my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

15 September 2012

Ekoran Majlis Syura mengambil ketetapan tidak mengenakan tindakan ke atas bekas Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa. Nik Aziz rase tak puas hati





Ape le hal dengan tuan guru nie. Asyik tak puas hati je. Biasa le orang tua sensitive gile. Merajuk le pulak sampai balik awal pada malam 9 September 2012. Betul ke tak tahan sejuk air cond atau terlalu sakit hati. Pelik le dia nie sesame sendiri pun tak sehaluan. Dalam majlis syura jelas le golongan ulamak PAS bukan nak dengar sangat pendapat Tuan Haji Nik Aziz nie. Baru le aku tahu dia nie sokong giler pada si Anwar nie. Kesian sebab orang tak nak dengar cakap dia sampai jatuh sakit dan tak dapat nak mempengerusi majlis malam tu. Jadi timbalan pengerusi malam tu Dr Haron Din nampaknya masih geng kuat dengan ustaz Nasha nie. Elok le tu, moga silatulrahim para ahli Majlis Syura sentiasa erat dan meriah dengan keakraban antara satu sama lain. Tuan Haji Hadi Awang pun nampaknya macam happy je ketika diwawancara pemberita hari tu. Tapi yang sorang lagi tu yang disebelah ustaz Nasha Nampak macam muka tension je. Nie agak aku berdasar gambar yang tersiar…hihihi.

Dah le Tuan Haji Nik Aziz oi…demo tu dah tua…bawak-bawak le bersabar dan jangan asik nak tak puas hati je… kena stroke lagi susah. Tuan Haji pun pernah bersama PM siap pakai sut 1 Malaysia lagi hihihihi. Sebenar Tuan Haji nie ok tapi tak tau le sape asyik nak ganggu dia sejak akhir nie supaya dia sampai tak puas hati pada keputusan syura baru-baru nie….

Ekoran Majlis Syura Ulama yang mengambil ketetapan tidak mengenakan tindakan ke atas bekas Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa.

Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak puas hati?

KUALA LUMPUR 13 Sept.2012 - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikatakan tidak berpuas hati dengan Majlis Syura Ulama yang mengambil ketetapan tidak mengenakan tindakan ke atas bekas Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa sehingga menyebabkan beliau meninggalkan mesyuarat majlis itu lebih awal, Ahad lalu.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh seorang pemimpin ulama parti itu yang juga ahli Majlis Syura Ulama.

Beliau menyifatkan Nik Abdul Aziz benar-benar mahu melihat Nasharudin dihukum kerana mengambil pendirian bertentangan dengan dasar parti apabila mendesak Pas mengkaji semula kerjasama dengan pakatan pembangkang.

Menurut sumber dalaman Pas, Nik Abdul Aziz mula menunjukkan reaksi tidak selesa dan tidak berpuas hati apabila mendapati agenda mesyuarat pada malam tersebut yang sepatutnya membincangkan isu Nasharudin langsung tiada dalam senarai sebagaimana diharapkan.

"Reaksi Tok Guru (Nik Abdul Aziz) begitu ketara selepas beliau meneliti agenda mesyuarat. Beliau nyata tidak berpuas hati dengan ketetapan majlis syura untuk tidak membincangkan isu Nasharudin, malah, sepanjang mesyuarat, beliau begitu kerap melihat jam tangan sebagai tanda tidak selesa.

"Terdahulu semasa Nasharudin bersalam dengan beliau sebelum mesyuarat, Tok Guru dilihat bersikap dingin. Nik Abdul Aziz turut memberi alasan terpaksa meninggalkan mesyuarat awal kerana tidak tahan dengan kesejukan pendingin hawa di bilik itu," kata sumber itu yang juga pemimpin kanan Pas kepada Utusan Malaysia.

Menurut sumber sama, Nik Abdul Aziz meninggalkan majlis kira-kira pukul 9 malam dan mesyuarat itu kemudian dipengerusikan Timbalannya, Datuk Dr. Haron Din.

Selepas itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditemui pemberita memberitahu isu Nasharudin tidak dibincangkan dalam mesyuarat tersebut, selain menegaskan bekas timbalannya itu masih kekal sebagai ahli parti dan ahli Majlis Syura Ulama.

Keputusan itu dilihat sebagai satu tamparan kepada golongan Anwarinas' yang ternyata tidak senang dengan tindak-tanduk Nasharudin termasuk terbaru apabila beliau membantu pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan ulama tersohor Arab Saudi di Mekah baru-baru ini.

Dalam perkembangan berkaitan, sumber sama memberitahu golongan Anwarinas sebenarnya berharap Nasharudin tidak hadir pada mesyuarat malam tersebut bagi membolehkan tindakan disiplin diambil tetapi hajat mereka terbantut apabila bekas Timbalan Presiden Pas itu muncul kira-kira 10 minit sebelum majlis syura bermula.

"Mereka (golongan Anwarinas) sebenarnya sudah maklum dengan pendirian golongan ulama dalam majlis syura yang tegas mempertahan Nasharudin dan sebagai jalan terakhir untuk 'mengenakan' anak didik Allahyarham Datuk Fadzil Noor ini ialah berharap beliau tidak hadir mesyuarat," katanya.

Saifulfromslim.blogspot.com


14 September 2012

Melayu tak akan hilang di dunia.







Aku copy n paste dari blog Chedet tentang cerita Melayu tak akan hilang di dunia.
Ini le yang aku kagum dengan Tun Dr Mahathir nie kerana keberanian memberi pendapat yang kadangkala begitu berani dan jarang ada dalam pemikiran orang lain. Mesti Ramai yang marah dengan nya. Kelebihan dia ialah sanggup menerima penghinaan tapi yang penting kebenarannya betul-betul terserlah dan tepat. Sikapnya sentiasa sama, ketika jadi PM dulu dan sampai ke hari ini setelah bersara. Betul le kata orang dia seorang negerawan yang sukar ditemui untuk tempoh 20 atau 30 tahun akan datang. Macam-macam penghinaan diberi padanya. Yang pasti orang yang menghinanya itu lah sebenarnya tidak ada kemampuan dari aspek memajukan negara mau pun menjadi seorang pemimpin.

Petikan dari Chedet.blog:

1. Kata Hang Tuah “Tak akan Melayu hilang di dunia.” Dapatkah kata-kata keramat ini menentu yang Melayu tak akan hilang di dunia?
2. Di Singapura kerana tidak ada lagi sekolah Melayu dan bahasa penghantar di sekolah-sekolah di Republik itu ialah Inggeris dan China; segala urusan rasmi dan tidak rasmi menggunakan Bahasa Ingggeris atau China, maka orang Melayu sudah pun tidak menggunakan Bahasa Melayu. Mereka menggunakan Bahasa Inggeris walaupun semasa bercakap dengan anak pinak, keluarga dan kawan-kawan Melayu.

