My home

20 October 2013

Keputusan Pemilihan UMNO 2013- Naib Presiden, Majlis Tertinggi dan Bahagian Tanjung Malim

Naib Presiden UMNO :

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Ketiga-tiga penyandang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Mohd. Tajol Rosli Ghazali ketika mengumumkannya dalam sidang akhbar pukul 1.40 pagi ini berkata, setelah 188 daripada 191 bahagian disahkan kiraan undi, Ahmad Zahid memperoleh 185 undi manakala Mohd. Shafie mendapat 174 undi dan Hishammuddin, 100 undi.

Pesaing terdekat, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir pula mendapat 91 undi.

Walaupun kalah dalam pemilihan mengikut sistem "electoral college", namun Mukhriz mengatasi Hishammuddin dari segi undi popular. Beliau mendapat 55,290 undi manakala Hishammuddin 54,829 undi.

Dua lagi calon, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam masing-masing sekadar mendapat lapan dan tujuh undi.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berkata, gandingan beliau, Shafie dan Hishammuddin diyakini akan membantu memperkasakan institusi UMNO dalam usaha memastikan parti itu terus relevan khususnya di kalangan generasi muda.

"Ini penting memandangkan terdapat 6.5 juta pengundi baru pada Pilihan Raya Umum Ke-14. Biarpun sudah berumur 60-an, tapi pemikiran, cita rasa dan gerak kerja akan tetap mengambil kira pola pemikiran golongan muda," katanya.

Majlis Tertinggi UMNO:















                                                            KUALA LUMPUR - Senarai calon Majlis Tertinggi (MT)
terus menyaksikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mendahului calon-calon lain.

Setakat jam 11 malam, Mustapa memperoleh 65 undi. Sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek masing-masing mendapat 63 undi.






Berikut keputusan 25 calon MT setakat jam 11 malam:

1. Datuk Seri Mustapa Mohamed - 65 undi
2. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - 63
3. Datuk Seri Jamil Khir Baharom - 63
4. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek - 63
5. Datuk Seri Idris Jusoh - 62
6. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim - 62
7. Datuk Abd Rahman Dahlan - 61
8. Datuk Idris Haron - 60
9. Datuk Mahdzir Khalid - 56
10.Datuk Hassan Malek - 56
11.Datuk Seri Shahidan Kassim - 54
12.Datuk Razali Ibrahim - 54
13.Datuk Seri Mohamad Hasan- 53
14.Datuk Tajuddin Abdul Rahman - 52
15.Tan Sri Annuar Musa - 50
16.Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis - 50
17.Datuk Shamsul Anuar Nasarah - 47
18.Datuk Seri Azalina Othman Said - 46
19.Datuk Abd Latiff Ahmad - 44
20.Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin - 43
21.Dr Mohd Puad Zarkashi - 43
22.Datuk Mokhtar Radin - 34
23.Datuk Ab Aziz Kaprawi - 33
24.Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin - 30
25.Datuk Reezal Merican Naina Merican - 30

                                                                   terkini
Terkini MAJLIS TERTINGGI

UMNO Bahagian Tanjung Malim:

                      "Khusairi Kekal Jawatan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim"

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Khusairi Abdul Talib berjaya mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim selepas mendapat 273 undi, sekaligus menewaskan pesaing terdekatnya, Yadzan Mohamad yang sekadar meraih 105 undi.

Khusairi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim menang dengan majoriti 168 undi manakala dua lagi calon yang bertanding iaitu Mahhadee Ramlee dan Shukor Ahmad masing-masing hanya mendapat 10 dan lapan undi.

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjung Malim yang berlangsung di dewan utama MRSM Trolak pagi tadi turut menobatkan Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh sebagai Timbalan Ketua Bahagian selepas berjaya meraih 215 undi perwakilan, sekaligus menewaskan pencabarnya, Ahmad Fuad Abdul Halim yang mendapat 172 undi.

Untuk jawatan Naib Ketua Bahagian pula, Mohd Hatta Lodin menewaskan penyandang, Syed Damiri Syed Mohd Nor selepas mendapat 215 undi manakala lawannya sekadar memperoleh 173 undi.



saifulfromslim

1 comment:

  1. Kepada setia-usaha Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor (UMNO) Ketua Parti gerakan Mah Siew Keong, Ketua MIC Datuk Seri G. Palanivel, Ketua PPP Datuk T. Murugiah dan peminpin-peminpin komponen.

    Kami YIP KUM FOOK Ketua MCA Gombak, YIP JIUN HANN pemuda MCA Gombak dan Jayanthi Devi Balaguru ketua Gerakan Segambut (CHIA OOI SUN & CO.) Advocates & Solicitors 48-1 1st Floor, Jalan Brunei Utara Off Changkat Thambi Dollah, Pudu 55100 Kuala lumpur, dengan hormatnya disini harap semua parti komponen BN menyokong seruan bekas menteri penerangan Zain Nuddin menjemput bekas Perdana menteri DR. Mahathir bin Mohamad ke Putera Jaya menolong Kerajaan mentadbir Negara.

    Kerana berbanding dari segi ekonomi, keselamatan, pembangunan dan lain-lain dengan jelasnya bekas perdana menteri Dr. Mahathir bin Mohamad lebih berkaliber dan berpengalaman mentadbir Malaysia dengan sepurna.

    Sekian dimaklumkan. Terima Kasih

    YIP KUM FOOK & ASSOCIATES
    NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR
    JALAN 53, DESA JAYA KEPONG
    52100 KUALA LUMPUR

    ReplyDelete