My home

01 December 2012

Cerite pasal UMNO, sombong dan sabotaj


UMNO OH UMNO….jangan jadi arrogant pada rakyat. Jika ini dapat dikikis semuanya akan ok
oleh Saiful Anuar Safian

Aku kagum kesedaran Datuk Seri Najib PM yang juga President Umno nie…boleh memahami kehendak rakyat atau generasi muda masa ini. Dia sanggup meminta maaf dan mengaku UMNO pernah buat kesilapan. Dia mahu semua pemimpin UMNO berdisiplin dan merendah diri dan mengetuk setiap pintu hati rakyat. Maksudnya mudah. Dia mahu setiap pemimpin UMNO diperingkat bahagian, dan cawangan-cawangan termasuk le semua yang terlibat dalam jawatan-jawatankuasa yang ada, jangan lagi bersifat arrogant atau berlagak. Nak tegur rakyat pun masih memilih. Apa lagi jika rakyat tu beraliran fahaman pembangkang pasti dia buat indah tak indah je pada kumpulan ini.

 Sepatutnya wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin harus mengenali semua rakyat dalam DUN berkenaan. Mana yang miskin, golongan ibu tunggal, kakitangan awam, peniaga kecil, peniaga, petani,  pesawah yang ada dimukimnya. Mengenali kawasan itu dan tahu perkara yang diperlukan oleh rakyat setempat. Beberapa pemimpin pembangkang aku lihat terus bawa beras dan peralatan dapur kerumah golongan sukar dan memerlukan dan terus pergi ke teratak mereka tanpa ada majlis formal. Ini golongan yang dipandang sebagai pemimpin berkaliber dikalangan generasi masa kini yang tak suka majlis-majlis bercorak retorik dan memualkan. Sebagai contoh pihak UMNO turut bagi pada orang susah tapi yang berbeza dengan pembangkang ialah ianya disalurkan secara formal dan secara lapuk dengan adegan retorik dengan perarakan bunga mangga dan kompang. Unsur kemegahan yang masih dipegang sebagai tradisi ini pada masa ini lebih dilabel sebagai sifat riak atau menunjuk oleh aliran pemikir genarasi muda yang sudah tidak relevant lagi digunakan. Pemimpin akan datang dengan kerete mewah dan disambut. Apa kata rakyat genarasi masa ini? Jawapannya mereka akan menggangap pemimpin UMNO nie arrogant atau sombong.

PM mahu semua pemimpin UMNO merendah diri dan bersikap tawadhuk dengan mengatakan mesti mengetuk pintu hati setiap individu rakyat jika mahu jadi pemimpin yang boleh memenangi hati rakyat. Jangan lagi baru jadi AJK Bahagian dah rase nak tegur orang pun susah. Kasihan le dengan pimpinan pusat berabis buat pelbagai kerja demi menjaga keutuhan parti. Dulu masa baru kalah pada tahun 2008, sekejap je sedar hilang bongkak sombong. Pada tahun  ini aku terlihat dalam satu Jamuan Hari Raya yang dibuat oleh UMNO bahagian, sikap sombong dan berlagak dah macam berulang kembali. Tak payah le aku cakap kawasan mana? Dengar le nasihat pucuk pimpinan tertinggi yang begitu besar harapan pada akar umbi. Buang le sifat sombong dan berlagak ini. Isyaallah semuanya akan dirahmati Allah swt dan isyaallah BN akan menang pada PRU ke 13 nanti. Tapi cukup aku katakan puak-puak nie dah mula nak tunjuk besar kepala balik. Ada ramai yang dah sedar tapi kerana segelintir buat perangai abis seluruh kawasan parlimen berkenaan akan dicop sebagai parti tak sedar diuntung.

Tu le Timbalan president UMNO kate masa gulung perbahasan PAU 2012, perlu ada keintektualan dikalangan ahli mahu pun pemimpin. Jangan salah faham pulak bukan aku maksudkan ketinggian akademik. Kadangkala tok bilal dan petani pun ada keintektualan pada diri mereka ketika menghadapi masyarakat. Ahli-ahli UMNO yang asyik fikir siapa jadi calon dan siapa pulak winner candidate. Berhenti le berfikir masalah tu lagi. Jika orang kamu tak dipilih mesti le ada rahmat dan itu merupakan petunjuk dari Allah agar kamu sedar sebelum terlambat dan tidak terikut same rentaknya. Kita hanya boleh berdoa agar bekas calon itu diberi kesedaran untuk insaf dan akur pada kesalahannya Adalah baiknya jika kita terima saja keputusan pucuk pimpinan. Mereka bukan main hentam pilih je, yang pasti mereka akan memilih dari pelbagai kriteria yang 90% pasti betul jika tidak 100% betul.  Buat le kerja-kerja sungguh-sungguh untuk kemenangan ikut kemampuan dan kebijaksanaan yang kamu ada. Ramai orang bukan ahli UMNO tetapi hanya sebagai penyokong je kadangkala lebih mulia dalam membantu dan menyokong UMNO nie secara tulus. Cuba Tanya diri sendiri kenapa kamu masuk UMNO? Jika betul kerana sayang perjuangan anak bangsa…confirm kamu tak ada sifat arrogant nie. Aku tak kate semua ahli UMNO tu sombong…tapi hanya minoriti kecil tu je…yang merugikan dan membahaya poerjuangan UMNO. Kerana dia nie walau berada dalam bilangan yang kecil tapi kerana dengan adanya sifat arrogant, dia ini le yang akan paling suke menonjolkan diri dengan yakin dia tu bagus sangat di kawasan tue, tapi rakyat sekeliling sebaliknya akan terus beranggapan semua ahli UMNO macam dia. Apa tidaknya baru jadi AJK kecil dalam bahagian atau AJK dalam cawangan, dah tunjuk lagak sombong melebihi ketua bahagian. Harapan aku lepas nie buang le tabiaat buruk tue. Jangan sampai perumpamaan kerana nila setitik abis rosak susu sebelanga berulang pada PRU ke 13 ini.

Lepas nie jika ada calun dari mana-mana kawasan tak dicalon jangan le sabotaj parti dan yang paling malang lagi, dia nie akan turut menghasut dan mengugut  pengikutnya supaya turut sama mensabotaj calon parti yang dipilih. Lihat diluar sana ramai remaja yang bukan ahli-ahli mana-mana parti terus terang menyokong pembangkang. Kenape ini berlaku? Mudah je…sebab pemimpin pembangkang tidak bersifat angkuh walaupun kadangkala hanya mengeluar doktrinasi bercorak fitnah. Mereka terus jaja dotrinasi fitnah secara berterusan dengan cara merendah diri. Lama kelamaan ramai juga terpegaruh dan percaya setelah 2, 3 kerat golongan minoriti nie dijadikan contoh oleh pemimpin pembangkang nie pada golongan minoriti UMNO yang arrogant nie . Jika saya reka-reka je cerita nie takkan PM mengeluarkan soalan CEPUMAS …apakah tindakan anda jika tidak dipilih sebagai calon? pada ucapan penggulungan PAU 2012 petang tadi. Fikir-fikirkan le…tahun 2008 dulu salah satu daripada faktor utama kekalahan BN adalah kerana sifat arrogant dan kurang sifat keintektualan dikalangan pemimpin dan ahli-ahli UMNO.
Saya tahu dan semua orang tahu UMNO dah memang banyak berjasa pada Malaysia dari pencapaian, kemerdekaan, kemajuan, pembangunan yang banyak lagi. Jika itu saja modal kita nak terang pasal kecemerlangan UMNO rasanya genarasi masa ini enggan mahu mendengar cerite berulang ini dan hanya akan dianggap sebagai retorik murahan je.

Ahli UMNO perlu sifat intelektual, rendah diri, rajin berterusan memberi assessment yang bijak untuk menangkis idea dotrinasi pemimpin pembangkang yang berterusan bercorak fitnah pada kerajaan. Memang saya akui UMNO ada juga kesilapan seperti rasuah, salah guna kuasa  dan sebagainya tapi bilangan yang terlibat dengan ini adalah kecil jika dibandingkan dengan kebaikan yang telah dibuat UMNO dan BN. Semua rakyat tak bodoh le kerana sedar dengan ada peningkatan kadar FDI dan peningkatan index pulangan pelaburan negara yang terpampang jelas pada Financial Reports badan antarabangsa mana mungkin rasuah begitu berleluasa di Malaysia. Memang le amalan rasuah masih berlaku tapi pada kadar yang kecil saje. Tapi kebijaksanaan pembangkang berhasil menanamkan sebahagian genarasi muda mempercayai agenda fitnah mereka melalui pendekatan mereka yang lebih tersusun dan meletak diri mereka ke  aras rendah diri dan tidak bongkak dan telah menarik minat genarasi hingga mempercayai agenda fitnah ini. Sebab itu aku kate pentingnya penangkisan secara bijak terhadap dakwaan songsang pembangkang ini. Sebab itu aku kate intelektual perlu pada ahli-ahli UMNO nie.

Aku tulis ini bukan kerana sakit hati atau dengki pada mana-mana pemimpin UMNO atau ingin mencari aib mana pemimpin kawasan Parlimen atau Adun tapi sekadar menyatakan kebenaran agar UMNO tidak kecundang pada PRU ke 13 nanti. Aku yakin pucuk pimpinan telah banyak berusaha terutama dalam menterjemah tranformasi pada kadar yang besar pada rakyat khususnya PM Datuk Seri Najib Tun Razak. Bantu le dia dan ikut le nasihatnya dengan jujur….

Saifulfromslim.blogspot.com

No comments:

Post a Comment