My home

18 January 2012

tiada rekod menunjukkan laksamana Melaka Hang Tuah dan Hang Jebat serta Puteri Hang Li Po benar-benar wujud

Buku teks sejarah akan ditulis semula bagi menyelaraskannya dengan fakta dan bukannya mitos dan legenda, kata pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.

Sebagai contoh, katanya, tiada rekod menunjukkan laksamana Melaka Hang Tuah dan Hang Jebat serta Puteri Hang Li Po benar-benar wujud, lapor The Star.

upm student suhakam memo 211107 khoo kay kimBagaimanapun, tidak jelas sama ada anekdot sejarah yang tidak dapat disahkan akan dimasukkan dalam cadangan baru sukatan pelajaran sejarah untuk 2014.

Khoo (kanan) yang juga sebahagian daripada anggota jawatankuasa bagi menganalisis kurikulum itu berkata, cakap-cakap tidak wajar dimasukkan sebagai fakta dalam buku teks.

"Agenda utama jawatankuasa ini untuk menanamkan unsur patriotisme" (di kalangan pelajar)

"Pandangan peribadi saya, mitos dan legenda tidak patut dimasukkan dalam kurikulum.

"Bagaimanapun, jika mereka pilih memasukkannya, ia mesti dengan jelas menyatakan bahawa cerita-cerita itu bukan berasaskan fakta," beliau dipetik sebagai berkata kepada harian berbahasa Inggeris itu.
Malaysiakini


Bagi aku...aku comment gini je:

  • Sharifuddin Zainuddin Wujud atau tidak, kita harap pemerintah Malaysia sedar dan bijak utk bertindak terhadap satu usaha cerdik pandai pihak tertentu atas nama ilmiah (berdasarkan fakta, konon) untuk menulis semula sejarah dan sillibus sejarah spt dibuat pemerintah singapura, yg menghapuskan 'kemelayuan' singapura.
    2 hours ago via Mobile · 

  • Saiful Anuar Safian Buat ape saja yang patut...sehingga semua jejak-jejak melayu dihapuskan di muka bumi melayu sendiri. Semua orang dah bertambah bijak..buat je sehingga kuasa mutlak melayu hilang...tahniah kerana kebijaksanaan anda.

No comments:

Post a Comment