My home

06 October 2013

Gaji GURU lesap akibat akaun gaji digodam.

Gaji GURU lesap akibat akaun gaji digodam.

PUTRAJAYA ,2/10/2013 – Kementerian Pendidikan menasihatkan mana-mana guru yang gaji mereka lesap akibat akaun gaji digodam segera tampil membuat aduan secara rasmi.

Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata, pihaknya hanya mengetahui maklumat mengenai kes guru kehilangan gaji itu menerusi akhbar dan siasatan sedang dilakukan bagi mengesahkan kesahihannya.

Menurut beliau, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada Bahagian Perolehan dan Kewangan yang kini dalam proses mengumpulkan maklumat mengenai kejadian tersebut.

“Kejadian hilang gaji tidak sepatutnya berlaku dan kita sedang melakukan siasatan menyeluruh apakah puncanya, setakat ini kita hanya mendapat maklumat melalui akhbar, belum ada lagi guru yang tampil buat aduan.

“Selain membuat aduan kepada pihak kementerian, guru-guru terbabit juga perlu membuat laporan polis jika benar gaji mereka hilang akibat akaun gaji digodam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Isu gaji guru yang lesap itu timbul selepas satu surat dipercayai palsu yang menggunakan lambang rasmi kerajaan dan kononnya daripada Pegawai Sektor Pendidikan, Mohd. Amin Anis dihantar menerusi e-mel ke beberapa buah sekolah.

Menerusi e-mel itu, guru-guru diminta melengkapkan borang lampiran MPDJAN yang disediakan berserta cop rasmi sekolah dan tanda tangan Guru Besar dan perlu dihantar semula sebelum atau pada 30 September lalu ke alamat aminmoe.gov@gmail.com.

Pengirim e-mel tersebut menggunakan alamat Aras 6 & 7, Blok E12, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Salinan surat palsu tersebut turut dimuat turun ramai pengguna di laman sosial Facebook.

Pendapat saya: Kenapa ini berlaku pada guru?
Mudah. Sebab terlalu banyak aplikasi online sedang dilalui oleh kalangan guru. Semua mesti disegerakan mengikut dateline. Jadi ramai guru tanpa fikir dan membuat rujukan akan terus key in apa yang perlu tanpa berfikir panjang. Yang penting selesai dan tidak akan disenarai hitam pada aspek kegagalan melaksanakan aplikasi berkenaan.

Semua ini menjadi satu sumber menguntungkan dikalangan pengodam tak bermaruah melaksanakan pencurian tak bermaruah ini. Guru key in pelbagai data peribadi yang boleh menguntung pihak pengodam. Kita guru ada satu sifat iaitu terlalu yakin dengan aplikasi Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah sentiasa dikawal dan sukar ditembusi oleh penggodam. Sepatutnya pada perkara yang melibatkan pada data penting kita sepatutnya membuat secara manual.

 Kita tak harus mengikut langkah syarikat kewangan dan perbankkan kerana perisian mereka yang begitu tinggi dan terkini dari aspek keselamatan pun boleh digodam. Tapi yang berbeza mereka boleh mengesan akiviti godaman berkenaan, manakala kita jawabnya melopong tak tahu mana hilangnya duit kita. Berhati-hatilah cikgu-cikgu semua

saifulfromslim

No comments:

Post a Comment