my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

15 December 2011

PERGI PASAR MALAM.....

Tadi jam 8.05 minit aku pergi ke Pasar Malam Slim River yang terletak di Jalan Market Slim River yang terletak disekitar kawasan stesyen bas, pasar awam dan Kampung Manggis. Masuk je ke pekan...kereta sesak mcm kat Kuala Lumpur...Setelah dua kali aku berpusing baru dapat parking...betul-betul dekat dengan Lee Hin kedai motor....
Mula-mula aku bertemu dengan Mesin ATM...aku pergi dengan anak bongsu aku Iqah yang ada di rumah kerana masih bercuti, jika tidak tinggal aku berdua dengan isteri saja kerana anak aku ni bersekolah dekat sekolah MRSM kampung Gajah. Setelah ambil beberapa keping note ringgit malaysia....terus aku jumpa sekelompok besar durian dijual di atas lori..

Aku beli 3 biji yang besar dengan harga RM 10.00...murah le tu dan terus masuk dalam bonet kereta sebelum menyambung akerja-kerja berjalan kepasar malam dilakukan. Isteri tak ikut dan tunggu dikereta je. Aku dan Iqah terus kedistinasi berikutnya. Jumpa ramai bekas anak murid...tapi setakat salam dan tak boleh sembang pun kerana orang dekat pasar malam tu terlalu sesak.. Gitu le suasana di pasar malam Slim River yang diadakan setiap hari Khamis...ini. Berhenti sebentar dan beli 2 ikat petai berharga RM3.00 seikat tapi kerana beli 2 dapat diskaun dan harganya RM5.00. Petai ini datang dari Sungai Kelah Sungkai

Terus berjalan dan tiba-tiba Iqah...berkata,...'Abah nak tu..Jagung cawan'...maka akupun berhenti untuk membeli, harga RM 2.20 secawan...dan 3 cawan bererti RM6.60

Terus berjalan ditengah kesesakan orang di pasar malam itu...aku dan anak aku berhenti di gerai jual Burger..Aku order 3 burger ayam dari Mat Burger tu..Harganya RM150 x 3 = RM 4.50     
Tibe-tibe teringat takde sayur kat rumah maka aku berhenti kat gerai sayur-sayuiran dan beli 2 ikat bayam:dan seikat kangkung. Memang aku suka sayur-sayur jenis ini daripada sayur-sayur selera mat salleh seperti salad dan entah ape nama sayur orang putih jenis lain yang memang aku tak suka.

Baru teringat isteri aku suka makan apam balik lalu..aku berpatah balik kegerai apam balik..nasib baik teringat. Gerai tu milik serang bapa murid aku di kelas 3A kat smk slim...jadi dia hanya menerima Rm 2 Ringgit kerana aku cikgu anaknya. Sepatutnya RM 3.00. Inilah kadang-kadang untung jadi cikgu sentiasa dihargai oleh pelajar kita dan ibu-bapa mereka

Sebaik saja selesai membeli apam balik...aku meneruskan berjalan dan terjumpa dengan seorang wanita yang meminta derma untuk anak yatim..Aku hulur seringgit dua kerana kasihan melihat orang yang memungut derma itu seorang makcik yang berumur berdiri dengan kotaknya. Aku beli ikan kerana kebetulan ingat ikan di rumah dah abis. Beli ikan kembong sekilo. Harga RM 12.00...nak beli ikan lain...nampaknya dah tak berapa segar. Jadi mahu tak mahu aku beli je ikan ini dan sekilo lagi ikan belanak RM11.00

Sebelum beredar keluar dari pasar malam aku berhenti semula di gerai penjual sayur dan membeli tauhu putih 6 ketul berharga RM2.00 dan tempe yang juga berharga RM2.00

                                                     

Sebelum beredar dari pasar malam aku beli satu jenis kueh yang dipanggil Kaya ball...sebanyak 15 biji dan berharga RM3.00...murahkan dan sebagai maklumat sedap sangat rasenya.

Sebaik saja sampai ke kereta lega rasanya daripada kesesakkan di pasar malam tadi dan aku terus memandu ke Restoran Aloha berhadapan dengan Taman MDTM yang terletak di jalan persekutuan Ipoh-KL menghala Tanjung Malim. Aku, isteri dan Iqah minum....teh tark, teh 'o' dan milo ais dan makan roti panggang 3 set.

Kami tak lama di kedai tu..setelah bayar terus ke kereta untuk balik rumah dan kebetulan kedai di hadapan kerete aku parking ini ada jual rambutan dan aku beli 2 ikat, harga sangat murah iaitu RM2.00 seikat

Tepat jam 10.45 malam aku sampai di rumah dan selesai kisah aku di pasar malam Slim River






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...