My home

04 December 2013

Bukan naikkan tarif elektrik, tapi sepatutnya kerajaan buat sesuatu untuk memenangi hati rakyat


Setelah selesai PRU ke 13,  sepatutnya kerajaan buat sesuatu untuk memenangi hati rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kita sedia maklum golongan inilah yang merupakan majoriti rakyat Malaysia. Aku aku tertarik dengan pendapat seorang pembaca pada isu kenaikkan tarif elektrik yang akan berkuatkuasa mulai 1hb Januari 2014. Aku paparkan pendapatnya dibawah ini. Apa salahnya kerajaan beri perhatian pada perkara ini. Aku yakin BN akan terus berkuasa untuk PRU 2014  jika kerjaan beri perhatian pada perkara sebegini rupa demi mengawal selia kesusahan rakyat tidak terus terbeban dengan masalah kenaikkan harga barang dan perkhidmatan yang sungguh membebankan.

Berikut ialah beberapa usul yang saya rasa kerajaan BN terutama PM kita, Dato’ Seri Najib perlu berikan perhatian dan saya rasa kerajaan BN mampu lakukannya. In syaa Allah, ianya akan memberikan kebaikan kepada rakyat terutama rakyat bawahan.

1. TURUNKAN HARGA TOL BAGI LEBUHRAYA DI MALAYSIA
Cadangan Pakatan Rakyat(PR) untuk menghapuskan tol dalam manifesto mereka benar-benar memikat hati rakyat. Jenuh bagi kami, penyokong-penyokong BN untuk menjawab persoalan ini. Bermacam-macam alasan yang direka demi untuk memuaskan hati orang-orang PR yang bertanya. Saya rasa, kalau BN tak dapat nak menghapuskan tol, apa salahnya dikurangkan harga tol. Walaupun sebelum ini telah ada program yang sedemikian, ianya telah tamat dan tempoh laku diskaun harga tol pula hanya sah untuk tempoh dari pukul 12 tgh malam hingga 6 pagi sahaja. Bagi saya, kalau begini syaratnya, ianya seolah-olah seperti macam ‘tak nak bagi’. Waktu ‘perjalanan berdiskaun’ tersebut bukanlah waktu yang sesuai untuk melakukan perjalanan. Tidak berbaloi untuk risiko mengantuk dan risiko kemalangan yang dihadapi.
SAYA CADANGKAN SUPAYA TARIFF TOL DITURUNKAN SEBANYAK 50% DAN KEKAL. Maksudnya tiada kenaikan dari segi tariff tersebut di masa yang akan datang. Rakyat tahu PLUS dan lain-lain syarikat konsesi lebuhraya mendapat keuntungan yang sangat besar setiap tahun. Dalam PRU14 nanti akan ada 2 kemungkinan iaitu syarikat-syarikat ini kurangkan untung, tapi masih boleh beroperasi dan BN masih dipilih; atau, PR menang, tol dihapuskan langsung syarikat ini hancur.

2. TURUNKAN HARGA TARIFF ELEKTRIK
Elektrik adalah keperluan asas rakyat. Tetapi, harga tariff elektrik adalah membebankan. Setiap tahun kita boleh saksikan pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersama CEOnya duduk tersenyum mengumumkan keuntungan yang bernilai berbillion-billion Ringgit Malaysia, seolah-olah mereka sangat pandai menjalankan perniagaan. TNB sepatutnya bertindak sebagai penyedia perkhidmatan yang berkonsepkan rakyat, bukannya syarikat koperat yang mementingkan keuntungan semata-mata. TNB sendiri dimulakan dan didirikan dari wang rakyat, maka sepatutnya rakyat mendapat menafaat dari penubuhan TNB, bukannya sengsara dengan bil dari TNB.