3. Budaya, adat istiadat Melayu juga terhakis. Yang tinggal hanyalah agama Islam mereka.


4. KeMelayuan mereka sudah tinggal separuh. Kita boleh ramal yang hakisan keMelayuan mereka akan berterusan sehingga akan hilanglah Melayu di Singapura.
5. Di sebelah utara pula kita dapati orang keturunan Melayu yang tidak dapat bertutur kata dalam Bahasa Melayu. Mereka Islam dan bangsa rasmi mereka ialah Thai. Maka hilanglah juga Melayu disitu.

6. Tetapi di Malaysia juga kehilangan Melayu sedang berlaku. Ada anak muda Melayu yang tidak lagi ingin dikenali sebagai orang Melayu. Mereka orang Malaysia. Ada pula yang hanya akui mereka orang Islam dan tidak perlu dikaitkan diri mereka dengan kaum Melayu.

7. Tetapi yang akan menghilangkan Melayu di dunia ialah dakwaan bahawa sesiapa yang bercakap berkenaan dengan bangsa Melayu, mereka akan dituduh “racist”. Oleh itu orang Melayu sudah tidak lagi berani menyebut perkataan Melayu kerana tidak mahu dituduh “racist”.

8. Kasihan Hang Tuah. Besar kemungkinan kata-katanya tidak lagi akan menjadi kenyataan. Demikianlah apabila kita bergantung kepada kata-kata hikmat untuk nasib kita, akhirnya akan hilang hikmatnya.


saifulfromslim


12 September 2012

PRU berasingan…… macam tak yakin, macam mula kecut atau rase takut terpaksa bersara


Bila dah dekat masanye pilihanraya mula timbul le pula perancangan nak buat pilihanraya Selangor secara berasingan dengan pelbagai alasan kononnya badan pengendali pilihan raya itu masih belum membersihkan daftar pemilih. Dulu beriya kate kami dah sedia. Tibe-tibe isu ribuan pengundi yang diragui timbul semula. Senang lagi cakap kami belum bersedia kerana takut kalah, lagi betul alasan tu. Lepas tu nak pertimbangkan Pulau Pinang pulak untuk mengambil langkah yang sama. Apa la lu orang nie asyik berdolak dalih. Ketua umum kate jk PR kalah pada PRU 13 dia akan bersara dari dunia politik…sekarang nak tangguh pulak PRU negeri. Memang terang-terang dia sangat takut dan rase akan kalah sebab dah pun buat statement nak bersara. Sekarang mula le rasa takut kerana rasenya pasti akan bersara kerana hilang yakin PR akan menang. Tengok PAS Kelantan tak takut pun, biar pun isu pengundi hantu dan persoalan daftar pemilih juga mereka akui ada di Kelantan dan lain-lain negeri. Sebabnya mudah kerana ape PAS berani bubarkan DUN Kelantan biarpun isu yuang sama masih ada. Sape pun boleh jawab. Sebabnya PAS yakin akan menang. Mengape Selangor tak mahu bubarkan…sebabnya mudah juga…tak yakin dan rase PR akan kalah di Selangor. Pulau Pinang pun sama macam tak yakin jugak bak kate orang mula kecut atau rase 50-50 je

PRU asing: SPR tidak akan halang Selangor

NURUL AINI MOHAMED ALI – Sinar HARIAN
12 September 2012

PETALING JAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiada halangan jika Pakatan Rakyat (PR) mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) negeri berasingan jika Barisan Nasional (BN) membubarkan Parlimen tahun ini atas alasan badan pengendali pilihan raya itu masih belum membersihkan daftar pemilih.


Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR tidak boleh menghalang kerana ia dibenarkan dan tertakluk dalam undang-undang.

"Undang-undang dalam pilihan raya sendiri benarkan buat PRU secara berasingan, tetapi jika mahu teruskan mereka hanya boleh buat dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun) saja," kata beliau kepada Sinar Harian Online, sebentar tadi.

Perikatan itu memutuskan demikian atas alasan SPR masih enggan membersihkan daftar pengundi yang menurutnya meragukan.

"PR telah berbincang dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kami bersetuju Selangor tidak akan mengadakan PRU13 bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan," katanya.

Aziz menambah, SPR hanya mahu memberi peringatan kepada PR berhubung kos perbelanjaan, yang akan meningkat sebanyak RM50 juta jika mereka mahu mengadakan pilihan raya secara berasingan. Menurutnya lagi, SPR tidak akan menghalang kerajaan negeri Selangor kerana ia melibatkan Dun saja, tetapi tarikh rasmi PRU13 tetap berada di tangan SPR untuk menentukan.

saifulfromslim


Ulama' muktabar

untuk besarkan gambar sila klik pd gambar

Ulama' muktabar

Ulama' muktabar ialah ulim ulama' besar contohnya seperti Imam Abu Hanifah, Imam Syafei, Imam Malik dan Imam Ahmad Ibnu Hanbal yang mengasaskan mazhab Hanafi, Maliki, Syafei dan Hanbali di dalam bidang feqah dan usul feqh.

Contohnya Imam Ibnu Kathir di dalam bidang penafsiran al-Quran. Begitu juga Imam Bukhari, Mulim, Ibnu bidang tauhid atau dikenali sebagai ilmu kalam. Semuanya termasuk di dalam kelompok ulama ahli sunnah wal Jamaah.

Justeru, perkataan ulama (kata jamak - plural) bagi Alim (Orang yang tahu/pakar di dalam apa jua bidang pengkhususan masing2) . Justeru perkataan ulama' merujuk kepada orang yang pakar di dalam pengkhususan agama sahaja.

