My home

19 December 2012

Kopi Mempunyai 5 Khasiat Untuk Kesihatan Kita


LIMA KHASIAT MEMINUM KOPI


Bagi yang gemar meminum kopi, minuman ini adalah pemberi tenaga. Tak menghairankan jika mereka boleh minum lebih daripada satu cawan kopi sehari.

Jika anda mengetahui cara minum kopi yang baik dan boleh mengendalikan pengambilan kopi setiap hari, minuman ini memang boleh memberikan kesan positif bagi tubuh kita. Diantaranya ialah:

1. Melindungi jantung.

Peminum kopi yang mengambil 1-2 cawan kopi hitam satu hari mempunyai risiko terkena stroke lebih rendah berbanding mereka yang tidak minum kopi. Hal ini disebabkan oleh adanya antioksidan yang terkandung dalam kopi.

Kopi mempunyai antioksidan lebih banyak berbanding blueberry yang selama ini kita beranggapan yang tinggi akan antioksidannya. Antioksidan yang terkandung di dalamnya membantu menahan kesan buruk dari keradangan pada arteri. Sebaik saja setelah meminumnya, kopi meningkatkan tekanan pada darah dan denyut jantung. Namun setelah beberapa lama, kopi justeru menurunkan tekanan darah, kerana antioksidan pada kopi mengaktifkan asid nitrat pada tubuh sehingga terjadi pelebaran pembuluh darah.

2. Mencegah diebetes

Antioksidan kopi, khususnya asid klorogenat dan guinides, memainkan peranan untuk meningkatkan sel tubuh terhadap insulin yang membantu menyusun atur kadaran gula darah. Faktanya, orang yang minum kopi setiap hari mempunyai risiko lebih rendah terkena 2 jenis diabetes, menurut beberapa kajian.

3. Menjaga kesihatan hati

Kopi juga boleh mengurangkan risiko munculnya sirosis dan penyakit hati yang lain. Satu analisa daripada sembilan kajian mendapati bahawa kopi boleh mengurangkan risiko kanser hati sebanyak 43%. Hal ini kerana peranan antioksidan dan kafein di dalamnya.

4. Meningkatkan kekuatan otak

Minum kopi secara teratur juga dapat membantu mengurangkan risiko demensia dan Alzheimer, sama halnya seperti Parkinson. Antioksidan yang terkandung di dalam kopi melindungil kerosakan sel otak dan membantu rangkaian saraf untuk bekerja lebih maksimum sehingga otak bekerja lebih baikdan lancar.

5. Membantu menghilangkan sakit kepala

Kajian membuktikan, 200 miligram kafein dapat membantu menghilangkan sakit kepala, termasuk migrain. Walaupun begitu belum ada kajian yang membuktikan bagaimana cara kafein menghilangkan sakit kepala, namun para penyelidik percaya bahawa kafein meningkatkan aktiviti sel otak yang mengakibatkan saluran darah di kawasan sekitar menegang.

"Penegangan pembuluh darah ini membantu menghilangkan tekanan yang mengakibatkan rasa sakit," menurut Robert Shapiro, MD, Ph.D., profesor saraf dari Director the Headache Clinic dari Universiti Vermont Medical School, yang diperolehi dari laman Yahoo! Shine.

Namun, dibalik kenikmatannya, kopi menyimpan kesan negatif bagi mereka yang tidak mengetahui cara minum kopi yang baik. Minum kopi berlebihan boleh menimbulkan kesan buruk, antara lain, peningkatan kadar kolesterol perosak dan trigliserida yang akan membuat darah menjadi pekat.

Selain itu, kopi akan berbahaya bagi pesakit tekanan darah tinggi, kerana kafein boleh meningkatkan tekanan darah secara tiba-tiba. Bagi wanita hamil, kopi boleh meningkatkan risiko kematian pada bayi. Kopi pun mengakibatkan tulang rapuh. Bagi pesakit gastrik, kopi adalah musuh besar yang harus dielakkan kerana kafein meningkatkan pengeluaran asid dalam perut kita. Kopi pun membuat gelisah, insomnia, dan tremor (tangan bergetar).

Untuk dapat mengelak kesan negatif pada kopi, pilih jenis kopi tanpa tambahan gula dan susu, serta mengurangkan dos kopi yang anda minum setiap hari. Selain itu, pilih juga jenis kopi yang kurang kafein. Dan agar 'racun' dalam kopi boleh diminimumkan(kurangkan), jangan lupa untuk selalu pengambilan 2 gelas air kosong (air suam atau mineral) untuk setiap satu cawan kopi yang anda minum.

saifulfromslim.blogspot

2 comments: