My home

10 May 2013

CAKAP-CAKAP SELEPAS PRU 13 505




Aku sokong 100% orang PR berhimpun setiap hari sepanjang 5 tahun akan datang, org BN jangan marah..tolong buat kerja untuk rakyat sb anda MENANG dan yg kalah saja layak terus berhimpun. Kepada semua ahli PR terus berhimpun dan selamat berhimpun..


PENDAPAT 1
Kepada orang PR jangan berundur setapak...terus berhimpun...anda kalah sebab anda terbodoh pada PRU ke 13. Anda tertipu dengan insiden curi peti undi, blackout, bangla and the pengundi hantu. Mulai sekarang terus berhimpun...kalau boleh setiap hari dan rasenya lebih baik jika sepanjang tahun di semua pelusuk negeri. Jangan sama sekali anda dibodohkan walau pun anda sudah terbodoh sekali. BERHIMPUN disemua pelusuk bandar dan kampung moga anda akan menang. BN jangan marah mereka berhimpun, kasihan mereka...beri mereka kebebasan bersuara agar mereka tidak ditipu dan dibodoh lagi untuk PRU ke 14. Kerana anda BN dah menang itu dah menjadi tanggungjawab anda untuk bekerja untuk kemajuan rakyat dan kesejahteraan di Malaysia. Bagi PR yang dah kalah pihak BN harus bersimpati dengan kekalahan mereka. Restui perhimpunan mereka sentiasa dipenuhi ruang dengan himpitan manusia yang ramai. Pihak IGP dan Kementerian Dalam Negeri jangan larang mereka berhimpun. Mereka perlukan kebebasan bersuara. Moga DSNR akan terus memimpin dengan baik, dan jgn berhimpun lagi sebab BN dah menang dan itu tanggungjawab kerajaan yg menang untuk memajukan negara. Kasihan mereka, dah le kalah dan hiba...benarkan PR berhimpun 505 sampai keangka berapa mereka suka. Hormat hak bersuara dan hak berhimpun secara aman. Kepada ahli-ahli PR yang telah kalah terus berhimpun. SELAMAT BERHIMPUN 605 dan seterusnya setiap hari.


PENDAPAT 2
Ahli2 PR mcm biasele , tak kan terima kehendak allah swt, kalau DAP aku boleh terime sb diorang bukan kuat dgn pegangan agama pun...tp yg melayu tue asyik tak percaye diorang dah kalah. Faham tak, anda dah KALAH. Buat ler 1000 kali perhimpunan dalam masa sebulan pun... Buat dan kutip le bejuta-juta tandatangan dan hanta le petisyen pd Bangsa2 Bersatu. Jk memang Allah dah menentukan anda kalah dan BN menang..itulah kehendaknya. Tak boleh nak UBAH lagi, ini kalilah dah jadi terbalik iaitu ini kalilah lu dah kalah. Buat lagi macam-macam motto...last-last motto tue yang makan tuan, buat lagi solat hajat memohon penginayaan pd manusia...last2 terlantun ditubuh dan muke sendiri. Sedor le, anda dah KALAH atau kata lain...You is a looser now and forever. Bagus pegi bersih poster dan bendera yg dah banyak menyembah bumi tu. Buang je bendera yang dah lusuh kat ujung2 pucuk pokok tu. Buruk sangat pemandangan seluruh negara dengan poster dan bendera orang kalah yg tak bercabut tu. Lama lagi nak PRU 14. Kalau terkejut beruk pun kerana kalah, jangan le tunjuk sangat sedih tu. Dalam sejarah tak pernah berlaku di mana-mana negara di dunia, lagu kebangsaan dinyanyikan dengan stress dan linangan air mata macam kat kelana Jaya hari Isnin lalu, seolah-olah kita dah hilang akal dan arah tuju. Aku simpati juga, tapi janganlah sampai macam orang gila talak masih nak jadikan tokey kamu si Anwar Brahim tu jd PM. PM dah ada...silap2 nak jadi ketua pembangkang pun dia dah tak layak, tapi masih ada hati nak jadi PM. Kesian, kesian



CERITA BETUL ATAU SALAH


Pemimpin DAP itu begitu marah dan kecewa

Seorang rakan yang bukan berbangsa Melayu kelam kabut menghubungi penulis, katanya ada cerita “menarik” untuk diceritakan.


