my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

15 December 2012

SATU CERITA UNTUK SEMUA




Aku tertarik membaca cerita yang  dari satu laman. Cerita tentang kekuatan, keyakinan dan hikmah disebalik kebenaran dan pendustaan. Macam mana pun...itu semua tak kisah le, tetapi cari le pengajaran yang hendak disampaikan oleh si pencerita. Rasenya penceritaan ini datang dari orang Indonesia memandangkan dari segi bahasanya. Aku tak edit sama sekali hanya kerana enggan agar penceritaan asal jadi kelainan pula jika diedit...

SATU CERITA UNTUK SEMUA

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?"

Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."

Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca Basmalah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."
(Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keledai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.



-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?" mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!"

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**

* Penulis tidak menyebutkan yang kesembilan (pent.)
** Kisah nyata ini diambil dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah melalui internet, www.gesah.net


http://www.gesah.net/


11 December 2012

JOSE Mujica President Negara Uruguay termiskin di dunia


Kadangkala kita ingat jika orang itu bersikap rendah diri, berprofil rendah kita rase itu satu lambang kecemerlangan seseorang pemimpin. Betul ke? Segala adalah penilaian anda sendiri untuk menterjemahkan maksud kecemerlangan itu? Di Malaysia ada juga pemimpin bercorak itu. Apakah dia cemerlang sebagai pemimpin? Apakah ukuran bagi sesuatu kepimpinan itu?


Dia adalah seorang pengamal sayur-sayuran. Kereta rasmi adalah kereta lama berjenama Volkswagen Beetle. Dia juga seorang pengusaha tanaman bunga. Dia adalah President Negara Uruguay. JOSE Mujica dikenali sebagai President yang termiskin di dunia. Menurut laporan BBC dia memulangkan 90% daripada gajinya sebanyak $12,000.00 pada badan kebajikan hanya untuk membantu penduduk miskin dan golongan peniaga kecil. Menghabiskan 14 tahun sebagai tahanan politik, dia telah merobah corak penghidupan dengan kata-kata. ‘ Jika anda tidak mempunyai banyak harta, anda tidak akan bekerja sepanjang hidup anda sebagai hamba abdi untuk memperolehi harta-harta berkenaan, dan dengan itu, anda akan ada ruang masa yang banyak untuk bersama diri anda.’ 

Walaupun dia seorang yang bertimbang rasa dia tidak pula dianggap sebagai President yang popular di Uruguay. Malah dirinya telah jatuh ketahap 50% penilaian rakyat keatasnya hanya kerana 2 isu kontroversi iaitu, pertama, menyetujui pengguguran pada awal 12 minggu kehamilan golongan wanita dan yang kedua kerana menyokong perbahasan keatas kebenaran  penggunaan dadah jenis marijuana(ganja)

Seorang bekas tahanan politik selama 14 tahun


            Kereta rasmi seorang pemimpin negara


             Persekitaran biasa dalam kehidupannya


kediaman rasmi seorang ketua negara

  Selain president sebuah negara, dia juga seorang pekebun bunga


  persekitaran rumah kediaman dan garage kerete rasminya


10 December 2012

Tipu oh Tipu


Tipu oh Tipu
Pasal penipuan ini, setiap hari boleh kita baca dekat akhbar-akhbar. Perlu diingat pasal penipuan ini orang bijak pun boleh kena tipu. Ingat tak kisah Dr Fadzilah Kamsah pernah ditipu pada urusan jual beli kereta tiga empat tahun yang lalu? Jadi berhati-hatilah. Terkena tipu ini tidak memilih mangsa samaada orang kampong ke?, Orang akademik ke? Orang professional ke? Orang agama ke? Tapi hanya kita diingat agar berwaspada dan sentiasa berhati-hati ketika kita melalui sesuatu urusan atau keadaan agar kita sentiasa dilindungi Allah swt….

