my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

23 September 2012

Top 10's most expensive cars in the world - 10 kereta termahal di dunia

Top 10's most Expensive Cars in the World - 10 Kereta termahal di Dunia
Price/Harga: US Dollars

1. Bugatti Veyron Super Sports $2,400,000. This is by far the most expensive street legal production car available on the market today (the base Veyron costs $1,700,000). It is the fastest accelerating car reaching 0-60 in 2.5 seconds. It is also the fastest street legal car when tested again on July 10, 2010 with the 2010 Super Sport Version reaching a top speed of 267 mph. When competing against the Bugatti Veyron, you better be prepared!



2. Aston Martin One-77 $1,850,000. The name "One-77" says it all: beauty and power in One, limited to 77 units. With 750 hp, it is able to travel from 0 to 60 mph in 3.4 seconds and reaching a maximum speed of 220 mph.



2. Pagani Zonda Clinque Roadster $1,850,000. One of the most exotic cars out there is also one of the most expensive. It can go from 0-60 in 3.4 seconds with a top speed of 217 mph.



3. Lamborghini Reventon $1,600,000. The most powerful and the most expensive Lamborghini ever built is the third on the list. It takes 3.3 seconds to reach 60 mph and it has a top speed of 211 mph. Its rarity (limited to 20) and slick design are the reasons why it is so expensive and costly to own.



3. Koenigsegg Agera R $1,600,000. The Agera R can burn 0-60 in 2.8 seconds, reaching a maximum speed of 260 mph. It has the parts to reach 270 mph, but the supercar is electronically capped at 235 mph. With the completion of certain paperwork, the company will unlock the speed limit for one occasion.



4. Maybach Landaulet $1,380,000. The Landaulet is the most expensive sedan on the market and it can reach from 0-60 in 5.2 seconds. Probably the most luxurious car ever made with a convertible roof that can open fully at the rear. This car is made especially for those CEOs and Executives who have their own personal driver.



5. Zenvo ST1 $1,225,000. Able to reach 60 mph in 2.9 seconds and a top speed of 233 mph. The Zenvo ST1 is from a new Danish supercar company that will compete to be the best in speed and style. The ST1 is limited to 15 units and the company even promised "flying doctors" to keep your car running.



6. Hennessey Venom GT $1,100,000. What makes the 2013 Hennessey Venom GT Spyder is its price tag, a compelling 1.1 million dollars. Quite frankly, there is no convertible in the world today that can match this car. Not to mention that it goes from 0-60 mph in 2.5 seconds.



7. McLaren F1 $970,000. In 1994, the McLaren F1 was the fastest and most expensive car. Even though it was built more than 15 years ago, it has an unbelievable  top speed of 240 mph and reaching 60 mph in 3.2 seconds. Even today, the McLaren F1 is still top on the list and outperforms many other supercars.



8. Ferrari Enzo $670,000. The most popular supercar ever built. The Enzo has a top speed of 217 mph and reaching 60 mph in 3.4 seconds. Only 400 units were produced and it is currently being sold for over $1,000,000 at auctions.



9. Pagani Zonda C12 F $667,321. Produced by a small independent company in Italy, the Pagani Zonda C12 F is the 8th most expensive car in the world. It promises to delivery a top speed of 215 mph+ and it can reach 0-60 in 3.5 seconds.




10. SSC Ultimate Aero $654,400. Don't let the price tag fool you, this American made car is actually the 3rd fastest street legal car in the world with a top speed of 257 mph+ and reaching 0-60 in 2.7 seconds. This baby cost less than half as much as the Bugatti Veyron, yet has enough power to compete against the most expensive car. It is estimated that only 25 of this exact model will ever be produced.
saifulfromslim

22 September 2012

Tukar Kerajaan - Berbaloikah lepas PRU 13 ini



Asalamualaikum, dan salam sejahtera masa telah berubah dan aliran pemikiran generasi muda telah berubah di Malaysia ini. Semua pihak sedar akan perubahan ini. Bila berkata pasal PRU ke 13 maka terfikir akan kita, adakah akan berlaku tukar kerajaan di Malaysia ini. Pakatan Pembangkang sentiasa berusaha untuk menang pada PRU yang akan datang. BN dan komponennya juga mula berusaha keras untuk memenangi PRU kali ini dengan harapan pencapaian 2/3 majoriti dan mahu memiliki semula kerajaan negeri yang terlepas pada pakatan pembangkang pada PRU 2008 dulu. Rakyat kini lebih bijak dan berani menilai serta memprotes sebarang salah laku pemimpin yang ada.

Persoalan sekarang adakah dengan TUKAR KERAJAAN ini segala salah laku kerjaan akan terhapus dan imej negara akan bertambah baik? Apakah ekonomi negara akan bertabah mantap dan rakyat negara ini akan memperolehi kesenangan hidup dengan pelbagai kemudahan diperolehi serta pendapatan isi keluarga akan meningkat? 














Ini pandangan seorang ahli sejarah ulung Proffesor Emiritus Khoo Kay Kim tentang 
kewajaran tukar kerajaan berlaku pada PRU ini. - saifulfromslim -

Berbaloikah tukar kerajaan?

PROF. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim lahir sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Usianya kini pun menjangkau 75 tahun.
Apabila disuakan satu soalan iaitu apa yang dilihatnya di luar dari kamarnya pada setiap pagi apabila terjaga dari tidurnya, kata beliau:
"Sebelum 1957, sangat baik, lepas '57, usaha membangunkan negara belum begitu berjaya. Sekarang, walaupun kita ini sebuah negara bangsa, hakikatnya seluruh penduduk (rakyat Malaysia) masih terpisah.
"Apa lagi kalau berlaku pertukaran politik yang tiba-tiba... lagilah bahaya."
Kay Kim bercakap daripada suara hati beliau susulan pandangan beberapa pemerhati politik yang meragui kesediaan pakatan pembangkang untuk memerintah Malaysia andai kata mereka berjaya merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Komen terkini itu yang dibangkitkan oleh peguam Andrew Khoo dan Profesor Madya Sains Politik, Universiti Pengurusan Singapura, Bridget Welsh pada forum bertajuk Aktivisme Politik Baru dan Penjajaran Semula: Implikasi Untuk PRU-13 Malaysia di Petaling Jaya Isnin lepas.
Menyambung kembali ulasan beliau kepada saya melalui telefon senja kelmarin, Kay Kim berkata, ada beberapa perkara asas dalam politik semasa Malaysia yang perlu diberi perhatian.
"Hampir setiap hari berlaku pergaduhan antara parti Islam Pas dan DAP dalam perkara agama. Bukan sekarang sahaja , sejak dulu lagi. Terpulanglah kepada rakyat. Kalau rakyat rasa mereka boleh percaya kepada pembangkang, itu soal lain. Tetapi setakat perkara asas ini (hubungan sesama parti) pun sudah kacau, saya fikir sukar untuk kita percaya mereka (pembangkang) boleh mencapai kemajuan yang lebih cemerlang berbanding Barisan Nasional (BN)," katanya.
Kay Kim menarik perhatian saya mengenai situasi di Singapura pada 1964. Terjadi rusuhan kaum ketika itu apabila Lee Kuan Yew
selalu menyerang orang Melayu. Ramai kalangan rakyat negara ini, kata beliau, tidak tahu bahawa rusuhan kaum di negara ini sebenarnya bermula selepas Perang Dunia Kedua.
Di Pulau Pangkor pada 1957, di Pulau Pinang pula (1960-an) sebanyak tiga kali sebelum melarat ke Kuala Lumpur pada 1969. Di Singapura, Kuan Yew menyerang orang Melayu dengan mengeluarkan buku mengatakan orang Melayu tidak ada kebudayaan, selain menjadi lanun.
"Kemudian, bergaduhlah orang Cina dengan Melayu. Sebab itu Singapura 'dipecat' keluar dari Malaysia oleh Tunku. Dia bukan berundur tapi dipecat. Waktu itu rakyat pun keliru.
"Dan kalau kita lihat pertukaran kepimpinan politik yang secara tiba-tiba ini termasuk bibit-bibit sebelum menjelang perubahan kepimpinan itu pun, kita sudah nampak sebelum-sebelum ini di Myanmar, Filipina. Malah di India pun yang mana Mahatma Gandhi yang menjadi juara kemerdekaan rakyat India terbunuh," katanya. (Pada 1947, India mendapat merdeka dan pecah menjadi dua negara - India dan Pakistan. Hal ini tidak disetujui Gandhi. Pada 30 Januari 1948, Gandhi dibunuh seorang lelaki Hindu yang marah kepada Gandhi kerana beliau terlalu memihak kepada Muslim).
Bagi Kay Kim, situasi politik dalam negara ketika ini realitinya sangat kritikal kerana kesan ekonomi seluruh dunia yang belum stabil. Jika Malaysia yang aman dan stabil tidak dijaga, ia mungkin boleh runtuh bila-bila masa sahaja.
Kerana itu, kata Kay Kim, pakatan pembangkang boleh bercakap apa sahaja. Menjanjikan apa sahaja.
"Mereka boleh berkempen untuk membuat kereta lebih murah, membanteras jenayah tapi itu setakat cakap sahaja. Bukan bererti benar-benar boleh dilaksanakan. Setakat ini pakatan pembangkang belum membuktikan meskipun sudah berkuasa di Selangor dan Pulau Pinang. Di dua negeri itu banyak masalah.
"Sebab itu juga saya bersetuju dengan pandangan pemerhati politik yang Kabinet Bayangan daripada pembangkang perlu diumumkan atau dibentuk sebelum PRU-13. Ia penting kerana rakyat nak tahu. Kalau parti itu menang, apa akan terjadi," katanya.
Namun, kata Kay Kim: "Cuma, saya nampak ahli-ahli politik ini (antaranya) bukan benar-benar bekerja untuk sebahagian rakyat, tapi mahu melaksanakan agenda diri sendiri. Padahal mereka mesti berkhidmat untuk rakyat.
"Saya tidak berpihak kepada mana-mana. Bagi saya, Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) sedang mencuba sebaik-baiknya. Bukan dari dalam parti pun benar-benar sokong beliau. Cuma kalau beliau pikul seorang, susahlah. Beliau perlu sokongan yang kuat, kalau tidak, tak ada jaminan."
Ditanya apa ranking yang boleh diberikan beliau kepada kedudukan terkini BN dan pakatan pembangkang menjelang pilihan raya umum ini, Kay Kim secara peribadi selaku orang lama memberitahu:
"Saya rasa berasaskan desas-desus, BN akan menang sekali lagi. Pembangkang mungkin boleh menang atau sekurang-kurangnya kekal di dua atau tiga negeri.
"Dapatkah BN majoriti dua pertiga? Mungkin boleh dan yang pasti lagi kalau Sabah dan Sarawak boleh (dikuasai BN sekali lagi)."
Turut senada dengan Kay Kim ialah Dr. Lee Kuok Tiung. Pensyarah Komunikasi daripada Universiti Malaysia Sabah itu memberitahu, apa yang dibuat oleh pakatan pembangkang semasa ini adalah seperti meniru model lama BN. Mereka juga ada rakan-rakan gabungan yang sebelum ini agak berterabur.
Namun, kata beliau, BN yang baru di bawah Najib telah meningkatkan keupayaan yang lebih tinggi dengan berurusan lebih dekat dengan rakyat. Ini termasuk meraih penyertaan yang tinggi daripada rakyat dalam siri program turun padangnya.
"Kita kita lihat Najib turut muatkan idea-idea daripada rakyat untuk perancangan Bajet 2013 ini dalam media sosialnya. Juga, beliau adalah pemimpin pertama yang duduk bersila atas jalan tengok bola. Beliau betul-betul berusaha.
"Orang mungkin terlupa tentang tarikh 16 September (1963) yang pembentukan Malaysia sama pentingnya dengan tarikh kemerdekaan negara (31 Ogos 1957) tapi beliau tidak lupa. Beliau memberikan pengiktirafannya kepada tarikh itu."
Kuok Tiung turut mengajak saya mengupas satu persoalan besar yang melingkari kesepakatan dalam kalangan parti pembangkang.
"Adakah pakatan pembangkang ini cuma rangkuman tiga parti semata-mata, DAP, PKR dan Pas? Macam mana pula dengan nasib SAPP (Parti Maju Sabah) dan STAR (Parti Reformasi Negeri Sabah) di Sabah... bukankah itu sebahagian pakatan mereka. Sebab itu pihak-pihak atas dalam pakatan kena jelaskan apakah kedudukan SAPP, rakan merekakah?
"Ini kerana saya perhatikan setiap kali Anwar (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim) turun ke Sabah, beliau cuma jumpa Pengerusi STAR Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan bekas Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) yang keluar BN, Datuk Seri Wilfred Bumburing, kenapa bukan DAP Sabah.
"Saya juga yakin di Beaufort, tentu sekali ada PKR (cabangnya) tetapi kenapa masih mengharapkan Lajim (Ukin)," katanya.
Bagi Kuok Tiung, isi-isi yang terkandung dalam 'Buku Jingga' yang dikeluarkan pakatan pembangkang agak 'terlalu ideal' untuk direalisasikan.
"Cuba anda dengar debat kedua antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Apabila Soi Lek tanya pada Guan Eng macam mana dia nak realisasikan perkara-perkara dalam 'Buku Jingga', Guan Eng kata, Soi Lek rujuk pada 'Buku Jingga' yang salah. Sedangkan sepatutnya Guan Eng kena jawab apa kepincangan perkara-perkara yang ada dalam buku itu... dia kena tunjuklah 'Buku Jingga' mana yang betul," katanya.
Bagi Mohamad Faisol Keling dari Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) pula, manifesto yang dijanjikan pakatan pembangkang dalam mana-mana siri ceramahnya ketika ini tidak ubah seperti 'manifesto landskap'.
"Ia hanya janji kosong. Cuma untuk mengindahkan, dari segi pencapaian belum pasti. Di Mesir, rakyatnya menolak kepemimpinan lama dan mengharapkan benda-benda baru yang belum ada.
"Rakyat Mesir bertindak untuk mengejar impian. Hari ini di Mesir, semuanya tinggal impian. Sebab itu, BN menamakan tema Hari Kemerdekaan negara 'Janji Ditepati' berbanding pembangkang 'Janji Belum Ditepati" kata pemerhati politik antarabangsa ini.
Mengakhiri komen-komen daripada tiga pemerhati ini, saya ingin meminjam ungkapan Kay Kim:
"Sebarang usaha untuk menukar kepimpinan politik yang sudah pun terbukti kewibawaan dan kredibilitinya adalah berbahaya. Kerana akhirnya nanti keadaan yang terpaksa ditanggung rakyat... sama ada boleh hidup atau tidak.
"Sekarang di Asia Barat pula, rakyatnya bergaduh dan berperang. Manusia itu sendiri memang satu masalah."

21 September 2012

Ancaman Ultra Kiasu bahayakan orang melayu ke ?


Orang amerika dan masyarakat benua eropah selalu berkata mereka menghormati hak kebebasan manusia. Tapi yang menghairankan mereka m,enafikan hak orang beragama. Orang islam tidak pernah menghina Nabi Isa tetapi mereka ini saja asyik menghina nabi Muhammad SAW dan Islam. Kenapa mereka asyik suka bersikap berpura-pura dalam kehidupan ini. Apakah mereka ini terlalu takut dengan agama islam
( Saiful Anuar Safian)

American peoples and European continental  society have always said they respect human rights. But surprisingly they deny the rights of conscience. The Muslims never insult Jesus, but they are just eager to insult the prophet Muhammad and Islam. Why do they keep pretending like being in this life. What they are too afraid of Islam?
(saiful Anuar Safian)

Saya begitu tertarik pada penulisan Dr Ridhuan Tee seorang pesyarah kanan U Pertahanan pada persoalan bahayanya ultra kiasu dalam, masyarakat melayu dan Islam amnya di Malaysia nie…..khusus bila terjadi penghinaan pada islam yang sedang memuncak nie…

Petikan dari penulisan Dr Ridhuan Tee:
Saya begitu teruja dengan kenyataan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang menyertai PAS Mei lalu,bahawa persefahaman PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat mencetuskan suasana politik lebih sihat, berbanding sebelum mereka bersama dalam gabungan itu, diibaratkan oleh beliau seperti anjing dengan kucing. Saya tidak pasti siapakah anjing, siapakah kucing? Sudah tentukan anjing (haram) itu ultra kiasu dan kucing (halal) itu PAS. Jika begitulah pengibaratan, maka biasanya yang akan menang dalam pertarungan adalah anjing (ultra kiasu). Selama inipun ultra kiasu sahaja yang menang ekoran perpecahan Melayu yang tidak berkesudahan.
                       

Apakah benar dakwaan beliau bahawa tidak ada syak wasangka dalam Pakatan Rakyat? Buatlah kajian secara akademik, sekadar berasaskan pengalaman menyiasat sahaja tidak mencukupi rasanya. Jika ultra kiasu sudah lembut dengan Islam, sudah tentu pendirian mereka terhadap Islam berubah. Ini tidak, semakin lama semakin kuat mereka menentang Islam. Bukan itu sahaja, mereka semakin berani mencabar kedaulatan agama Islam. Jika dahulu angkat kepala pun tidak berani. Hari ini disebabkan oleh perpecahan Melayu, usahkan angkat kepala, dengan kepala-kepala kita dipijaknya.

Persoalan yang ditimbulkan kenapa ultra kiasu boleh menerima Kanun Keseksanan tetapi tidak hudud? Jawapannya, disebabkan oleh sikap anti Islam. Ultra kiasu tidak langsung mahu menerima apa jua agenda Islam. Ultra kiasu bukan tidak tahu bahawa hudud ini tidak ada kaitan langsung dengan mereka. Hudud ini adalah untuk orang Islam SAHAJA, sama seperti kewujudan mahkamah syariah. Kenapa mereka begitu kuat menentang? Mereka tidak mahu ada apa-apa konotasi yang boleh dikaitkan dengan Islam, kerana akan menjadi precedence dan kekal selamanya. Beginilah jahatnya ultra kiasu dalam perancangan mereka.

Cubalah belajar daripada sejarah, jangankan hudud, sejak dahulu lagi ultra kiasu tidak pernah mengiktiraf kewujudan mahkamah syariah. Sebab itu apa jua perkara berkaitan dengan umat Islam, mereka sedaya upaya untuk elakkan perbicaraan dilakukan di mahkamah syariah. Kenapa? Fikirkanlah sendiri.

Soal aliran lama dan aliran baharu dalam ultra kiasu ini tidak banyak beza. Cubalah tanya ketua pemuda dan pimpinan muda ultra kiasu yang menjadi exco kerajaan negeri Selangor, adakah mereka bersetuju dengan hudud? Sekadar makluman, kepada bekas polis tersebut, kebanyakan pimpinan baharu ultra kiasu dikuasai oleh mereka yang beragama Kristian. Sikap mereka terhadap Islam begitu jelas. Sebab itulah mereka berjaya mendirikan begitu besar gereja-gereja untuk menggelamkan mercu tanda Islam. 

PAS akan selama-lamanya tidak akan dapat melaksanakan hudud selagi berkawan dengan ultra kiasu yang anti Islam ini. Mereka terpaksa berkawan dengan PAS kerana tidak ada pilihan untuk mendapat kuasa. Sama juga perkawanan PAS dengan ultra kiasu. Real politik membuktikan, untuk menang dalam pilihan raya, parti-parti Melayu (Islam) mesti berkawan dengan bukan Islam. Persoalannya, adakah bukan Islam ini boleh dipercayai atau tidak, lebih-lebih ultra kiasu?

Saya mungkin tidak dapat bersetuju jika hanya melabelkan ultra kiasu itu DAP sahaja. Ultra kiasu ini berada di mana-mana, termasuk dalam komponen Barisan Nasional. Selagi sistem pendidikan kita, beginilah coraknya, bersifat perkauman. Selagi itulah kita akan terus melahirkan lebih ramai lagi ultra kiasu, sama dalam DAP atau parti di luar DAP.

Seterusnya, kenapa hudud begitu ditentang, berbanding dengan amalan hubungan seks songsang LGBT? Ultra kiasu langsung tidak menentang LGBT, tetapi menjadi jaguh dan menggalakkan LGBT. Kenapa? Mereka mahukan umat Islam rosak. Apabila umat Islam ramai yang rosak, umat Islam secara otomatik akan menentang hudud suatu masa nanti. Strateginya sekarang, ‘cairkan’ kehidupan cara hidup Islam daripada umat Islam. Jangan biarkan ada sedikitpun umat Islam mendapatkan cara hidup mereka sendiri.

Untuk makluman bekas polis ini juga, ultra kiasu (dan sekutunya) yang menentang hudud ini adalah keturunan berserban, agama Sikh. Jika kita mengkaji perbandingan antara agama, agama Sikh yang berusia 600 tahun mempunyai beberapa persamaan dengan agama Islam, sebab pengasasnya Guru Nanak, bermajikankan orang Islam. Cara hidup Sikh amat ketat, misalnya orang lelaki mesti berserban, tidak boleh bercukur dan sebagainya. 

Sepatutnya beliau menggalakkan jika ada manusia yang mahu kembali dan beramal dengan agamanya. Logiknya, tidak ada nilai agama yang benar, yang mahu merosakkan pengikutnya. Ini tidak, agama lain boleh diamalkan dengan sebebas-bebas dan hak mereka mesti diberikan. Jika tidak diberikan, maka bertempiklah mereka kepada dunia bahawa Malaysia tidak mengamalkan kebebasan beragama dan tidak menjaga hak asasi manusia.

Tetapi bila tiba kepada agama Islam, jawapannya, ini tidak boleh, itu tidak boleh. Mereka bersepakatan menentang Islam. Mereka mahu kita kembali kepada zaman British, menjadi Islam hanya relevan di masjid surau, pondok-pondok dan sebagainya. Dalam konteks cara hidup, mereka akan tentang. Lebih-lebih lagi undang-undang Islam. 

Kenapa sistem demokrasi mutlak mudah diterima tanpa banyak soal, walaupun kehancuran hasil sistem demokrasi itu berlaku di depan mata. Menurut sahabat saya Faiz Na’man (2012), sistem demokrasi mutlak (bebas) yang tercipta oleh bangsa Yunani, yang merupakan tamadun penyembah berhala adalah satu sistem yang mengetengahkan apa yang dikehendaki oleh manusia itu sendiri, bukannya apa yang telah digariskan oleh Pencipta manusia itu. Bacalah sama buku Arno Froese (2008), bertajuk How Democracy Will Elect The Antichrist.

Tambah Faiz (2012) lagi, sepanjang sejarah peradaban manusia, dunia telah melalui pelbagai sistem atau ideologi pemerintahan untuk memenuhi kehendak nafsu manusia mentadbir bumi ini. Dari ideologi autokrasi, monarki, dinasti, teokrasi, komunisme, fasisme, hinggalah kepada demokrasi. Mana yang wujud dahulu tidak terlalu penting untuk dibicarakan, tetapi kesan serta hala tuju sesuatu sistem pemerintahan itu yang patut diberi perhatian. Seiringan dengan era penjajahan, Nusantara juga telah mengalami beberapa "revolusi" dalam ideologi yang diguna-pakai untuk menjalankan pemerintahan manusia. Rumpun Melayu pada asalnya adalah serasi dengan sistem monarki (yakni beraja) yang telah menjadi fitrah zaman berzaman nenek moyang kita, sejak wujudnya Empayar Srivijaya hingga ke Empayar Melayu Melaka. Begitu lamanya Rumpun Melayu hidup bersistem dan beradat yang dinaungi oleh sistem monarki ini tadi sambil diperkuatkan lagi dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara.

Kedatangan Islam ternyata telah merubah kehidupan orang Melayu. Ketika itu orang Melayu masih belum diganggu-gugat dengan kehadiran para pendatang asing yang menetap di situ. Orang Melayu bebas untuk menentukan cara hidup mereka. Orang Melayu mendapat hak mereka dan cara hidup mereka. Maka tertegakkan kerajaan Islam Melaka, termasuk perlaksanaan hukumnya. Malangnya, keadaan mula berubah apabila Melayu lupa diri. Persengketaan sesama mereka telah menyebabkan mereka dijajah.

Hari ini umat Islam mahu kembali semula kepada cara hidup mereka ketika zaman mereka sebelum dijajah? Kenapa tidak boleh? Bukankah ini tanah mereka sendiri? Tidakkah penduduk asal berhak untuk menentukan cara hidup mereka berbanding dengan orang lain? Tidakkah juga semua bangsa yang bertuankan tanah tumpah mereka berjaya melaksanakan cara hidup dan sistem mereka sendiri?

Saya petik lagi kata-kata Faiz (2012), adakah kafir Barat redha dengan sistem kenegaraan yang Malaysia guna hari ini? Jawapannya tidak sepenuhnya. Sejak dari merdeka lagi, kafir Barat terutama dari Britain dan Amerika cuba memperkotak-katikkan kepimpinan Melayu-Islam kita dengan pelbagai alasan, mereka suka jika Malaysia menjadi kucar-kacir akibat diperintah oleh pemimpin yang lemah dan korup, agar akhirnya umat Melayu-Islam melutut kembali kepada cara hidup sekular. Jika mereka tidak dapat melemahkan kerajaan Malaysia hari ini secara luaran, mereka akan cuba melemahkannya dari dalam, iaitu melalui minda dan corak pemikiran para pemimpin politik kita sendiri. Mereka susupkan agenda halus mereka atas nama Hak Asasi Manusia. Mereka mahu Malaysia menjadi sebuah Republik Demokrasi Liberal (Bebas) seperti Indonesia. Tujuan akhir mereka ialah tidak lain dan tidak bukan, untuk melahirkan masyarakat “rojak” yang hilang identiti serta jati diri kerana menganut kebebasan mutlak. Rumpun Melayu akhirnya akan tinggal sebagai bahan sejarah, akidah Islam akhirnya lupus dari ingatan dan panduan warganya. Realitinya, tanpa kuasa politik, Melayu-Islam itu adalah paria di negara sendiri.

Inilah hakikat yang dinukilkan oleh Faiz yang sedang dirancang oleh ultra kiasu dengan bantuan barat. Justeru, berhati-hatilah, mudah-mudahan kita tidak merana di bumi sendiri.

Saifulfromslim.blogspot.com

19 September 2012

Cerita sayu dari seorang Guru



Saya sebagai seorang guru selalu membuat kesilapan dalam menilai tingkah laku murid-murid/pelajar saya. Ada masanya saya menghukum pelajar/ murid kerana yakin bahawa denda yang diberi adalah setimpal dengan kesalahannya. Sebenarnya sebagai guru terlalu banyak kita buat penilaian yang salah. Kita jangan berasa ego seolah-olah kita sentiasa betul sebaliknya kita perlu berhati-hati membuat satu-satu kesimpulan. Disini saya tertarik dengan cerita ini untuk paparan semua.

Ini kisah benar seorang guru yang berlaku beberapa tahun yang lalu. Beliau menyaksikan sendiri kesusahan sebuah keluarga. Bacalah…..

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah.
Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.


Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa.
Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat.
Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.


Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah.


Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya.


Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.


“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”
Dia terkejut dan wajahnya berubah.
“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya “Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”


” Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu …….” Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita-cerita begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara-perkara berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita-cerita kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah


Wassalam.

saifulfromslim


18 September 2012

Musim peperiksaan dah tibe




Asalamualaikum w.r.t pada semua sahabat-sahabat. Ada yang ade anak, adik-adik atau anak buah yang akan mengambil peperiksaan tak lama lagi kan?. Awal oktober dan November 2012, PMR, SPM dan STPM dah mula. Otober ini peperiksaan akhir semester di IPTA dan IPTS pun menjelang tibe. Kita semua suruh anak-anak kita berusaha bersungguh-

bersungguh belajar dan mengulangkaji agar mereka mencapai kecemerlangan pada peperiksaan berkenaan. Sambil itu kita berdoa pada Allah s.w.t dan maha esa agar dimemakbul akan doa kita untuk mereka memperolehi kecemerlangan. Ketika anak-anak, adik-adik atau anak buah dalam bilik peperiksaan nak mulakan menjawap kita kekadang di pejabat, dirumah atau sedang bekerja luar. Kalau ada kesempatan mari le kita sama-sama amal amalan ini...moga-moga peperiksaan itu dipermudah oleh Allah s.w.t pada anak-anak kite nie...

saifulfromslim


16 September 2012

TAKDE TINDAKAN KE…takkan pada rakyat biasa je


KUALA LIPIS - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan penahanan beberapa individu yang didakwa memijak dan membuang air kecil ke atas gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Penahanan itu dilakukan mengikut bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bagi melengkapkan siasatan berhubung laporan polis yang diterima terhadap tindakan melampau sekumpulan pemuda itu.

"Tangkapan ke atas mereka terlibat sudah dibuat, siasatan dan kertas siasatan pula dalam bidang kuasa PDRM.

"Jadi, biar mereka siasat perkara itu dan tidak ada sesiapa akan terlepas dari tindakan undang-undang, tidak kiralah siapa mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Lipis di sini, hari ini.

Beliau berkata, apabila siasatan kes itu selesai nanti, terpulang kepada pejabat Peguam Negara untuk mendakwa atau tidak mereka yang terlibat.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang masih ditahan, Hishammuddin berkata sebahagian sudah dibebaskan sebelum Aidilfitri lalu.

"Baki tahanan itu masih dalam pertimbangan (untuk dibebaskan) di mana mereka ini kita kena pastikan dulu benar-benar tidak lagi mengancam keselamatan negara.

"Kita sudah perkenalkan akta baru bagi menggantikan ISA jadi kita kena ambil kira semua benda," katanya. – Bernama

Bagus le golongan yang membuat perangai pijak gambar, tunjuk pungkok dan kencing pada gambar diambil tindakkan kerana melakukan perangai tak berakhlak. Bagus le tindakan pada orang awam nie dibuat oleh pihak yang berwajib agar perilaku sebeginie tak berulang lagi. Moga sifat sopan dan santun masih dapat diutamakan bersemadi dikalangan rakyat Malaysia.

Persoalan sekarang siapa pencetus utama perangai pijak gambar pemimpin nie…Rase-rasenya ianya berlaku sebab ada pemimpin tertentu memulakan. Suspek yg pijak gambar pemimpin kerajaan dan pembangkang dah pun ditangkap, macamana pula Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Nga Kor Meng yg memijak gambar pemimpin lain? Tak ada apa-apa tindakan? Adakah undang-undang dicipta hanya utk rakyat biasa saja? Ape jawapan kementerian dalam negeri pada PERSOALAN INI?

saifulfromslim

15 September 2012

Duke Putera William dan Duchess of Cambridge Kate Middleton Di Malaysia















Duke tidak suka buah
durian











Pasangan di Raja
British dalam kerete rasmi tika di Kuala Lumpur


















Dutchess of Cambridge bertudung ketika melawat masjid di KLCC












Minum teh tika
Jamuan petang
di kediaman Pesuruhjaya British di Kuala Lumpur






















Orang ramai bertemu baginda
di KLCC








ucapan pada majlis
Middleton bertudung. Penuh dengan keanggunan
sebagai gelaran raja British
sayangnya princess pada budak-budak
pasangan diraja British bersama PM dan isteri

Duke Putera William dan Duchess of Cambridge Kate Middleton Di Malaysia

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Rakyat Malaysia berpeluang menatap dari dekat wajah Duke dan Duchess of Cambridge apabila pasangan diraja yang terkenal itu melawat Taman KLCC sempena lawatan mereka dari 13 hingga 16 Sept ini.

Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Simon Featherstone berkata tinjauan mesra di taman itu merupakan antara program Putera William dan isteri Kate Middleton pada hari kedua lawatan mereka ke Malaysia.

"Orang ramai akan berpeluang melihat pasangan diraja itu ketika mereka menikmati kepelbagaian budaya Malaysia di pekarangan Menara Berkembar Petronas," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Katanya rakyat Malaysia juga akan menjadi audiens pertama di luar Britain mendengar ucapan awam Duchess of Cambridge.

"Beliau akan menyampaikan ucapan ketika melawat Hospis Malaysia. Ini kali kedua Duchess berucap dalam khalayak dan pertama di luar UK (United Kingdom)," katanya.

Featherstone berkata Putera William pula akan menyampaikan ucapan mengenai kepentingan hubungan UK-Malaysia pada jamuan tengah hari yang dianjur Dewan Perniagaan British Malaysia.

Selain itu, pasangan diraja tersebut dijadual menghadiri jamuan rasmi di Istana Negara oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu"adzam Shah serta jamuan tengah hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana pada hari pertama lawatan mereka.

"Pasangan diraja itu akan berlepas ke Sabah pada hari kedua selepas Jamuan Teh Jubli Intan di kediaman Pesuruhjaya tinggi di sini," katanya.

Di Sabah, pasangan berkenaan dijadual melawat Lembah Danum bagi menyaksikan sendiri usaha pemuliharaan yang dilakukan persatuan terbabit.

Lawatan ke Malaysia merupakan sebahagian program jelajah pasangan diraja berkenaan sempena sambutan jubli intan, menandakan 60 tahun pemerintahan Ratu Elizabeth.

Selepas Malaysia, Putera William dan Kate akan berangkat ke Kepulauan Solomon sebelum meneruskan lawatan ke Pulau Tuvalu. - BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...