My home

04 August 2012

Semangat dan Etika Kesukanan Peringkat Olimpik 2012 - TERCELA


LONDON- 2.08.2012

Lapan pemain badminton wanita telah dibatalkan kemenangan dari Olimpik kerana didakwa dengan sengaja kalah dalam perlawanan yang berlangsung semalam oleh Lembaga Displin Persekutuan Badminton Sedunia (BWF).

Pemain yang terbabit adalah dari negara China, Korea Selatan dan Indonesia yang didakwa dengan sengaja kalah dalam perlawanan yang berlangsung semalam untuk bertemu dengan lawan yang lemah pada pusingan berikutnya.

Sepanjang perlawanan yang berlangsung semalam, para peminat sukan di stadium ini telah mengejek malah turut menerima amaran dari pengadil perlawanan. Keempat-empat pasangan negara ini telah didakwa tidak bermain dan telah memusnahkan semangat sukan Olimpik.

Pemain dari Indonesia dan Korea Selatan telah merayu keputusan yang dikenakan. BWF turut memberitahu keputusan terhadap rayuan ini akan diberitahu selewat-lewatnya malam ini, di London.

Sementara itu China tidak membantah keputusan yang dikeluarkan oleh BWF dan menegaskan akan melakukan siasatan dalaman terhadap tuduhan dan dakwaan yang dikenakan terhadap pemainnya

Pasangan bergu dari kedua-dua negara ini didakwa kerana sengaja melakukan servis yang sering terkandas dijaring sehingga menimbulkan kemarahan para penyokong dan peminat setia sukan badminton.

Lapan pemain ini telah layak untuk peringkat suku akhir walaupun tewas dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Peminat sukan yang menyaksikan perlawanan ini semalam menyifatkan tragedi ini sebagai skandal yang memalukan sukan badminton dan Olimpik secara khusus.

Keputusan BWF ini telah menyebabkan pasangan nombor satu dunia dari China Wang Xiaoli dan Yu Yang disingkirkan dari menyertai pusingan seterusnya.

saifulfromslim

No comments:

Post a Comment