My home

30 August 2011

Hari RAYA Aidilfitri 2011 - 30hb Ogos 2011 (1hb Syawal 1432 Hijrah

In the end of fasting, with humble n self-esteem, I Saiful Anuar Safian & Family wishes all Muslim friends, create emergence of a clean soul.Gaining perfect moment to maintain spirituality, peace and brotherhood. Hoping the holy month of Ramadan culminates all of u with a happy Eid-ul-Fitr celebration on this Tuesday 30th August 2011 (1st Syawal 1432 Hijrah

Pada akhir Ramadhan ini, Saya Saiful Anuar Safian & keluarga i iingin mengucapkan agar kita memperolihi kesucian zahir dan batin, memenangi keinsafan diri , keimanan dan kebahagian mengeratkan silatulrahim antara kita dengan kehadiran bulan yang suci ini. Harapan moga bulan Ramadhan telah mengundang kita untuk meraikan pula Aidilfitri pada 30hb Ogos 2011 bersamaan 1hb Syawal 1432 Hijrah












Pagi tadi jam 8.30, setelah mandi sunat aidil fitri aku pakai baju melayu bersama kain samping yang diseterika oleh anak sulung aku Syafina. Anak aku Mohd Hafizul ikut aku sebab yang lainnya empat orang lagi semuanya perempuan dan tidak pergi solat sunat aidilfitri, pergi ke masjid Slim River. Sembahyang mula jam 9.00 pagi. Jadi para jemaah bertakbir hingga jam 9.00 pagi. Tiba-Tiba ada pengumuman permaafan dari setiausaha masjid memohon maaf daripada pihak jawatankuasa tahun 2011 ini. Selepas tu disusuli oleh pihak Imam sebagai peringatan cara dan tertib solat sunat hari raya, maklumlah saja takut ada yang terlupa kerana ini merupakan solat setahun sekali je. Memang le perlu le ada ingatan dari pihak imam hari tu.

Di luar masjid ruang kaki lima ada kaunter amil pungutan zakat fitrah, dan kelihatan ada beberapa orang jemaah sedang menunai kewajipan masing-masing menjelaskan kewajipan masing-masing. Aku bayar zakat fitrah malam tadi di kaunter pada gerai di tepi masjid pada jam 9.15 malam. Jadi setelah lafaz, “Inilah wang bagi mengantikan beras fitrah yang wajib bagi atas saya Saiful Anuar serta tanggungan saya iaitu Kasmah, Syafina fasya, Nurulaina fasya, Mohd hafizul, Suhaifaniza fasya dan Noratiqah fasya tahun 1432 H ini kerana Allah taala”, dan diterima serta lafaz amil memungut maka selesailah tanggungjawab saya membayar zakat fitrah ini.

Sempena pada hari raye ini...maka kepada semua anak-anak aku serta isteri ku..aku memohon maaf jika ada aku salah dan silap semasa menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Abah dan Suami...Kepada Sahabat dan kaum muslimim dan muslimah aku turut ingin memohon maaf....

Sempena raya ini juga aku tak lupa mengucapkan:

We should take the pledge that
Till our last breath we will fight all anti Malaysian agenda ,anti islam d national religion n for our country Malaysia. We will protect our country with all we have.
Happy 54th Malaysia Independence Day!! 31st August 2011

Merdeka yang hilang tinggal bayang

Belenggu dek media reka
Ditelan terus tanpa tanya


Dan dalam leka itu…
54 tahun telah berlalu…


Dan kita MENJERIT ...
Ini negeri kita
Tanah tumpah darah kita


Dan MEREKA berbisik ...
Ini negeri gua
Tanah tumpah darah gua


Akhirnya kita terjerat semula
Dibelenggu dan dijajah semua

Dari seluruh pelusuk alam

Dari luar dari dalam


Tanpa sedar ...
Tanpa isytihar ...


Wai J
Johor Baru

Ogos 13, 2011
DICATAT OLEH PESANAN KERAMAT

Rumusan dari aku pada sajak di atas: Merdeka yg hilang tinggal bayang

Dari tajuk aje confirm yg menulis ni pasti golongan yang hidup pada masa selepas era kemerdekaan. Siapa yang dianggapnya penjajah era ini...aku pun tak faham. Merdeka hilang betul ke? Hilang atau sengaja nak cari helah untuk menghina kerajaan, sistem raja dan perlembagaan serta agama islam sebagai agama persekutuan negara kita. Satu aje, kita takut golongan seperti ini goplongan keciwa yang kalah bersaing dengan orang lain...mula le nak salahkan kemerdekaan negara dan pemimpin sedia ada. Perkataan gua jelas menunjukkan pemikiran cetek yang jelas menunjukkan sikap iri hati dan sedikit perkauman. Ungkapan, "Dibelenggu media reka". Confirm ini dituju pada akhbar utusan malaysia dan lain-lain akhbar arus perdana seperti berita harian dan new straits times. sedar le media-media inlah bertungkuslumus memainkan peranan pada pencapaian kemerdekaan 54 tahun yang lalu. Satu lagi jelas ini bukan kata-kata penulis sebenar tetapi hanya ingin berpihak pada parti pembangkang yang sakit hati kerana masih tak dapat berkuasa sehingga hari ini. Apa media seperti Msian Insider, Msiakini, Harakah dan lain-lain tabloid pro pembankang boleh dianggap sebagai media BUKAN REKA....DaH le kalau kerana kegagalan kita tuduh pulak merdeka yang sedia ada telah hilang. Kerajaan sedia ada adalah pemilihan majoriti rakyat hari ini. Hormat le sikit pemilihan majoriti.
Aku saja tampal sampel sajak di atas bukan kerana mengkaguminya tapi hanya sebagai renungan. Aku tak kisah mana-mana parti menang..tapi yang penting mesti jd pilihan majoriti. Kalau tak dapat kemenangan itu tandanya kita masih tidak relevan di mata rakyat....usaha betul2 untuk kearah mencapai kejayaan dan satu lagi harus menerima hakikat kemerdekaan Malaysia tidak hilang...
Sekian salam merdeka dan selamat Hari Raya Aidilfitri






No comments:

Post a Comment