Katanya, Timbalan Pengerusi DAP Kedah/Perlis baru saja menghubungi rakannya dalam keadaan yang sangat marah dan kecewa.

Katanya, pemimpin DAP itu begitu marah dan kecewa terhadap Anwar yang dikatakan telah menipu bangsa Cina di seluruh negara .

Katanya, sebelum PRU ke-13, Anwar telah meyakinkan DAP dan rakyat berbangsa Cina di seluruh negara bahawa dia akan menjadi Perdana Menteri pada PRU kali ini.

Kata-kata Anwar itu sangat meyakinkan mereka. Dalam pada masa yang sama, Anwar turut menjelaskan bahawa undi-undi majoriti bangsa Melayu sudah ada di dalam tangannya.

Katanya, hampir seluruh bangsa Melayu di negara ini sudah memihak pada PKR dan PAS. Anwar jamin Melayu akan beri undi pada Pakatan Haram.

Dalam ertikata lain, DAP uruskan kaum Cina, Anwar uruskan bangsa Melayu. Dan pada 6 Mei, kononnya bolehlah dia angkat sumpah menjadi PM.

Rakan saya memberitahu bahawa jaringan masyarakat Cina telah bersepakat untuk berkempen secara besar-besaran dan “all out” habis pada PRU ke-13 ini.

Buktinya, kedai - kedai Cina yang ada di Kedah sebelum ini tidak pernah ditutup pada setiap kali Pilihan Raya Umum diadakan.

Tapi berlainan pada PRU ke-13 ini, boleh dikatakan hampir seluruh kedai Cina tutup dan mereka beramai-ramai berkempen dan mengerah anak beranak mereka untuk mengundi Pakatan Haram.

Apabila tiba hari mengundi, boleh dikatakan hampir seluruh bangsa Cina memang memberikan undi pada Pakatan Haram. Hanya segelintir saja yang tidak percaya pada Anwar sanggup untuk menongkah arus memberikan undi pada BN…

Malangnya, kaum Cina dan DAP tidak sedar bahawa Anwar sekali lagi telah menipu mereka. Anwar gagal memastikan bangsa Melayu memberikan undi pada Pakatan Haram.

Malah bangsa Melayu, khususnya golongan atas pagar, pada 5 Mei lalu tidak sabar-sabar keluar mengundi BN di seluruh negara!

Lebih menyakitkan Anwar lagi, boleh dikatakan semua masalah dalaman UMNO selesai dan seluruh orang ahlinya setia memberikan undi pada BN..!

Kini fahamlah saya. Anwar berbohong pada DAP dengan memberi harapan palsu kepada kaum Cina di seluruh negara. Kaum Cina pula “terlalu bijak pandai” sehingga termakan pembohongan Anwar itu dan kini mereka marah pada Anwar kerana merasakan diri mereka tertipu.

Lebih teruk lagi, kaum Cina kini dikatakan turut marah pada DAP yang turut dituduh berbohong dan memberikan harapan palsu pada PRU ke-13. Dan ketika itulah senyuman saya bertukar menjadi ketawa besar yang bergema di ruang restoran tersebut.

Saya ulangi, ini bukan cerita tipu. Ini adalah kisah benar. Namun ia tidak dapat dibuktikan kerana rakan kepada rakan saya itu tidak merakam perbualan telefon yang melucukan dengan Timbalan Pengerusi DAP Kedah/Perlis itu.

Merah padam muka rakan saya itu. Dia berbangsa Cina. Walaupun memberikan undi pada BN pada PRU baru-baru ini, dia malu besar mengenangkan kebodohan kaumnya sendiri. 

DIA TIPU MERATA. MACAM 16 SEPTEMBER.


saifulfromslim


No comments:

Post a Comment