My home

06 March 2011

Satu tandatanya....betul ke mereka prihatin....

Aku ni betul-betul sangsi....Sejak pakai kereta dalam era 80an baru tahun 2011 ni ada saman ekor dan saman-saman pdrm dan jpj yang tersenarai dihubungkait dengan satu tambahan deraan dengan istilah senarai hitam dan akan tidak dibenarkan memperbaharui cukai jalan dan juga lesen. Ada sebilangan yang kena saman tak pernah melakukan kesalahan traffic seperti potong double line, melanggar lampu isyarat traffic dan lain-lain tapi terperangkap pada saman ekor melebihi had laju, dimana sebahagian besar di kawasan 60 KM atau 80 KM sejam. Yang sedihnya kadang-kadang peringatan hadlaju yang terpampang begitu uzur kerana cat dan terkelupas.
Ketika pentadbiran Dr Mahathir dulu saman ni memang ada tapi ianya tetap jadi kesalahan dimana pihak berkuatkuasa akan cuba merancang cara-cara pihak yang disaman membayar saman mereka. Sekarang ni ramai yang tak menjelaskan saman kerana angka saman yang dikeluarkan terlalu banyak...melebihi bilangan jumlah rakyat malaysia...jadi sukar pihak penguatkuasa cuba merancang memperolehi pembayaran saman dijelas oleh pesalah trafik dan saman yang dihadapi oleh seseorang itu terlalu banyak dan walaupun pengurangan diberi 50% jumlah saman masih mencecah RM500 hingga RM1500. Sebagai rakyat biasa yang mempunyai tanggungan yang baru menghadapi sesi persekolahan tanggal 10hb Mac 2011atau 28hb Februari masih merasai bebanan kewangan dan kesempitan wang akibat perbelanjaan persekolahan. Yuran sekolah sememangnya dihapuskan tapi pada haklikatnya adakah ianya benar-benar dihapuskan atau ada bayaran terlindung yang melebihi kadaran yuran sebenarnya. Sudahlah tu pembabitan kes saman ni memanglah sukar difahami dan pasti tidak ada seorang manusia suka disaman tapi ini kita rakyat sederhana terpaksa menerima tanpa boleh berkata apa-apa dan hanya akur pada ketetapan pihak berkuasa. Dalam kesukaran untuk membayar saman..tiba-tiba je ada pulak perkaitan senarai hitam pada proses pengeluaran cukai jalan dan lesen di sertakan bersama.. Saman mesti dijelaskan semua, baru boleh ambil lesen atau cukai jalan. Ini ke dinamakan perihatin atau ianya adalah ugutan agar kita menjelaskan saman untuk tidak menghadapi masalah cukai jalan dan pembaharuan lesen.
Zaman pentadbiran Dr Mahathir...semua ni tak de hehinggalah ke zaman Pak Lah jadi perdana menteri saman ekor memang dah ada tapi tak lah sampai tak boleh ambil cukai jalan dan lesen..  Ini nak selesai masalah atau tambah masalah rakyat... Semua orang nak BAYAR SAMAN TAPI KALAU DUIT TAKDE MACAM MANA NAK BAYAR...ada ke cara mudah difikirkan oleh pihak berkuasa untuk meringan beban ini...seperti amaran pertama, kedua atau bayaran secara ansuran dianjurkan...kan kata kerajaan kita mengutamakan rakyat....Kerajaan oh kerjaan...rakyat ni kalau terlalu banyak tersekse dengan masalah harga barang yang melambung, kadar toll yang tinggi, harga minyak tinggi kerana tiada subsidi dan yang terbaru kes
saman ekor yang sungguh membebankan dan terus diugut dengan senarai hitam oleh JPJ untuk urusan pembaharuan ROADTAX dan LICENCE...tak hairan orang-orang terlalu tertekan ini dan yang berada diatas pagar ini akan membuat percaturan yang sewajarnya satu hari nanti. Ingatlah...sebelum terlewat....

1 comment: