my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

13 December 2011

Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14



KUALA LUMPUR 12 Dis. – Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14, berharap Malaysia akan terus aman damai dan semua kaum hidup dengan persefahaman dan bertoleransi.
Baginda melahirkan rasa gembira kerana secara keseluruhannya perpaduan rakyat adalah baik tetapi boleh ditingkatkan jika semua pihak meletakkan kepentingan negara lebih daripada kepentingan kaum atau politik.
Sultan Abdul Halim, yang pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima bagi tempoh 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975, mengimbau kembali peristiwa pahit pada 13 Mei 1969 dan berharap ia tidak harus dibiarkan berlaku lagi.
“Kadangkala orang politik mengambil jalan mudah untuk mengekalkan populariti dengan memainkan isu agama dan perkauman.
“Inilah yang membuatkan keresahan dan kucar-kacir di dalam masyarakat yang mungkin hanya menjadi pengikut yang tidak langsung faham isu yang diapi-apikan itu,” titah baginda.
Sultan Abdul Halim, 84, yang berkelulusan dalam bidang sains sosial dan pentadbiaran awam dari Wadham College, Oxford, United Kingdom, amat bersyukur kerana pertama kali baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein merupakan Perdana Menteri pada masa itu, dan kali ini apabila dilantik bagi kedua kalinya sebagai Yang di-Pertuan Agong, anak Abdul Razak, Datuk Seri Najib, pula menjadi Perdana Menteri.
Menyentuh mengenai kemajuan dan pencapaian negara sejak 54 tahun mencapai kemerdekaan, baginda bertitah, Malaysia telah mencapai usia yang matang.
“Jadi pemimpin dan rakyat haruslah juga matang membuat sesuatu tindakan.
“Kekuatan negara kita terletak kepada kestabilan politik dan ketenteraman awam, dan untuk kemajuan masa hadapan dua perkara ini haruslah dipertahankan,” titah baginda yang pernah menyertai perkhidmatan awam negeri Kedah pada tahun 1950-an sebelum dilantik sebagai pemangku Sultan Kedah pada Mac 1957 apabila ayahandanya, Almarhum Sultan Badlishah Sultan Abdul Hamid, berangkat ke luar negara.
Baginda menaiki takhta pada 15 Julai 1958 selepas kemangkatan Sultan Badlishah dan ditabal sebagai Sultan Kedah ke-28 pada 20 Februari 1959. Pada Julai 2008, sambutan Jubli Emas pemerintahan baginda telah diadakan secara besar-besaran di Kedah.

Mengenai peranan institusi beraja, Sultan Abdul Halim bertitah bahawa raja dan rakyat tidak boleh dipisahkan.
“Raja adalah payung kepada rakyat dan rakyat adalah tunjang kepada raja.
Jadi peranan terbesar raja adalah untuk memastikan tidak berlakunya kezaliman dan kemusnahan kepada negara dan rakyat.
“Dalam sistem Raja Berperlembagaan peranan yang dimainkan oleh raja adalah sebagai penimbang tara supaya keamanan, kestabilan dan ketenteraman awam dikekalkan sentiasa,” titah baginda.
Pada setiap majlis yang dihadiri, baginda sentiasa menekankan supaya rakyat hidup bersatu padu selain meminta umat Islam supaya sentiasa patuh kepada ajaran agama.
Sultan Abdul Halim yang diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Kedah dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan Sekolah Melayu Titi Gajah sebelum menyambung pelajaran ke Kolej Sultan Abdul Hamid, mengisi masa lapang baginda dengan membaca buku, bermain golf serta meluang masa bersama keluarga.
Hasil perkahwinan baginda dengan Sultanah Bahiyah Tuanku Abdul Rahman pada 9 Mac 1956, baginda dikurniakan tiga puteri iaitu pasangan kembar Tunku Soraya dan Datuk Seri Diraja Tunku Sarina, 51, dan Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz, 45.
Puteri sulung baginda, Tunku Sarina kembali ke rahmatullah pada 31 Ogos 1991 pada usia 31 tahun di Istana Anak Bukit, Kedah. Sultanah Bahiyah pula mangkat pada 26 Ogos 2003 pada usia 73 tahun.
Sultan Abdul Halim berkahwin dengan Sultanah Haminah Hamidun pada 25 Disember 1975 yang ditabalkan sebagai Sultanah pada 9 Januari 2004.
Sultan Abdul Halim merupakan penyokong kuat pasukan bola sepak Kedah, dan semangat ini dibuktikan pada perlawanan akhir Piala FA antara Kedah dan Perlis pada 30 Jun 2007 di Stadium Batu Kawan di Pulau Pinang apabila baginda sanggup berjalan hampir dua kilometer kerana kenderaan rasmi baginda terperangkap dalam kesesakan menuju ke stadium itu. – BERNAMA

11 December 2011

FB, BLOGGER, USTAZ DAN USTAZAH


BAGUS LE KERANA LAMAN SOSIAL FB DAN BLOGGER GOLONGAN USTAZ DAN USTAZAH MULA DIMINATI HINGGA MENCATAT RANKING MEMBANGGAKAN

TERKINI dikatakan terdapat 600,000 blogger dan 12 juta pengguna laman sosial yang sangat popular iaitu Facebook (FB) di seluruh Malaysia. Melihatkan angka yang cukup memberangsang ini maka pelbagai pihak mengambil kesempatan untuk menangguk apa sahaja yang boleh membawa untung.
Sama ada keuntungan di dunia dan kepada golongan pendakwah tentunya untuk menangguk untung di akhirat.
Bukan untuk mereka, tetapi tentunya untuk golongan yang menjadi sasaran dakwah.
Sehinggakan ada pihak yang sanggup berbelanja besar mengupah perunding teknologi maklumat (IT) untuk membangunkan laman web dan pengendali kepada laman FB.

Sedangkan semua itu boleh dilakukan sendiri tanpa perlu berbelanja besar, malah selaku hos atau tuan punya kepada mana-mana blog dan laman FB secara individu mereka mampu mempunyai ramai pengikut.
Lebih menarik, ia mampu mewujudkan satu komuniti kecil yang saling berinteraksi antara satu sama lain.
Maka timbullah satu istilah yang dinamakan cybertrooper yang peranan mereka sangat penting terutamanya dalam mengembangkan fahaman dan gerakan politik terutama politik berparti.
Pada makna yang mudah, seorang cybertrooper bertindak melalui dunia maya untuk mempertahankan mana-mana ahli politik dan parti politik yang mereka wakili sehingga ketitisan 'darah' terakhir. Ini menjadikan kerjaya seorang ahli politik semakin mencabar, jika beliau tidak disokong dan didokong oleh mana-mana cybertrooper.
Tetapi seorang pendakwah wanita popular negara, Datuk Siti Norbahyah Mahmud tentulah dilihat sebagai satu pencapaian yang tersendiri.

Ini apabila laman FB beliau menduduki tangga teratas daripada hampir 16 nama pendakwah yang mempunyai pengikut dan original page masing-masing di laman FB.




, Ustaz Zamri Zainudin (426,443), Ustaz Mohd. Zawawi Yusoh (348,473), Dr. Zaharuddin Abd. Rahman (291,462 pengikut).
Kedudukan paling bawah dengan 17,463 pengikut di laman Fb adalah milik bekas johan qariah tilawah antarabangsa, Sharifah Khasif Fadzillah Badiuzzaman.
Ini bererti golongan pendakwah dan agama di negara ini mempunyai pengaruh yang cukup besar melalui hubungan yang terjalin di alam maya. Keadaan ini cukup berbeza berbanding dulu dengan apabila para pendakwah mendekati sasaran mereka melalui rakaman kaset yang boleh dibeli dan diulang dengar berkali-kali.
Akan tetapi dipercayai muka baru dalam dunia dakwah hari ini dengan pendekatannya yang tersendiri, iaitu Ustaz Azhar Idrus menggunakan kelebihan bercakap dalam loghat pantai timur menarik begitu ramai perhatian peminat dan pendengar terutamanya dalam laman You tube.

