My home

25 April 2013

BuDaya meMbongkar aiB


Budaya membongkar aib




Budaya mengaib orang lain kini hangat diperkatakan  dalam kempen-kempen PRU ke 13 ini. Siapa memulakan? Kini pihak pembangkang khususnya PAS dan PKR menuding jari ke UMNO sebagai pihak yang suka mengaib orang lain khususnya pemimpin-pemimpin pembangkang. Bila terkena batang hidung sendiri baru ianya dianggap salah dari aspek hokum-hukum islam. Aku begitu keliru dengan sikap dwi standard dalam perkatakan isu hum ini. Aku pernah terdengar kenyataan President Pas berhubung perkara ini. ‘Abdul Hadi Awang berkata: “Dari aspek pemimpin negara, pendedahan itu dibenarkan Islam bagi membolehkan rakyat mengenal pemimpin yang mengamalkan rasuah dan berperibadi tidak layak untuk menjadi pemimpin". Selang beberapa tahun, Hadi sekali lagi menjelaskan pendirian Pas tentang “Acara Melondeh Kain Pemimpin" seperti yang dilaporkan DetikDaily, 27 Ogos 2009 ‘ Sekarang mereka pusing 360 darjah bila tak tahu nak menangkis sebab pihak mereka untuk PRU 13 ini terpalit sama dengan pelbagai salah laku. Hah….sekarang baru tahu langit itu tinggi atau rendah. Lain kali buat lagi perangai macam ini. Yang paling aku rasa terkilan ialah mula cari helah dengan merumus semula hukum islam agar segala kesalahan terpalit pada pihak BN dan UMNO.  Sudah-sudah lah buat perangai. Kata diri itu, ulamak atau pewaris nabi. Macam mana orang nak hormat ulamak jenis ini dan menerima dan mengiktiraf kamu sebagai ulamak?   
saifulfromslim



Budaya membongkar aib dimulakan pembangkang
Oleh Mohd. Radzi Othman

MASIHKAH kita ingat bagaimana Mat Sabu menggelar bekas Timbalan Perdana Menteri sebagai Al Juburi? Juga kita tidak pernah lupa siapakah pihak yang menjaja gambar seorang menteri semasa beliau muda belia yang tengah memegang cawan kononnya berisi “arak". Serta siapakah gerangan yang menyebar luas gambar Anwar Ibrahim sedang berdansa suatu masa dahulu?

Sebenarnya masih banyak contoh bagaimana pembangkang menjadi perintis dan jaguh dalam acara membuka aib tokoh politik dan pemimpin kerajaan. Kemudian perbuatan menyelak kain dan membuka aib pemimpin ini dihalalkan oleh Presiden Pas - yang ditabalkan sebagai ulama’ besar - dalam sidang akhbar pelancaran manifesto barisan pembangkang di Ibu Pejabat Parti Keadilan Nasional di Seksyen 13 bertarikh 16 Mac 2004.


Abdul Hadi Awang berkata: “Dari aspek pemimpin negara, pendedahan itu dibenarkan Islam bagi membolehkan rakyat mengenal pemimpin yang mengamalkan rasuah dan berperibadi tidak layak untuk menjadi pemimpin". Selang beberapa tahun, Hadi sekali lagi menjelaskan pendirian Pas tentang “Acara Melondeh Kain Pemimpin" seperti yang dilaporkan DetikDaily, 27 Ogos 2009:

Di mana dalam amanah memilih pemimpin kita wajib mendedah peribadi orang yang hendak dipilih itu, adakah ia seorang yang benar-benar adil, tidak fasik dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah… Bahkan, dalam perkara saksi di mahkamah, saksi dalam perkahwinan pun kita kena dedahkan peribadi seseorang. Inikan pula untuk memilih wakil rakyat dalam satu kawasan yang mewakili rakyat untuk membuat dasar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). Maka, ia perlu ditelitikan dalam perkara maruah dan peribadi pemimpin ini."

Namun menariknya adalah kenyataan Hadi yang menerangkan pendirian UMNO serta Barisan Nasional (BN) tentang pembongkaran kisah aib dan lucah. DetikDaily melaporkan bahawa Hadi mengetahui sebenarnya budaya BN yang menolak acara londeh kain, dia berkata: “Saya ingin menarik perhatian, dalam pilihan raya kecil di Permatang Pasir sebagai contoh, UMNO dan Barisan Nasional mengatakan kita tidak boleh menyebut keaiban seseorang, sedangkan pilihan raya adalah suatu amanah yang besar untuk rakyat memilih pemimpin".

Justeru, jika diimbas dari awal kemunculan kisah lucah dan melondeh ini, ternyata ia adalah gejala yang dibudayakan oleh parti pembangkang. Mereka telah lakukan pekerjaan ini bertahun-tahun lamanya serta mereka tambat dengan pelbagai fatwa sesat agar masyarakat menerima ‘jenayah’ ini sebagai ‘metode Islam’.

Larangan Menyebarkan Aib Manusia

Sedangkan ajaran Islam yang sebenar melarang umatnya daripada membuka aib manusia lain. Nabi jelas melarang mengintai-intai keaiban orang lain malah melarang menyebarluaskan keaiban tersebut. Berkali-kali Nabi mengingatkan umatnya agar menghindari diri daripada sibuk membicarakan aib orang lain, sehinggakan seolah-olah Nabi meragui iman telah sampai ke dasar hati bagi para pembongkar aib manusia.

Bukan sahaja Islam melarang umatnya untuk membuka aib manusia tetapi ada hadis yang yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud di mana Rasulullah SAW menyatakan bahawa orang yang membuka aib seseorang nantinya akan dibuka aibnya oleh Tuhan sehingga ke dalam kamarnya. Inilah yang sedang berlaku kepada para pemimpin pembangkang: Allah SWT sedang membuka aib mereka sebagai hukuman atas perbuatan yang mereka lakukan suatu masa dahulu.

Tetapi apakah mereka akan menginsafi dan terus bertaubat dari perbuatan menyelak kain manusia lain? Inilah persoalan yang sukar dijawab. Wujud keadaan seolah-olah parti mereka maksum dan terhindar daripada kelemahan. Segala fatwa yang dikeluarkan adalah ‘benar dan benar sahaja’ serta ulama dan ustaz yang tidak bersama mereka akan dianggap ‘menyeleweng dari ajaran Islam’.

Terbaru muncul video seks yang dikatakan mirip Mustafa Ali. Tanpa mengira apakah benar video itu tulen atau palsu, juga tanpa memandang apakah pelakunya benar-benar Mustafa atau orang yang mirip dengannya; Islam tetap mengharamkan perbuatan menyebarkan video seks itu.

Satu hal yang perlu diberi tandaan adalah orang yang mula-mula menyebarkan video tersebut akan menanggung seluruh dosa orang yang mengikuti perbuatannya kemudian satu masa nanti Allah akan membuka aibnya pula sebagaimana dia telah membuka aib ‘Mustafa Ali’. Juga peringatan kepada semua orang yang memiliki saham dalam usaha menyebarkan gambar atau video tersebut bahawa dia telah berdosa serta tunggulah keaibannya dibongkar pula.

Peringatan Kepada Ahli UMNO Dan Kaum Muslimin

Berimanlah bahawa apa yang berlaku hari ini, seperti tersebarnya video seks “China Doll", “Kamera Dalam Tandas" serta “Spendar Putih" adalah balasan daripada Allah atas membuka aib manusia suatu masa dahulu. Lantaran itu, sebagai umat Islam yang bukan sahaja melafazkan kalimah syahadah di mulut tetapi terbekam di kalbu, hendaklah kita tidak terlibat dalam gejala membongkar aib manusia lain walaupun pihak Pas mewajibkannya.

Sekali gus kita berharap ahli UMNO khususnya dan amnya BN tidak terlibat dalam gejala tersebut. Janganlah kita menghalalkan acara selak kain dan londeh seluar kerana perbuatan ini haram di sisi Islam, malah apakah kita telah bersedia untuk dilondeh pula pada suatu hari nanti? Ketika Allah telah menetapkan untuk menunjukkan aib kita di dalam kamar, tidak ada sesiapa yang mampu menutupnya walau seluruh manusia bergabung tenaga.

saifulfromslim.blogspot.com/saiful D’Riverian

1 comment:

  1. Itu le hakikat yang sebenar tentang orang politik Malaysia. Bab mengaibkan orang memang no 1. Tuduh menuduh sesama mereka tentang sex, rasuah, salah guna kuasa, adalah mainan mereka untuk mendapat sokongan. Yang jadi masalah puak ulama pun sama juga terlibat dan bersongkol dalam hal ini. Tapi yang terlibat hanya orang melayu. Bangsa lain tak pula. Bodoh betul orang melayu ini. Orang UMNO kata pada orang Pas, orang PAS kata pada orang UMNO. Yang peliknya bila orang yang mereka kata meyebelahi mereka , maka semuanya kan berubah dengan sekelip masa. Contoh yang nyata tentang Anuar Ibrahim. Semasa dalam UMNO apa yang Anuar tak kata pada orang PAS. Dan orang PAS pula kan kata bermacam macam pada Anuar. Bila Anuar disingkirkan dari UMNO, PAS la yang pertama membela nasib Anuar. Anuar dipuji dan dijulang sebagai pemimpin yang dianiayai. Anuar pula mula menghentam UMNO dan kata pemimpin UMNO perasuah, mengunakan kedudukan untuk kepentingan diri sendiri serta kroni malah hingga mengatakan Najib sebagai pembunuh. Anuar dengan sendirinya telah bersih dari segala kekotoran semasa dalam UMNO. Akhir nya rakyat juga yang ditipu oleh mereka.

    ReplyDelete