My home

27 January 2012

Mahasiswa katenya nak menentang kezaliman dan hapus AUKU ..



Mahasiswa katenya nak menentang kezaliman dan hapus AUKU ...tp apa dah jd perangai golongan macam nie lak, nape diam je...bab perkara macam nie


PUTRAJAYA 26 Jan. - Kementerian Pengajian Tinggi telah membuat laporan polis berhubung penyalahgunaan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) oleh pelajar yang layak menerima baucar tersebut.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, laporan mengenai penyalahgunaan itu telah dibuat semalam oleh pegawai kewangan kementerian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.
"Sekarang terpulang kepada pihak polis untuk menyiasat kes tersebut dan mengambil tindakan selanjutnya.
"Agak sukar kita memantau kes seumpama ini kerana bilangan yang melakukan kesalahan terbabit adalah kecil berbanding 1.3 juta yang layak menerima insentif berkenaan," katanya.
Beliau diminta mengulas tindakan segelintir pelajar yang menjual baucer tersebut kepada pihak ketiga pada sidang akhbar Amanat Tahun Baru kementerian itu, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.
BB1M diberikan kepada semua penuntut warga negara di Tingkatan Enam, Matrikulasi, Asasi, Politeknik, institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS), seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012.
Tempoh sah laku bermula 1 Januari sehingga 31 Mac 2012.
Mohamed Khaled berkata, pelajar tidak sepatut bertindak demikian kerana baucar yang diperolehi itu perlu digunakan untuk pembelajaran.

No comments:

Post a Comment