Setiap hari ada sahaja, mereka yang menghantar atau posting rakaman You tube beliau ke laman Fb untuk tujuan penyebaran dan ia begitu mendapat sambutan orang ramai.
Pada masa yang sama ceramah atau tazkirah oleh Azhar bergema dan berkumandang melalui rakaman kaset di premis-premis perniagaan seperti kedai buku, kedai menjual baju dan sebagainya sebagai satu daya tarikan kepada para pembeli untuk berada lama dalam premis perniagaan mereka.
Beliau juga boleh ditemui melalui buku terbitan terbaru Syarikat PTS; Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa. Beliau menjawab lebih 100 soalan dalam buku tersebut.
Begitulah pelbagai cara dan pendekatan digunakan untuk para pendakwah hari ini untuk menyebarkan Islam.
Dikatakan dengan cara ini menyebabkan gerakan dakwah semakin berkurangan terutamanya di peringkat institut pengajian tinggi tempatan (IPT) apabila semudah berada di hadapan skrin komputer kita beroleh apa sahaja ilmu mengenai Islam yang sekali gus boleh menimbulkan keinsafan dan kesedaran.
Dakwah secara maya ini juga dikatakan menyebabkan semangat ukhuwah dan berjemaah itu turut terjejas. Ini cukup berbeza apabila dakwah disampaikan secara bersua muka dalam jumlah jemaah yang ramai.
Ustazah Siti Norbahyah mempunyai 727,669 pengikut diikuti Dr. Zahazan Mohamed (452,578)



Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia: Lihat atau Muat turun

Saya harap ini dapat menjadi panduan pada semua untuk membuat penilaian antara SBPA dan SSM Baru:

saifulfromslim.blogspot.com


Perhatian: Untuk lihat: klik LIHAT untuk download klik MUAT TURUN

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012

Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan
Di Bawah Sistem Saraan Malaysia





Gaji Baru...Skim Perkhidmatan Perguruan .2012

Gaji Baru...Skim Perkhidmatan Perguruan akan mula dilaksanakan pada 1.1.2012
Ayuh lihat.......



10 December 2011

CHARLES DARWIN AKAN MENGUBAH TEORI JIKA DIA MASIH HIDUP DI ABAD INI.


CHARLES DARWIN AKAN MENGUBAH TEORI JIKA DIA MASIH HIDUP DI ABAD INI.
Oleh: Saiful Anuar Safian
Jika saja Charles Darwin masih hidup hingga hari ini bermungkinan teorinya tentang evolusi akan berubah. Untuk menerangkan teori tentang evolusi tersebut, Darwin telah memberikan sebuah contoh yang cukup kontroversi yang menyatakan bahwa manusia berasal dari kera. Dengan demikian mahu tidak mahu Darwin mengakui bahawa dirinya adalah keturunan sang nenek moyang, kera.
Tapi sayangnya, Charles Darwin tidak ditakdirkan umur panjang hingga hari ini. Sehingga dia tidak berkesempatan untuk melihat apa yang terjadi keatas manusia di Israel dan Palestin, yang katanya berasal dari kera itu. Darwin belum memahami bahawa Israel saat ini sudah tidak mahu menggunakan fikiran warasnya lagi malah bersengketa sesame umat manusia menerusi sifat kekejamanan. Bahkan tanpa rasa malu mempertontonkan keganasan kehaiwanannya kepada seluruh penghuni muka bumi ini.
  
Kera adalah anggota superfamilia Hominoidea dari ordo Primata. Dalam sistem taksonomi saat ini ada duafamilia hominoid:




Seandainya dia tahu akan hal itu, pasti Darwin akan mengalami kekeliruan. Sebab yang terlihat dalam agenda keganasan brutal di Palestin bukan lagi merupakan sikap manusia menganiaya sesama manusia lagi. Namun bangsa kera, yang tidak memiliki sifat kemanusiaan dan naluri kasih sayang, pun, tidak akan melaku kekejaman pada manusia khusus pada orang Palestin ini. Mungkin teori Darwin pun akan berubah menyatakan bahawa sesungguhnya kera berasal dari manusia, dan bukan manusia dari kera seperti mana pendapatnya sebelum ini.

Tapi mungkin kera pun akan marah dengan teori baru itu. Sebab Israel bukan hanya mewarisi sifat haiwan kera, namun telah mengembangkannya menuju sebuah puncak kekejaman tahap melampaui tahap tamadun. Dengan itu kera pun, pasti tidak mahu disamakan dengan manusia yahudi dari Israel ini.

thanks ALLAH pray ALLAH


ALLAH
thank you, Allah, for most, this amazing day
thank you, Allah, for most, this amazing day
for the leaping, greenly spirits of trees
and a blue, true dream of sky
and for everything which is natural,
which is infinite, which is YES










I, who have achive sadness, I am gaining hapiness again today
and this is the sun's birthday
this is the birthday of life, and love, and wings
and of the guy, great happening illimitable earth




how should tasting, touching,
hearing, seeing, breathing,
and, lifted from the no of all nothing,
human merely being,
doubt unimagineable you


now the ears of my ears awake
now the eyes of my eyes are opened
yes
no
yes
and this always yes....