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengenal pasti 12 jenis penipuan popular di Malaysia yang digunakan golongan penjenayah kolar putih.. Antaranya :-

1. Jual beli tanah
Modus operandi: Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya berpotensi dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh. Mangsa ditunjukkan geran tanah sebagai bukti dan diminta membuat pembayaran tunai. Mangsa hanya menyedari tertipu apabila mendapati geran tanah diberikan sebenarnya palsu selepas di periksa dengan pejabat tanah dan tanah ditawarkan itu milik orang lain.

2. Tawaran pakej haji dan umrah
Modus operandi: Sindiket menyamar kakitangan Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji serta umrah pada harga murah dan cepat. Namun, selepas mangsa membuat bayaran, pakej ditawarkan didapati tidak wujud. Ada mangsa menyedari ditipu selepas ada dilapangan terbang dan bersedia memulakan perjalanan.

3. Bomoh buang sial
Modus operandi: Dalang mendakwa mangsa ada sial, roh jahat atau nasib malang dan berkebolehan mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani upacara rawatan khas membuang badi. Proses rawatan biasanya mengambil masa lama dan mangsa perlu membuat bayaran ditetapkan. Mangsa hanya sedar tertipu apabila tiada perubahan pada diri dan bomoh menghilangkan diri. Ada juga mangsa wanita dicabul dan ditiduri.

4. Jual beli kereta
Modus operandi: Sindiket mencari mangsa yag memiliki kereta tapi belum menyelesaikan pinjaman atau bermasalah membuat bayaran ansuran dengan bank. Mereka menawarkan bantuan kononnya boleh menjual kereta mangsa dan menyelesaikan urusan pinjaman dengan bank. Mangsa menyedari ditipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan bayaran atau menerima saman lalu lintas. Selepas melakukan pemeriksaan, mangsa akhirnya mendapati keretanya tidak dijual, manakala anggota sindiket penipuan menghilangkan diri bersama kereta.

5. Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi
Modus operandi: Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau Maxis yang kononnya ingin menyewa tanah untuk didirikan pencawang. Mangsa ditawarkan bayaran sewa bulanan tidak kurang RM10,000. Bagaimanapun, mangsa diminta menyerahkan geran tanah, membuka akaun bank baru kononnya untuk memudahkan bayaran sewa dan diminta mengeluarkan semua duit simpanan dengan alasan untuk mengelak cukai pendapatan. Selepas duit diserahkan, mereka menghilangkan diri. Kebanyakkan mangsa adalah penduduk dikawasan kampung.

6. Menang hadiah utama loteri
Modus operandi: Dalang sindiket biasanya warga Indonesia yang bijak berlakon kononnya mereka memenangi hadiah utama. Anggota sindiket, termasuk wanita, mencari mangsa dikawasan awam, terutama wanita yang banyak memakai barang kemas pemilik kereta mewah dan juga wanita Umno.
Mereka mendakwa tidak boleh menuntut hadiah kemenangan kerana mereka warga asing, lalu menawarkan mangsa tiket loteri mereka dengan meminta bayaran sebanyak RM10,000 atau lebih. Biarpun jumlah itu besar, ia dikatakan jauh lebih rendah berbanding hadiah kemenangan yang kononnya RM200,000. Jika mangsa kekurangan tunai, mangsa boleh menyerahkan barang kemas dengan nilai dikehendaki. Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila mendapati tiket loteri/ekor diberikan sebenarnya tiket menggunakan jarum dan gam.

7. Beli barang runcit dengan cek palsu
Modus operandi: Sindiket membeli pelbagai barangan runcit, namun pembayaran terpaksa dibuat dengan sebahagian kecil menggunakan tunai, manakala sebahagaian besarnya menggunakan cek, Mangsa menyedari tertipu apabila mendapati cek digunakan tidak laku, manakala syarikat dimaksudkan tidak wujud

8. Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan Kastam
Modus operandi: Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon bimbit, kereta dan komputer yang hendak dijual dengan harga murah kerana ia kononnya barang lelongan kastam turut digunakan untuk menyakinkan mangsa.
Mangsa diminta membayar sejumlah wang sebagai cengkeram atau deposit sebelum barangan dihantar kemudian. Namun, penghantaran tidak dibuat dan anggota sindiket menghilangkan diri dengan wang cengkeram.