Rakyat tahu akan kesan Penyedia Kuasa Bebas (IPP) kepada perbelanjaan TNB. Jadi, saya memohon kerajaan kajilah balik perjanjian IPP dengan TNB. Jangan hanya kerana nak jaga kroni-kroni, maka suara kami tidak dipedulikan.
Saya sangat pelik dengan cara pengurusan TNB ‘menjaga’ paras keuntungan TNB. Dalam perniagaan, secara asasnya, UNTUNG = PENDAPATAN – KOS. Bila saja terdapat kenaikan harga bahan api yang melibatkan KOS, maka secara tak langsung, UNTUNG akan berkurangan. Jadi untuk memelihara margin UNTUNG, maka pengurusan membuat keputusan untuk menaikan paras PENDAPATAN melalui kajian semula tariff. Semudah inikah cara pengurusan TNB? Penat saya setiap kali saya membaca berita pengumuman kenaikan tariff serta alasan-alasan yang diberi bagi menjastifikasikan kenaikan tersebut. Pengurusan TNB sepatutnya kena berfikir dengan lebih jauh seperti melakukan projek-projek inovasi yang bersifat MENAMBAH PENDAPATAN & MENGURANGKAN KOS.

Secara mudah, TNB tidak akan mengahadapi masalah besar kerana TNB adalah PENYEDIA TUNGGAL dalam perkhidmatan ini. TIADA SAINGAN. Jadi, TNB ambillah untung sekadar yang perlu untuk menampung kos operasi, janganlah pada kadar melampau hingga berbillion-billion Ringgit Malaysia yang akhirnya rakyat yang menerima padahnya.

3. BR1M
Saya amat kagum dengan idea dan konsep BR1M. Program ini sedikit sebanyak membuka hati rakyat dan dapat ‘membeli’ perhatian mereka kepada pimpinan Kerajaan BN. Sebenarnya, pihak pembangkang sangat takut akan program BR1M ini, kerana ia dilihat mempunyai impak besar di kalangan rakyat bawahan yang berpendapatan rendah sehingga pemimpin mereka yang berlatar belakang pendidikan Islam dan bertaraf ulama pun sanggup memberi perumpamaan binatang ‘ayam’ dan ‘lembu’ kepada penerima BR1M demi untuk mendapatkan perhatian rakyat dan menghina program yang baik ini. Dan sebenarnya, kebanyakan rakyat yang menerima BR1M sangat berbesar hati dan bersyukur. Di sini saya nampak BR1M sebenarnya boleh dijadikan BANTUAN BULANAN, bukannya secara tahunan seperti sekarang. Ianya boleh dilakukan dengan pelbagai cara antaranya ialah salurkan semua subsidi-subsidi kerajaan kepada BR1M ini.

Pada pandangan saya, subsidi-subsidi yang kerajaan sediakan kepada rakyat seperti subsidi petrol, subsidi beras, subsidi gula, subsidi minyak masak, subsidi gas masak dan lain-lain TIDAK dinikmati secara MAKSIMUM dan ADIL oleh golongan rakyat bawahan. Subsidi-subsidi tersebut akan hanya dinikmati jika rakyat bawahan ini membuat pembelian. Tetapi, jika tiada duit dalam tangan, bagaimana pembelian dapat dilakukan dan seterusnya menikmati subsidi tersebut. Tapi, bagi golongan yang berpendapatan tinggi, tiada masalah untuk mereka berbelanja kerana mereka sememangnya MAMPU dan ditambah dengan subsidi menjadikan mereka LEBIH dari MAMPU.

HAPUSKAN SAJA SUBSIDI-SUBSIDI INI. Biarkan rakyat bayar pada harga pasaran. Dan salurkan BANTUAN TERUS kepada golongan sasar. Secara rasionalnya, rakyat bawahan ini mewakili majoriti rakyat. Jika mereka senang, kerajaan pun senang. Rakyat tidak tuntut banyak benda seperti kaum CINA yang telah dimanjakan secara berlebihan, cuma mengharap agar kerajaan dapat meringankan beban.

Anggaran kasar jumlah subsidi yang dibelanjakan oleh kerajaan ialah RM30 billion setahun. Jika jumlah ini dibahagi kepada 5.369juta orang penerima BR1M, mereka boleh mendapat RM460 sebulan. Ianya bukan jumlah yang sedikit bagi yang berpendapatan rendah.

Mekanisme mensubsidikan barangan keperluan bukanlah langkah yang adil kerana yang berkereta Ferrari dan Porche juga mendapat bantuan sama seperti rakyat yang bermotosikal buruk.

Untuk mengelakkan salahguna pemberian tersebut, jika kerajaan tidak mahu memberi wang tunai, kerajaan boleh melakukan pemberian tersebut dengan baucer yang rakyat boleh gunakan di kedai rakyat 1Malaysia atau di Tesco, sebagai contoh.

4. PENGAGIHAN PEMBANGUNAN NEGARA SECARA RATA
Kita dapat perhatikan pembangunan yang berlaku dalam Malaysia adalah sangat tidak sihat, samada dari sudut ekonomi dan juga sosial. Pembangunan lebih dan masih tertumpu di kawasan yang telah sedia SESAK seperti LEMBAH KLANG, JOHOR BAHRU dan PULAU PINANG. Kesan-kesan ketara ialah wujudnya persaingan dalam merebut ruang tanah untuk tujuan komersial dan kediaman. Bila wujud permintaan yang tinggi, secara tak langsung harga hartanah akan meningkat naik sehingga di luar kawalan dan mengakibatkan rakyat bawahan biasa tidak mampu. Akibatnya mereka yang tidak mampu perlu mencari alternatif lain seperti menyewa di kawasan yang lebih murah, tetapi pada jarak yang lebih jauh. Apabila jarak jauh, mereka perlu berbelanja lebih untuk petrol dan mengorbankan lebih masa bagi perjalanan pergi balik ke tempat kerja.

Sebagai contoh, di Pulau Pinang, banyak syarikat besar beroperasi di bahagian pulau seperti di Bayan Baru dan Bayan Lepas. Dan sebahagian besar pekerja terutama pekerja kategori bawahan adalah mereka yang tinggal di tanah besar. Ini menyebabkan Jambatan Pulau Pinang sentiasa sibuk dan sesak ketika waktu pergi dan balik kerja. Banyak masa terbuang di atas jalan dan jambatan saja.

Cadangan saya, apa kata Kerajaan Pusat mengesyorkan supaya sebahagian dari syarikat2 tersebut, terutama yg dalam bidang pembuatan untuk mengalihkan operasi mereka ke tanah besar, samada ke KULIM atau SEBERANG PERAI UTARA/SELATAN atau SUNGAI PETANI atau PERAK UTARA. Kerana, sebahagian besar pekerja sememangnya datang dari kawasan-kawasan yang dinyatakan di atas dan mereka berulang alik setiap hari kerana kekurangan peluang di kawasan sendiri. Dengan fasiliti perhubungan lebuhraya yang baik, isu pengangkutan untuk penghantaran barang-barang ke pelabuhan atau lapangan terbang dirasakan tidaklah menyusahkan dan membebankan.
Dari satu sudut, banyak kebaikan yang kita boleh perolehi.
Antaranya ialah:
4.1) mengurangkan kesesakan lalulintas yang akan menjurus kepada lebih masa untuk diluangkan bersama keluarga
4.2) perumahan lebih selesa dapat dibangunkan. Kalau kita rujuk contoh yang sedia ada sekarang, kebanyakan perumahan yang berada dikawasan berkepadatan tinggi adalah apartment yang berpuluh-puluh tingkat tingginya. Apa kualiti hidup yang ada untuk mereka yang tinggal di kawasan seperti ini? Bersesak untuk keluar dan masuk ke kawasan kediaman ketika waktu puncak, masalah sosial anak2 muda, tiada kawasan riadah yang mencukupi dan bermacam-macam lagi.

Jika kerajaan perlu pindahkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke tanah besar, apa salahnya ianya dilakukan? Terus terang saya katakan, tindakan kerajaan membina Jambatan Kedua dan ditambah dengan cadangan Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk membina terowong antara tanah besar dan Pulau Pinang tidak lebih dari analogi sebuah bas mini. Bas mini tersebut telah penuh padat dengan penumpang, tetapi apa yang tuan punya bas tersebut lakukan ialah menambah pintu bagi tujuan memudahkan keluar masuk. Tetapi masalah bas mini tersebut ialah penumpang yang telah berada atas bas tersebut tidak mahu turun kerana itu saja bas yang ada. Jika pemilik syarikat bas dapat menambah bilangan bas, mungkin masalah penumpang yang padat dapat di atasi. Sama juga masalah penumpuan pembangunan ekonomi yang tak sekata.

5. BERI PERHATIAN KEPADA MANIFESTO PAKATAN RAKYAT
Lagi satu, kita boleh lihat manifesto PR, ada banyak perkara yang menarik perhatian rakyat. Kami, para penyokong BN sendiri pun hampir tergugat dengan tawaran-tawaran yang diberikan. Apa salahnya pihak Kerajaan BN kaji dan selidik tentang manifesto mereka. Yang mana boleh laksanakan, laksanakanlah. Kalau tak boleh 100%, buatlah seberapa persen yang tertanggung oleh pihak kerajaan. Walaupun pihak PR akan mendabik dada mengatakan pihak kerajaan MENIRU mereka, biarkan. Hanya yang taksub saja yang perasan benda-benda seperti ini, dan majoriti rakyat yang lain akan BERGEMBIRA dengan apa yang akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Saya pasti, jika ini dilakukan, pihak BN tidak perlu bekerja keras untuk PRU14, hasil kerja yang baik akan berkempen bagi pihak BN dengan sendirinya. Umpama barangan yang mempunyai kualiti yang baik, ia tidak perlu pengiklanan yang hebat, cukup sekadar sebaran dari mulut ke mulut. Secara peribadi, saya kasihan tengok PM Dato’ Seri Najib dan jentera parti bekerja keras. Dibanding dengan hasil yang diperolehi, rasanya tak berbaloi.

6. PINDAHKAN PERKHIDMATAN PAKAR KESIHATAN DARI HOSPITAL BESAR PULAU PINANG KE TANAH BESAR
Buat masa sekarang, segala perkhidmatan kesihatan yang melibatkan PAKAR di wilayah utara, pesakit-pesakit perlu mendapatkannya di Hospital Besar Pulau Pinang, yang berada di bahagian Pulau. Kenapa perkara sebegini perlu berlaku?

• Di bahagian Pulau sendiri sudah terdapat BANYAK hospital swasta yang mempunyai pakar.
• Penduduk di bahagian PULAU yang majoriti kaum China yang tidak menyokong BN TIDAK MEMERLUKAN perkhidmatan pakar kesihatan di hospital milik kerajaan. Mereka lebih selesa memilih hospital swasta seperti Hospital Loh Guan Lye, Island Hospital, Hospital Glenneagle, Hospital Adventist dan lain-lain, kerana mereka mampu. Sedangkan orang2 kampung MELAYU yang menyokong UMNO dan BN yang berada di tanah besar terpaksa bersusah payah pergi ke bahagian pulau untuk menjumpa pakar2 berkenaan.

Cadangan saya ialah supaya kerajaan memindahkan semua perkhidmatan pakar yang terdapat di Hospital Pulau Pinang ke Sungai Petani. Jadikan ianya HOSPITAL PAKAR WILAYAH UTARA atau rebrand sebagai HOSPITAL PAKAR TUN DR. MAHATHIR (HPTDM)sebagai menghargai jasa Bapa Pembangunan Malaysia.
Sungai Petani adalah lokasi yang paling sesuai kerana:

Ø Ianya terletak di tengah-tengah wilayah utara.
Ø Sungai Petani mempunyai hospital lama, yang mana kemudahan bangunan masih lagi ok.
Ø Jika perlu bangunan baru sekali pun, kawasan tapak hospital lama memadai untuk kegunaan Hospital Pakar Tun Dr. Mahathir.
Ø Kos sara hidup dan kos pemilikan rumah yang secara relatifnya masih murah boleh memberi manafaat kepada doktor2 pakar serta kakitangan sokongan untuk menikmati hidup yang lebih selesa berbanding dengan kehidupan di Pulau Pinang.
Ø Disamping itu, HUSM (Penyelidikan) yang berada di Bertam, AIMST yang berada di Sg. Petani dan beberapa kolej perubatan lain yang berada dalam Koridor Utara boleh mengambil peluang untuk mengadakan usahasama dengan HPTDM.
Ø Institut Jantung Negara (IJN) juga boleh mengadakan perkhidmatan franchise di bawah bumbung HPTDM.

 Jadi rakyat sebelah utara yang mempunya masalah jantung tidak perlu lagi bersusah payah untuk ke IJN Kuala Lumpur.

In Syaa Allah ….. sekiranya rakyat dimudahkan hidup mereka, sokongan mereka kepada kerajaan akan kekal dan meningkat. Inilah masanya kerajaan mengambil kira golongan yang benar-benar menyokong UMNO, bukannya BANGSA YANG TIDAK MENGENANG BUDI.


saifulfromslim

No comments:

Post a Comment