PRAY ALLAH



I pray to Allah in the Heavens above,
I pray to Allah asking Him for His love.
I pray to Allah to keep me safe and warm,
I pray to Allah to keep me away from harm.
I pray to Allah to keep my family safe,
I pray to Allah to keep us all in His embrace.
I pray to Allah so that I have no fear,
I pray to Allah for all that I hold dear.
I pray to Allah for me and for you,
I pray to Allah that He forgives the wrong that we do.
I pray to Allah in the Heavens above,
I pray to Allah asking Him for His love.



By Saiful Anuar Bin Safian

07 December 2011

GILER BABI PUNYA MALAS...MELEBIHI TAHAP GABAN...

Pernah kah kita lihat tahap kemalasan manusia yang tinggi darjat kemalasannya. Mungkin capai sampai indek petunjuk sampai angka 99.96 kot... Tengok gambar bawah ini.


Ini bukan gambar impose tau...dan ini adalah gambar tulen
dan lihat gambar kedua di bawah:


Ape punya kerja le mereka lakukan...sebab itulah aku katakan malas tahap GiLer bAbi......

Apakah pencipta peralatan teknologi masa kini...sentiasa mencipta alatan untuk mEmalAs lagi manusia dimuka bumi ini.....


Penongkat Dagu untuk tidue sambil berdiri


'Malasnya nak menyurung kerete baby ni......


Ini confirm zaman tv belum ada remote control....


Sikit punya binawe ke sampai nak kencing pun dia pakai kerusi...hahaha


Ini lagi ada satu tahap malas tahap gaban......fikir le kekawan...

Malas dan Pengotor adakah dalam katogeri rangkaian yang sama... Kalau ianya ada bau-bau bacang kaitan maka perlulah kita jauhi dari sikap atau tabiat seperti ini.


My dream car .....sini awak daTANg....on the road


My ruang tamu...golongan nie kata...ini baru Rock & Blues dalam kehidupan


FREEZER atau Peti AIS yang mengkagumkan....Betul2 PunyE GiLa BaBI

Orang ini pula...adakah cerdik atau malas...Kalau engko aje bahaya tak pe tapi dah melibatkan orang lain menanggung padahnya....


Ini memang berlaku dalam masyakat kita kat Malaysia nie...sebab aku biasa nampak...

Saiful D Riverian suruh kita semua untuk renung-renung...cerita orang malas tahap gaban ini.
Maaf kalau ada yang tersinggung...tak terniat saya nak perli sesiapa 
pun....See u..


06 December 2011

Sahabat lama Tahir Kahar dan isteri Pn Salmah.. By Saiful Anuar Safian (Albums) · Updated 39 minutes ago ·

Sahabat lama dari Sandakan Cikgu Tahir and Isteri Cikgu Salmah datang kerumah di Slim River pada 6hb Disember 2011.Tahir skg GB di SK Telupid dan Pn salamah Pk 1 di SMK Beluran Sabah....








Dulu nie kami sama-sama mengajar kat SMK Sandakan, Miles 1 1/2 North Road Sandakan Sabah







Ok......le satu ikatan yg baik dalam pengertian persahabatan....alhamdulillah syukur

05 December 2011

Hari ini PuNYa CeRitE......BerurusaN KauNter MeMboSanKan

Terbangun lewat maklum le hari cuti......Cepat2 pegi qado solat SubuH.....sarapan pagi cincai saje....minum segelas teh O dan 3 goreng pisang raja...Tak abis makan cepat2 ke kerete sb nak bayar Bil TMnet dan astro...Jk lambat jawap nya kena potong. Kalau potong aje aku tak kisah....tp takut dengan kos penyambungan semula (taktik bisness korporat le ni) Sebelum tu aku terus ke pusat kesihatan daerah untuk ambil ubat dengan Iqah anak bongsu ku....Mak oii baru jam 9.00 pagi dah ramai kat kaunter farmasi....dah le tu parking pun penuh...Confirm ramai yang marah kerana aku letak kerete di laluan utama. Lantak le yang pasti...parking fees tak kena dan anggota polis tak kacau kerana dalam kawasan pusat kesihatan kerajaan. Aku bukan suke sgt dengan tabiat begini..Jd aku terpaksa juga ikut aktiviti ramai jk tiada parking. Lame juga menunggu giliran tp ape nak buat, tunggu aje hingga le akhirnya aku dapat buah tangan dari Puan farmasi bertugas.


