My home

08 February 2012

Betul ke cerita nie....PAS akan kalah di Kelantan??

Aku dapat cerita nie daripada, Blog Sungai Rapat  Online:
Ceritanya gini:

Gelombang merah, bantuan rakyat 1Malaysia (RM500) dan baucar buku (RM200) dan beberapa lagi bantuan yang dianggap sesuatu yang baik untuk rakyat akan menjadikan Pas Kelantan sebagai pembangkang semula.

Dewan Ulamak PAS berpendapat dengan isu moral Anwar Ibrahim dan terbaharu isu Elizabeth yang dalam keadaan yang menjijikkan antara faktor yang menjadikan Kelantan kembali kepada UMNO setelah 22 tahun Pas memerintah.

Menurut Ketua Dewan Ulamak Pas Datuk Harun Taib Pas walau pun faktor Nik Aziz mampu memenangi Kelantan semula tetapi pengundi yang memuliakan Nik Aziz suddah ramai yang meningal dunia yang tinggal kini hanya pengundi yang hendakkan pembangunan dan realiti.

Satu lagi faktor yang membuatkan Pas berputih mata adalah faktor kerajaan Islam yang digembar-gembur oleh beberapa pemimpin Pas termasuk Nik Aziz kini sudah sepi sejak bersengkongkol dengan parti kafir harbi DAP.

Tetapi faktor yang akan menyebabkan kekalahan Pas adalah faktor Anwar Ibrahim yang terang-terang menyokong negara Israel ditambah pula gelombang Tsunami Datuk Dr hasan Ali yang cukup kuat.

Kalau betul, cerita ulamak pas nie...agak menghairankan mengapa masih terus bersekongkol dengan racun-racun yang boleh menghancurkan mereka. Aku pun sekadar baca sebagai seorang yang berdiri di atas pagar melihat dan merenung pelbagai gelagat para pemimpin politik samada pembangkang atau BN dalam membuat pelbagai isu dan pengisian untuk memenangi hati pengundi-pengundi sekali gus dapat menawan kerusi negeri serta parlimen. Lepas tu tokey bahagian atau cabang nie akan dapat title YB. Selain tu terus berharap akan menawan negeri untuk jadi pemerintah. Malah ada yang dah berangan-angan nak duduk duduk di Putrajaya. Macam-macam le hal manusia yang bercita-cita nak pemimpin negara. Kalau bagus takpe....kalau teruk macam mana. Kerajaan yang memerintah pulak jangan asyik mendabik dada mengatakan mereka bagus sangat. Datuk Seri Najib aku nampak bekerja keras...tapi pemimpin di daerah dan kawasan macam biasa je. Nak jumpa rakyat dan tegur rakyat pun macam terpaksa aje. Yang pembangkang asyik menyalahkan kerajaan sedia ada aje. Betul atau salah tak penting bagi mereka, Yang penting macam mana nak tunjuk pada rakyat BN semuanya tak betul. 

Jangan ingat semua rakyat yang tak berpolitik bodoh dan mudah ditipu. Sebab sebahagian besar dikalangan golongan ini lebih cerdik daripada orang-orang politik samada pembangkang atau BN nie. Yang penting orang-orang politik harus mau ingat, bekerja dengan jujur dan berkata dengan iklas....sebab semua akan dinilai oleh rakyat yang sebahagian besarnya bukan orang politik adalah pegundi yang akan menentukan kemenangan satu-satu calon itu pada PRU 13 nanti.



 Rakyat Malaysia memerlu pemimpin yang jujur
 dan iklas untuk memimpin negara




Oleh: Saifulfromslim

No comments:

Post a Comment