My home

15 June 2012

Anwar dicabar sangkal Zulkifli

Anwar dicabar sangkal Zulkifli

KUALA LUMPUR 14 Jun - Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar menyangkal dakwaan bekas peguam belanya, Datuk Zulkifli Noordin berhubung arahan untuk mencipta bukti bagi mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (gambar) berkata, Anwar tidak seharusnya bersikap berpura-pura tidak mengetahui dakwaan terbabit.

"Beliau harus nafikan jika dakwaan itu adalah tidak benar," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai pendedahan Zulkifli baru-baru ini tentang Anwar yang mengarahkannya untuk mereka bukti berhubung pembabitan Najib dalam isu kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantuya.

Mengulas lanjut, Zahrain juga membidas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Suaram kerana cuba mengaitkan Najib dengan isu kapal selam Scorpene sedangkan tiada bukti dikemukakan oleh mereka.

"Ini termasuklah Majlis Peguam yang bukan mahu mencari kebenaran tetapi ingin menjatuhkan kerajaan," katanya.

No comments:

Post a Comment