My home

14 March 2013

Tian Chua dituduh dimahkamah...Tian Chua salahkan Keadilan Daily


Tian Chua dituduh dimahkamah...

1. Mengapa Tian Chua boleh menuduh dan menafikan editor Keadilan Daily (Laman  Berita Rasmi PKR - Parti yang dia sendiri menganggotainya) sebagai salah mengolah kenyataannya?
2. Mengapa dia dia tidak menyaman Keadilan Daily. Mana intergriti diri sebagai Naib President PKR yang hanya tahu menyaman UM saja.
3. Adakah dia berasa editor Keadilan Daily tidak layak jadi editor dan tiada kemahiran membuat olahan hingga memerangkap diri sendiri membuat kenyataan bersifat fitnah keterlaluan pada negara.
4. Mulai sekarang saya betul-betul tidak faham dengan orang ini (Tian Chua) asyik nak salahkan orang je, malah Laman editor Berita rasmi PKR sendiri pun seolah-olah macam nak fitnah pemimpin mereka sendiri.



Pendapat aku:
TERLALU MUAK DAN RASA NAK TERMUNTAH DAN TAK MASUK AKAL ALASAN AH CHAI NIE...sekarang hanya bergantung pada masalah teknikal saja yang memungkin dia menang pada PENDAKWAAN keatas dirinya ini.. Cari  mana-mana peguam putar alam yang terbaik untuk cari teknikal error...sebab peguam-peguam jenis ini ramai terlibat dalam  kancah perjuangan politik jenis kamu sertai ini.


Menurut Sinar Harian, 


Tian Chua salahkan Keadilan Daily
2013/03/08 - 07:34:05 AM 

Petaling Jaya: Naib Presiden PKR, Tian Chua menyalahkan laman berita rasmi partinya, Keadilan Daily yang didakwa mengolah kenyataannya pada Jumaat lalu, berhubung isu pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah. 
Ahli Parlimen Batu itu mempertahankan dirinya dengan menegaskan beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa serangan tembak-menembak di Lahad Datu adalah konspirasi terancang UMNO seperti dilaporkan laman berita berkenaan. 
Di sini, saya tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan menghina mana-mana pihak termasuk pasukan keselamatan negara. Saya serah kepada mahkamah untuk membersihkan nama saya, menerusi peguam yang bakal dilantik dalam tempoh terdekat” Tian Chua, Naib Presiden PKR

Tidak bertanggungjawab

Tian Chua berkata, beliau tidak bertanggungjawab ke atas olahan penulisan artikel yang dibuat pengarang berita Keadilan Daily sebaliknya hanya bertanggungjawab berhubung beberapa petikan ayat yang dinyatakannya sewaktu dihubungi wartawan portal berkenaan.

“Pada pagi Jumaat lalu, saya dihubungi wartawan terbabit untuk komen mengenai pencerobohan di Lahad Datu ketika ada berita antarabangsa melaporkan berlaku tembakan (Lahad Datu).

“Ketika itu, saya secara jelas menyatakan perkara ini belum ada kesahihan dan ada media ‘black-out’ di Malaysia,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini semalam. 
Dakwa konspirasi UMNO

Jumaat lalu, menerusi tajuk laporan “Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno-Tian’, Keadilan Daily melaporkan Tian Chua sebagai berkata, kejadian di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.

Sehubungan itu, pelbagai pihak mengecam dan membuat laporan polis di seluruh negara terhadap kenyataan Tian Chua di samping mengingatkan pemimpin kanan PKR terbabit supaya jangan memperkotak-katikkan pengorbanan wira yang menjaga kedaulatan, keselamatan serta keamanan tanah air.

Tian Chua turut mengesahkan pada Isnin lalu beliau menerima surat tuntutan daripada peguam UMNO, Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak supaya memohon maaf kepada parti berkenaan berhubung isu terbabit.

Serah pada peguam

“Di sini, saya tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan menghina mana-mana pihak termasuk pasukan keselamatan negara. Saya serah kepada mahkamah untuk membersihkan nama saya, menerusi peguam yang bakal dilantik dalam tempoh terdekat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Editor Suara Keadilan, Fazallah Pit berkata, Tian Chua tidak ‘serang’ laman berita terbabit sebaliknya sekadar memberi penjelasan berhubung artikel yang disiarkan.

sumber: Sinar Harian
oleh: saifulfromslim.blogspot.com

2 comments:

  1. senanglah kes ni. bagi jer 2-3 juta kat editor tu untuk bukak mulut (bukan tutup mulut) dan ngaku dia yang salah tafsir kenyataan kafir laknat tu. habis cerita.

    ReplyDelete
  2. jawapan yg tepat...mudah ...respect sama u le bro. Memang betul sy setuju 100%

    ReplyDelete