Disini kita boleh le kita tatapkan beberapa wajah para-para ulama' yang tergolong sebagai ulama' muktabar ini

saifulfromslim



11 September 2012

Semangat setia kawan dan 'Syaitan tak dikenali' menangis pada Isu Ustaz Nasharuddin Mat Isa








Pas kini menyalah media pulak pada kes Nasharuddin Mat Isa. Betul ke gitu kerana media banyak memutar belit kes dan isu usataz Nasha nie. Sape yang mula bising bila nampak gambar usataz nie sama PM. Kenyataan ustaz Nasha berhubung amaran Karpal pada Nasha. Bukan ke Kartpal yang mula bising sampai nak saman. Betul ke Tuan Haji Nik Aziz tak buat kenyataan tentang tindakan yang mungkin diambil pada ustaz Nasha. Ramai pepimpin-pemimpin PAS buat kenyataan tentang Ustaz Nasha yang kononnya membuat kenyataan yang bertentangan dengan semangat setiakawan dalam PR. Tup-tup media pulak salah. Kamu orang yang buat pelbagai kenyataan maka media mesti le melaporkan. Bila kena batang hidung sendiri mula salahkan pihak lain. Siapa yang sebenar musuh pada ustaz Nasha, orang PAS, orang PKR, orang DAP atau orang UMNO? Jawab le dengan jujur? Dan jangan asyik nak putar belit menyalah orang lain. Aku respect pada media kerana melapor. Jika tidak takde bukti apa yang terjadi pada isu nie. Tak kan dah lupa kot, sebelum majlis syura buat keputusan pada 9hb September 2012 baru-baru nie, dalam ruang FB dan blog Pro Pembangkang khususnya PAS….semua menyalahkan Ustaz Nasha dan sebahagian besar mengharap Ustaz Nasha nie dibuang sebagai ahli PAS. Jangan nak buat bohong free le. Baik ahli pembangkang atau ahli UMNO sedar sape yang marah pada ustaz Nasha pada perkara nie. Jadi siapa sebenar musuh yang dimaksudkan oleh Tuan Ibrahim. Tibe-tibe je menyindir Tun Mahathir dengan istilah 'Syaitan tak dikenali' menangis. Ape le asyik nak salahkan orang dan perli pada isu-isu yang sendiri perbesarkan. Semua orang tahu kesan pada semangat setia kawan nie, pihak mana yang sebenar-benar menangis, dan sakit hati bagai nak giler. Sendiri sakit hati kate orang lain pulak sakit hati. Syukur le dalam PAS masih ada golongan yang sedar bahawa terdapat virus-virus dalaman yang dah mula membiak dan terus membiak dan secara langsung membuat keputusan tak secara langsung mengekal Ustaz Nasha tanpa sebarang perbincangan isu berkaitan dan ini telah mengurangkan pembiakan virus terus bermaharaja lele…

Petikan dari Portal Sinar harian:

PAS perjelas layanan 'sahabat' pada Nasha

PAS hari ini memperjelaskan tindakan Majlis Syura tidak membincangkan kontroversi sekitar bekas timbalannya Nasharudin Mat Isa atas prinsip "sabahat" tidak harus dilayan seperti musuh.

"Janganlah kemarahan kamu kepada sahabatmu menyamai kemarahanmu pada musuhmu, kerana kemarahan kepada sahabat kerana kecintaan kamu kepadanya, sedangkan kemarahan kamu kepada musuhmu adalah kerana kemurkaan Allah kepadanya.

"Lantaran itu, menghadapi kesilapan sahabat tentulah tidak sama kaedahnya menghadapi musuh.

"Perasaan kita turut berubah dan seluruh citarasa akan berbeza," kata ketua penerangannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kanan).

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi pada 9 September lalu mengumumkan Nasharudin kekal sebagai anggota Majlis Syura Ulama parti itu.

Bagaimanapun, katanya, kedudukan Nasharuddin tidak dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan, yang berlangsung selama dua jam bermula jam 9 malam sehingga lewat malam malam.

Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim berkata, pelbagai isu sengaja diperbesar media untuk membentuk pemikiran rakyat untuk memerangkap ahli dan pimpinan PAS.

"Mereka gila mengimpikan Pakatan Rakyat berpecah atau dalaman parti bergolak.

"Bagi sesebuah parti di ambang ajal, tiada yang lebih menyeronokkan baginya melainkan musuh mereka berpecah," katanya.

'Syaitan tak dikenali' menangis

Bagaimanapun, tambahnya, pengalaman lama PAS dalam politik negara ini menjadikannya berjaya mengenali perangkap yang didakwa dipasang "musuh" itu.

Mengulas keputusan yang diumumkan presisennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang (bawah, berbaju hijau) lewat Ahad malam, Tuan Ibrahim berkata, keputusan itu benar-benar mengecewakan musuh.

"Tindakan ini menyebabkan ‘syaitan yang dikenali' menangis, manakala 'para malaikat yang tidak dikenali' Insya-Allah akan gembira," sindirnya merujuk kepada kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang memetik peribasaha Inggeris sebelum ini.

Justeru, beliau mengingatkan penyokong PAS supaya tidak menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit untuk menghadapi isu yang sengaja dilontar oleh musuh.

"Mereka memang dilatih untuk kerja jahat ini, dan janganlah keikhlasan kita menyebabkan gagal mengenali mana sahabat dan mana musuh," katanya.

Nasharuddin sebelum ini mengeluarkan kenyataan kontroversi dengan mencadangkan PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hudud, yang dilaporkan oleh TV3 dan Utusan Malaysia.

Saifulfromslim

10 September 2012

Isu Ustaz Nasharuddin Mat Isa & Majlis Syura


Cerita pasal nak buang bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa heboh berikutan wajahnya bersama PM dan lontaran mempersoal kenyataan karpal Singh pada isu hukum hudud.



Bagi aku yang sibuk-sibuk golongan tertentu dalam PAS nak buang sangat usataz nasha nie ternyata melopong tak terkata. Dalam FB ada pernah aku kata ustaz Nasha nie tak akan dibuang.

Majlis Syura Pas tak kan buang Ustaz Nasha. Ramai ahli PAS yang tak berpuas hati dengan kenyataan aku bertanya kenape pulak tak akan dibuang. Jawapan mudah aku pada ruang komen ialah Tuan Hj Nik Aziz bukan boleh buat keputusan mengikut kehendaknya sendiri tapi memerlu keputusan semua ahli-ahli majlis syura.

Betul kan jawapan aku….hihihi

Petikan dari Portal – Sinar Harian

KUALA LUMPUR

Majlis Syura Pas, yang menjadi tumpuan banyak pihak - dari dalam dan luar parti itu sejak sebulan lalu, selesai bersidang tanpa membincangkan isu berkaitan dengan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa.

Sehubungan itu, Nasharudin yang turut menghadiri mesyuarat malam ini yang berlangsung lebih dua jam, kekal sebagai ahli Majlis Syura.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Perbincangan kali ini (malam ini) hanya mesyuarat bulanan seperti biasa. Dan perbincangan kami menjurus kepada calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13)," ujar Abdul Hadi.