9. Menang peraduan AF (Akademi Fantasia)
Modus operandi: Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah kerana memenangi hadiah peraduan sebanyak RM9,000 Namun mangsa perlu membuat bayaran ke satu bank sebanyak RM1,000 terlebih dulu. Mangsa menyedari tertipu apabila wang RM9,000 yang dijanjikan tidak diserahkan. Polis kesal kerana banyak kali mengeluarkan kenyataan mengenai penipuan ini, namun orang ramai masih tidak ambil berat dan sanggup ditipu.

10. Gores dan menang
Modus operandi: Dianggotai sindiket yang mencari mangsa dirumah, kedai atau tempat awam. Mangsa diberi kad dan diminta menggores diatasnya untuk mengetahui hadiah dimenangi. Hadiah dijanjikan termasuk kereta dan wang tunai. Apabila mangsa ingin menuntut hadiah di premis yang selalunya beroperasi hanya dalam tempoh singkat, mangsa diminta membuat bayaran tertentu. Seringkali mangsa hanya menerima hadiah barangan elektrik, kerusi urut atau pinggan mangkuk yang tidak setimpal dengan wang dilaburkan.

11. Tawaran bantuan kebajikan dan rumah PPRT/kos rendah
Modus operandi: Beroperansi dikawasan luar bandar dan mangsa biasanya orang tua,miskin atau ibu tunggal. Anggota sindiket menyamar kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau wakil yayasan kebajikan. Mangsa dijanjikan bantuan kewangan tetap bulanan atau rumah PPRT/kos rendah pada harga potongan lebih 70 peratus.
Untuk memperolehnya, mangsa diminta mengeluarkan semua wang didalam bank bagi membuka akaun baru atau membuat sejumlah bayaran, kononnya deposit pembelian rumah. Biasanya, mereka sangup mengikut mangsa ke pejabat LTH atau bank untuk keluarkan wang. Ketika urusan membuka akaun bank baru dan mangsa diminta tunggu diluar bank dan ketika itu anggota sindiket menghilangkan diri.

12. Menang cabutan bertuah dari Hong Kong
Modus operandi: Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara.Mangsa bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang kedalam akaun tertentu.Selepas bayaran dibuat, wang kemenangan dijanjikan tidak di peroleh.


06 December 2012

Gambar-Gambar Mengenang Peristiwa 13 Mei 69 - Peristiwa Berdarah Perselisihan Antara Kaum


Masa peristiwa berdarah ini, aku ingat juga sebab masa tue aku bersekolah dalam darjah 4 di  SRJK Inggeris Slim River. Walaupun masih kecil aku dapat banyak khabar dari ayah dan abang-abang aku pasal peristiwa ini. Cikgu Aku Mr Khoo Lai Huat dan Mr V Balachandran serta Mr Harun guru bahasa melayu ada saja cerita mereka pasal peristiwa ini hari-hari dekat dalam kelas sebelum memulakan pelajaran. Walau pun sekolah nie bercampur bangsa tapi pergaduhan tak le berlaku dekat sekolah. Tapi pertengkaran antara kami rakan-rakan ada le jugak… Sebab tue aku tau juga banyak informasi pasal peristiwa 13 Mei nie.


Tarikh 13 Mei 1969 - tarikh yang sangat sinonim dalam sejarah negara. Pada tarikh ini kira-kira 43 tahun lalu, berlaku peristiwa berdarah yang tidak mungkin dilupakan oleh seluruh rakyat terutama mereka yang mengalami sendiri peristiwa berdarah itu.
Lebih menyayat hati, ada antara mereka yang menyaksikan sendiri pertumpahan darah gara-gara perbalahan antara kaum itu, hilang keluarga dan tempat bergantung akibat tragedi itu.



