My home

31 December 2013

2014....Tahun Baru...ada ke kelebihan meraikannya

TAHUN BARU 2014
2014...Tahun Baru...ada ke kelebihan meraikannya

HANYA 5 jam lagi dari sekarang, kita akan menyambut sambutan tahun baru Masihi 2014. Memang tidak dinafikan bahawa tahun Masihi dijadikan tarikh utama di dalam kalendar masyarakat antarabangsa. Pada setiap tahun menjelang hendak masuk tahun baru Masihi, pelbagai acara sambutan besar-besaran diadakan oleh orang bukan Islam bagi meraikan dan membesarkan hari tersebut. Tetapi akhir-akhir ini telah didapati sesetengah masyarakat Islam juga turut meraikan awal tahun baru masihi dengan sambutan sebagaimana orang bukan Islam meraikannya.
Khutbah Jumaat ada pernah menegaskan sebenarnya menyambut awal tahun baru Masihi bukanlah budaya orang-orang Islam dan ia bukanlah salah satu dari hari-hari kebesaran Islam sebagaimana orang-orang Islam menyambut awal tahun Hijriah, Hari Maulidur Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, Israk dan Mikraj, puasa Ramadan, Nuzul Al-Qur'an, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.
Dalam pesta menyambutnya, bermacam-macam acara sering diadakan untuk memeriahkan kedatangan tahun baru itu.Pada malam 1 Januari, pelbagai pesta dibuat dan lain-lain acara sementara menanti acara kemuncak iaitu pengiraan detik tahun baru. Apabila jam sudah menunjukkan ke angka 12 tengah malam, maka kedengaranlah teriakan dan sorak sorai orang ramai tanda tahun baru sudah menjelma dan dentuman bunga api berbunyi di sana sini. Dalam pesta yang diadakan itu, sudah setentunya banyak perkara negatif berlaku, antaranya percampuran di antara lelaki dan perempuan, terdapat bentuk hiburan yang dilarang oleh Islam dan yang tidak bersesuaian dengan akhlak Islam. Perkara-perkara yang disebutkan itu sangatlah bertentangan dengan kemuliaan Islam.
Sudah jelas pesta atau sambutan berbentuk begitu hanya dilakukan oleh masyarakat bukan Islam yang bercorakkan agama mereka sendiri. Oleh itu kita sebagai umat Islam tidak boleh turut sama membesarkan kedatangan awal tahun Masihi seperti mana orang bukan Islam membesarkannya, kerana dikhuatiri akan membawa tasyabbuh (penyerupaan) dari segi budaya, tujuan dan akidah mereka yang beragama, selain dari agama Islam. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kira-kira bermaksud :
"Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dianggap salah seorang dari kalangan mereka." (Hadis riwayat Abu Daud).
Namun ada baiknya kita menyambut kedatangan awal tahun itu dengan doa dan sembahyang sunat seperti menyambut awal tahun Hijriah agar kita diberkati dalam apa jua perkara yang kita lakukan sepanjang tahun. Awal tahun Hijriah iaitu awal Muharam adalah salah satu dari hari-hari kebesaran Islam yang dihormati dan mengandungi kemuliaan dan kelebihan yang tersendiri seperti bulan-bulan Hijriah yang lain.
Kerana itu kita, sebagai umat Islam sepatutnya berbangga dengan budaya dan cara kita umat Islam di dalam menyambut kepergian dan kedatangan tahun baru yang sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Janganlah kita terlalu terikut dengan cara budaya barat menyambut kedatangan tahun baru yang sentiasa membawa keburukan dan kemungkaran pada diri sendiri. Walaupun ianya mendatangkan keseronokan di waktu hidup kita tetapi pada hakikatnya akan mendatangkan keseksaan dan kesengsaraan di akhirat kelak.
Berdoa adalah satu ibadat, disuruh pada setiap masa dan detik. Tidak ada batas waktu baginya. Firman Allah (tafsirnya): "Berdoalah kamu nescaya Aku perkenankan bagi kamu doa kamu itu."
Cuma yang tidak kena, kita berdoa khusus demi atau kerana menyambut dan merayakan tahun baru Masihi itu bukan asal dari orang Islam, bukan tradisi kita umat Islam. Ia biasanya mengandungi acara-acara yang bercampur-aduk, termasuk perkara-perkara yang menyalahi agama.
Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam pernah menyatakan jika hendak berdoa, kita berdoa. Tetapi bukan atas nama menyambut dan merayakan tahun baru masihi. Kita berdoa minta selamat, minta jauhkan bala dalam peralihan ke alaf baru ini. Itu tidak mengapa sebagaimana diadakan di masjid-masjid utama, masjid surau dan balai ibadat seluruh negara anjuran Jabatan Hal Ehwal Masjid.
Dinegara ini, nampaknya tahun baru juga mula dah disambut dengan demontrasi jalanan atau tunjuk perasaan. Tarikh itu dah diangkat sebagai satu tarikh perjuangan pada sesetengah parti politik. Yang lebih menghairankan ada juga parti politik yang beraliran islam turut menyertainya. Apa dah jadi? Kerajaan melaksanakan perayaan tahun baru, semata-mata dari perspektif ekonomi dengan tambatan harapan peningkatan industri pelancongan. I City, Dataran Merdeka dan bandar-bandar utama dijadikan sebagai dana untuk pelaburan pada industri pelancongan. 
Fikir-fikirkanlah

saifulfromslim2014


No comments:

Post a Comment