Jelas beliau, oleh kerana tiada sebarang masalah yang timbul berkenaan dengan kedudukan Nasharudin, maka tiada keperluan bagi Majlis Syura untuk membincangkannya.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang mengadakan mesyuarat pagi tadi menyerahkan kepada Majlis Syura untuk menentukan kedudukan Nasharudin.

"Mesyuarat tak bincang isu Ustaz Nasharudin dan dia pun ada dalam mesyuarat tadi.

"Tidak berbangkit untuk bincang isu Ustaz Nasha kerana tiada masalah yang timbul. Siapa kata ada masalah?" kata beliau sekitar 11.20 malam tadi.

Sehubungan itu Abdul Hadi juga berkata, kedudukan Nasharudin kekal sebagai anggota Majlis Syura Pas dan tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap Ahli Parlimen Bachok itu.

"Beliau kekal sebagai ahli Majlis Syura seperti biasa dan tiada apa-apa tindakan sebab tiada apa-apa masalah," kata beliau lagi.

Sementara itu, apabila ditanya pemberita sama ada Nasharudin, yang tewas pada pemilihan tahun lalu, akan bertanding atau tidak di kerusi Parlimen Bachok, Abdul Hadi berkata: "Tunggu sajalah PRU13 nanti."

Nasharudin yang turut hadir pada sidang media yang diadakan di luar pintu masuk utama ibu pejabat Pas enggan memberi sebarang komen.

Apabila diajukan soalan mengenai kedudukan beliau, Nasharudin hanya menuding tangan ke arah Abdul Hadi sebagai syarat agar mengemukakan soalan kepada presidennya.

Nashrudin berdiri di sebelah kiri Abdul Hadi manakala Naib Presiden Salahuddin Ayub berdiri di sebelah kiri Nasharudin.

Terdahulu Nasharudin tiba di ibu pejabat Pas, di Jalan Raja Laut, jam 8.55 malam tadi

Pemerhati dan kebanyakan pemimpin kanan parti itu yakin beliau akan 'selamat' daripada sebarang tindakan berat.

Media telah menanti kedatangan beliau sejak jam 7 petang tadi.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura, dilihat meninggalkan bangunan ibu pejabat Pas jam 9.15 malam, selepas memimpin mesyuarat bulanan badan tertinggi Pas itu selama kira-kira 20 minit.

Sinar Harian Online difahamkan beliau meninggalkan mesyuarat kerana kurang sihat.

Difahamkan, mesyuarat kemudian dipengerusikan oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din.

Nasharudin menjadi tumpuan ekoran gesaan beliau, yang juga Ahli Parlimen Bachok, agar Pas mempertimbang semula keanggotaan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam isu hudud.

Beberapa anggota yang dihubungi Sinar Harian Online enggan mengulas mengenai mesyuarat malam ini atas alasan Majlis Syura hanya memberi kebenaran kepada Abdul Hadi untuk mengeluarkan kenyataan.

"Hanya Presiden Pas boleh bercakap. Ambil kenyataan Presiden... maaf kami tidak boleh bercakap," kata Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

saifulfromslim

06 September 2012

KIsah amoi cina .....

Amoi Cina ape hal dengan amoi nie?
Serah diri kat polis
Asyik nak susahkan orang je











Amoi cina kena gari...bersama lawyer dap...bagusnya dap orang yg jelas salah pun dia tolong. Ini le dipanggil demi agama dan bangsa

Gadis mohon maaf kerana pijak gambar PM
Petikan dari Portal Msiakini


4:12PM Sep 6 2012

Selepas 15 jam dalam tahanan polis, gadis yang ditahan kerana memijak gambar perdana menteri memohon maaf secara terbuka.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur, Ong Sing Yee, 19, menegaskan beliau langsung tidak berniat untuk menghasut.

Bercakap kepada pemberita dalam bahasa Mandarin, yang diterjemahkan peguamnya, Ong berkata beliau menghadiri perhimpunan Janji Bersih kerana perasaan ingin tahu dan terikut-ikut dengan peserta lain yang bertindak demikian.

"Dia (Ong) memohon maaf dan menegaskan itu bukan hasratnya. Dia tidak berniat menghasut," kata peguam Eric Tan.

P/S - Baiknya perangai amoi cina nie hihihi
Ini dipanggil contoh melalui tauladan hahaha
Dah takut le tue...jk tidak tak kan menyerah diri...
Susah kan orang aje si amoi cina nie

saifulfromslim

05 September 2012

Moral dan kebiadapan rakyat - Siapa harus disalahkan?

























Orang Malaysia dah mula berani. Masing-masing nak hidupkan hukum rimba di Malaysia. Ada tangan gaib yang selalu menggalakkan orang awam dan anak muda serta golongan pelajar melanggar undang-undang. Yang menghairan ada peguam-peguam parti politik melibatkan diri untuk pertahankan salah laku mereka. Macam model sambilan yang dituduh memijak gambar pemimpin utama negara dapat bantuan peguam DAP ketika wanita itu menyerah di Balai Polis. Apa nak jadi dengan sikap membangkang yang sentiasa menyokong tindakan liar dan biadap orang-orang Malaysia yang jelas memang negatif dari aspek moral dan sivik nie? Polis yang menyiasat sentiasa dituduh tidak efisyen kononnya menjalankan penyiasatan mengikut arahan pihak kerajaan untuk menginaya kerabat dan peyokong pembangkang. Salah laku masyarakat awam yang dilakukan tak pernah terjadi seteruk ini sebelum adanya parti keadilan rakyat terlibat dalam komposisi gabungan parti-parti pembangkang. Tak payah le tuduh pihak polis tidak adil sebab budak kecil berumur enam tahun di tadika pun tahu jika buka seluar dan menunjuk bontot dikhalayak ramai tu perangai orang jahat. Bayangkan jika budak yang menunjuk bontot nie jadi pemimpin negara satu hari nanti. Adakah dia nie akan menjadi pemimpin yang baik atau pemimpin bersifat gangster dan boleh merosakkan negara. Golongan memijak bendera nie jelas semuanya penyokong pembangkang. Adakah mereka ini layak menjadi genarasi yang boleh membantu negara untuk berjaya, maju dan bergelar pemimpin yang berpotensi dan bermaruah. Sape orang yang mencipta bendera nie. Semua orang tahu dari parti politik mana dia nie. Bahaya betul dengan parti politik yang satu nie. Moral penyokong mereka sentiasa pelik dan ganjil dan ada kalanya terlalu kotor dan keji. Mereka asyik tuduh orang umno jahat dan keji. Betul ke? Cuba bandingkan dengan seadil-adilnya. Orang awam pun boleh menilai dengan mudah. Kasihan parti pembangkang macam PAS dan DAP walau pun dari dulu suke membangkang tapi cara mereka lebih berakhlak sebelum nie. Tapi kini mereka juga terpaksa mengikut trend rakan sepakatan semata-mata nak jaga hati dan menunjukkan mereka sentiasa bersatu hati. Rasanya ramai ahli-ahli dalam komposisi pembangkang ini sendiri menyampah dengan aktiviti liar yang dilakukan ketika perhimpunan-perhimpunan yang jelas lebih berpaksi sikap negatif, jahat dan tidak bermoral. Apa nak buat kerana dah berada dalam satu kumpulan barisan pembangkang terpaksa mengiyakan je perbuatan walau pun dalam hati dan jiwa sebenar ahli-ahli pembangkang dan pemimpin parti tertentu mereka turut tidak bersetuju dan meluat dengan sikap liar dan tak bermoral setengah-setengah pengikut rakan parti sepakatan mereka. Silap-silap haribulan barisan pembangkang akan mengalami kekalahan teruk pada PRU kali ini kerana rakyat Malaysia tak le bodoh dan boleh menilai mana kaca dan mana permata.

Aku kagum dengan sikap dan ketegasan pihak PDRM berhubung kenyataan yang aku paparkan di bawah, moga sifat liar, ganas dan tak bertamadun sebahagian rakyat Malaysia dapat dibendung demi menjadikan negara kita ketahap yang membanggakan sebagai negara yang berjaya dan berdaulat dari semua perkara. Tahniah PDRM...teruskan tugas mulia anda

Masa kompromi berakhir - Polis
Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS dan HUSSAINI AMRAN
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 4 Sept. - "Masa untuk berkompromi sudah berakhir". Itulah amaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap peserta-peserta Janji Bersih yang didapati melakukan pelbagai kesalahan termasuk menghina pemimpin dan mengibarkan bendera baru bagi menggantikan Jalur Gemilang ketika berhimpun di Dataran Merdeka, pada 30 Ogos lalu. Sehubungan itu, penahanan seorang pelajar kolej swasta di Taman Maluri, Cheras, di sini hari ini yang terlibat dalam perhimpunan tersebut adalah amaran bahawa polis tidak akan lagi bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang tidak menghormati undang-undang. Berikutan itu, polis meminta 10 lagi individu yang diburu menyerahkan diri dalam tempoh 24 jam, sebelum gerakan menahan mereka dilakukan. Pelajar berusia 19 tahun itu yang ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari dipercayai individu menunjukkan punggungnya pada gambar Perdana Menteri semasa perhimpunan tersebut. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, berikutan penahanan berkenaan, polis akan memburu semua individu yang gambar mereka disiarkan di media hari ini. Kata beliau, pihaknya akan bertindak tegas dan tidak berkompromi terhadap mereka yang terlibat. "Polis juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai, ibu bapa dan tenaga pengajar kolej itu yang banyak menyalurkan maklumat sehingga individu terlibat diberkas," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Semalam, polis mengedarkan gambar 11 individu yang dipercayai melakukan pelbagai kesalahan ketika menyertai perhimpunan tersebut. Sementara itu, Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, pelajar semester ketiga program Diploma Multimedia Kreatif itu ditahan sejurus tiba dari Batu Pahat, Johor bersama kedua ibu bapanya. Katanya, pelajar terbabit dipercayai tidak hadir ke kelas semalam dan melarikan diri ke kampungnya di Batu Pahat, Johor sebelum dibawa keluarganya ke kolej berkenaan hari ini. Abdul Jalil yang mengetuai operasi penahanan itu berkata, anak bongsu daripada dua beradik itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini. "Polis akan mengambil keterangan pelajar berkenaan bagi membantu siasatan serta menyiasat motif kejadian. Terdahulu, polis telah mengambil dua keterangan daripada dua pelajar lelaki kolej sama sebagai saksi kejadian bagi membantu siasatan tersebut. "Kedua-duanya dipercayai merakam aksi melampau yang dilakukan pelajar berkenaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerbu kolej swasta berkenaan. Dalam pada itu, Abdul Jalil memberitahu, polis menyiasat motif perbuatan melampau pelajar tersebut serta mengesan pakaian yang digunakan pada malam kejadian. "Siasatan awal mendapati pelajar itu melakukan perbuatan tersebut atas kehendak sendiri dengan memberi alasan hadir ke Dataran Merdeka untuk menyertai sambutan pada malam itu," katanya yang menolak kemungkinan tindakan tersebut dipengaruhi tenaga pengajar kolej berkenaan. Jelas beliau, polis sudah mengesan alamat-alamat kediaman 10 lagi individu yang dipercayai turut terlibat dalam perbuatan melampau pada malam itu. "Bagaimanapun, polis belum dapat menemui kesemua individu itu di kediaman masing-masing," ujarnya. Sehubungan itu, katanya, polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi talian hotline PDRM iaitu 03-20319999.

saifulfromslim

04 September 2012

Ambang Merdeka bertukar Ambang Durjana - 2012



Tertarik aku dengan catatan Blog Badut rakyat yang memaparkan cerita perbezaan sambutan ambang merdeka pada malam 30hb Ogos 2012 dengan kebiasaan pada tahun-tahun sebelumnya. Sebagaimana kita sedia maklum ambang merdeka sebelum ini akan kedengaran pekikan MERDEKA MERDEKA dan disetiap wajah jelas ada gambaran kegembiraan semangat kemerdekaan. Tapi tahun ini semuanya telah hilang kerana penglibatan parti-parti pembangkang dalam penganjuran himpunan janji bersih. Pakar demonstrasi Hishamuddin Rais disertai dengan pakar pemidato yang sumbang Mat Sabu mengetuai aktiviti malam itu. Bendera merah putih beredar disetiap ceruk dataran merdeka seolah-seolah mahukan negara ini mirip kearah Singapura dan Indonesia seolah-olah melambai-melambai sistem Republik untuk datang dan mengganti Demokrasi Raja Berpelembagaan. Belum lagi pembangkang menang mereka dah mula melaung-laung slogan yang cukup merisau setiap sanubari insan warganegera ini. Bila ramai rakyat mengkritik dengan kejahilan penyokong pembangkang yang berbangga dengan bendera merah putih ini dan sifat tak bertamadun mereka memijak gambar ketua Negara, mula le permimpin tertinggi pembangkang mula menafikan penglibatan mereka. Bagi aku ini berlaku kerana perancangan penganjuran perhimpunan ini telah memakan diri dan menyebabkan petunjuk awal kegagalan pihak pembangkang salah merancang sesuatu aktiviti yang akan meluputkan cita-cita mereka untuk memenangi PRU ke 13. Perhimpunan ini lebih kurang boleh dikatogerikan sebagai perhimpunan yang disertai oleh pemimpin yang tidak bertamadun dan penyokong-penyokong yang hilang akal. Sampai ada seorang pelajar IPTS sanggup menunjuk bontot dengan membuka sebahagian seluarnya ke muka pemimpin Negara di khalayak ramai. Penyokong-penyokong lain macam orang yang telah dirasuk syaitan iblis memijak-mijak gambar pemimpin utama Negara disertai dengan pekikan yang meluah perkataan yang sunnguh memalukan. Dibawah ini saya paparkan catatan yang saya baca sebagai renungan kita bersama. Pembangkang ingatlah semua ini petanda awal pihak pembangkang akan kalah terduduk dan semua pemimpin pembangkang akan menangis meratap kekakalahan sambil tertonggeng pada PRU ke 13 nanti. Ini bukan salah siapa. Ini adalah kesalahan pemimpin pembangkang sendiri yang merosakkan akidah politik yang sepatutnya baik dan indah menjadi hodoh dan pasti memuakkan rakyat untuk memilih pembangkang sebagai wakil mereka nanti