Jam dah dekat 10.00 pagi aku terus ke MaYbanK ambil duit dekat ATM mesin dan terus memandu ke Tanjung Malim nak bayar bil telekom dan ambil Laptop anak yang rosak dekat BHL di Bandar Universiti di Tg Malim. Dari jalan besar aku terus potong jalan masuk ke Kedai Telekom berdekatan dgn SeVen ELeven dan nak masuk aje parking tibe-tibe ada satu kereta overtake tempat parking tu...punya le sakit hati dengan cilaka punya cina., dan aku terpaksa ambil parking bahagian belakang...ape nak buat...Ini lah dipanggil hidup berlumba-lumba...siapa cepat dia dapat. Aku pulak terpaksa merungut sambil memaki ..tapi ak le kuat dan menjerit...hanya rungutan dimulut aje lah.




Cerite tak abis lagi....nanti aku sambung...jikalau ejaan salah...maaf ok sb aku tak edit dan hanya taip je... 

Aku sambung menulis ni...




Setelah bayar maka aku pun terus ke BHL...masa nak ambil dia tu katenya semua ok tp hanya speaker kat laptop dah burn out(rosak le tu)....punya sakit hati aku...ape tidak dah bayar repair motherboard ni RM300.00 tp benda lain pulak buat hal. Mase hantar hari tu speaker masih ok...Sekarang ni terpaksa pakai speaker luar sambung kabel atau headphone pilak....mula le aku rasa nak marah pada tokey kedai ni yh bernama Ben ni. Untuk ambil hati aku, dia bagi free external speaker pada aku dan dia potong harga headphone 50% dan aku bayar 15 ringgit je...Sebenarnya aku tak gitu puas hati...tapi yelah ape nak buat kalau nak beli laptop baru pun  mesti menelan RM2000 ++, lagi sakit. Laptop ni penting sangat kerana anak sulung Pina nak menyiapkan tesis final projek dan banyak sangat bahan kat laptop tu. Aku pun balik dan singgah kedai makan AlohA dekat kampung Balun dan sarapan pagi kali kedua kerana yang pagi tadi tu cincai sangat...Aku minum teh tarik dan makan roti canai, okey le kenyang juga lah....


Aku terus ke pejabat pos Slim River kerana nak bayar bil Astro pulak. Satu lagi keramaian berlaku di pejabat pos Slim nie, seolah-olah orang berpesta nak menjelaskan bil, urusan hantar surat menyurat, buat road tax dan pelbagai urusan. Kan pejabat pos sekarang ni boleh juga diibarat mcm bank kerana urusan MaYBAnk da RHB pun boleh dibuat disitu (Ini lagi satu agenda agenda pengswastaan untuk dapat komisyen dan keuntungan) Tapi kaunter yang ada hanya 2 je..Boleh bayangkan le, dan sekali aku terpaksa tunggu untuk sampai kegiliran aku. Membosankan...tapi apa nak buat sebab di pejabat pos je ade ada kekosongan parking di pekan Slim ni
.
Selesai je urusan nie aku pun balik dan singgah dekat penjaja tepi jalan untuk membeli durian...4 biji. Aku angkat masuk bonet dan terus balik ke rumah. Pekan kecik macam Slim dan Tanjung Malim pun pada hari ini dah mula sibuk macam nak jadi Rawang dan Selayang di daerah Gombak...Pening dan sungguh membosan jika kita membuat urusan dizaman ini.
Sampai rumah jam 12.35 tengahari..dan sekejap lagi dah nak masuk zohor....isyaallah aku tak qado lagi kali nie..



04 December 2011

FRENZ OF YESTERYEARS FOR OVER 30 YEARS COME TRUE




Sahabat sejak 32 tahun bertemu kembali...call aku tadi dan berjumpa. Namanya Salim...bersama isteri berasal dari Penang dan kini menetap di Kuala Lumpur. A wonderful frienships engagement after 30 years come true



Tarikh pada gambar salah tau....Bukan 3 tapi...4/12/2011



Saudara Salim n isterinya....

Pertemuan ni tak le lama sebab dah masuk magrib dan sahabat terpaksa bergegas ke Kuala Lumpur....kerana dah kepenatan dengan 
traffics jam dari area  Taiping hingga ke Tapah dihighway tadi....
walau bagaimana pun sungguh bermakna...
Alhamdulillah....

