.You tucked away within my body, just the three of us.  You and Mak shared private moments that no one else could take part in.  A Mak, Abah and Syafina Fasya bond created even before we laid eyes on one another.
.
I knew you were coming that cold night twenty three years ago.  My body knew and it gave me queues all afternoon. I reveled in the thought that I would soon hold you within my arms.  I stayed at home for as long as possible knowing I wanted to have you to myself for just a bit longer. That’s Mak told abah about you on the 9th of April.

You’re not the most patient child, never have been so it’s no surprise that my labor with you was extremely fast and hard.  Once you decided you wanted to see the world there was no slowing you down.  I nearly had you at home!  My body and I worked together like magic and birthing you gave me one of the most empowering and uplifting experiences of my life that your mak words to abah.  Not only were you born that night but something within me, a feeling of pure strength and empowerment that I’ve never before felt in my life, was also born that night. 

When they laid you against my chest I looked down at your angelic plump face and thanked Allah s.w.t.  I felt the presence of Abah wrapped around the both of us.  My heart was bursting with love and it was as if you and I had known each other all of our lives. 
As you grow and experience life, I want you to remember who you are and where you come from. Remember that you are strong and you can accomplish anything no matter how long the roads to your goals look.   Nothing is impossible.  Think outside the box.  Always have faith and stay true to yourself.  Be confident and take pride in who you are but also stay level headed.  Remember that everyone is different and different is beautiful.  You will realize that beauty will get you many things but always remember that the inner beauty you hold within is the most powerful and what will make you the most beautiful.  Be kind and compassionate.  Not only to everything around you, but also to yourself.  Stay safe and treat your body as a temple. 

Laugh.  Oh do laugh!  Your giggle is just one of the many things I love so much about you.  The room lights up when you laugh and my heart sings.  Laugh with your friends, laugh at the world, and laugh at yourself.  If you can’t laugh at yourself then you take life too seriously.   

Dream big.  Dream colorful.  Dream magic.  Dream beyond the stars.  Everything big starts as something small.  Leap high and go for it! 

I have faith in you my beautiful daughter.  I love you forever and look forward to a lifetime of experiences with you.  Thank you for all the smiles and even some of the tears.  Thank you for always loving me and teaching me everyday how to be a better person.  Thank you for being a part of our family.  But most of all…Thank you for just being you.

Happy birthday my sweet, sweet girl named Syafina Fasya
May Allah s.w.t always bless you in gaining health and happiness
From Abah & Mak (Saiful Anuar Safian & Kasmah Sumani)


 
Date of Birth: 10th April 1988

Age at this date: 23 years 0 months
                           : 276 months
                    
                          : 1,200 weeks

                          : 8,400 days

 

my syafina AGE 4

                                                                                 


                                        my syafina AGE 4




my syafina AGE 23

07 April 2011

Terima Call dari kawan lama...

Aku terima call dari kawan lama Rafdi @ yengge pada jam 4.15 petang. Masa tu hujan lebat di Slim ni. Masa tu juga berlaku hujan batu...bila kedengaran bunyi percikan batu ke tingkap cermin. Aku dan anak aku Suhaifaniza Fasya serta isteri aku pergi ke balcony dan betul-betul dapat melihat ketulan ais kecil penuh dilantai, lebih kurang sama saiz dengan buah biji saga. Kilat dan guruh amat kuat pada petang dan kami terus masuk. Balik pada cerita panggilan talipon kawan aku tadi. Sebenar dia nak ke Slim River petang tu berjumpa aku. Sebagai pengetahuan semua Rafdi ni kawan aku semasa menuntut di Tingkatan enam di sekolah Asrama Penuntut Kerajaan Negeri Perak pada tahun 1976 dan tahun 1977 dulu...Dan hari ini ialah 4hb April 2011 dan ini bererti kami tak pernah berjumpa sejak hari akhir persekolahan pada bulan November 1977.... dan hari ini bererti aku akan berjumpa dengan seorang sahabat lama setelah 34 tahun tidak berjumpa. Hati dan naluri ini sangat-sangat ingin berjumpa dengannya.. Aku talipon sahabat ini semula dan dia memberi response bahawa pada selepas magrib ni dia akan bertolak dari Kampar ke Slim River. Tengah aku menonton siaran tv Awan Dania tibe-tibe ada call dari Rafdi dan menyatakan dia dah sampai. Masa tu jam menunjukan jam 9.30 malam, dan dia menyatakan dia berada di depan Pasaraya Sakan dekat kawasan bandar baru slim. Aku pun terus kesana dan betul-betul jumpa dia disana dan terus kami beredar di sebuah kedai makan yang dikenali sebagai restoran Bryani baru  dihujung pekan Slim River ni. Kami sempat bersalaman dan berpelukan,  kerana lama tak pernah berjumpa dan terus buat pesanan minum teh tarik untuk aku dan dia minta kopi misai kucing..



Macam-macam hal kami bualkan dari cerite kawan-kawan seangkatan dan diri masing-masing. Kami bersembang hingga jam 11.45 malam kerana dia terpaksa balik ke Kampar semula. Aku sangat gembira mendengar khabar cerita kawan-kawan yang lama yang aku tak pernah dengar khabar mereka sebelum ini...Bagi aku malam itu satu keseronokkan yang sangat menyenangkan... Sebelum pulang kami menyuruh pelayan kedai mengambil gambar dengan mengguna handphone sebab aku terlupa bawa kamera bersama.....

01 April 2011

a birthday

Dear Noratiqah Fasya:

I've been debating what to write for your annual birthday letter wanting to give you bright, happy thoughts.

I can't believe you're going to be sixteen years old on the 30th march 2011. It seems like only a blink away I saw you swaddled in white in the Dutchess of Kent hospital. I'm so glad you have such a great family. I (Abah) loves you so much and create phone call all the time about how you're doing. Mak keep on remebering your first al quran recital since your age began seven..I just can’t twist a rewind of it.

They should tell me you're having your party at the mrsm boarding school that you really love it. I know you'll have a blast. In my unusual tradition I'll be releasing the balloons at the park where we had Placement sixteen of them this year. I'll watch them float up to the sky and again wish you a happy birthday as the balloons climb higher and higher into the clouds. My once deep sorrow has now turned into heartfelt happiness knowing that you enjoy a new, good life each day with your adoptive parents that your homeroom and your school mates. You get to have all the things I was never able to give you including peace and stability which every child deserves.

Soon the Akedemi Fantasia will be on t.v. again just like two year years ago when I watched, the concerts with you. Those were memorable times I will treasure always.

I used to be awkward when asked about you by others but now I proudly say, "She lives with her adoptive family n friends in Kampung Gajah." I do have some of your pictures displayed all over our tarrace home like in the commonroom where a copy of your kindergarten hangs by some of my framed collection on the cabinet at home. Now I can't imagine my life without you. It is like the chapters before you came along don't exist.

Every day I thank God Allah s.w.t for you.

Happy 16th Birthday!

I love you,

Abah... Saiful Anuar Safian
30th March 2011







Iqah HAPPY birthday
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...