Bagi generasi baru, tarikh itu mungkin tidak meninggalkan kesan. Mereka tidak mungkin merasai pahitnya perasaan kehilangan, pedihnya maruah dipermainkan apatah lagi berasa gerun kerana nyawa berada di hujung tanduk. 
Jika diimbas semula peristiwa berdarah itu, banyak kesan yang boleh dilihat sama ada secara langsung ketika itu mahupun kesan jangka panjang atau impak positif serta pengajaran yang boleh diambil dari 13 Mei 1969.



Kesan langsung sudah tentulah huru hara, kebakaran, kematian, kecederaan dialami mereka yang terbabit dengan peristiwa itu yang menyaksikan angka kematian direkodkan seramai 196 orang dengan 439 orang lagi cedera, 39 orang hilang dan 9,143 individu ditahan. Pihak berkuasa juga merekodkan sebanyak 211 kenderaan musnah pada kejadian itu. Namun, ada pihak mendakwa statistik itu tidak begitu tepat kerana orang ramai yang menjadi saksi kejadian menyatakan jumlahnya lebih ramai berdasarkan deretan lori membawa mayat yang tidak sempurna menuju ke beberapa balai polis sekitar ibu negara.



Kejadian itu juga menyebabkan pengisytiharan darurat oleh Yang Di-Pertuan Agong yang dibuat pada malam 16 Mei. Dengan pengisytiharan itu, Perlembagaan Persekutuan digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang Di-Pertuan Agong 






saifulfromslim.blogspot





05 December 2012

GAMBAR-GAMBAR – DARI KESAN BOM PHOSPEROUS YANG DIGUNAKAN KEATAS PENDUDUK PALESTINE OLEH REGIM ISRAEL LAKHNATUL ALLAH NIE


GAMBAR-GAMBAR –  DARI KESAN BOM PHOSPEROUS YANG DIGUNAKAN KEATAS PENDUDUK PALESTINE OLEH REGIM ISRAEL LAKHNATUL ALLAH NIE

PERISTIWA 21 NOVEMBER YANG HARUS KITA INGATI - KEKEJAMAN REJIM ZIONIS KEATAS PENDUDUK-PENDUDUK GAZA PELESTINE.

KESANNYA BOLEH MENYEBAB KEMATIAN YANG DASYAT
SELAIN DARIPADA ITU IANYA AKAN MENGAKIBAT CANCER JIKA TERKENA SERPIHANNYA.

MUKA YANG TERKENA BOM INI AKAN MENJADI TERBAKAR SEPERTI MUKA HANTU JENGKLOT YANG PERNAH AKU TENGOK MASA PAMERAN HANTU KAT MUZIUM NEGARA SATU KETIKA DULU. IANYA LEBIH KURANG SEPERTI KESAN SUN BURN YANG DASYAT YANG SUNGGUH MEYEDIHKAN.

APA PERLU KITA BUAT DENGAN KEKEJAMAN ISRAEL ZIONIS BELAAN AMERICA INI?

KITA HANYA BOLEH MENYEDEKAHKAN SURAH AL FATIHA DAN MRMBANTU MEREKA PADA KADAR YANG MAMPU SAJA
PENDERITAAN INI TELAH MEREKA ALAMI SEJAK BERPULUH-PULUH TAHUN YANG LALU.












saifulfromslim

SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M)


SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M)

Keputusan samada layak atau tidak akan diketahui oleh pemohon melalui pos. Pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat mulai Januari 2013

Pemohon juga boleh buat semakan status keputusan permohonan BR1M di talian berikut:

TALIAN HOTLINE SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M)Talian Hotline:- 1-800-222-500/1-300-88-3010

Bagi pemohon yang gagal, rayuan boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau dimuat turun menerusi laman web www.treasury.gov.my.

