My home

29 January 2012

Orang bunian...betul atau dongeng....cantik atau hodoh



Di sini aku petik kisah tentang orang bunian dari Majalah Kosmo
Betul ke mereka nie cantik?
Untuk pengetahuan anda pada perkara ini baca dan selepas tu buat penilaian. 
Jangan sampai kita tertipu 
dengan pelbagai cerita...
Sebab semuanya adalah diluar kemampuan kita untuk mengesahkan kebenarannya
  Foto ini hanya gambar rekaan pada perkara ini

KISAH orang bunian sering diperkatakan khalayak di seluruh dunia. Banyak versi cerita yang melingkari kewujudan makhluk halus itu.

Segelintir pihak mengatakan orang bunian ialah puteri kayangan yang disumpah turun ke bumi, sesetengah yang lain mendakwa ia orang alim yang menuntut ilmu salah. Ada pula yang percaya ia sejenis makhluk seakan-akan manusia.Seorang pengkaji paranormal, Mohammad Idrus Abu Hanifah memberitahu, kisah orang bunian wujud di seluruh dunia termasuk di benua Eropah.

“Sepanjang yang saya ketahui, dahulu di Hulu Klang ramai orang mengatakan mereka pernah terserempak dengan orang bunian malah berinteraksi dengan mereka.“Orang bunian akan meminjamkan pinggan mangkuk kepada orang kampung semasa majlis perkahwinan,” katanya kepada Jurnal.

Namun, kerana sikap segelintir penduduk kampung yang tidak memulangkan pinggan mangkuk yang dipinjam selain merosakkannya menyebabkan orang bunian berkenaan menghilangkan diri dan enggan bekerjasama lagi dengan mereka.Idrus mempunyai perspektif berbeza mengenai takrifan orang bunian.“Jika disebut orang bunian, ia seolah-olah manusia sebenar iaitu makhluk Tuhan yang paling sempurna sedangkan orang bunian ialah jin,” ujarnya.

Katanya lagi, orang bunian mampu bertukar rupa seperti manusia kerana jin atau makhluk halus boleh bertukar rupa dan fizikal dengan mudah.Idrus memberitahu, orang bunian hidup secara berkumpulan dan memiliki perkampungan.Mereka juga mempunyai istana, pentadbiran dan gelaran. “Kadang-kadang perkampungan mereka ada di taman perumahan malah mungkin di sebelah rumah kita. Tetapi selagi kita tidak mengganggu mereka, tidak akan ada masalah,” ujarnya.Bagaimanapun menurut Idrus, orang bunian kebiasaannya menetap di hutan tebal dan tasik bagi mengelakkan berjumpa dengan manusia.

Sifat orang bunian juga berbeza mengikut negara mereka tinggal.
“Di Malaysia orang bunian menggunakan bahasa Melayu manakala di Indonesia mereka bercakap dalam bahasa ibunda negara itu. Di Britain pula mungkin bahasa Inggeris.“Ia kedengaran agak lucu tetapi itulah hakikatnya. Pakaian mereka juga berbeza-beza mengikut musim dan keadaan,” ceritanya. Bagi masyarakat Barat, orang bunian tergolong dalam jenis hantu.Idrus mengaku dia pernah berjumpa dengan makhluk halus itu. Bahkan Idrus pernah mengajak penulis memasuki alam bunian itu tetapi penulis menolaknya kerana khuatir tidak akan kembali.

“Tidak perlu untuk pergi ke alam bunian, sekadar berjumpa pun boleh. Tetapi kebanyakan orang yang bersungguh-sungguh untuk berjumpa tidak akan dapat melihatnya.“Ini kerana mereka telah pengsan dahulu sebab rupa orang bunian tidak menawan seperti yang disangka. Mereka sebenarnya makhluk hodoh,” ujarnya.Idrus berkata, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum berjumpa dengan orang bunian. Antaranya seseorang perlu menyediakan apa sahaja tujuh jenis makanan dan tujuh jenis bunga di samping teh O, kopi O dan air suam.Hari untuk bertemu mereka pula adalah pada malam Selasa disertai bacaan tertentu. Malam Selasa dianggap sebagai malam persahabatan antara manusia dan makhluk halus itu.


