My home

11 December 2012

JOSE Mujica President Negara Uruguay termiskin di dunia


Kadangkala kita ingat jika orang itu bersikap rendah diri, berprofil rendah kita rase itu satu lambang kecemerlangan seseorang pemimpin. Betul ke? Segala adalah penilaian anda sendiri untuk menterjemahkan maksud kecemerlangan itu? Di Malaysia ada juga pemimpin bercorak itu. Apakah dia cemerlang sebagai pemimpin? Apakah ukuran bagi sesuatu kepimpinan itu?


Dia adalah seorang pengamal sayur-sayuran. Kereta rasmi adalah kereta lama berjenama Volkswagen Beetle. Dia juga seorang pengusaha tanaman bunga. Dia adalah President Negara Uruguay. JOSE Mujica dikenali sebagai President yang termiskin di dunia. Menurut laporan BBC dia memulangkan 90% daripada gajinya sebanyak $12,000.00 pada badan kebajikan hanya untuk membantu penduduk miskin dan golongan peniaga kecil. Menghabiskan 14 tahun sebagai tahanan politik, dia telah merobah corak penghidupan dengan kata-kata. ‘ Jika anda tidak mempunyai banyak harta, anda tidak akan bekerja sepanjang hidup anda sebagai hamba abdi untuk memperolehi harta-harta berkenaan, dan dengan itu, anda akan ada ruang masa yang banyak untuk bersama diri anda.’ 

Walaupun dia seorang yang bertimbang rasa dia tidak pula dianggap sebagai President yang popular di Uruguay. Malah dirinya telah jatuh ketahap 50% penilaian rakyat keatasnya hanya kerana 2 isu kontroversi iaitu, pertama, menyetujui pengguguran pada awal 12 minggu kehamilan golongan wanita dan yang kedua kerana menyokong perbahasan keatas kebenaran  penggunaan dadah jenis marijuana(ganja)

Seorang bekas tahanan politik selama 14 tahun


            Kereta rasmi seorang pemimpin negara


             Persekitaran biasa dalam kehidupannya


kediaman rasmi seorang ketua negara

  Selain president sebuah negara, dia juga seorang pekebun bunga


  persekitaran rumah kediaman dan garage kerete rasminya


4 comments:

  1. whoaaa...
    susah nak dapat president yg xpentingkan diri mcm ni..huhu

    ReplyDelete
  2. wow! penghidupannya saperti lebih teruk lagi daripada cara mantan presiden iran-ahmadinejad.....

    ReplyDelete