02 December 2012

Citer lawak politik bodoh - Suke2 Je...jangan ade yg marah ok

Cerite ini aku terjumpa sana sini, sebagai pengetahuan ianya semuanya adalah rekaan sebagai renungan jenaka je...jangan ade yang marah ok...hihihi

kisah negatif 1
UMNO ada keris, DAP ada roket, PAS ada bulan. Tapi...setajam mana keris, sepanjang mana roket, kalau DATANG BULAN, keris & roket simpan dalam seluar je le....

kisah satu


kisah dua

Tun Mahathir melawat ke sebuah galeri lukisan di Kuala Lumpur, seorang pelukis telah menawarkan dirinya untuk melukis mukanya, dia lalu duduk dan pelukis itu melukis wajahnya dalam 50 Minit gambar tersebut telah pun siap, tetapi Tun Mahathir terkejut kerana di dalam lukisan itu tidak sama dengan wajahnya tetapi sama dengan wajah seseorang yang amat-amat di kenalinya.
GAMBAR ITU IALAH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM MENJELIRKAN LIDAH KEPADANYA. 

kisah tiga


Mahathir,Paklah ngan Anwar Ibrahim dapat cuti dan mereka bercadang nak pergi berlayar atas kapal(dah berlayar takkan naik basikal).
1 malam tu tetiba kapal mereka terlanggar aisberg dan kapal tu mula tenggelam. Kapten cakap selamatkan pompuan ngan budak2 dulu. Paklah dgn slmber jawab "Mampuih pi la depa. Kita kena selamatkan diri dulu."
Dgn perasaan tanggungjawab Mahathir jawab "Takleh. Kita kena utamakan kaum wanita dgn kanak2. Kumpulkan mereka kat 1 tempat selamat"
Dgn taktau malu Anwar Ibrahim jawab "Kita ada masa tak?"


kisah empat

Ini teka teki: cuba jawab kalau pandai...kalau tak tahu ertinya anda dlm golongan bengap  dan bodoh agaknya
Anwar telah didapati mati terjatuh dari sebuah bangunan. Sekeping nota telah dijumpai dalam poket bajunya yang bertulis “Najib telah menolak saya”, Sekeping nota lagi dijumpai di poket seluar kirinya yang bertulis “Nik Aziz yang tulis nota dalam poket baju Anwar”, Dan sekeping lagi nota dijumpai di seluar kanannya yang bertulis “Kit Siang yang tulis nota di seluar kiri Anwar”. Agaknya siapa yang sebenarnya bunuh Anwar?

kisah lima



PM- : "one malaysiaaa!!!!!!!!!
people :"one malaysiaaa!!!!!!
PR: "ONE AZIZAAAHHH!!!!! 

kisah enam
karangan - erti politik

Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti “politik”. Kerana belum memahaminya, ia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti “politik” itu.
Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan, “Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah. Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami”.
Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya. Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di tilam. Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Karena tidak ingin membangunkannya, ia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya. Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti “politik”.
Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, ia mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya sebagai berikut : “Politik adalah hal dimana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan”.

kisah tujuh
orang ape yang senang dibedah
Lima pakar bedah sedang berbincang siapakah yang boleh menjadi pesakit mereka yang terbaik untuk mereka laksanakan pembedahan.

Pakar bedah pertama berkata, "Saya suka melihat seorang akauntan di atas meja pembedahan saya, sebab apabila anda membukanya, segalanya di dalam diri mereka adalah dinomborkan."

Pakar bedah kedua menjawab, "Ya itu mungkin betul, tapi awak patut mencuba juru-elektrik, segalanya dalam kod berwarna."

Pakar bedah ketiga menyambut, "Ohh... tidak!. Saya betul-betul meraskan bahawa pustakawan adalah yang terbaik, segalanya dalam susunan abjad."

