My home

28 July 2011

Untuk masyarakat atau untuk kepentingan poket dan kuasa

Lepas perhimpunan Bersih 9 07 2011. Timbul lak masalah biometrik n dakwat kekal. Masa Perhimpunan bersih ada NGO, kate kumpulan ni, mereka berdemo atas kapasiti badan bebas dan tak terlibat dgn pengaruh parti politik. Mereka semua nya mendabik dada mengatakan nak memperbaiki kekotoran demi kebaikkan rakyat. Bingai betul le parti-parti politik ni dan NGO2 ni. Rakyat Malaysia ada 23 juta orang....dan lebih 80 peratus adalah rakyat yang tak terlibat dengan mana2 arus parti politik samada BN atau PEMBANGKANG serta NGO.





Mereke ni hanya rakyat biasa yang mahu hidup senang dan tidak di ganggu oleh mana-mana pihak pun baik parti kerajaan, pembangkang atau NGO. Mereka golongan 80 % ni boleh terima sape je yang memerintah tapi yang penting boleh mengekalkan keamanan dan ekonomi yang jelas memberi manafaat pada mereka dan bakal anak2 cucu mereka. Orang politik tak kira le kerajaan atau pembangkang bagi aku same aje....nak menang pilihanraya dan memperolihi kuasa dan lepas tu pasti ada kuncu-kuncu mereka ni nak kembongkan poket mereka lak...dan sebab tu sibuk sangat nak buat demonstrasi bersih le, patriot le dan pihak polis mule le buat sekatan pada rakyat yang sebahagian besar ni tak berminat langsung dengan perhimpunan atau menghadiri perjumpaan parti politik peringkat bahagian atau cawangan sehingga semua jadi kucar kacir dan menyusahkan kerana mereka ini hanya bangun pagi dan bergerak kerana hanya memenuhi tuntutan hidup menyelesai masalah dan mencari mata pencarian atau berjalan untuk mencari sedikit ketenangan tapi terus diganggu dengan trafficjam, sekatan jalan raya dan sebagainya. Kadang-kadang masa nak pegi sembanyang pun diganggu oleh golongan parti berteriak TAKBIR dan sebagainya. Dah le, kalau nak politik pun buat je ditempat kamu sendiri aje.Jangan ganggu tempat awam dah le. Hari tu ada satu kawan aku cedera nak pegi hospital HKL pun tak berani kerana confirm akan menjejaskan suasana keinginan dirinya untuk berubat kerana lambakan ahli-ahli parti, polis dan NGO di KL kerana ada perhimpunan. Jadi dia terpaksa ke hospital Ipoh awal-awal lagi sehari sebelum itu, untuk mengelak masalah lain, selain menghadapi kesakitan kecederaan dirinya. Siapa yang menyusahkan rakyat yang iklas untuk hidup tanpa gangguan ini? , tetibe terpaksa berpenat ke Ipoh dari pekan Rawang ni dan menghabis duit aje kerana terpaksa ke ipoh dan bukan ke KL untuk berubat. Manusia ni bukan senang sangat, hanya seorang pekerja pegawai rendah. Pihak mana yang ada kesian kat dia..kerajaan, polis, parti pembangkang....sape pun tak kisah... Itu keluhan insan rakyat biasa ni....pada aku...dekat siapa dia nak mengadu...betul le kate Nabil..LU FIKIR LE SENDIRI dan SENDIRI MAU INGAT. 




Tibe2 je akhbar tempatan mula menyorak semula tentang SPR nak buat pembaharuan dengan melaksanakan amalan biometrik untuk PRU 13 nanti dan pihak tertentu pulak nak kan sistem penggunaan dakwat kekal. Hari-hari di tv dan surat khabar serta tabloid cetakan terhad parti-parti politik asyik menjadikan perkara berkaitan biometrik dan dakwat kekal sebagai perbincangan dan highlight tajuk muka depan. 


Aku ni rase hairan mengapa nak buang duit serta kos penyelenggaraan yang tinggi pada penggunaan biometerik dan sebagainya. Pihak SPR dan kerajaan kaya sangat ke? Dah le...bagus lagi guna punca kewangan yang berlebihan ni, itu pun jika kot ada , untuk kerja-kerja kebajikan demi kepentingan rakyat seperti projek mengelak banjir pada kawasan  mudah kena banjir atau menyediakan kewangan tambahan untuk pelajaran atau membaiki jalanraya diceruk rantau pedalaman Sabah atau Sarawak...kan lebih baik.


Tibe-tibe ada lak yang mendesak nak menggunakan dakwat kekal. Ada cerita-cerita yang mengatakan dakwat ni akan padam pada tempoh 4 hingga 5 hari. Tapi aku tak tau lah..betul atau salah. Tp bagi aku confirm dakwat tu pasti tak kan padam dalam tempoh 1 hari tu. Daripada 23 juta rakyat Malaysia ni ramai pasti tak kan gi mengundi kali ni kerana tak suke jari tangannya berdakwat pada tempoh yg lame. Dan yang pasti ada pulak yang rase dakwat tu menyulit pada perkara wuduk mereka, walau pun aku rasa dari segi hukum ianya tak menjejas aspek wuduk ...tp ape2 pun bagus tanya pada ustaz2 dan para ilmuan islam yang lebih arif pada hal ini. 

Tapi yang confirm mesti bilangan orang tak mau gi pengundi mesti ramai kerana faktor tangan mereka akan kotor dan jelas menunjuk pada orang lain mereka pergi mengundi. Di malaysia ni ramai golongan yang lebih suke tak mau bagi tau aktiviti peribadi mereka khususnya pada bab pergi undi  mengundi ni. Golongan gadis dan wanita cantik dan terlibat dengan kerje2 kecantikan seperti model, pelakon, pengendali kedai solek pasti tak suke  jari tangan mereka bertanda kerana ni pasti mengangggu urusan kerjaya mahu pun personaliti. Malah rakyat biasa macam aku yang tiada berkaitan dengan kerjaya atau personaliti pun mesti ada tak suke mengotorkan jari semata nak pegi mengundi. Yang baik bagi aku...pakai pensil 2B dan pangkah. Senang je tak menyusah mana-mana pihak mau pun rakyat macam aku ni.. Yang risau hanya parti-parti politik dan calon2 pilihanraya. Mereka ni tak kisah le  samada pro kerajaan atau pembangkang paling risau kerana takut kalah dan sentiasa berasa akan ditipu dengan mcam2 perkara seperti pengundi hantu, nama pimilih bertindih dan macam2 lagi yang sentiasa menjadi agenda mimpi ngeri mereka. Tapi yang sebenarnya mereka nak menang dan berkuasa dan pasti bercita-cita lepas tu nak jadi Dato, Tan Sri, Datin, dan juga nak jadi orang kaya dengan memiliki rumah besar, kerete besar dan macam-macam lagi. 90% calon menang pilihanraya tak kira le kerajaan atau pembangkang atau bebas sekalipun mesti jadi kaya...kalau tak kaya pun jadi orang senang sebaik saja menang pilihanraya ni.



Dah lah jangan le nak susahkan rakyat kerana mencari kepentingan diri. Poodah le dengan pilihanraya hampa konon nak bersih, jujur tp agenda sebenar ialah nak MENANG dan BERKUASA. Demonstrasi yang baru-baru ni menyusahkan rakyat biasa dan rakyat atas pagar saja. Yang pegi demonstrasi semuanya ahli parti yang teringin nak tumpang tuah parti masing-masing. Polis pun sibuk tangkap  sini, tangkap sana, bagi makan free kononnya baik...tp menggunakan duit sape. Operasi pencegahan demonstrasi confirm melibatkan penggunaan banyak duit...Buat ape membazir...bagus tolong rumah anak-anak yatim, rumah orang tua-tua atau sedekah je kat surau2 kampung yang aku lihat kadang-kadang sungguh daif malah ada rumah rakyat biase  yang perlu diberi bantuan..kan...kan itu lebih baik. 

Ada NGO bangga dengan pengerusi mereka yang kononnya, bijak, berhati mulia dan profesional kononnya bertanggungjawab pada rakyat dan ahli mereka untuk memohon pilihanraya yang telus. Ape hal NGO nak campur tanggungjawab SPR dan Parti Politik pada perkara pilihanraya. Lebih baik tolong rakyat yang perlu pembelaan tapi tak mampu kerana kekekurangan punca kewangan. Pergi buat bantuan buat kaunseling memajukan iltizam diri rakyat yang betul-betul daif pemikiran ilmiah. Pergi tolong salur kepakaran anda untuk masyarakat malaysia yang memerlukannya. Ape hal nak salahkan SPR...mereka ni hanya pengendali pilihanraya dan bukan pelaksana undang-undang. Mereka adalah rakyat biasa atau hanya kakitangan awam yang bekerja untuk mencari nafkah untuk hidup. Parti politik ada wakil di DUN dan Parlimen...bersidang le dengan baik...sama-sama fikir untuk kebaikan..Semua wakil ni di bayar juga dan please le buat kerja dengan baik dan merancang le undang-undang agar telus. Jangan asyik bertengkar kecoh je. Awak semua kan LAW MAKER..ape lak ajak rakyat bantu anda buat demonstrasi, konvensyen itu ini yang hanya berfokus kan kepentingan diri wakil-wakil rakyat tak kira samaada kerajaan atau pembangkang...yang mencari liabiliti diri sendiri.I'm so mad dengan golongan ni, kadang-kadang rasa menyampah pada semua ini. Pilihanraya ke 13 ni..buat macam biase je...pakai pangkah dengan pensil. Masalah tipu dan sebagainya...lantik le polling agent yang bijak dan cerdik dan buat le kawalan rapi pada setiap pengundi pada masa hari pengundian, Jika betul-betul bekerja dengan SMART pasti polling agent dapat mengelakan penipuan serta kesalahan pun dapat dapat dielakkan kan. Kalau ada penipuan buat bantahan berdasar fakta yang jelas dan tepat. Isyaallah masalah penipuan ini boleh dibendong ke peringkat yang kecil walau pun tak le sampai zerro defect. 

Wakil calon jgn tangkap muat sebarang orang aje untuk jd polling agent. Akibat tiada kemahiran pada pengawasan dan pemantauan tuduh orang itu, pihak ini menipu...tapi bila bab yang menunjuk bukti tak tahu pulak...Ini lah masalah parti politik, tanggungjawab kamu menjadi pemimpin dan pengawasan profesional pada pilihanraya kamu tak buat dengan betul...tibe-tibe kamu nak galas dileher rakyat Malaysia lak. Kamu asyik mengakui konon semua rakyat memyokong  kamu tapi yang sebenar hanya 10 hingga 20 peratus saje sokong kamu tp 80 peratus lagi berada diatas pagar mengharap satu penghidupan yang aman, senang dan tidak diganggu dek kerenah kamu.

oleh SAIFUL ANUAR SAFIAN






No comments:

Post a Comment