My home

06 December 2012

Gambar-Gambar Mengenang Peristiwa 13 Mei 69 - Peristiwa Berdarah Perselisihan Antara Kaum


Masa peristiwa berdarah ini, aku ingat juga sebab masa tue aku bersekolah dalam darjah 4 di  SRJK Inggeris Slim River. Walaupun masih kecil aku dapat banyak khabar dari ayah dan abang-abang aku pasal peristiwa ini. Cikgu Aku Mr Khoo Lai Huat dan Mr V Balachandran serta Mr Harun guru bahasa melayu ada saja cerita mereka pasal peristiwa ini hari-hari dekat dalam kelas sebelum memulakan pelajaran. Walau pun sekolah nie bercampur bangsa tapi pergaduhan tak le berlaku dekat sekolah. Tapi pertengkaran antara kami rakan-rakan ada le jugak… Sebab tue aku tau juga banyak informasi pasal peristiwa 13 Mei nie.


Tarikh 13 Mei 1969 - tarikh yang sangat sinonim dalam sejarah negara. Pada tarikh ini kira-kira 43 tahun lalu, berlaku peristiwa berdarah yang tidak mungkin dilupakan oleh seluruh rakyat terutama mereka yang mengalami sendiri peristiwa berdarah itu.
Lebih menyayat hati, ada antara mereka yang menyaksikan sendiri pertumpahan darah gara-gara perbalahan antara kaum itu, hilang keluarga dan tempat bergantung akibat tragedi itu.



Bagi generasi baru, tarikh itu mungkin tidak meninggalkan kesan. Mereka tidak mungkin merasai pahitnya perasaan kehilangan, pedihnya maruah dipermainkan apatah lagi berasa gerun kerana nyawa berada di hujung tanduk. 
Jika diimbas semula peristiwa berdarah itu, banyak kesan yang boleh dilihat sama ada secara langsung ketika itu mahupun kesan jangka panjang atau impak positif serta pengajaran yang boleh diambil dari 13 Mei 1969.



Kesan langsung sudah tentulah huru hara, kebakaran, kematian, kecederaan dialami mereka yang terbabit dengan peristiwa itu yang menyaksikan angka kematian direkodkan seramai 196 orang dengan 439 orang lagi cedera, 39 orang hilang dan 9,143 individu ditahan. Pihak berkuasa juga merekodkan sebanyak 211 kenderaan musnah pada kejadian itu. Namun, ada pihak mendakwa statistik itu tidak begitu tepat kerana orang ramai yang menjadi saksi kejadian menyatakan jumlahnya lebih ramai berdasarkan deretan lori membawa mayat yang tidak sempurna menuju ke beberapa balai polis sekitar ibu negara.



Kejadian itu juga menyebabkan pengisytiharan darurat oleh Yang Di-Pertuan Agong yang dibuat pada malam 16 Mei. Dengan pengisytiharan itu, Perlembagaan Persekutuan digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang Di-Pertuan Agong 






saifulfromslim.blogspot





3 comments:

  1. ini juga mgkin karma kehidupan . apa yg kita lihat skrg mgkin AKAN tapi nauzubillah la kan :'(

    p/s: tulisan ni agak kurang sesuai untuk mmbaca . maaf saya hnya mmberi pndapat :)

    ReplyDelete
  2. Tiada fakta menyokong... cuma cerita pengalaman tanpa tarikh dan masa.

    ReplyDelete
  3. Tiada fakta menyokong... cuma cerita pengalaman tanpa tarikh dan masa.

    ReplyDelete