saifulfromslim

Petikan dari Blog badut rakyat:

Lazimnya malam ambang kemerdekaan negera akan diselang seli dengan pekikan "Merdeka, Merdeka,Merdeka" ataupun lain-lain laungan yang bersifat kenegaraan dan patriotik.Tapi berbeza sekali dengan ambang merdeka yang dianjurkan oleh NGO proksi pakatan pakatan haram tempohari apabila laungan politik kepartian lebih mendominasi suasana malam tersebut.Jelas kedengaran pekikan "reformasi, reformasi" bersilih ganti dengan laungan "hancur, hancur, hancur Najib" mengiringi kedatangan Timbalan Presiden PAS,Mat Sabu manakala di sudut yang lain pula gambar Perdana Menteri dan isterinya dipijak dan dibakar.Kelihatan juga sekumpulan anak muda pro PKR dan PAS berarak dari Dataran Merdeka ke bangunan DBKL yang berdekatan,kelihatan bendera PAS dan PKR dikibarkan langsung tidak menggambarkan suasana malam merdeka sebaliknya lebih kepada malam demonstrasi ala-ala reformasi.Sementara itu,di sepanjang persimpangan jalan di hadapan bangunan DBKL dan Dataran Merdeka juga seperti sengaja dimonopoli oleh geng-geng kuning pro pakatan haram sehingga lalulintas menjadi sesak selama beberapa jam.Budak-budak motor pro pakatan haram bersama teman wanita masing-masing pula berpeleseran di tepi jalan menambah lagi kesasakan lalulintas.

Disebalik rimbun pokok lanskap,beberapa pemuda PKR berbangga menayangkan headband berlogo mata satu bertuliskan Parti Keadilan Rakyat,di suatu sudut berdekatan sekumpulan pemuda pro pakatan haram dengan gah mengibarkan bendera baru yang dinamakan sang saka malaya bagi menggantikan Jalur Gemilang.Di perkarangan bangunan DBKL pula,Mat Sabu dan Hishamuddin Rais bergilir-gilir memberi ucapan politik sambil mendesak pilihanraya bersih diadakan, langsung tiada kaitan dengan sambutan malam kemerdekaan.Suasana malam tersebut jelas sekali kontradiks dengan janji yang ditaburi oleh pihak penganjur Himpunan Janji Bersih yang memberi jaminan tiada unsur politik dalam sambutan anjuran mereka dan tiada ucapan dari mana-mana pemimpin politik.Malah langsung tiada unsur-unsur patriotik atau roh sambutan kemerdekaan tanahair melainkan dipenuhi dengan unsur politik,subversif dan menghina kemerdekaan negara.Sedangkan sebelum ini merekalah yang paling ke depan memprotes penggunaan tema "55 Tahun Merdeka,Janji Ditepati" dengan alasan tema tersebut berbau politik dan tidak bercirikan perpaduan.

Serentak dengan itu,sebahagian besar pemimpin PR menolak tema tersebut dan beralih kepada tema mereka sendiri "Sebangsa, Senegara,Sejiwa" yang diciplak dari risalah perpaduan yang dicipta oleh Kementerian Penerangan.Berbakul-bakul alasan yang mereka ciptakan untuk merancakkan polemik dan pertikaian terhadap terhadap tema "Janji Ditepati" disamping untuk menghalalkan langkah songsang mereka merintis kekeliruan dan perpecahan disaat negara mahu menyambut kemerdekaan yang ke 55.nampak jelas,penganjuran Janji Bersih yang diwar-warkan kononnya berniat suci untuk sama-sama meraikan kemerdekaan negara bukan sahaja gagal menepati janji mereka, sebaliknya telah mengotori sejarah perjuangan anak bangsa.Malam kemerdekaan yang ke 55 ini sepatutnya diraikan dengan penuh gemilang akhirnya tercemar dek kerana mainan politik subversif yang dipelopori Pakatan Haram,selayaknyalah untuk mereka yang terbabit dihukum oleh rakyat dalam pilihanraya umum kelak.

Air mata seorang Ayah



Aku tertarik dengan satu cerita mengenai cerita seorang ayah yang mempunyai kesan mendalam pada diri ini. Adakah aku mempunyai pengalaman yang sama semasa hayat arwah ayah ku satu masa dulu. Aku pun tak tahu... Tapi yang pasti aku sangat-sangat tertarik dengan kandungan ceritanya dan bukan kerana olahan atau bahasanya...
Aku paparkan ceritanya.....yang telah ku baca sebentar tadi.

Suatu hari, seorang ayah balik dari kerjanya. Hari yang ke-29 Ramadhan. Ayah seorang penarik beca. Cepat-cepat dia membuka sepatunya apabila melihat raut wajah anaknya di pintu. Senyuman terukir di bibir anaknya.

Anaknya yang berusia 8 tahun siap sedia menanti di pintu. Itulah rutin anak perempuannya yang seorang itu. Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang

.

Anak: "Assalamualaikum..mari adik tlg letakkan kasut ayah di

rak.." ( sambil tangan kecilnya memaut lembut tangan ayahnya..)

Ayah: "Waalaikumsalam..terima kasih. Comel anak ayah ni. Mari duduk sebelah ayah. Ayah nak berikan sesuatu."

