My home

26 December 2011

aku kecik-kecik dulu

Ingat aku masa hari pertama aku pegi sekolah masa darjah satu di SRJK Slim River. Arwah Ayah  hantar naik basikal aku ke sekolah. Ramai kawan aku menangis tapi aku tidak...Tetapi setelah seminggu dua baru aku menyampah nak pergi sekolah. Setiap hari aku tak nak pergi sekolah...satu sebab nya...sebab kena buat Arithmetic (ilmu kira-kira kat papan hitam). Ini cukup mencemaskan. Pelbagai cara ibu dan ahli keluarga aku menghantar aku ke sekolah dan sikap aku ini mengambil masa 3 hingga 4 minggu baru hilang perangai malas pergi sekolah nie.


Berbalik pada hari pertama ke sekolah...aku amat seronok sekali. Dapat buku-buku baru, pensil baru, pembaris bara dan sharpener baru dan buku exercise baru. Guru kelas hari pertama iah Mr Munir...dia nie sangat baik. Selama seminggu tu aku suka sangat ke sekolah...tapi selepas minggu kedua diganti pulak oleh Mr Wee. Mak tuhan garang macam celaka dia nie...dan dia nie le punca aku menyampah ke sekolah.

Sekarang nie aku pulak jd cikgu jadi aku faham sangat...faktor budak tak suke sekolah...dan aku akan mengelak mencontohi perangai cikgu aku Mr Wee nie. Sorry Mr Wee for just hurting you since this is the real truth I had to say in this simple memory of mine.

No comments:

Post a Comment