Pakar bedah keempat pula bersuara, "Kamu semua tahu, saya sukakan pekerja binaan, mereka selalu mengetahui bila anda tertinggal barangan tertentu dalam diri mereka dan bilakah sesuatu kerja mengambil masa lebih lama daripada yang dijanjikan."

Tetapi pakar bedah kelima membuatkan mereka semua terdiam apabila beliau berkata,"Kamu semua silap, ahli politik adalah yang termudah untuk dibedah. Mereka tiada berhati perut, tiada perasaan, dan isi kepala mereka sentiasa boleh diubah-ubah."



kisah lapan

kenali kawasan dEWAN uNDANGAN nEGERI anda




1.   DUN yg paling sejuk . DUN Batu Berendam
2.   DUN yg paling tak de rasa . DUN Air Tawar
3.   DUN yg paling panas , DUN Pedas.
4.   DUN yg paling miskin . DUN Sekupang
5.   DUN yg paling muda , DUN Sri Muda
6.   DUN yg paling lemah , DUN Batang Berjuntai
7.   DUN yg paling basah , DUN Sg Besar
8.   DUN yg kuat makan satay , DUN Kajang
9.   DUN yg banyak hantu , DUN Pucong
10.          DUN yg ada istana , DUN Kota Raja.
11.          DUN yg banyak ikan , DUN Tg Sepat
12.          DUN yg paling keras , DUN Batu Tiga.
13.          DUN paling pendalaman , DUN Hulu Klang
14.          DUN banyak air , DUN Ampangan
15.          DUN banyak penganas . DUN Kuala Kubu.
16.          DUN paling takde kemajuan , DUN Gurun
17.          DUN paling bahaya , DUN Baling.
18.          DUN banyak semut . DUN Kota Sarang Semut.
19.          DUN paling pelik , DUN Sg Ada Burung
20.          DUN ada binatang , DUN Kijang
21.          DUN paling wangi ,DUN Pokok Sena
22.          DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk



untuk soalan 4 jika awak bukan dalam golongan bodoh n bengap jawap dlm comment k...bergurau je.......

saifulfomslim

01 December 2012

Cerite pasal UMNO, sombong dan sabotaj


UMNO OH UMNO….jangan jadi arrogant pada rakyat. Jika ini dapat dikikis semuanya akan ok
oleh Saiful Anuar Safian

Aku kagum kesedaran Datuk Seri Najib PM yang juga President Umno nie…boleh memahami kehendak rakyat atau generasi muda masa ini. Dia sanggup meminta maaf dan mengaku UMNO pernah buat kesilapan. Dia mahu semua pemimpin UMNO berdisiplin dan merendah diri dan mengetuk setiap pintu hati rakyat. Maksudnya mudah. Dia mahu setiap pemimpin UMNO diperingkat bahagian, dan cawangan-cawangan termasuk le semua yang terlibat dalam jawatan-jawatankuasa yang ada, jangan lagi bersifat arrogant atau berlagak. Nak tegur rakyat pun masih memilih. Apa lagi jika rakyat tu beraliran fahaman pembangkang pasti dia buat indah tak indah je pada kumpulan ini.

 Sepatutnya wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin harus mengenali semua rakyat dalam DUN berkenaan. Mana yang miskin, golongan ibu tunggal, kakitangan awam, peniaga kecil, peniaga, petani,  pesawah yang ada dimukimnya. Mengenali kawasan itu dan tahu perkara yang diperlukan oleh rakyat setempat. Beberapa pemimpin pembangkang aku lihat terus bawa beras dan peralatan dapur kerumah golongan sukar dan memerlukan dan terus pergi ke teratak mereka tanpa ada majlis formal. Ini golongan yang dipandang sebagai pemimpin berkaliber dikalangan generasi masa kini yang tak suka majlis-majlis bercorak retorik dan memualkan. Sebagai contoh pihak UMNO turut bagi pada orang susah tapi yang berbeza dengan pembangkang ialah ianya disalurkan secara formal dan secara lapuk dengan adegan retorik dengan perarakan bunga mangga dan kompang. Unsur kemegahan yang masih dipegang sebagai tradisi ini pada masa ini lebih dilabel sebagai sifat riak atau menunjuk oleh aliran pemikir genarasi muda yang sudah tidak relevant lagi digunakan. Pemimpin akan datang dengan kerete mewah dan disambut. Apa kata rakyat genarasi masa ini? Jawapannya mereka akan menggangap pemimpin UMNO nie arrogant atau sombong.

