My home

09 May 2012

Seorang ibu yang zalim, berwajah manusia, berhati iblis mendera anak

Tadi aku ke Facebook , tetibe aku terjumpa video yang aku paparkan di bawah ini, tentang penderaan kanak-kanak yang masih belum tahu duduk...mungkin hanya boleh meniarap atau merangkak. Jangkaan umur aku rasa lebih kurang 1 tahun lebih sikit saja. Boleh di katogeri bayi lagi. Terperanjat besar aku melihat kekejaman si ibu yang aku rase boleh digolongkan dalam katogeri jenis bukan lagi binatang tapi lebih teruk dari itu. Tak terkata aku ketika menonton video nie. Mungkin video ini dah lama dan si ibu berwajah manusia tetapi bersifat iblis yang tak berhati perut ini dah pun diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Yang jelas mereka ini dalam linkungan keluarga yang hidup terlalu sederhana dan mempunyai masalah sosial serta pendidikan yang juga sederhana atau dibawah tahap yang sepatutnya. Aku tak tahu bangsa sebenarnya ibu lahanat ini, tetapi jelas dia orang dari Malaysia berdasarkan bahasa percakapan yang boleh kita dengar. Jelas ianya kemungkinan besar orang melayu, orang Indonesia yang telah lama  menetap di Malaysia atau pun orang Sabah / Sarawak yang bekerja di Semenanjung Malaysia ini. Rasanya dia ni mesti beragama islam.

Video corak ini sepatutnya dapat liputan awam agar perkara sebegini rupa boleh dijadikan teladan agar masalah penderaan kanak-kanak di Malaysia dapat dikurangkan serta mendapat kesedaran agar perlakuan sebegini rupa tak seharusnya berlaku di Malaysia dimasa-masa akan datang
.
Jika pelakunya telah dihukum oleh pihak berkuasa, sepatutnya ianya di tontonkan pada awam agar satu kesedaran sivik dikalangan masyarakat ditanamkan pada jiwa semua orang agar perkara sebegini rupa dapat dihindari atau dikurangkan pada angka yang kecil sehinggalah ianya menjadi sifar.

Persoalan yang timbul mengapa perkara ini boleh dibiarkan? Mengapa tindakan segera memberhentikan  ibu celaka ini terus-menerus menzalimi dan mengkasari anak ini. Jika dibiar kemungkinan boleh berlaku kecederaan tahap bahaya atau mati pada anak sekecil ini. 

Lihat sahaja anak ini terus merangkak dengan lesu kearah ibunya memohon simpati serta kasih agar dia tidak diderakan lagi. Lihat betapa perit kesakitan serta kelesuan tanpa upaya mohon simpati. Mengapa tidak ada seorang pun manusia membantu untuk memberhentikan perlakuan ibu yang zalim, bangsat dan kufur ini terus memukul, menolak, menampar, menyepak dan mencubit dengan ganas pada mangsa yang terlalu lemah dan belum tahu bersuara, berkata tetapi hanya tahu menjerit dan menangis mohon simpati....Aku termenung, memikir, dan terus berfikir apakah ini digelar kehidupan yang masih ada di negara aku di Malaysia yang maju dan permai ini?

Saifulfromslim


                                           

“Allah akan memberikan hadiah balasan` kepada hamba-Nya yang mukmin sebagaimana orang yang berpergian akan selalu membawa hadiah bagi keluarganya, dan menjaganya dari (godaan) dunia sebagaimana seorang doktor menjaga orang yang sakit”.

2 comments: