My home

02 July 2012

PRU 13 dan suke main politik




PRU 13 dan suke main politik

PRU ke 13….bila ye….aku pun tak tahu kata, Datuk Dr. Hasan Ali menyeru ahli dan penyokong tegar Pas menolak parti itu demi menyelamatkan Islam, Melayu dan institusi raja-raja yang disifatkan beliau menuju kehancuran angkara tindak-tanduk pakatan pembangkang.

Johor pulak nak laksanakan hukum hudud dan dan menjadi peristis antara negeri pertama melaksana hokum nie.Berikutan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat yang mencadangkan agar Kerajaan Johor melaksanakan hukum hudud.

Tercabar ke PAS dengan kenyataan Dr Hassan dan Datuk Ayub nie…? Tetibe je MB Kelantan pun buat kenyataan….“Saya bersyukur sangat-sangat atas kesedaran ini. Tidak perlu cabar mencabar, saya menyokong sepenuh hati. “Kelantan atau Johor dahulu tidak penting. Kelantan telah menghadapi halangan untuk laksanakan hudud, jika Johor mendahului Kelantan, silakanlah,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Betul ke tak kisah Johor atau Kelantan melaksanakan hokum hudud nie? Cakap memang le gitu….tp dalam hati sape tau.

Tetibe timbul soal rasis kat parlimen bila KM Pulau Pinang buat kenyataan, Ketua Menteri Pulau Pinang itu mendakwa pula kenyataan Mohamad wakil Seri Gading sebagai satu unsur hasutan, rasis dan mengancam. "Ia rasis kerana ia ditujukan terhadap seorang India dan seorang Hindu. Ia juga ditujukan terhadap seorang wanita," kata Guan Eng. Betul ke DAP nie tak rasis? Lu orang fikir le sendiri, jangan sampai ada budak tadika pun lebih rasional boleh berfikir.

Ini le gara-gara suka main politik…cakap ikut sedap mulut je….mentang-mentang le masing-masing nak menang pada PRU nanti. Ada yang seronok mangkok nak jadi PM, menteri dan wakil rakyat…dan untuk capai cita-cita nie mula le buat kenyataan. Ada juga yang betul tapi yang salah ikut sesuke hati pun ada

saifulfromslim



No comments:

Post a Comment