my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

21 December 2011

Cara Tuntutan Baucar Buku RM200 Pelajar Pengajian Tinggi Budget 2012


Cara Tuntutan Baucar Buku RM200 Pelajar Pengajian Tinggi Budget 2012

December 17, 2011
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, banyak email diterima bertanyakan bagaimana nak menuntut bantuan RM200 untuk penuntut pengajian tinggi seperti yang telah dijanjikan dalam budget 2012 oleh YAB PM DS Najib RazakKementerian Pengajian Tinggi memaklumkan cara tuntutan baucar buku RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajar IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut:
1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.
2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.
3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta nombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / Nombor pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.
4. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.
5. Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing. BukuInterlok dah tak perlu dibeli kerana dah dikeluarkan sebagai buku teks sastera.
6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012
7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.
8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.
Semuga perincian ini dapat membantu semua pelajar pengajian tinggi yang sedang mencari informasi cara tuntutan baucar buku RM200 budget 2012. Kepada Rakyat Malaysia yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia boleh dapatkan maklumat di entri “Cara Tuntut Bantuan Rakyat 1Malaysia” dan untuk maklumat untuk bantuan pelajar RM100 boleh didapati di entri “Cara Tuntutan Bantuan Pelajar RM100“.
Like this story? Please consider share and leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.

20 December 2011

BETUL KE TINDAKAN INI...SIAPA HARUS DISALAHKAN

Adam Adli turunkan bendera DSNR di PWTC

Menurunkan bendera Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
(terdapat 3 paparan video dibawah...lihat,nilai dan fikir)








Adam Adli
Betul ke tindakan pelajar ini?

-. Mereka para mahasiswa nak hak bersuara-

-Orang awam pun nak hak bersuara-

-Hak bersuara seorang individu rakyat pun nak-

-Orang UMNO marah kerana orang luar menceroboh bangunan UMNO dan menghina pemimpin mereka dan itu juga hak mereka untuk bersuara-

Masing-masing mempunyai hak untuk bersuara. Ada orang yang sokong puak ini dan ada orang yang sokong puak itu. Jadi satu le jangan le sampai menganggu dan menceroboh kawasan orang lain dah le. Pergi buat depan rumah kita sendiri baru le takde mana-mana pihak nak marah.Tengok video di atas dan kita same-same le renung-renungkan...
Sayang le pada negara....itu yang penting

Hak bersuara masyarakat setempat...dihadapan UPSI Tanjung Malim....le pulak berlaku



SECEBIS NASIHAT CARA BELAJAR UNTUK KECEMERLANGAN


CARA BELAJAR UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN
Oleh: Saiful Anuar Safian
PENGENALAN:
Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.
Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.
Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.
Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.

Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.
Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap> Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalakan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula ddari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.


BELAJAR PADA MASA DILUAR WAKTU BELAJAR. BAGAIMANA...
  1. Masa sebelum tidur- masa berbaring sebelum tidur. Aamalkan teknik     belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara  menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
  2. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
  3. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
  4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
  5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
  6. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
  7. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
  8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
  9. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
  10.   Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
  11.   Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
  12.   Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
  13.   Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
  14.   Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
  15.   Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
  16.   Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
  17.   Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
  18.   Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
  19.   Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
  20.   Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)
JADUAL BELAJAR  PERLU
Moga dengan sedikit panduan ini: dapat memahami konsep belajar yang baik selain waktu belajar yang dirancang secara berjadual
1. Homework: Mesti dibuat pada satu jangkamasa diluar jangkamasa
2. Subjek sukar dan peting:  ( 3-4 jam Sehari)
3. Bahasa, dan subjek biasa (2-3 jam sehari)
3. Pada masa tempoh peperiksaan sudah dekat ( Perlu di tambah 1 jam lagi ) pada
    Bahagian subjek sukar dan penting, dan Bahagian Bahasa dan subjek biasa

AKHIIR KATA

Memang le susah dan penat, tetapi terpaksa, disamping itu kita iringi dengan doa, solat hajat, dan sebagainya dengan harapan moga Allah s.w.t. Begitu juga pada yang bukan beragama islam berdoalah cara kamu
Moga sempena tahun baru ini dapat kita amalkan demi kejayaan kita dan disamping itu dapat memgembirakan ibu-bapa kita.
SELAMAT BERJAYA
Saiful Anuar Safian
http:saifulfromslim.blogspot.com
Saiful D Riverian
20th December 2011


18 December 2011

NASIHAT EX PREMIER pasal demonstrasi

NASIHAT EX PREMIER malaysian prime minister... Tun Dr Mahathir Mohammad  to the malay students...Betul ke salah....Bagi aku sebagai bapa yang sukar dan perit dalam berjuang untuk memberi secebis pendikan pada anak-anak....amat setuju 

Othman IDris n FamiLy From Muar iN D HoUse

Othman Idris sahabat lama di Sandakan...Dulu sama-sama mengajar di SMK Sandakan... Dulu Di Sandakan dan berpindah ke Muar Johor sejak 17 atau 18 tahun yang lalu. Tak pernah bertemu sejak itu...tapi melalui panggilan talifon dan melalui media rangkaian sosial FB biasa le... 
Anaknya yang ke 4 nak masuk ke Politeknik Tanjung Malim maka disinilah berlaku ziarah keluarga ini pada aku pada 17hb Disember 2011


    

 
Isteri aku bersama Pn Salwa isteri Othman tika                       Isteri, dan anak-anak othman....
baru sampai di rumah aku di Slim River nie...

Othman dan anak2...semuanya datang kecuali   yang sulung dan yang ke 5...Itu pun jk tak silap aku 
     Othman IDris n FamiLy From Muar 
 A friendships is always genuine in gaining silatullrahim from Allah s.w.t 
Aku mengucapkan kesyukuran pada Allah s.w.t kerana sentiasa memberi kelebihan pada aku untuk terus bersilatulrahim antara sahabat dan saudara-saudara seagama dengan aku, Alhamdullilah... 

My home lovely meow...named Kecik


KeCiK ur rEalLy our LoVely kitty as though ur part Of Our Family
Anak kucing yang saya jumpa ketika nak balik dari nite market pada bulan Mei tahun 2010. Umur nya ketika tu lebih kurang 2 atau 3 minggu pada jangkaan aku. Aku terjumpa dekat stesyen bas dia merayau-rayau sambil mengejar kami. Keadaanya amat kurus dan kecil...hingga kami panggil namanya Kecik.

Bawa pulang dan beri dia minum susu kotak Dutch lady setiap hari. Peringkat awal bagi dia minum madu dan telur kuning mentah...dan lama-lama bagi dia Frisky kering. Lama kelamaan dia hanya makanan ini sahaja, malah jika kita bagi dia ikan pun...dia tak mahu makan. Tinggalkan le ikan dihadapannya pun dia tak
usik samasekali. Pada peringkat awal dia juga suka makan pisang dan buah rambutan. Tapi setelah sekian lama dia tak mahu lagi
Ketik ada satu masalah iaitu jarang mengiau...baru sejak akhir-akhir ini
baru dia mula mengiau...itu pun jarang-jarang
Dia lebih gemar tidur dibilik bersama kami kerana suka pada hawa dingin. Ini yang menghairankan kami kadang-kadang tentang si kecik. Dia akan melihat jika namanya dipanggil  dan jika kita memanggil dengan puss......atau bunyian mengiau dia tidak akan pedulikan. Sebaliknya jk kita PANGGIL KECIK...dia akan datang ...

Kelebihan our home kitty Si Kecik ni ialah pada MATAnya...besar dan bulat..menarik sangat. Itu pada aku le tak tahu le pada orang lain...
My lovely cat name Kecik....our lovely family pet.

15 December 2011

PERGI PASAR MALAM.....

Tadi jam 8.05 minit aku pergi ke Pasar Malam Slim River yang terletak di Jalan Market Slim River yang terletak disekitar kawasan stesyen bas, pasar awam dan Kampung Manggis. Masuk je ke pekan...kereta sesak mcm kat Kuala Lumpur...Setelah dua kali aku berpusing baru dapat parking...betul-betul dekat dengan Lee Hin kedai motor....
Mula-mula aku bertemu dengan Mesin ATM...aku pergi dengan anak bongsu aku Iqah yang ada di rumah kerana masih bercuti, jika tidak tinggal aku berdua dengan isteri saja kerana anak aku ni bersekolah dekat sekolah MRSM kampung Gajah. Setelah ambil beberapa keping note ringgit malaysia....terus aku jumpa sekelompok besar durian dijual di atas lori..

Aku beli 3 biji yang besar dengan harga RM 10.00...murah le tu dan terus masuk dalam bonet kereta sebelum menyambung akerja-kerja berjalan kepasar malam dilakukan. Isteri tak ikut dan tunggu dikereta je. Aku dan Iqah terus kedistinasi berikutnya. Jumpa ramai bekas anak murid...tapi setakat salam dan tak boleh sembang pun kerana orang dekat pasar malam tu terlalu sesak.. Gitu le suasana di pasar malam Slim River yang diadakan setiap hari Khamis...ini. Berhenti sebentar dan beli 2 ikat petai berharga RM3.00 seikat tapi kerana beli 2 dapat diskaun dan harganya RM5.00. Petai ini datang dari Sungai Kelah Sungkai

Terus berjalan dan tiba-tiba Iqah...berkata,...'Abah nak tu..Jagung cawan'...maka akupun berhenti untuk membeli, harga RM 2.20 secawan...dan 3 cawan bererti RM6.60

Terus berjalan ditengah kesesakan orang di pasar malam itu...aku dan anak aku berhenti di gerai jual Burger..Aku order 3 burger ayam dari Mat Burger tu..Harganya RM150 x 3 = RM 4.50     
Tibe-tibe teringat takde sayur kat rumah maka aku berhenti kat gerai sayur-sayuiran dan beli 2 ikat bayam:dan seikat kangkung. Memang aku suka sayur-sayur jenis ini daripada sayur-sayur selera mat salleh seperti salad dan entah ape nama sayur orang putih jenis lain yang memang aku tak suka.

Baru teringat isteri aku suka makan apam balik lalu..aku berpatah balik kegerai apam balik..nasib baik teringat. Gerai tu milik serang bapa murid aku di kelas 3A kat smk slim...jadi dia hanya menerima Rm 2 Ringgit kerana aku cikgu anaknya. Sepatutnya RM 3.00. Inilah kadang-kadang untung jadi cikgu sentiasa dihargai oleh pelajar kita dan ibu-bapa mereka

Sebaik saja selesai membeli apam balik...aku meneruskan berjalan dan terjumpa dengan seorang wanita yang meminta derma untuk anak yatim..Aku hulur seringgit dua kerana kasihan melihat orang yang memungut derma itu seorang makcik yang berumur berdiri dengan kotaknya. Aku beli ikan kerana kebetulan ingat ikan di rumah dah abis. Beli ikan kembong sekilo. Harga RM 12.00...nak beli ikan lain...nampaknya dah tak berapa segar. Jadi mahu tak mahu aku beli je ikan ini dan sekilo lagi ikan belanak RM11.00

Sebelum beredar keluar dari pasar malam aku berhenti semula di gerai penjual sayur dan membeli tauhu putih 6 ketul berharga RM2.00 dan tempe yang juga berharga RM2.00

                                                     

Sebelum beredar dari pasar malam aku beli satu jenis kueh yang dipanggil Kaya ball...sebanyak 15 biji dan berharga RM3.00...murahkan dan sebagai maklumat sedap sangat rasenya.

Sebaik saja sampai ke kereta lega rasanya daripada kesesakkan di pasar malam tadi dan aku terus memandu ke Restoran Aloha berhadapan dengan Taman MDTM yang terletak di jalan persekutuan Ipoh-KL menghala Tanjung Malim. Aku, isteri dan Iqah minum....teh tark, teh 'o' dan milo ais dan makan roti panggang 3 set.

Kami tak lama di kedai tu..setelah bayar terus ke kereta untuk balik rumah dan kebetulan kedai di hadapan kerete aku parking ini ada jual rambutan dan aku beli 2 ikat, harga sangat murah iaitu RM2.00 seikat

Tepat jam 10.45 malam aku sampai di rumah dan selesai kisah aku di pasar malam Slim River






14 December 2011

New York Times yang melaporkan penganut Kristian di negara ini ‘dipergunakan’ pihak tertentu untuk meraih undi umat Islam

BILA DR MAHATHIR BERKATA:-KATA:


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata cubaan pihak berkepentingan untuk mengeksploitasi agama bagi meraih sokongan politik terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan membawa kesan serius yang tidak diingini. 

Bekas Perdana Menteri menegaskan, sebarang cubaan untuk mengeksploitasi perbezaan agama sudah pasti membawa kesan buruk kerana rakyat di negara ini menganuti pegangan agama berbeza.


Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat supaya mengelak daripada terus memainkan isu agama kerana ia boleh membawa kepada pergaduhan antara agama.



“Saya tidak tahu (cubaan ini) tetapi saya berharap perkara ini (agama) tidak dibabitkan, jangan kacaulah. Saya tidak suka membawa perkara agama sama ada Islam atau Kristian atau apa agama pun dalam hubungan kita. 


“Kita ada pengikut agama yang berbeza dan apabila berlaku pergaduhan agama, ia boleh menjadi sangat, sangat serius. Oleh itu, kita tidak harus mendengar cubaan itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pelancaran Larian Sahara Dinar Emas 2012 di sini, semalam. 



Beliau mengulas laporan disiarkan New York Times yang melaporkan penganut Kristian di negara ini ‘dipergunakan’ pihak tertentu untuk meraih undi umat Islam sekali gus memastikan mereka menang besar dalam PRU akan datang. 


Editor Katolik akhbar mingguan The Herald, Rev Lawrence Andrew melaporkan keadaan iklim dan perasaan adalah lebih politik mengatasi segala-galanya dengan pihak berkepentingan menjangka usaha itu akan dapat menyatukan umat Islam, namun beliau tidak fikir rakyat Malaysia dapat dibeli kerana ia lebih kepada satu permainan politik. 


Portal berita sering melaporkan ketegangan agama antara penganut Islam dan Kristian di negara ini meningkat terutama sejak kejadian Jabatan Agama Islam Selangor menyerbu sebuah gereja di Petaling Jaya pada Ogos lalu. 


Aku tertarik dengan kata-katanya....

13 December 2011

LaWaK JeNaKa TiRu DAn tAMpal

LaWaK JeNaKa TiRu DAn tAMpal 




Citer 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Citer 2



Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu
awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak
pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk…….. Benci ………

Citer 4

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Citer 5

Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It
happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru
jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler
tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blocked
from the police officer and asked for her driving license and so on but
unfortunately
at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite
major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the
accident scene.So this ****** girl dah gabra tak tahu nak buat camne,
she just ran off back to her car and head straight back home in Klang.
So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu
tanya dia, “AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?”
Pompuan ni pulak jawab, “TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER.
” So polis tu tanya lagi, “BETUL KER???”
Pompuan tu jawab, “BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER
NGAN HOUSEMATE SAYA.”
So polis tu kata, “YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP”
Lepas tu polis tu tunjuk, “HA!!! ITU KETA SAPA TU??”
Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg
malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna
putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak
pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.

Citer 6

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada
jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin
hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

Citer 7

Seorang posmen yang datang menghantar surat .
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”

Citer 8

Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

Citer 9

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: ” Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang lain?” “Dah tentu, ” jawab doktor. “Oh, gembiranya.
Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki
itu dengan riang.

Citer 10

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing…

Citer 11

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat .
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
“Atok buat apa tu?”.
“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa ******* sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?”

Citer 12

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…

Buat panggilan bom palsu....


Jurujual didakwa buat panggilan bom palsu

TAPAH 12 Dis. - Seorang jurujual lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membuat panggilan bom palsu di laluan kereta api Tapah Road-Tanjung Malim di sini pada 1 Disember lalu.
Tertuduh, N. Navindran, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Fairuz Adiba Ismail.

Mengikut kertas pertuduhan, pada pukul 1.45 pagi, Navindran didakwa melakukan perbuatan yang diklasifikasikan sebagai ugutan jenayah dengan cuba menakut-nakutkan pihak Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) dengan mengatakan ada bom di landasan kereta api di laluan Tapah Road-Tanjung Malim.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda ataupun kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Dalam kejadian 1 Disember lalu, seramai 1,200 penumpang yang menggunakan perkhidmatan KTMB terkandas 13 jam selepas polis menerima panggilan terdapat bom yang diletakkan di sebuah jambatan di landasan kereta api antara Tanjung Malim dan Tapah Road.

Sebaik sahaja menerima panggilan itu pada pukul 1.45 pagi, polis mengarahkan pekerja KTMB menutup laluan antara Tapah Road dan Tanjung Malim bagi tujuan keselamatan dan siasatan.
Tertuduh telah ditangkap di Teluk Intan pada pukul 6.10 petang 3 Disember lalu dan mengaku membuat panggilan itu kerana tidak rela melepaskan kekasihnya pergi berkursus di Kuala Lumpur pada hari tersebut.
Fairuz Adiba menetapkan 9 Januari depan bagi sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah juga memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport antarabangsa dan dokumen perjalanan lain kepada mahkamah.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izalina Rajaai manakala tertuduh diwakili peguam V. Santhiran.

aku petik dari Utusan Malaysia...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...