My home

25 September 2012

Mengapa Boleh Jadi BEGINI…..dah lupa ke PRU 2008 ke?


Mengapa Boleh Jadi BEGINI…..dah lupa ke PRU 2008 ke?

Mengapa hanya orang awam sahaja yang berhempas pulas menaikkan semangat dan kebaikkan kerajaan di media social samada FB, Blog dan Twitter khususnya di daerah Batang Padang ini? Cuba lihat pada blog portal-portal golongan ini. Setiap hari mereka mempromotkan  aktiviti kepimpinan negara tanpa sebarang imbuhan daripada sesiapa semata-mata kerana masih ada kasih dan sayang pada negara. Mereka buat ini semua semata-mata untuk mengekalkan keamanan negara daripada kerosakkan yang berterusan oleh pihak pembangkang dengan menerbitkan pelbagai kekeliruan pada rakyat awam, golongan pelajar dan penjawat-penjawat awam. Orang awam yang tiada kepentingan banyak membuat group pada facebook semata-mata ingin buat pendedahan kebenaran kerajaan dan menghentikan agenda pembangkang untuk terus membuat penipuan pada rakyat agar mereka boleh berkuasa merampas tampuk kerajaan sedia ada. Saya lihat hanya orang awam biasa yang tiada ada apa-apa kepentingan dalam UMNO, MCA atau MIC yang lebih banyak bersuara memuji kepimpinan Dato Seri Najib Razak. Orang UMNO khusus lebih banyak bermain politiking sesame mereka bercerita pasal wakil mereka yang mereka pro akan dicalonkan untuk pemilihan parti dan juga pencolonan pada DUN dan Parlimen.
 
 Saya menilai ini berdasar blog dan Group pada FB yang saya buat. Saya cuba melibat wakil kedua-kedua pihak samada daripada kerajaan mahu pembangkang terlibat sebagai ahli-ahli group. Penulisan blog saya sendiri saya sentiasa saya membuat linkup untuk saya dedahkan kebaikan kepimpinan negara. Untuk kawasan Dun Slim dan Parlimen Tanjung Malim aktiviti meraih sokongan melalui media internet samada Fb, Blog dan twitter saya perhatikan sangat kurang mendapat sambutan daripada pihak Umno, MCA mahupun MIC. Pihak kepimpinan dan ahli daripada pembangkang seperti PAS, PKR dan DAP sentiasa terus menerus melibatkan diri untuk menangkis pandangan dari penyokong pro kerajaan yang tidak menjadi ahli mana-mana parti politik. Mana perginya ahli-ahli UMNO, kenapa sepi dan enggan bersuara. Saya tak nafikan ada segewlintir ahli-ahli UMNO yang turut terlibat dalam perbincangan media sosial nie….dan ada sebahagian daripadanya memberi  pandangan yang sangat baik. Saya hairan kenapa ketua cawangan /cabang pihak pembangkang  sentiasa  berterusan melibatkan diri dengan perbincangan media sosial ini. Kepimpinan dari komponen BN berani saya katakan jarang sangat melibatkan diri pada perbincangan social ini.

Mereka lebih menonjolkan diri pada program-program yang besar khususnya jika ada penglibatan perwakilan daripada peringkat pusat atau negeri berada pada program daerah atau cawangan mereka. Pada program sebegini seharusnya kepimpinan BN terlibat tapi penglibatan pada peringkat media social jangan diabaikan juga. Perlu ada check and balance juga.  Saya  lihat juga komentar pada portal Sinar Harian yang mendapat liputan ranking tinggi. Dari aspek penyertaan dan yang membacanya berkaitan aktiviti politik pembangkang mahupun kerajaan masih begitu condong penglibatan terbanyak daripada ahli-ahli pembangkang. Hanya pihak orang awam yang ramai berterusan menyokong sebagai komentar positif pihak kerajaan. Mana pergi ahli-ahli parti daripada BN pada perkara ini. Semua pihak harus ingat kemenangan besar pembangkang pada PRU 2008 adalah kerana mereka dapat menggunakan media social ini secara optima dan berkesan sehingga membuat kejutan.

Tapi saya puji Bn khususnya UMNO di Ipoh Selatan iaitu kawasan Gunung Rapat menggunakan media sosial ini secara effisyen termasuk wakil rakyatnya..sentiasa mengorak langkah kehadapan pada kempen aliran media sosial ini. Untuk daerah Batang Padang khususnya untuk DUN Slim, Behrang dan Perlimen Tanjung Malim BN termasuk UMNO, MCA dan MIC agak ketinggalan menggunakan media sosial sebagai agen memeriah kempen mereka. Bagi saya pihak ahli pembangkang lebih ke hadapan pada perkara ini. Saya sendiri sebagai penggiat media social ini selalu dapat PM daripada kepimpinan pembangkang meminta saya beralih ke mereka kerana mereka tidak begitu suka bila saya asyik ke sebelah kepimpinan Negara. Mereka membuat PM yang sopan kerana cuba menarik saya kearah kiri. Sejak saya terlibat sedikit sebanyak dengan media sosial ini saya belum pernah mendapat PM daripada mana-mana kepimpinan BN samaada UMNO, MIC atau MCA memberi sokongan dan idea untuk tujuan menyemarak lagi sokongan pada kemimpinan pusat yang sedia ada. Malah daripada kepimpinan PAS dan DaP saya sendiri selalu mendapat PM bantahan kerana kebanyakan perbincangan dan pendapat saya lebih menjuruskan kepada sokongan kearah kerajaan sedia ada. Tidak silap saya saya pernah juga mendapat PM dari UMNO Pulau Pinang mengucap terima kasih kerana banyak menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib dan turut memberi beberapa pandangan untuk saya berterusan memberi padangan yang lebih efektif ……. Tapi dari daerah saya sendiri memang saya tak pernah terima mana-mana PM daripada mana-mana kepimpinan BN memberi  informatif untuk merancakkan sokongan berterusan pada kepimpinan Negara.

Iklas dari Saya
Saifulfromslim.blogspot.com



No comments:

Post a Comment