Betul ke cerita di atas itu....gunakan akal...fikir jangan sampai mudah terkeliru...... antara betul dan dongeng....... cantik atau hodoh


ATM emas pertama di dunia

Abu Dhabi, menyediakan ATM emas pertama di dunia. ATM,seperti mana yang dilaporkan oleh CNBC
Khamis (13/05/2010), yang terletak di Emirates Palace Hotel.

Dengan harga emas mencecah paras tertinggi rekod sebagai kebimbangan pakej bantuan Eropah hampir 
AS $ 1 trilion,membahayakan rantau ini, emas ATM akan memantau pergerakan harian emas. Malah, menawarkan bar emas yang kecil seberat 10 gram dengan reka bentuk khas.

27 January 2012

Guru dihukum penjara merogol serta mencabul


KOTA BHARU 26 Jan. - Seorang guru dihukum penjara 12 tahun dan sebatan tujuh kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merogol serta mencabul muridnya yang berusia 12 tahun dalam makmal sains di sebuah sekolah di Pasir Puteh, dekat sini tiga tahun lalu.
Hakim Rofiah Mohamad menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Yek Hock Soon, 29, setelah didapati bersalah atas kedua-dua tuduhan tersebut.
Beliau menetapkan demikian setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan tersebut.
''Saya mengambil kira tentang kepentingan awam serta hubungan antara tertuduh dan mangsa iaitu sebagai seorang guru dan murid yang mana hubungan itu sepatutnya suci dan bertanggungjawab. Penting bagi badan perundangan membendung jenayah seperti ini.
''Dengan itu, saya menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan lima sebatan ke atas tertuduh bagi kesalahan merogol mangsa serta tiga tahun penjara dan dua sebatan bagi kesalahan mencabul. Hukuman dijalankan secara berasingan,'' katanya.
Mengikut pertuduhan pertama, Hock Soon yang berasal dari Sitiawan, Perak didakwa merogol mangsa di makmal sains sebuah sekolah jenis kebangsaan di Pasir Puteh antara pukul 8 pagi dan 3 petang, awal bulan Ogos 2009.
Bagi kesalahan itu, bekas guru Bahasa Cina dan Sains itu didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan.
Hock Soon turut didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa tersebut dengan niat hendak mencabul kehormatannya di tempat sama pada pukul 12.15 tengah hari, 17 Ogos 2009.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul dan jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.
Terdahulu, sebelum hukuman dijatuhkan, peguam Rosmizan Sulaiman yang mewakili tertuduh memohon hukuman yang ringan dikenakan kerana ia merupakan kesalahan pertama tertuduh.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hamizah Ghazali yang mengendalikan pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat ke atas tertuduh.
''Dalam kes ini, mangsa merupakan anak murid tertuduh sendiri dan kejadian berlaku di sekolah. Tertuduh mengajar di sekolah itu dan mangsa belajar di situ. Kes rogol dan cabul tidak sepatutnya berlaku.
''Minta juga pertimbangan mahkamah akan trauma yang melanda mangsa akibat perbuatan tertuduh. Saya mohon hukuman yang berat dikenakan,'' katanya.

Pseudacanthicus spesies ikan baharu hidup dengan kelompok ikan piranha

PARAMARIBO, Surinam - Sungai Sipaliwini di Surinam menempatkan spesies ikan baharu yang dikenali sebagai Pseudacanthicus.


Ikan itu ditemui oleh beberapa saintis yang bekerja dengan Program Penilaian Pantas Pemuliharaan Antarabangsa di sungai tersebut pada Ogos dan September 2010.
Keistimewaan ikan itu adalah kerana ia mempunyai perisai yang melindungi tulang.
Ikan itu hidup bersama dengan sejumlah ikan piranha menyebabkan ia perlu mempunyai pertahanan badan yang baik. - Reuters

Mahasiswa katenya nak menentang kezaliman dan hapus AUKU ..



