My home

22 December 2012

mAMAT yg tAKsub....tp teTap SoMbong

mAMAT yg tAKsub....tp teTap SoMbong

Aku nie bukan ape kekakadang bukan le taksub sangat dengan parti, politik nie..tak kisah sangat pun. Yang aku menyampah bila orang bukan islam sibuk sangat nak ceramah dan gunakan ayat-ayat quran...dan siap melaungkan takbir sekali...menyampah betul aku. Boleh ke tak mereka buat, tak le aku tau sangat...sebab ini melibatkan persoalan hukum. Kalau nak pun bagi ceramah gunalah kepakaran yang sedia ada sebagai orang politik...tak payah le nak tunjuk kononnya dia suke sangat kat Islam nie...jangan bohong le. Yang aku pasti confirm dia hanya berpura-pura je bak kate orang sekarang hipokrit je lebih.
Yang paling aku menyampah, ade satu Mamat Melayu beragama Islam nak menyokong pulak. Aku tak kisah le kalau dia nie memang betul pandai pasal hukum-hakam nie. Cube baca kenyataannya pasal penjelasannya tentang terjemahan dan tafsir al quran kat FB nie. Aku geram betul, bila dia bercakap dengan penuh yakin, tapi jelas dia memang tak tau ape pun. Dia nie confirm penyokong pembangkang...tak kisah nak sokong sape je, sebab itu memang hak dia. Tapi jangan le berlagak pandai sangat. Aku pun beri le penjelasan dengan menampal bahan untuk menjelas perkara yang benar. Si Mamat nie masih tak mengaku yang dia salah malah berlagak sombong dan tuduh pulak kite seolah-olah ape yang kita terangkan salah. Konon dia pakar bahasa dan buat kenyataan tu hanya sebagai kiasan atau sindirin. Memang betul le mereka tak ubah macam ketua mereka jugak kaki pusing dan suke spin bila bercakap. Ape lah nak jadi dengan orang macam nie. Boleh hancur negara kalau ada ramai orang macam nie. Konon menyokong syiar Islam tapi jelas dia nie hanya taksub pada parti politik je dan syiar islam tu hanya sebagai bahan untuk menguatkan  kenyataannya aje. Sebenarnya bukan tahu sangat pasal agama nie...berkokok macam ayam jantan je dia pandai...
Lihat petikan kat FB di bawah :atau klik  disini.

Md Nor Abdul:
mari kita tonton bersama vidieo ni..tolong komen ...!!!!
Like ·  · Unfollow Post · Share · December 14 at 8:05pm
Like ·  · Unfollow Post · Share · December 14 at 8:05pm

Saiful Anuar Safian: aku bab nie tak berani nak komen sb tak le arif sgt...tp pd aku ade perkara lucu dipentas pas yg konon ramai ulamak, mahu pulak gunakan org bkan islam mengetuai laungan takbir..gitu juga ramai tok2 guru nape masih suruh cina nie menterjemah ayat alquran. Tp yang jelas sangat, pasti cina yg menterjemah tu mmg tak faham ape yang dia cakap sebab teks ucapan tu pasti orang lain yg sediakan. Hanya nak tunjuk kononnya cina pun dah boleh terima Islam. Bg aku ini satu sandiwara atau pn lebih kurang mksud ny...Nipu orang kampung. Cina tu hny macam burung kakak tua mengikut je tanpe memahami satu abuk pn. Jika ada le orang cina yg dtg dengar ceramah pun konfirm dengar je mcm org melayu tgk opera cina. Org gelak dia gelak...orang tepuk dia pun tepuk...Sepatut ny penceramah ini boleh ceramah ikut acuan dia sendiri kan lebih baik...

December 14 at 8:33pm · Like · 1

Muhamat Puhat: Jom kita haramkn semua terjemhn AlQuran dlm pelbagai bahasa krn Ia hya utk org Melayu sahaja. Insan dan makhluk lain tak berhak utk mdpt ruang hidayah Allah dan ke syurga bersama org2 melayu. Sayang sgt la Melayu kat Quran..uwek!!! Baca bagai nak rak tapi tafsiran tak mahu difaham apatah lg dituruti. Munafiq sungguh!!

December 18 at 11:59pm via mobile · Like

Saiful Anuar Safian: hebat le imam mude nie...

Wednesday at 12:02am · Like

Saiful Anuar Safian: terjemahan dan tafsir same ke sdr

Wednesday at 12:03am · Like

Saiful Anuar Safian: nak tanya...kerana tak tahu tafsir alquran...hukumnya munafik ke?

Wednesday at 12:06am · Like

Muhamat Puhat: Terjemahn utk yg baru berjinak dgn Islam. Tafsiran utk golongn yg dah faham Islam peringkt tertinggi mcm org Melayu.... Salah?

Wednesday at 12:08am via mobile · Like

Saiful Anuar Safian: betul ke ulasan sdr nie?

Wednesday at 12:09am · Like

Saiful Anuar Safian: adakah semua orang(yg sy mksudkan orang melayu yang dah lame sbgai penganut islam) boleh tafsirkan alquran nie?

Wednesday at 12:11am · Like

Muhamat Puhat: Islam kat Msia ada dua golongn pengamalnya. Satu Islam Melayu dan satu lg Melayu Islam. Islam Melayu dia cetakkn Islam utk ikut bangsa dia dan Melayu Islam,dia cetakkn bangsa dia utk ikut Islam. Benar?

Wednesday at 12:17am via mobile · Like

Saiful Anuar Safian: itu le Major Kamal Badri kan sy dah kate ada org suke bercakap pasal hukum hakam...cube tgk penjelasan diatas...sy harap sdr Muhamat Puhat jgn delete untuk kite lihat feed back pada penjelasan sdr..tksih

Wednesday at 12:19am · Edited · Like

Saiful Anuar Safian: persoalan golongan tu sy tak mahu sentuh...sebab itu perkara yg hny boleh ditentukan oleh Allah s.w.t sj,,,,,

Wednesday at 12:21am · Like

Saiful Anuar Safian: Kena berguru tafsir al-Quran - Akhir-akhir ini ada yang berani mentafsir ayat Allah sekadar berpandukan buku serta sebaran maklumat melalui internet, tanpa merujuk dan bertalaqqi dengan ulama, sebaliknya mereka hanya menelaah lembaran dan helaian kitab secara langsung. Mereka ini secara memandai-mandai telah melayakkan diri mentafsir kalam Allah atas alasan kebebasan memberi pandangan dan berhujah. Mereka ini sebenarnya tidak memahami apakah maksud tafsir Quran itu sendiri.

Sabda Rasulullah: "Ilmu itu seperti gudang dan kuncinya adalah bertanya. Maka hendaklah kamu sering bertanya semoga diberi rahmat oleh Allah Taala"
Dalam konteks agama, bukan semua orang mempunyai kelayakan untuk mentafsir Quran, apatah lagi cuba mempermudahkannya untuk tujuan tertentu.

Dalam soal ini, Prof Dr Yusof Qaradhawi menyatakan: “Sesungguhnya ramai kalangan muda zaman sekarang yang hanya membaca beberapa kitab terutama dalam ilmu hadis, lantas berasakan mereka sudah pakar dalam ilmu pada hal mereka belum pun mengecapi permulaannya.”


Ulama tabiin, Muhammad bin Sirin, mengingatkan sesungguhnya ilmu ini adalah agama, maka lihatlah daripada siapa engkau mengambil agamamu.


Justeru, adalah malang apabila mereka berasa yakin dengan kefahaman sendiri seolah-olah menyamakan ilmu agama yang sangat rumit dan memerlukan penjelasan daripada ulama dengan ilmu-ilmu keduniaan lain.

Tanpa bimbingan daripada pakar agama, jika berlaku salah kefahaman ketika membaca, seseorang itu akan terus sesat dengan kefahamannya bahkan boleh menyesatkan orang lain pula. Inilah bahaya besar yang menunggu umat Islam jika kesedaran tidak didedahkan di peringkat awal lagi.

Seseorang yang berilmu pengetahuan mengenai al-Quran dan boleh menterjemahkannya tetapi apabila menyampaikan tafsiran al-Quran kepada orang lain dengan tafsiran sebaliknya, maka perbuatan itu dianggap penyelewengan.


Apatah lagi jika seseorang yang tidak berilmu dalam mentafsir cuba mentafsir al-Quran mengikut kecenderungannya, sedangkan tidak ada kelayakan untuk berbuat demikian, dia boleh merosakkan kesucian al-Quran.


Berguru dan mendalami ilmu tafsir adalah prasyarat penting dalam meletakkan kelayakan seseorang kepada bidangnya. Tidak salah merujuk dan bertanya kepada yang tahu tetapi yang salahnya bercakap seperti orang berilmu tetapi sebenarnya tidak.


Rasulullah SAW bersabda: “Ilmu itu seperti gudang dan kuncinya adalah bertanya. Maka hendaklah kamu sering bertanya semoga diberi rahmat oleh Allah Taala. Maka sesungguhnya daripada satu pertanyaan itu diberi pahala akan empat orang. Pertamanya, orang yang bertanya. Keduanya, guru yang menjawab. Ketiganya, orang yang mendengar jawapan itu. Keempat, orang yang cinta kepada mereka.” (Riwayat Abu Nuaim)


Penyelewengan berhubung tafsiran al-Quran adalah suatu perkara yang salah dan tidak boleh dibiarkan. Jika ia dilakukan oleh orang Islam, maka orang itu berdosa dan jika ia dilakukan oleh bukan Islam, perbuatan itu perlu dicegah dan orang itu perlu dilarang berbuat demikian.


Antara syarat menjadi pentafsir al-Quran ialah bersih daripada hawa nafsu demi kepentingan agama, mempunyai keahlian dalam bidang hadis, riwayat dan dirayah kerana hadis nabi adalah penjelasan dalam menafsirkan ayat.


Selain itu pentafsir al-Quran juga hendaklah berpengetahuan mendalam dalam ilmu nahu kerana pemahaman sesuatu ayat kebanyakannya memerlukan kepada kebolehan mengi’rab sesuatu perkataan.


Seorang pentafsir juga mestilah berpengetahuan luas dalam bidang ulum al-Quran kerana dapat membantu memahami ayat al-Quran dengan betul dan mendalam. Contohnya, Asbab al-Nuzul akan menolong mufassir memahami maksud ayat berdasarkan latar belakang penurunan ayat. Begitu juga mengetahui ayat diturunkan di Makkah atau Madinah dapat menyelesaikan kekaburan ini.


Firman Allah SWT bermaksud: “Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi) atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara saja), atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaan-Nya, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Syura', ayat 51).

Wednesday at 12:25am · Edited · Like

Saiful Anuar Safian: Moga sdr jelas, jk tidak bertanya le pada tuan guru pd perkara nie. Ok sdr Muhamat Puhat....tkasih

Wednesday at 12:28am · Like

Saiful Anuar Safian: Itu le Major Kamal Badri kdg kala sy terpaksa melaku sesuatu untuk kite tidak sekongkol pd penjelasan yg was-was dengan cara delete mereka nie

Wednesday at 12:30am · Like

Muhamat Puhat: Emm..Saudara faham bahasa kiasan dan sindiran rasanya... Nak bagi pencerahan bahasa kiasan dan sindiran,kena jumpa pakar bahasa yg berbahasa la yer... Ulas la spjg mana yg mahu. Saya nak tgok awan di langit jap. Wassalam.

Wednesday at 12:34am via mobile · Like

Saiful Anuar Safian: Dah le sdr nie golongan yg tak percaya hadith ke baca le apa rasululluh berkata pada penjelasan awal dn ape kate ulamak Dr Yusul AlQardAwi, jgn belit dengan sindiran atau spinning pada persoalan akidah...Dah le

Wednesday at 12:36am · Like

Saiful Anuar Safian: Sbgai makluman ini bukan ulasan sy tp dari yang kite sayangi Rasullullah dan jg ulamak tersohor, sbgai panduan bersama...tkasih

Wednesday at 12:41am · Like

saifulfromslim.blogspot.com

1 comment:

  1. Inilah masaalahnya dengan ego manusia bila tidak dapat menerima kelemahan. Dalam bahasa halus biasanya aku panggil, bodoh tak boleh diajar dan pandai tak boleh diikut. Maknanya Bingai @ Bangang.

    Sebab itu aku gunakan nama tersebut supaya sentiasa menyedari bahawa kita ini perlu sentiasa belajar dan tidak berlaku bongkak apabila berilmu. Teruskan perjuangan anda dan semoga Allah SWT akan memberkati kerana walau sepatah kata sepotong ayat sekalipun yang kita sebarkan ianya akan menjadi amal kepada kita dan ilmu kepada yang mendengar. Terpulang bagaimana kata-kata itu dilafaskan dan bagaimana ia boleh mempengaruhi pendengarnya.

    Sekiranya kata-kata itu terhambur dengan hati yang ikhlas untuk dikongsikan, InsyaAllah. Kata-kata itu akan menjadi penawar. Sekiranya kata-kata itu terhambur dengan rasa bongkak dan tinggi diri, MasyaAllah. Kata-kata itu akan menjadi racun yang berbisa untuk kedua-duanya. Wallahualam.

    Baca "Bila lelaki berkain batik" di Tendang Terajang.

    ReplyDelete