My home

16 August 2012

DODOL OH DODOL






Dodol oh dodol




Masa aku kecik-kecik dulu mak selalu buat dodol dengan mengacau dibelakang rumah kat Kampung Baru Slim River…rumah keluarga aku tempat aku dilahirkan. Bila kami adik beradik nakal dan bising mak akan ugut tak nak buat dodol. Jadi kami akan diam dan tolong emak cari kayu dan tempurung untuk buat bahan bakar untuk masak dodol…Ini cerita sekitar tahun awal 70an.

Kini aku dah berkeluarga dan kami sekeluarga semuanya suka juadah dodol nie khusus pada masa raye nie. Tak seorang pun tahu membuat dodol nie…maklumle isteri aku asal nya dari Sabah, sama sekali tak tahu nak buat. Dua tiga hari lepas aku pun pergi digerai jualan kueh raya depan Tabung Haji Slim River. Isteri suruh beli 4 kilo. Terkejut berok aku sebab harga sekilo RM28.00. Jadi kalau 4 kilo mesti RM112.00.

Nak beli ke tak nak? Harganya melambung gila dari RM18.00 menjadi RM28.00. Jadi aku tangguhkan dulu niat nak membeli dodol nie kerana raye pun hari ahad dan lama lagi.

Semalam hari Khamis sebaik je abis kerja jam 12.30 tgh hari aku pergi ambil 2 orang anak aku yang nak pulang cuti sempena raye. …seorang kat MRSM Pasir Salak dan sorang lagi kat UITM Seri Iskandar. Aku pergi kesana melalui jalan persekutuan Slim River – Ipoh. Bila lepas pekan Sungkai aku menyusur pula ke simpang jalan negeri menuju jalan Teluk Intan – Bidor. Seterusnya aku masuk simpang ke pecan Langkap melalui kampong Cina Chui Chak dan seterus masuk ke Chenderong Balai. Sampai je ke persimpangan Kampong Gajah aku terus membelok kereta dan tiba-tiba je nampak ada gerai menjual Dodol. Aku berhenti dan bertanya harga…kata makcik penjaga gerai RM16.50 sekilo. Tanpa bertanya aku minta 4 kilo dan bayar. Dia kurangkan harga kerana aku ambil 4 kilo dengan harga RM16.00 sekilo dan aku bayar kesemuanya RM64.00. Sambil membungkus dodol makcik tu sempat memuji kesedapan dodolnya tue kerana ianya dibuat dengan mengguna gula kabung dan bukan gula merah. Maka raye tahun 2012 nie aku dan keluarga akan makan le Dodol Gula kabung dan bukan dodol gula merah seperti tahun yang sudah-sudah…..

saifulfromslim

No comments:

Post a Comment