Mahasiswa katenya nak menentang kezaliman dan hapus AUKU ...tp apa dah jd perangai golongan macam nie lak, nape diam je...bab perkara macam nie


PUTRAJAYA 26 Jan. - Kementerian Pengajian Tinggi telah membuat laporan polis berhubung penyalahgunaan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) oleh pelajar yang layak menerima baucar tersebut.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, laporan mengenai penyalahgunaan itu telah dibuat semalam oleh pegawai kewangan kementerian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.
"Sekarang terpulang kepada pihak polis untuk menyiasat kes tersebut dan mengambil tindakan selanjutnya.
"Agak sukar kita memantau kes seumpama ini kerana bilangan yang melakukan kesalahan terbabit adalah kecil berbanding 1.3 juta yang layak menerima insentif berkenaan," katanya.
Beliau diminta mengulas tindakan segelintir pelajar yang menjual baucer tersebut kepada pihak ketiga pada sidang akhbar Amanat Tahun Baru kementerian itu, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.
BB1M diberikan kepada semua penuntut warga negara di Tingkatan Enam, Matrikulasi, Asasi, Politeknik, institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS), seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012.
Tempoh sah laku bermula 1 Januari sehingga 31 Mac 2012.
Mohamed Khaled berkata, pelajar tidak sepatut bertindak demikian kerana baucar yang diperolehi itu perlu digunakan untuk pembelajaran.

Perniaga cicak tokek Mohd. Nazaruddin Saidin mangsa penculikan D Jolo Filipina



KUALA LUMPUR 26 Jan. - Kumpulan penje nayah Abu Sayyaf yang dipercayai menculik rakyat Malaysia di kepulauan Jolo, Filipina, Mohd. Nazaruddin Saidin sejak Mei lalu, telah menurunkan jumlah wang tebusan daripada RM200,000 sebelum ini kepada RM100,000 daripada keluarga mangsa.

Bagaimanapun, kumpulan penculik tersebut dikatakan telah meletakkan syarat iaitu mereka sanggup membunuh ahli perniagaan cicak tokek itu dalam tempoh terdekat sekiranya permintaan itu gagal ditunaikan.
Menurut sumber, Nazaruddin yang kini diculik dan berada di selatan Filipina dalam keadaan selamat, namun dia semakin tertekan kerana nyawanya kini diibaratkan seperti 'telur di hujung tanduk'.


"Dalam beberapa rundingan sebelum ini, jumlah wang tebusan yang awalnya bernilai jutaan ringgit telah dikurangkan sehingga RM200,000. Bagaimanapun, jumlah wang tebusan terakhir yang diberi adalah RM100,000.  


"Ini merupakan peluang terakhir untuk selamatkan Nazaruddin dan jumlah tuntutan paling rendah ditawarkan berbanding tebusan-tebusan lain sebelum ini.
"Kumpulan penculik beranggapan tiada gunanya lagi mereka terus menyimpan (menculik) Nazaruddin lagipun dia beragama Islam," kata sumber itu.


Nazaruddin ke kepulauan terbabit awal Mei lalu untuk menambah pendapatan keluarga dengan berniaga cicak tokek. Namun, langkahnya ternyata silap apabila dia akhirnya menjadi mangsa sindiket penculikan yang dipercayai anggota kumpulan Abu Sayyaf.   
 
Dalam laporan Utusan Malaysia pada 14 Mei lalu, isteri Mohd. Nazarudin, Mazlina Mohamad, 38, mendedahkan kumpulan penculik berkenaan menuntut wang tebusan sebanyak 80 juta Peso (RM5.6 juta) sebagai syarat pembebasan suaminya.


Katanya, jumlah wang tebusan itu dimaklumkan kumpulan penculik kepada orang tengah yang juga salah seorang ejen broker cicak tokek di Malaysia. Namun, langkahnya ternyata silap apabila dia akhirnya menjadi mangsa sindiket penculikan yang dipercayai anggota kumpulan Abu Sayyaf.

26 January 2012

renung sejenak pasal orang nak jadi wakil rakyat d Malaysia nie


sape pun boleh jd wakil rakyat kalau macam tu....



Pilihanraya ke 12 telah berlalu sejak 21 mac 2008.  Mcam-macam berlaku...Parti BN terduduk....Parti pembangkang gelak bagai nak gile.  Rakyat malaysia mula meraikan kemenangan parti kegemaran mereka. Ada yang hepi bagai nak rak....ada yang sedih macm dah berlaku bencana. Orang Melayu sebelah pantai timur sronok kerana pas menang...Orang Cina seronok sgt kerana Perak dan Selangor dah jd milik PKR....dan terus menjadi kemegahan orang pas bila wakil pas jadi MB Perak...Orang India pun hepi bagai nak gila bila banyaK wakil rakyat di perak adalah dr kaum india. Di penang orang Cina malam-malam lagi lepas menang terus ke KOMTAR nak jadi Ketua Menteri....orang Cina sangat gembira....bak kate orang hepi sesangat. Di Kedah orang melayu pun turut hepi..kerana pas memerintah... yahoooo...bagus le tu... BN pun hepi jugak kerana masih memerintah tapi ada yang menangis hiba kerana tak sangka akan kalah....Di sabah sarawak semua mcm biasa....orang malaya gelak kerana sabah dan sarawak tak berani berubah mcm semenanjung...Semua bangsa dimalaysia hepi...melayu, cina, india dan benggali singh pun gembira kerana mereka telah menang. Tv dan radio mengulas kerajaan harus insaf kerana tsunami politik berlaku di malaysia... Aku pun turut hepi aje lah... Apa tak hepi lepas ni semua akan ok...harga barang, kerja-kerja wakil rakyat yang bijak akan banyak memberi manafaat pada kita...Semua masjid penuh dengan acara kesyukuran begitu juga dengan kuil dan rumah-rumah ibadat yang lain turut membuat sembahyang kemenangan. Lepas tu mula lah.... wakil rakyat menyalahkan kerajaan terdahulu konon korrupt...rasuah le kalau tak faham. Di perak MB bagus sekali...bejalan seluruh masjid kat perak...MB selangor di puji dik semua orang kerana selalu mengupas akan penyelewengan. Wakil rakyat BN dah tak sombong lagi...kalau jumpe mesti angkat tangan dan kalau boleh mesti salam dengan semua orang. Alhamdulillah kalau semua dah ok...Golongan ulamak, orang Cina, orang india dah bersatu....bagus lah  
Tibe je berlaku rampasan kuasa kat perak kate pkr...kate dap...kate pas....BN pula mengatakan ahli wakil rakyat BN melebihi PKR dan wajar jadi pemerintah....Mula lah hari-hari bergaduh menyalah orang itu dan orang ini...Macam-macam le sampai ada persidangan bawah pokok...wakil rakyat bergaduh kat dewan undangan negeri...yang kena heret le dan macam2. Di selangor pun macam2 ada yg tuduh MB baru rasuah le...tuduh PM bunuh orang le....Aku pun pening....Tibe ada cerita wakil rakyat perempuan ada skandal....betul ke idak aku tak tahu...ada wakil rakyat gigit tangan polis le...Ini di Selangor le...Di kedah lain pulak cerite nya...tapi tak le seteruk perak dan selangor ni...Tibe pada bulan ogos ada cerite konon ketua umum pembangkang akan jadi pm....ok le tu kalau betul....Bn pun same khususnya umno nak pm sedia ada berundur....dan ini betul-betul berlaku...Tapi sebelum nak jadi kecoh lah sana sini...
Dekat parlimen banyak orang melayu, cina dan india suka kerana semua wakil mereka bersuara. Bising kat parlimen dah macam kandang lembu.. rakyat malaysia suke kerana wakil mereka bersuara...Tp satu, macam2 wakil rakyat ni buat, menjerit, mengherdik dan ada yang berbahasa kesat....sungguh memalukan...Masa tu ada satu dua wakil rakyat BN pun menghina bekas PM...Dr Mahathir...sungguh menghairankan...dulu bagai nak gile punye hormat....aku betul2 tak faham...
Apa semua ni....Wakil rakyat Malaysia boleh kita kata lebih kurang mcm habuk pun tarak..Yang YB ni ada juga yg baik tapi yg byk main politik je ...yang melayu pun sama, cina pun sama, india pun sama asyik main politik aje. Pergi buat kerja lagi baik le....Jangan asyik main politik je...Kalau macam ini le wakil rakyat semua orang boleh jadi wakil rakyat.  Si dollah jual apam balik pun boleh jadi wakil rakyat...dia pandai bercakap macam yb2 semua.                                                       
Si..Ah Seng mekanik pun boleh jadi wakil rakyat kalau macam tu... dan si maniam drebar pun boleh jadi wakil rakyat kalau wakil rakyat yang ada asyik main politik je. hoi wakil-wakil rakyat semua tak kira le dari bn , keadilan, dap atau pas....dah lah tu...bagus balik pkir baik2 buat kerja kuat untuk negara... jangan lagi asyik main politik sampai habuk pun tarak...
Kalau gini lah...sape pun boleh jadi wakil rakyat....
Sekarang konon nak ada pilihanraya ke 13 pula....Ingat lah ....baik buat kerja daripada main politik kosong je...kesian dengan rakyat malaysia yang mahukan kemajuan bukan permainan politik anda...
iklas dari aku
-Saiful Anuar Safian-

25 January 2012

Mahasiswa pro common sense le pulak...

