My home

05 February 2013

Tun Mahathir dan Datuk Nik Aziz Nik Mat Berawet muda dalam politik



BiLa ZAM mEnUlis – Tun Mahathir dan Datuk Nik Aziz Nik Mat Berawet muda dalam politik - Menceriakan politik tanahair
Walaupun usianya sudah mencecah 88 tahun, tetapi beliau ditakuti kerana berdaya untuk mengembalikan kuasa 2/3 BN dalam pilihan raya ke 13.Maka itu seluruh kekuatan pembangkang menjadikan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai sasaran utama serangan mereka.Media pembangkang mensifatkan Dr. Mahathir sebagai biadap, buta sejarah, pengkhianat negara, penjual negara dan lebih buruk lagi sebuah akhbar Cina menuduhnya "berfikiran pengganas."Ini dapat dilihat apabila Dr. Mahathir semakin ke hadapan, semakin keras suara tentangan parti-parti Pakatan Rakyat dengan disertai bersama penulis-penulis dari akhbar-akhbar Cina untuk mengecamnya dengan membuat tohmahan, kritikan dan sebagainya.

Ini samalah juga kedudukannya dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga menjadi sasaran utama UMNO dan BN. Tetapi akhbar Cina tidak mengecam Nik Aziz sebagaimana mereka mengecam Dr. Mahathir kerana mereka sekata dalam usaha untuk membantu menggambarkan perpaduan Pakatan Rakyat kepada pembaca mereka.Dr. Mahathir dan Nik Aziz berada pada usia tua, tetapi berawet muda dalam politik.Bezanya politik Nik Aziz Nik Mat, berpusat di Kelantan dan di kalangan Melayu sahaja, tetapi Dr. Mahathir, mantan Perdana Menteri terbilang kepada semua kaum di peringkat nasional dan antarabangsa.

Pengaruh Nik Aziz tidak sehebat Dr. Mahathir, tetapi terbilang sebagai benteng kukuh pertahanan negeri Kelantan.sama-sama tegar dalam keyakinan kepada fahaman dan ideologi parti masing-masing.Ucapan, tulisan dan berita mereka masih dibaca oleh rakyat, kerana mereka tahu, untuk mengeluarkan sesuatu yang mempunyai nilai berita, sama ada secara di perhetongkan atau secara spontan, kedua-dua mereka walau bagaimana marah sekalipun kepada wartawan, tetapi tidak memusuhi para wartawan.

Hal ini berbeza jauh dengan uncivilized politician Anwar Ibrahim yang senantiasa berkonfrantasi dengan wartawan, mengecam, menuduh , mengugut dan membohongi mereka di dalam sidang akhbar.Oleh kerana telah mengetahui sikapnya, maka wartawan-wartawan menjadi semakin berani untuk mencabarnya dan sekarang dia pula takut menghadapi wartawan dan membataskan kehadiran hanya kepada wartawan-wartawan yang terpilih sahaja ke sidang akhbarnya.

Dr. Mahathir tidak takut untuk berkonfrantasi dengan mana-mana wartawan dan senantiasa bersedia menghadapinya sama ada wartawan tempatan atau wartawan dari luar negara.Inilah perbezaan antara street actor, seniman jalanan atau penjual ubat dengan pemimpin politik sejati dan terhormat. Perlu disebutkan, Kerajaan Kelantan juga tidak memulaukan wartawan atau mencegah wartawan dari hadir ke majlis-majlisnya sebagaimana sikap di Selangor dan Pulau Pinang yang membenarkan hanya wartawan tertentu sahaja dan kerana itulah Nik Aziz tetap mempunyai hubungan yang baik dengan wartawan-wartawan akhbar arus perdana (akhbar UMNO atau BN) yang menampakkan beliau memahami dan menghormati tugas mereka.


Yang memberikan kesihatan dan kekuatan kepada mereka, adalah kebijaksaan dan keterbukaan politik, melihat politik tidak mengekalkan musuh atau lawan . Hari ini Pas berkawan dengan PKR, tetapi selepas pilihan raya mungkin berkawan dengan UMNO.Bagi Dr. Mahathir dan Nik Aziz, dalam berpolitik biarlah seperti menyeluk pekasam hingga sampai ke pangkal lengan, alang-alang berpolitik biar sampai ke mati. Politiklah yang menjadikan awet muda kepada kedua-dua tokoh dan jaguh tua ini.

Semoga mereka dipanjangkan umur untuk terus menceriakan politik tanahair.

Oleh Zam
saifulfromslim: Terpanggil untuk aku kongsi penulisan dari seorang penulis yang aku sanjungi ini


Kata aku Pula, Pasal PRU ke 13 ini...
Itu kata Zam, tapi bagi aku lain sikit....bagi aku, PAS ini tersilap pada perkara-perkara tertentu yang aku lihat banyak merugikan....

PRU Ke 13 - Orang melayu akan bertambah menyokong BN pada kadaran 70-80% kerana pucuk pimpinan PAS agak bercelaru pada penetapan isu berkaitan Islam dan bangsa Melayu , Cina akan lebih ke DAP dan jika tiada wakil DAP disitu hny 30% akan menyokong BN, India akan menyokong BN pada kadaran 50%. Cina dan India akan meyokong BN pd peratus yang lebih tinggi jk MCA atau MIC dapat menunjuk prestasi kecemerlangan dan mengurangkan pergeseran dalaman parti melebihi DAP serta PKR....

Komen aku pada FB group Pemerhati Politik PRU 13.... pada perkara di atas aku letak dibawah ini. Betul atau salah tak menjadi hal, tapi ini sekadar pendapat.

"Bg aku PAS terperangkap pd beberapa isu dan menguntungkan BN, MIC masih bernaung pd kesilapan lalu dan masih tidak stabil hingga kini, MCA bagi aku bertambah lemah, DAP capai prestasi terbaik antara semua parti2 politik dan boleh menarik sokongan pengundi Cina pada kadaran 99%. PKR terlalu byk politiking dan kurang jelas pada agenda sebenar dan hny boleh menarik pengundi cina dan india pada kadaran 40% je dan melayu pada kadaran 30% je. Amat sukar untuk kite andai mn parti yang akan menang? Pandangan aku BN akan menang di peringkat pusat pada purata kurang lebih yang berlaku pd tahun 2008. Sabah, Sarawak akan dikuasai BN tp bilangan calon yg menang akan sedikit berkurangan. Perak, Selangor masih pada tahap 50-50. Kedah akan kembali ke BN. Perlis pada tahap 50-50, Kelantan-PR(PAS), Trengganu BN tp pada majority yg akan berkurangan. Pahang, N9, Melaka - BN pada kadaran yg sama pd tahun 2008, Johor - BN secara mutlak. Isu menghina raja akan menguntungkan pihak BN untuk menambah sokongan dikalangan pengundi Melayu di Selangor dan Perak. Ini pendapat aku...mcm mn pun tunggu PRU ke 13 tak lama lagi. Macam mana pun BN jangan terlalu yakin dan memandang rendah pada kemampuan PR kerana pengundi Atas Pagar(30%) masih belum buat ketetapan sehingga pd hari undi baru akan menterjemahkan sokongan mereka di peti undi....disaat2 akhir"


No comments:

Post a Comment