My home

22 May 2011

Epa pegi UITM Perak Sri Iskandar pada 21.05.2011

Semalam aku hantar  anak ke 4 aku ke UITM ke Seri Iskandar. Bertolak jam 6.25 padi dari Slim melalui jalan pesekutuan masuk ke Simpang atas pekan Sungkai untuk ke jalan Bidor Teluk Intan. Teruskan perjalanan dari situ ke arah bidor dan selepas Cold Stream masuk kanan melalui Jalan Chuicak hingga sampai ke pekan Langkap. Dekat situ ada simpang tiga dan ada lampu isyarat dan aku terus ke arah kanan ke petunjuk kearah Ipoh dan berjalan lebih kurang 3 hingga 4 min sampai ke simpang ke Kampung Gajah / Teluk Intan. Terus memandu melalui pelbagai kampung dan tak silap ada satu yang bernama Chenderong Balai...dan aku teruskan perjalanan sehingga sampai satu simpang yang menunjuk arah ke Kampung Gajah dan Sri Iskandar. Masuk terus ke simpang itu dan terus perjalanan hingga ke Kampung Gajah dan berhenti minum di satu kedai kopi di situ. Teruskan perjalanan pada simpang kearah Bota dan Sri Iskandar...Jarak dari situ ke Sri Iskandar lebih kurang 30 km. Melalui pelbagai pekan kecil seperti Lambor dan seterusnya Bota yang penuh sesak dengan orang ramai berbelanja pada pasar lambak yang diadakan betul-betul pada jalan utama pekan itu. Teruskan perjalanan hingga sampai ke persimpangan empat yang menunjuk arah ke Parit, Lumut bahagian kanan dan Ipoh / Sri Iskandar kiri. Ambil simpang sebelah kiri dan teruskan perjalanan ke Sri Iskandar..masa tu jam menunjuk jam 8.48 minit...Lebih kurang 8 minit memandu sampai le ke Kampus UITM Perak yang terletak disebelah kiri dan perlu buat U turn untuk ke UITM...sampai lebih kurang jam 8.55 minit dan terus ke Blog Cemara kolej Pasir Salak untuk membuat pendaftaran pagi itu...Selesailah kerja pendaftaran.


Jam 3.00 petang setelah makan dan epa masuk dewan makan kolej..maka aku pun pulang untuk ke Kampung Gajah dan singgah jumpa Iqah di MRSM Pasir Salak. Setelah makan bersama di salah satu waqaf di perkarangan asrama puteri di situ, aku pun pulang pada petang sabtu tu dan tiba di rumah pada jam 6.58 petang. Maka selesai le satu lagi tanggungjawab seorang insan yang bergelar bapa melaksanakan tanggungjawab memberi pendidikan pada anak- anaknya dimuka bumi Allah s.w.t.
Setelah seminggu aku dan keluarga teruskan perjalanan seterusnya. tapi kali ini pergi melawat peringkat kedua selepas orientasi atau kata orang dulu-dulu ragging. Anak aku Epa ni, mula rasa takut dan tidak begitu faham akan laluan ke fakulti ICT dan matematik untuk programnya dibidang sains kuantitatif yang melibatkan program matematik dan statistik di kampus cawangan ni. Dah lak tu, pada minggu orientasi tu cermin matanya pula pecah...jadi bertambah takutlah dia kerana tidak nampak dan untuk mengigati laluan. Adalah satu perkara yang sukar baginya dan kesian anak ku ni. Sampailah aku tengahari tu selepas solat jumaat di kawasan kolej pasir salak di blog cemara. Sesampai aku disitu maka jalan laluan kerete dipenuhi pelajar baru lelaki yang berbaris hingga menggangu pemanduan aku seketika. Aku talipon Epa dan katanya menunggu aku disatu kawasan kolej berhadapan dengan dewan makan kolej tapi tak pasti kolej ape. Aku mula le hairan kenape dia boleh tak tahu dan ini menjadi tandatanya.....untuk aku
Aku mula le memandu sambil melihat kesemua kawasan kolej yang ada disekitar kampus tapi wajah epa tetap aku tak nampak. Aku dah mula penat...dan akhirnya aku terpaksa minta bantuan dari seorang senior atau kakak facie....dan akhir aku jumpa le Epa dengan bantuan si kakak facie ni, Aku baru tahu Epa ni bukan takut hingga tak kenal laluan dan bangunan serta blok persekitaran kampus....tapi yang sebenarnya berlaku...dia tak gitu nampak kerana cermin matanya pee....caah di pijak rakan pada tika selepas sembahyang jemaah pada minggu orientasi dua tiga hari yang lalu. Aku pun pulang membawanya balik dan berhenti minum petang di kedai di Langkap sebelum teruskan perjalanan ke Chui Chak 




                                                  -Ni le Epa......

No comments:

Post a Comment