PM mahu semua pemimpin UMNO merendah diri dan bersikap tawadhuk dengan mengatakan mesti mengetuk pintu hati setiap individu rakyat jika mahu jadi pemimpin yang boleh memenangi hati rakyat. Jangan lagi baru jadi AJK Bahagian dah rase nak tegur orang pun susah. Kasihan le dengan pimpinan pusat berabis buat pelbagai kerja demi menjaga keutuhan parti. Dulu masa baru kalah pada tahun 2008, sekejap je sedar hilang bongkak sombong. Pada tahun  ini aku terlihat dalam satu Jamuan Hari Raya yang dibuat oleh UMNO bahagian, sikap sombong dan berlagak dah macam berulang kembali. Tak payah le aku cakap kawasan mana? Dengar le nasihat pucuk pimpinan tertinggi yang begitu besar harapan pada akar umbi. Buang le sifat sombong dan berlagak ini. Isyaallah semuanya akan dirahmati Allah swt dan isyaallah BN akan menang pada PRU ke 13 nanti. Tapi cukup aku katakan puak-puak nie dah mula nak tunjuk besar kepala balik. Ada ramai yang dah sedar tapi kerana segelintir buat perangai abis seluruh kawasan parlimen berkenaan akan dicop sebagai parti tak sedar diuntung.

Tu le Timbalan president UMNO kate masa gulung perbahasan PAU 2012, perlu ada keintektualan dikalangan ahli mahu pun pemimpin. Jangan salah faham pulak bukan aku maksudkan ketinggian akademik. Kadangkala tok bilal dan petani pun ada keintektualan pada diri mereka ketika menghadapi masyarakat. Ahli-ahli UMNO yang asyik fikir siapa jadi calon dan siapa pulak winner candidate. Berhenti le berfikir masalah tu lagi. Jika orang kamu tak dipilih mesti le ada rahmat dan itu merupakan petunjuk dari Allah agar kamu sedar sebelum terlambat dan tidak terikut same rentaknya. Kita hanya boleh berdoa agar bekas calon itu diberi kesedaran untuk insaf dan akur pada kesalahannya Adalah baiknya jika kita terima saja keputusan pucuk pimpinan. Mereka bukan main hentam pilih je, yang pasti mereka akan memilih dari pelbagai kriteria yang 90% pasti betul jika tidak 100% betul.  Buat le kerja-kerja sungguh-sungguh untuk kemenangan ikut kemampuan dan kebijaksanaan yang kamu ada. Ramai orang bukan ahli UMNO tetapi hanya sebagai penyokong je kadangkala lebih mulia dalam membantu dan menyokong UMNO nie secara tulus. Cuba Tanya diri sendiri kenapa kamu masuk UMNO? Jika betul kerana sayang perjuangan anak bangsa…confirm kamu tak ada sifat arrogant nie. Aku tak kate semua ahli UMNO tu sombong…tapi hanya minoriti kecil tu je…yang merugikan dan membahaya poerjuangan UMNO. Kerana dia nie walau berada dalam bilangan yang kecil tapi kerana dengan adanya sifat arrogant, dia ini le yang akan paling suke menonjolkan diri dengan yakin dia tu bagus sangat di kawasan tue, tapi rakyat sekeliling sebaliknya akan terus beranggapan semua ahli UMNO macam dia. Apa tidaknya baru jadi AJK kecil dalam bahagian atau AJK dalam cawangan, dah tunjuk lagak sombong melebihi ketua bahagian. Harapan aku lepas nie buang le tabiaat buruk tue. Jangan sampai perumpamaan kerana nila setitik abis rosak susu sebelanga berulang pada PRU ke 13 ini.

Lepas nie jika ada calun dari mana-mana kawasan tak dicalon jangan le sabotaj parti dan yang paling malang lagi, dia nie akan turut menghasut dan mengugut  pengikutnya supaya turut sama mensabotaj calon parti yang dipilih. Lihat diluar sana ramai remaja yang bukan ahli-ahli mana-mana parti terus terang menyokong pembangkang. Kenape ini berlaku? Mudah je…sebab pemimpin pembangkang tidak bersifat angkuh walaupun kadangkala hanya mengeluar doktrinasi bercorak fitnah. Mereka terus jaja dotrinasi fitnah secara berterusan dengan cara merendah diri. Lama kelamaan ramai juga terpegaruh dan percaya setelah 2, 3 kerat golongan minoriti nie dijadikan contoh oleh pemimpin pembangkang nie pada golongan minoriti UMNO yang arrogant nie . Jika saya reka-reka je cerita nie takkan PM mengeluarkan soalan CEPUMAS …apakah tindakan anda jika tidak dipilih sebagai calon? pada ucapan penggulungan PAU 2012 petang tadi. Fikir-fikirkan le…tahun 2008 dulu salah satu daripada faktor utama kekalahan BN adalah kerana sifat arrogant dan kurang sifat keintektualan dikalangan pemimpin dan ahli-ahli UMNO.
Saya tahu dan semua orang tahu UMNO dah memang banyak berjasa pada Malaysia dari pencapaian, kemerdekaan, kemajuan, pembangunan yang banyak lagi. Jika itu saja modal kita nak terang pasal kecemerlangan UMNO rasanya genarasi masa ini enggan mahu mendengar cerite berulang ini dan hanya akan dianggap sebagai retorik murahan je.

Ahli UMNO perlu sifat intelektual, rendah diri, rajin berterusan memberi assessment yang bijak untuk menangkis idea dotrinasi pemimpin pembangkang yang berterusan bercorak fitnah pada kerajaan. Memang saya akui UMNO ada juga kesilapan seperti rasuah, salah guna kuasa  dan sebagainya tapi bilangan yang terlibat dengan ini adalah kecil jika dibandingkan dengan kebaikan yang telah dibuat UMNO dan BN. Semua rakyat tak bodoh le kerana sedar dengan ada peningkatan kadar FDI dan peningkatan index pulangan pelaburan negara yang terpampang jelas pada Financial Reports badan antarabangsa mana mungkin rasuah begitu berleluasa di Malaysia. Memang le amalan rasuah masih berlaku tapi pada kadar yang kecil saje. Tapi kebijaksanaan pembangkang berhasil menanamkan sebahagian genarasi muda mempercayai agenda fitnah mereka melalui pendekatan mereka yang lebih tersusun dan meletak diri mereka ke  aras rendah diri dan tidak bongkak dan telah menarik minat genarasi hingga mempercayai agenda fitnah ini. Sebab itu aku kate pentingnya penangkisan secara bijak terhadap dakwaan songsang pembangkang ini. Sebab itu aku kate intelektual perlu pada ahli-ahli UMNO nie.

Aku tulis ini bukan kerana sakit hati atau dengki pada mana-mana pemimpin UMNO atau ingin mencari aib mana pemimpin kawasan Parlimen atau Adun tapi sekadar menyatakan kebenaran agar UMNO tidak kecundang pada PRU ke 13 nanti. Aku yakin pucuk pimpinan telah banyak berusaha terutama dalam menterjemah tranformasi pada kadar yang besar pada rakyat khususnya PM Datuk Seri Najib Tun Razak. Bantu le dia dan ikut le nasihatnya dengan jujur….

Saifulfromslim.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...