Best juga video yg aku copy kat you tube nie.
ape tak nya aksi nye begitu bersahaja je...
cakap mat salleh pun best
cakap utara pun kelas
budak upsi yang suke tidoq kat jalan dan menjerit jam 2 am harus simpan kat lap top video nie
boleh le belajor cara berkomunikasi cara dalam video nie
baru le ramai orang boleh tertarik






           aku salute sama lu la bro....
see u...
      dari aku saifulfromslim,blogspot.com

Masa terus berlalu.

livingMasa terus berlalu. 
Kekadang a rase aku pun selalu buang mase secara sia-sia nie. 
Tapi ape nak buat ye tabiaat ginie semua orang lakukan, yg beza hanya dari peratusannya. 
Aku nampak ramai remaja lelaki mahu pun perempuan suke melepak sambil hisap rokok, bercerite pasal hiburan, bergurau senda tak kira masa pada zaman nie.

 Dari zohor hingga ke magrib dan sampai bawak ke isyak...lepak di ujung kampung, stesyen bas, atau kat podok hentian bas. 
Aku kekadang rasa nak tegur mereka nie...suruh balik rumah gie sembahyang. 
Tapi aku takut nanti timbul salah sangka pulak. 
Mesti free aku kena marah dik budak-budak tengah membesar nie. 
Macam mane pun kite sesama le fikir macam mana nak jg mase nie...supaya tak le sesia gitu aje.

Hero...menyentuh perasaan

Aku nie sejak kecik dah biasa dengan kucing dan boleh kate ada je kucing kat rumah aku
tapi ada juga manusia yang takde perasaan didunia...nie
pasal ikan sepotong kena curik dia sanggup potong kaki kucing sampai kudung
dia tak takut pada hukum tuhan ke...rase nya semua agama marah jika kite seksa binatang
apetah lagi kucing...binatang yg begitu baik, comel dan tak le garang sangat
hanya kadang-kadang nakal suke curi ikan atau lauk kat dapur kite
kesalahan lain yg biase dia nie buat hanya kadang-kadang kencing dan berak tak tentu tempat ...itu pun biasenya ketika dia sakit ke demam kerana tak mampu berjalan...kesian le dekat haiwan nie



tunggu le...bagi yang suke sangat meyeksa kucing ni...pasti ada balasan dari Allah swt di muka bumi nie lagi.
bagi yang bukan agama islam mesti ada balasan juga dari hukum karma
Ape salah nya jika kamu semua yang memang tak suke kucing nie berhati perut sikit
sebenci-benci mana pun jangan le bertindak macam orang tak siuman..Malah aku pernah tengok
orang tak siuman pun sayang kucing...dia kerat sebahagian makanannya dan dihulurnya pada kucing yang lalu disitu

23 January 2012

It's a date to be remember 27th January 2012 ....Happy Birthday Nurulaina Fasya....East Lansing Michigan USA





It's a date to be remember 27th January 2012 ....
If I were to give you a Birthday cake, it would be as big as a trampoline and as long as a queen's dining table. I'd have so much to write that it could never fit in. I love you dear daughter. Wish you a very Happy Birthday. 


                                

As parents we hope that you touch the life of thousands of other people with the same dignity, happiness, care and love that you have touched ours. That will be your gift to us on your Birthday. Wishing you a very Happy Birthday dear daughter.


Have we told you before that we are the proudest parents in the whole world?
Have we told you before that we are the happiest parents in the whole world?
Have we told you before that we are the most satisfied parents in the whole world?
And have we told you before that you are the best daughter in the whole world? 
Wishing you a super duper Happy Birthday dear daughter.


