My home

02 May 2013

Kajian Parti Mana Nak Menang PRU 13 DAN Cerita Penyelewenga pertama PRU 13


Kajian Parti Mana Nak Menang PRU 13 DAN Cerita Penyelewenga pertama PRU 13
Ketika baki kempen tinggal empat hari sahaja lagi, UMR Research dari Sydney melaporkan kedudukan sengit antara Barisan Nasional (BN) dengan 49 peratus manakala Pakatan Rakyat (PR) ketinggalan satu peratus iaitu 48 peratus. UMCEDEL dari UM menyatakan 43 PR, 39 BN dan 18 ATAS PAGAR, UNISEL kajian Unisel PR mencatatkan 50.6 peratus berbanding BN mencatat 49.4 peratus dalam aspek jangkaan menang dalam PRU13 di peringkat persekutuan.

UMR dengan kajian 509 responden atas talian. Yang aku pasti ketiga-tiga kajian di atas adalah dari pihak yg pro pembangkang. Ini adalah satu perang saraf peringkat akhir atau to the end of the final line sebelum 13th GE (PRUI 13)

Kajian pihak yang pro kjaan menyatakan BN akan menang 2/3 majority pada the 13th GE (PRU 13) ini diperingkat Persekutuan.

Mana yang betul dan mana yang salah semuanya adalah hanya sebagai perang saraf atau psychological warfare sebelum pemilihan pengundi untuk memilih kerajaan pd 5hb Mei 2013 ini. Bagi aku tetap berkeyakinan keputusan masih menyebelahi BN akan memerintah pada 6hb Mei ini, dan yakin pasti BN akan perolehi melebihi kerusi PRU 12 2008.

 Manakala beberapa negeri pemerintahan PR akan kecundang pada PRU 13 ini, paling tidak 2 negeri. Bagi aku Perak akan terus kekal dengan BN dan merasai Selangor dan Kedah akan kembali ke BN.

 Kajian aku berdasar dari perbincangan sendiri aku dengan beberapa individu pelbagai kaum yg berbeza taraf sosial hidup yang sempat aku temui sejak awal 2012 hingga petang tadi.Hari ini 2/05/13 Jam 5.35 petang, orang yg terakhir aku sempat bersembang ialah calon bebas Dato Moses Rammiah. Berdasar cakap-cakap dengan mereka itulah pandangan peribadi saya mengandaikan keputusan PRU 13 ini. 

Ada 3 hari lagi...semuanya masih boleh berubah berdasar caturan kempen dan kebijaksanaan pemimpin, calon dan wakil calon dalam membuat tujahan tepat dan tembakan tepat untuk matikan lawan. Sape yang boleh buat bedilan tepat tanpa ada susulan balas dari lawan akan pasti dapat memenangkan parti mereka.

Dalam banyak cerite-cerita salah laku dan penyelewengan pada PRU ke 13...aku tertarik hati cerita pasal,
Salah laku/Percubaan Penyelewengan PRU 13 pertama. berlaku tika pembuangan undi awal:

Wakil calon Pas bertindak jahat kunci 9 peti undi

02/05/2013 4:20am

PORT DICKSON – Seorang wakil calon Pas bagi kawasan Parlimen Teluk Kemang bertindak jahat mengunci sembilan peti undi selepas tamat proses pengundian awal di Pusat Latihan Asas Tentera Darat di sini kelmarin.Kejadian berlaku kira-kira pukul 7 petang apabila lelaki tersebut mengunci kesemua peti undi dengan mangga yang dibawanya tanpa disedari oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sedang melakukan urusan dokumentasi.

Sumber berkata, apabila petugas menyedari tindakan lelaki itu, mereka menghubungi pihak polis dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya di kawasan itu “Pada mulanya wakil berkenaan dan calon Pas, Ramli Ismail enggan menyerahkan kunci mangga tetapi selepas berunding mereka akhirnya bersetuju membuka mangga berkenaan.

“Petugas di pusat pengundian terbabit sudah membuat laporan polis dan siasatan lanjut mengenai kejadian itu sedang dijalankan,” katanya di sini semalam.Kesemua peti undi itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson.Sementara itu, Pengarah SPR negeri, Afizam Abdullah Sani ketika dihubungi menjelaskan, hanya pegawai SPR dan anggota polis yang bertugas di pusat pengundian mempunyai kuasa mengunci peti undi.

Bila aku dengar semalam kat berita TV pun dah aku rasa nak gelak. Pihak yang suka menuduh cerita penyelewengan tika PRU yang didapati terlibat. Dah le tu..pada kes yang pertama pulak...hehehe

saifulfromslim

2 comments:

  1. PEJUANG ISLAM04 May, 2013 17:20

    kesian kat kome2 semua yang percaya bulat2 apa yang dalam berita, surat khabar ceritakan? HAHAGA BAGAIKAN CERITA DONGENG!! semuanya cerita2 -tive tentang PAS kan? hahaha *gelak terguling* nampak sangat berat sebelah. sikap tidak adil. reject jadi pemimpin sebab sikap pemimpin mestilah ADIL dan SAKSAMA.

    ReplyDelete
  2. bukan kat tv sy dapt, tp kat sinar harian.
    mcm pun terime kasih kerana pandangan yg gitu, bernas dan tidak dongeng.
    hak bersuara hak semua

    ReplyDelete