Anak kecil itu duduk bersimpuh sebelah ayahnya. Ternanti- nanti apakah yang hendak diberikan oleh ayahnya. Ditatap wajah ayahnya. Wajah tua yang berada di hujung usia - 60 an. Nampak garis-garis kedutan, dengan kesan peluh keringat membasahi tepi dahi ke leher ayahnya. Cengkung pipi ayahnya. Cepat-cepat si anak kecil itu lapkan peluh ayahnya dengan lengan baju yang dipakainya. Ayah tersenyum selesa dengan reaksi anaknya.

Ayah: "Nah..ini untuk kamu. RM100. Hadiah kerana kamu

berjaya khatam al-Quran sepanjang Ramadhan ini. Ini ayah

kumpul sepanjang bulan puasa ini. Ayah cuma mampu

berikan sebanyak ini, namun ayah percaya Allah pasti berikan

lebih banyak untuk kamu. Kenapa Allah bagi banyak? Satu,

sebab kamu rajin. Dua, sebab kamu comel sangat. :) "

Anak kecil itu tidak menerima huluran wang ayahnya. Dia

meminta izin masuk ke rumah sekejap untuk mengambil

sesuatu. Kemudian datang tergesa-gesa menghadap ayahnya

kembali dengan sesuatu di tangannya. Sepasang kasut.

Anak: "Ayah, ini untuk ayah. Selama 3 bulan saya kumpulkan

sebahagian besar duit makan yang ayah berikan setiap hari.

Ini je termampu saya belikan untuk ayah. Kasut ayah tadi

dah berlubang dan koyak. Kaki ayah luka-luka. Tapak kaki

ayah melecet-lecet. Terimalah ayah. Hadiah kecil dari saya."

Si ayah sebak. Menahan titisan air mata di kelopaknya.

Anak: "Ayah tak perlu berikan hadiah wang sebanyak itu.

Wang itu simpanlah untuk kegunaan kita sekeluarga. Bagi

saya, ayah adalah hadiah yang terbaik pernah saya ada. Ayah

hadiah terbesar yang Allah bagi pada saya. Saya dah

bersyukur. Adanya ayah."

Si kecil memeluk lembut tubuh ayahnya. Si ayah tidak mampu lagi menahan air mata yg bertakung.

Akhirnya menitis jua dari sepasang mata yang uzur.

saifulfromslim

03 September 2012

Demokrasi Raja Berpelembagaan Vs Republik




Ramai yang berang dengan sikap keterlaluan puak-puak Pakatan Rakyat yang bukannya meraikan Hari Kemerdekaan, tetapi memperlekeh dan menghina sambutan tersebut.

Dalam himpunan 'Janji Demokrasi' yang diadakan pada malam Merdeka, penyokong-penyokong PR telah bertindak mengenepikan Jalur Gemilang dan sebaliknya sebuah bendera baru mirip Indonesia dan Singapura 'diperkenalkan'. Terdapat juga risalah yang diedarkan untuk mengajak rakyat mengubah Jalur Gemilang kepada bendera baru itu.

Jelas, puak-puak Pakatan Rakyat sudah tidak lagi dapat menyembunyikan pendirian mereka yang selama ini menafikan atau menolak sejarah kemerdekaan negara ini.

Walaubagaimanapun, setelah dicemuh secara meluas, pemimpin-pemimpin PR telah terpaksa menafikan adanya niat untuk menukar bendera Malaysia di pihak mereka.

Namun, penafian semata-mata tidak membawa makna. Sebaliknya, tindakan PR yang sering berupa 'khianat' terhadap negara ini menjadi bukti pupusnya patriotisme di dalam diri mereka.

PR, terutamanya PKR dan DAP banyak berkongsi pendirian yang sama terutama mengenai menghapuskan Institusi Raja-raja atau menubuhkan Republik Malaysia. PAS, walaubagaimanapun, hanyalah pak turut yang bingung, dungu dan tidak tahu apa-apa yang masih beretorik konon ingin membina Negara Islam.

Di kalangan mereka yang celik politik, siapa tidak tahu akan niat Anwar untuk menjadikan negara ini negara Republik. Perkara ini telah pun didedahkan oleh Ummi Hafilda dalam siri-siri ceramahnya dan juga sidang akhbar. Selain itu, Raja Petra Kamaruddin, yang satu ketika dahulu adalah penulis upahan Anwar, sebelum membuat U-turn dan membelasah Anwar, pernah beberapa kali menulis secara berkias mengkritik sistem Beraja, iaitu satu usaha dari pihak Anwar menghasut rakyat mempersoalkan sistem tersebut.

Penentangan DAP terhadap Institusi Raja pula bukanlah sesuatu yang baru. DAP yang selamanya anti Melayu, Islam amat memusuhi Institusi Raja-raja kerana disitulah terdapatnya benteng pertahanan Melayu dan Islam. Beberapa kali, DAP mempergunakan PKR dan PAS untuk mempersoal atau memperleceh titah Sultan dalam memperkatakan isu mengenai Islam. Kemuncaknya, dalam sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Negeri Selangor, PR telah bertindak membelakangkan terus Sultan Selangor.

saifulfromslim

01 September 2012

TIADA KEBEBASAN AKHBAR DI MALAYSIA - BETUL ATAU SALAH



Saya tertarik hati dengan isu kebebasan akhbar yang selalu dimainkan oleh pihak-pihak tertentu.

Mereka hina TV3, Utusan Malayu dengan kata celaan dan nista dan kadangkala didalam media siber seperti Fb dan blog mereka ubah nama media cetak dan komunikasi dengan perkataan carutan serta lucah. Betul ke kerajaan tidak amalkan kebebasan akhbar?

Aku jadi tertarik hati dengan ulasan Sdr Hassan Mohd Noor tentang perkara kebebasan akhbar yangaku paparkan dibawah ini:


Siapa sebenarnya kuasai media dan menyekat kebebasan bersuara

Oleh Hassan Mohd. Noor

SLOGAN demokrasi, kebebasan media, kebebasan bersuara, ketelusan, tadbir urus yang baik (good governance) dan macam-macam lagi adalah antara slogan yang sering dilaungkan oleh parti politik.

Tidak ketinggalan pakatan 3P - DAP, Pas dan PKR. Memang menarik kata-kata itu tetapi sejauh mana keupayaan untuk melaksanakannya?

Berjanji dan bercakap sebelum berkuasa memang mudah kerana modalnya hanyalah air liur tetapi untuk mengotakannya setelah berkuasa bukanlah senang. Jika janji dikota pun mungkin melibatkan kroni atau suku sakatnya. Kata orang sekadar ada, bagi menutup mulut pengkritik dan jika tidak mampu dilaksanakan, mereka akan menuding jari mencari silap orang lain. Akhirnya janji yang ditabur hanyalah janji palsu dan terjadi cakap tak serupa bikin atau bikin tak serupa cakap.

Kebebasan Media

Adakah pakatan 3P benar-benar mengamalkan kebebasan maklumat melalui media? Selepas memerintah Pulau Pinang, Perak dan Selangor, kebebasan media hanya menjadi slogan. Di Selangor, Utusan Malaysia diharamkan penjualannya di semua pejabat kerajaan negeri termasuk pihak berkuasa tempatan. Baca boleh tetapi bukan untuk dijual. Malahan agensi di bawah kerajaan negeri juga khabarnya diharamkan untuk membeli iklan. Keadaan yang sama juga berlaku di Perak ketika pemerintahan 3P. Di Pulau Pinang, wartawan yang tidak sehaluan dengan kerajaan negeri akan digam, tidak dibenarkan membuat liputan di Komtar, bangunan yang menempatkan Kabinet kerajaan negeri DAP. Wartawan media cetak dan elektronik sudah mengalami pengalaman dipulau oleh kerajaan negeri. Wartawan Utusan Malaysia bukan saja tidak dijemput meliputi sebarang majlis yang melibatkan Ketua Menteri tetapi juga dilarang membuat liputan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sedangkan rakyat berhak tahu apa yang berlaku di dewan kerana di situ ada wakil rakyat yang mewakili parti politik yang menyokong kerajaan negeri dan sebaliknya. Malahan baru-baru ini juga, Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri di- dakwa cuba mempengaruhi sekolah Cina di negeri itu supaya tidak melanggan Utusan Malaysia dan Berita Harian. Inikah kebebasan media yang dilaungkan oleh Parti Tindakan Demokratik itu? Entah apa nasib media cetak yang tidak sehaluan dengan DAP jika mereka menduduki Putrajaya. Baru berkuasa di sebuah negeri, mereka sudah mengawal pergerakan media tertentu. Secara tidak langsung, kerajaan DAP sudah menguasai media. Mereka boleh menentukan siapa yang boleh buat liputan dan siapa yang tidak. Di Pulau Pinang, Guan Eng sudah pun merealisasikan hasrat bapanya, Lim Kit Siang pada satu masa dulu untuk menjadi ketua menteri yang berkuasa.

Berbalik kepada Selangor, walaupun Utusan Malaysia diharamkan penjualan di premis kerajaan negeri, baru-baru ini terbongkar kegiatan pihak tertentu memasukkan akhbar Selangor Kini terbitan kerajaan PKR dan Harakah terbitan Pas ke dalam akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia. Siapakah yang bertanggungjawab? Apakah motif di sebalik kerja kotor ini? Walaupun tidak melibatkan keseluruhan akhbar itu tetapi sedikit sebanyak ia cuba mempengaruhi pembaca Utusan Malaysia.

Kebebasan Bersuara

Lihatlah apa yang berlaku kepada Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Hasan Ali yang ketika itu menyandang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor dan Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang ketika itu menyandang jawatan Ahli Dewan Negara. Mereka menjadi mangsa kerana menentang dua perhimpunan yang tidak sepatutnya diadakan. Dr. Hasan dipecat kerana beliau bersuara supaya rakyat tidak diheret menyertai perhimpunan haram Kempen Bebaskan Anwar 901 pada 9 Januari 2012 semata-mata bagi mempertahankan isu peribadi Anwar Ibrahim. Beliau yang tidak rela anak-anak muda diheret sama dalam perhimpunan itu membidas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Abdul Rani Osman yang menggesa ahli parti itu untuk menyertai perhimpunan tersebut. Akibat kenyataannya itu, Dr. Hasan dipecat tanpa dipanggil membela diri. Pemecatan serta merta itu menyebabkan beliau digugurkan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Begitu juga nasib yang menimpa Tunku Abdul Aziz. Naib Pengerusi DAP ini bersuara menyatakan pandangannya yang tulus ikhlas sebagai rakyat Malaysia. Beliau menolak demonstrasi Bersih 3.0 diadakan di Dataran Merdeka kerana DBKL tidak membenarkannya.

Pada masa yang sama, pengalamannya juga menunjukkan dalam kebanyakan kes, demonstrasi aman akan bertukar menjadi ganas. Baginya jika polis menasihatkan untuk menukar laluan dan tempat berhimpun, itu adalah apa yang patut dilakukan kerana polis adalah pihak berkuasa keselamatan. Jangan langgar undang-undang. Kesimpulannya Abdul Aziz mahu semua pihak mendukung salah satu prinsip Rukun Negara iaitu Kedaulatan Undang-Undang.

Tetapi pandangannya tidak selari dengan kehendak pemimpin utama DAP terutama Guan Eng dan bapanya Kit Siang yang mahu rakyat menyertai demonstrasi Bersih 3.0 itu walaupun undang-undang melarangnya.

Akhirnya sebagai pembalasan, DAP tidak melanjutkan tempoh Senator beliau yang akan berakhir pada 31 Mei. Begitulah laungan kebebasan bersuara dalam parti demokratik itu yang sebenarnya terpaksa mengikut syarat yang ditetapkan. Ia amat terbatas. Anda boleh bersuara tetapi jangan menyongsang pendirian parti.

Bagi Dr. Hasan dan Abdul Aziz, mereka sepatutnya berdiam diri dan membiarkan kemungkaran berlaku. Mereka perlu diam walaupun tahu perhimpunan seperti itu mengganggu privasi banyak pihak - orang awam tempatan, pelancong, pemandu teksi, peniaga dan sebagainya.

Nampaknya, hadis katakanlah kebenaran itu walaupun ia pahit tidak boleh dipakai oleh pemimpin Pas, apatah lagi DAP walaupun corak pemerintahannya mahu mengikut seorang khalifah. Mungkin rakan-rakan Exco Melayu Islam dalam kerajaan negeri Pulau Pinang perlu menerangkan kepada Guan Eng mengenai maksud hadis ini.

Apakah perasaan DAP jika orang lain melanggar undang-undang? Apakah undang-undang ini tidak boleh dipakai?

Nasib baik Abdul Hadi Awang adalah Presiden Pas. Jika tidak, beliau juga akan mengalami nasib seperti Hasan Ali dan Abdul Aziz kerana bercakap tidak senada atau selari dengan pendirian pakatan 3P. Mujurlah Karpal Singh (Pengerusi DAP) hanya meminta Abdul Hadi diam, bukannya meminta disingkirkan.

saifulfromslim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...