Today we want to let you know that no matter how much you grow up, you've will always been our bundle of joy, rolling in her pyjamas and stealing candies from the jar. Wish you a Happy Birthday daughter. May you never grow up for us!

















On your Birthday today, allow us to assure you 
That no matter what mistakes you make in life 
Or the troubles you pass through
We will always be looking over your shoulder
Ready to catch you. 
Wish you a great Birthday darling and may you get the best of everything in life and may Allah s.w.t always bless you, my daughter Nurulaina Fasya in gaining succeed in all events  


From : 
Abah, Mak, and 
Ur bro and sis
Fina, Fizul, Epa & Iqah
Slim River, Perak




On The FB- On D spot wishes; 12.01 a.m 27th January 2011 via Facebook

A wishes from Abah & Mak from Malaysia to our lovely dear daughter Nurulaina Fasya
At Michigan State University,East Lansing USA – 12.01 am 27th Januarty 2012.

Dear Nurulaina Fasya, when you cut your Birthday cake this year, we want you to count your blessings and friends, not the gifts and phone calls you have received.
Every year your Birthday  makes us just a little sad because we know that you'll have grown up one more year, gone away from us a little more and would have made new friends to spend your time with. But you will always stay with us in our hearts.

Do you remember the first day of school?
When we walked together hand in hand 
Your eyes were heavy and your mouth full of drool 
As you didn't want to sit in class, just hang beside  Abah  and Mak
Do you remember the first day of college at INTEC Shah Alam?
When you were tense and for me it was a nervous day
Times have flown and today I consider it be my privilege
To wish you a Happy Birthday! 

 Wherever you are today my dear daughter Nurulaina Fasya, we wish you a splendid Happy Birthday. May all your dreams for the future come true along from the baraqah of Allah
Subhanawataala...

From: Abah & Mak Saiful Anuar Safian & Kasmah
Slim River, Perak, Malaysia.






22 January 2012

Orang Perak wei..Kamal Ashnawi terkaya di dunia, miliki RM20 trilion?


Kamal Ashnawi terkaya di dunia, miliki RM20 trilion?





Kamal Ashnawi


KUALA LUMPUR 21 Jan. – Walaupun tidak tersenarai sebagai orang terkaya di dunia, anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi (KA) mendakwa beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion).
Dakwaan kekayaannya itu ditunjukkan dengan mengemukakan kepada pemberita salinan penyata bank HSBC di London yang seharusnya membolehkan beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar ‘trillionaire’.

Kamal adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005.

Menurut majalah Forbes, Carlos Slim dari Mexico merupakan manusia terkaya di dunia tahun lepas dengan anggaran kekayaannya mencecah RM224.7 bilion dan Pengasas Microsoft, Bill Gates menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah RM170 bilion.
“Saya terpanggil untuk tampil bagi menolak segala tuduhan buruk yang dilemparkan sebelum ini ekoran cadangan projek pada 2005 yang tidak berjaya dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak-pihak tertentu.

“Ini adalah tawaran terakhir saya bagi membantu orang Melayu dan syarikat-syarikat dengan melaburkan dana dalam tiga projek cadangan di Perlis, Johor dan Kelantan dalam masa yang terdekat,” katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini semalam.
Katanya, tiga projek yang bernilai trilion ringgit tersebut ialah projek pelancongan komersial di Kuala Perlis, taman tema berkonsepkan Pirates of The Carribean di Danga Bay, Johor Baharu, dan projek penempatan komersial di Kelantan.

Kamal berkata, segala urusan berkaitan tiga projek tersebut akan diserahkan kepada SAS Group iaitu sekumpulan pelajar alumni Sekolah Alam Shah yang merupakan bekas sekolah beliau sendiri.

Sejak projek penapisan kilang minyak di Kedah itu tergendala, katanya, dia lebih banyak menghabiskan masa di luar negara bagi menguruskan perniagaan.
Menurutnya, beliau akan bermastautin di Hong Kong mulai Mac ini bersama keluarganya sebelum ke Indonesia beberapa tahun kemudian.
Kamal memberitahu, kekayaan yang diperoleh berasal daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875.

Dakwanya, beliau juga adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka ditabal menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi.


utusan malaysia 


saifulfromslim






sampah vs sampah masyarakat Dengan bahasa sampah

Sampah oh sampah





Cerita pasal sampah...semua kita benci padanya. Bau busuk ada kaitan dengan sampah. Kotor adalah juga gambaran pada sampah. Geli pada sampah. Tapi ada orang yang hidup dengan sampah. Hasil dari sampah mereka menjana penghidupan dengan pendapatan daripada sampah. Jadi sampah-sampah ini tidak sehina golongan sampah masyarakat .

Ada wakil rakyat yang jadi wakil pada rakyat tapi tak buat satu habuk pun. Ini satu contoh 
sampah masyarakat.

Ada penjawat awam yang berada pada status yang tinggi seperti ketua pengarah, pengarah dan sebagainya dan sanggup menipu negara dan gasak duit dan terus menerus berada dalam masyarakat juga adalah juga 
sampah masyarakat.

Ada pak ustaz yang siang malam berceramah pasal agama hingga dahi jadi hitam tapi terlibat dengan kerja maksiat seperti melakukan kerja terkutuk seperti zina, liwat dan rogol. ni lagi satu golongan haram jadah 
sampah masyarakat.

Ada ahli politik kalau pasal menyalah pihak lain, nombor satu. Sedangkan dirinya satu habuk pun takda yang betul. Di dewan rakyat memaki hamun..langsung tak tau jaga mulut...konon ada kuasa boleh berbicara apa saja kerana kekebalan yang diizinkan. Mulut mereka ini betul-betul bau longkang asyik maki hamun saja dan ini juga adalah golongan sampah masyarakat yang tersalah pilih oleh masyarakat.
  
Mereka ini asyik nak makan aje apa saja mereka makan tak kira halal atau haram...sedar-sedar rumah bagai nak rak besarnya. Kereta mewah belambak-lambak parking depan rumah. Lepas tu buat muka kesian depan mangsa banjir kononnya penuh rasa simpati. Inilah sebenar sampah masyarakat kelas 1

Peniaga pulak bila jual barang pada masyarakat langsung tak kesian. Ikut suka dia saja nak tipu. Tipu timbang le dan tipu kualiti le dan paling geram ialah tipu harga. Ini lagi satu sampah masyarakat yang jadi sampah tanpa menyedari dia bergantung hidup pada masyarakat untuk hidup. Betul le...si mangkok nie boleh digelar sampah masyarakat tak sedar diri.

Saifulfromslim

21 January 2012

tiada rekod menunjukkan laksamana Melaka Hang Tuah dan Hang Jebat serta Puteri Hang Li Po benar-benar wujud-2



Archaeologist defends Hang Tuah’s existence


Posted on January 21, 2012, Saturday

KUALA LUMPUR: An archaeologist yesterday defended the existence of Hang Tuah, pointing out that although no specific studies had been done on the matter, he was convinced that the legendary warrior was not a mythical figure.

Malaysian Archaeologists Association president Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman said studies concerning the warrior and his four peers could still proceed despite the views that Hang Tuah might be a mythical figure.  

“I believe he existed but we can’t be sure of the era; if we look at the Hang Tuah tales, he existed during the era of a sultanate. The name ‘Hang’ does indeed exist in the Malay world.
“However, further studies on his four peers (Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir and Hang Lekiu) maybe needed. The name ‘Hang’ exists in Padang Lawas Sumatra, Indonesia.” He said although there had been no specific studies carried out on the matter, indirect ones indicated that the warrior did indeed exist.

“And then there is also the Hang Tuan tomb. We can’t deny that it is not. Although there is no specific name written on it, it is from the 15th century,” he told reporters at a convention on the Malay cultural roots here yesterday.
Historian Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim had previously said that Hang Tuah might be mythical and that there were no strong evidence to prove the warrior’s existence.

Dr Nik Hassan said DNA tests on the remains in the tomb might prove to be difficult due to religious sensitivities.
“This is a Muslim tomb. We don’t want to disturb this tomb because there may be sensitivities involved in terms of religion. We can perform tests on pre-historic findings,” he said. — Bernama


Betul....le kalau gitu ada golongan nak matikan watak melayu di Malaysia nie...awas jangan sampai kerana nak mencari ketulenan hingga akhirnya dihapuskan sehingga melayu itu hilang dibumi sendiri.. Ingat le ungkapan siapa yang mengatakan.......MELAYU TIDAK AKAN HILANG DI DUNIA...