03 December 2011

HuKuM RImBA -



Kekejaman manusia...berlaku dimana-mana....Tapi ini ganjil kerana dilaku oleh masyarakat yang berugama Islam. Mana ada undang-undang sebegini rupa dimuka bumi in....Macam dah jadi ummah dizaman jahilliah aje
Kalau beginilah yang dipanggil hukuman....aku tak setuju sama sekali...wallahualam

Akak dibalik pintu: Kisah Benar Yang Ajaib : Pelajar Perempuan Di Dewa...

Akak dibalik pintu: Kisah Benar Yang Ajaib : Pelajar Perempuan Di Dewa...: Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang...

01 December 2011

YEAR 2012

YEAR 2012

2012 ....Truth   ......Fiction.....or just an imagination




Saifulfromslim says....just an imagination


Happy New Year
from Saiful Anuar Safian

friENdS


Written with a pen, Sealed with a kiss.
If you are my friend, please answer this:



Are we friends Or are we not?
You told me once But I forgot.

So tell me now And tell me true.
So I can say.... "I'm here for you."







Of all the friends I've ever met,
You're the one I won't forget.

And if I die Before you do,
I'll go to heaven And wait for you.

And come the day you don't come home, 

I'll know you went the other way.          

I'll give the angels Back their wings
And risk the loss Of everything.

Just to prove my friendship is true..
to have a friend like you!





REMEMBER MY FRENZS

REMEMBER MY FRENZS


I’m walking through towns I’ve not seen,
Passing new people I’ve not met before.
But they seem better friends than the ones I already know,
They do not judge me with previous knowledge,
Rather, they judge with a greeting
And they judge me by my response.
And my response is always there,
I always accept a greeting presented to me
And likewise give it back.
All it takes to make a friend is the word ‘hello’
Or something to that ilk,
And a world, a future of happiness awaits for both.

When comes the time for you to be stabbed in the back by that friend,
Think not of the pain but the action.
Do not be sad that it has happened,
Instead be happy that such a thing has happened to you,
It could happen to anyone
And to anyone else it could have.
A friend is a thing of beauty, of patience, love and disaster,
Perhaps even at the same time,
But I feel that may just be the point.
Friendship is not simple,
If it was there wouldn’t be hate.
Instead it is a journey of struggles and fun,
And after struggles the fun awaits.
To walk through the fields
And not feel sad, or angry or hateful
Or any emotion but love and happiness is something joyous.
To talk with a whisper and expect someone to hear it
Than simply have it heard
Proves the effort is worth it all,
And it has no worth.
To laugh not at jokes, but at the situation
That all is good and always should be.
Not will be or could be,
Of course it could all go wrong.
But no one said anything is perfect.
Time changes too fast,
People age, people die,
But even death should not anger you.
No, it should make you happy.
Proud that you’ve seen a good life go by.

And the sight of their body should make you smile, not cry.
Because the lifelessness has started
As the happiness is over.
So it is with pride you must stand and accept,
That life will simply end,
At its own accord, at yours, at fate’s hand or God’s,
You must know that it won’t always last.
Because people are not made to last,
Instead we make the things that last.
Not just with hands, but with mind, body and soul,
And it is time that proves this.
Friendship of course, has lines to cross,
But so do states and countries,
So what’s done must be observed by one,
And the mistakes performed by another.
My advice to you, if you feel you must hear it;

Take life by both hands, but take a friend by one.
They may be important, but to yourself, you are even more
And friendships don’t always last.
Look after yourself, look after others too.
But don’t be burdened with sadness when you are lonesome.
You should expect the worst, pray for the best,
And never give up in between.

28 November 2011

HIJRAH-MIGRATION-1433

Hijrah of the Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) is considered to be a very special occasion for Muslims as it highlights the importance of submission of one’s self to God Almighty. It is
also a turning point in Islamic histor
Happy Maal Hijr to all Muslim's frenzs all over d globe



MCM-MCM PERANGAI MANUSIA...ADA IBU BAPA SENTIASA MENGINGATI MEREKA SEBAGAI ANAK TP MEREKA TAK MENGINDAHKAN KEIKLASAN ITU....SDGKAN MEREKA TAHU YANG ORANG YG MEMBESARKAN MEREKA TU SENTIASA MENGINGATI MEREKA MELALUI PELBAGAI RUANG SEDIA ADA...
SEMPENA MAAL HIJRAH PERLU ADA PEMINDAHAN SENSE OF HUMAN REALIZATION TOWARDS TRUTH AND SINCERE

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1433H




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...