My home

08 February 2011

sembang-sembang kosong pagi Isnin 7hb februari 2011.

Atiqah anak aku yang bongsu, memulakan pengajian tingkatan 4 bermula hari ini di MRSM Pasir Salak. Kami terbangun lewat kerana terlewat tidur malam sebelumnya. Ini kerana memgemas barang dan dokumen berkaitan urusan esok. Ape lagi terpaksa le tidur jam 2.15 pagi...dan jawapan sembanyang subuh pagi ni di buat  secara qador le.. Jam 8 lebih baru berangkat...sepangjang perjalanan berlaku sedikit pertengkaran dalam keluarga sesame sendiri...ini berikutan kerana masalah bangun lewat dan terpakse pergi mendaftar agak lewat sikit. Jadi ape nak buat...90 % seoalah-olah kesalahan aku.
Sampai di Kampung Gajah jam 10.45 pagi terus pergi ke dewan untuk tujuan pendaftaran. Tapi kali ni aku tak buat tapi aku serah tugas pada anak aku sendiri dan ditemani oleh kakaknya pergi mendaftar..dan aku bersama anak lelaki ku yang masih bercuti sem kerana cuti winter di BFSU Beijing China pergi menghantar barang ke tingkat 4 Wing B Asrama Puteri di bilik 324..Tinggi nya mengeluh aku....Dulu-dulu ketika aku naik tingkat 3 dan 4 sambil memikul beg berat 18 hingga 20 kilo menjadi perkara biasa je...sebab pernah naik masa mendaftar anak di matrikulasi perak 6 tahun dulu...naik tingkat 3 di uitm intect di shah alam 5 tahun dulu. