My home

04 November 2012

Pembongkaran yang makan diri dan boss sendiri - Konon bijak le sangat

Rafizi membuat pembongkaran pada Datuk Seri Nazri Aziz dengan menuduh anak mengguna kenderaan mewah milik ahli perniagaan Micheal Chia yang berasal dari Sabah. Apa motif dia sibuk bagai nak gila membuat tayangan video. Aku hairan dengan dia Si Rafizi, konon seorang pakar kewangan dan ekonomi. Tetapi kadangkala macam teringin nak jadi penyiasat persendirian pulak. Hari tue sibuk dengan penyeludupan bahan dari bank yang private dan confidential bila nak pekena Datuk Seri Najib. Bab salah laku dirinya semua ok. Nie tengok le...pulak pergi dok mencabar Datuk Seri Nazri Aziz supaya mengambil tindakan undang-undang ke atas dirinya kerana dituduh menyebarkan fitnah. Dia macam mengaku awal-awal lagi buat fitnah pada Datuk Nazri. Jika Datuk Nazri buat tindakan undang-undang padanya, confirm dia akan menang publisiti kerana kononnya Datuk Nazri memang takut pada pembongkarannya. Dia ingat semua orang Di Malaysia bodoh macam pengikut-pengikut PKR yang mudah percaya bulat-bulat kata-kata pemimpin mereka. Tengok le tue boss dia Anwar Ibrahim pakai Jet Ekskutif untuk kempen PRU Ng Sarawak, boleh pulak. Jangan le kata ada peniaga sanggup beri pinjam pada Anwar just kerana menghargai perjuangan Anwar yg tulus dan jujur dan kerana itu rela memberi Anwar pakai jet itu secara percuma. Zaman nie mana ada orang percaya cerita lapuk macam nie... konfirm mesti ada sebab musababnya tersembunyi disebaliknya hihihi. Kata pandai sangat, mengapa cerita Datuk Nazri nie dipanjangkan sedang cerita Anwar bossnya 2 x 5 =10 buat tak kisah pun. Yang paling lucu, Datuk Nazri siap cabar si Rafizi nie bawa kes ke SPRM dan mahkamah, nampak sangat Datuk Nazri lebih 10 kali cerdik dari dia. Aku dulu rasa dia nie cerdik dan boleh dibanggakan dari kemampuan dari aspek Ekonomi dan kewangan dan sangat mengkagumkan aku.Tapi tindakkannya kali ini aku rase dia macam pemimpin biasa je...tak de ape yang hendak dikagumkan. Sekarang apa lagi bawak le kes nie ke SPRM dan please le jangan berdolak dalih lagi. Yang lucunya siap suruh Datuk Nazri letak jawatan dan nak samakan kes Datuk Seri Shahrizat supaya orang awam rase dia sedang membuat pembongkaran satu kes berprofil tinggi sama seperti kes Datuk Shahrizat. Dengan itu pasti bossnya dan pengikut-pengikut PKR respect akan kebijaksanaan membendung rasuah dengan pembongkaran salah laku pemimpin UMNO. Rafizi lu nie macam Mat Over je...nak bodik boss Mr Anwar pun buat le kerja dengan bijak. Nasib baik le engko Rafizi, mempunyai pengikut PKR yang 99% mudah percaya dan tidak boleh berfikir dan engko masih dikagumi. Tapi orang-orang awam tak akan percaya pun. Apa lagi sambut le cabaran Datuk Nazri nie...jk kalah kat mahkamah jangan le tuduh mahkamah tak telus dan sebagai. Aku orang awam yg tak ada ilmu pada undang-undang nie pun dah nampak semua yang engko buat tue hanya untuk mencari glamour bodoh je dan konfirm mahkamah akan tolak mentah-mentah je 




Baca petikan Sinar Harian di bawah:

SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mencabar Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung beberapa dakwaan melibatkan diri dan anaknya.

Nazri turut mencabar Rafizi mengambil tindakan undang-undang ke atasnya kerana terlalu yakin mempunyai bukti kukuh membabitkan anaknya yang menggunakan kenderaan mewah milik ahli perniagaan Micheal Chia.

“Saya cabar dan tunggu di mahkamah. Saya tidak perlu buat laporan ke atasnya, dia yang menuduh, maka dia yang patut bawa ke mahkamah. Undang-undang negara kita, siapa menuduh, dia yang perlu dakwa dan buktikan, bukannya orang dituduh.

“Saya juga cabar dia buat laporan kepada SPRM. Saya tunggu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, Rafizi mencabar Nazri mengambil tindakan undang-undang ke atas dirinya kerana dituduh menyebarkan fitnah.

Sebelum itu, Rafizi turut menayangkan tujuh klip rakaman video berhubung penggunaan kenderaan mewah itu.

Bagaimanapun, hasil pemerhatian wartawan Sinar Harian mendapati anak menteri terbabit bersama ahli keluarganya tidak menggunakan kenderaan itu, sebaliknya menggunakan kenderaan sendiri iaitu Toyota Vellfire berwarna hitam dan Audi R8 berwarna hijau.

Kenderaan mewah itu hanya dikendalikan oleh pemandu dan pengawal peribadi kepada anak menteri itu, walaupun ia disimpan di kediamannya di salah sebuah kondominium di ibu kota.

Rafizi turut menggesa Nazri mengikut langkah bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang bercuti dari Kabinet berikutan pendedahan isu syarikat milik suaminya National Feedlot Corporation (NFCorp) yang kini masih disiasat.

saifulfromslim

1 comment:

  1. cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..lg 1 klo tuan blog komen dekat blog pakjoe sekali pakjoe kn bls blk komen dekat blog nie,chat box pakjoe x kira k hihi http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html

    ReplyDelete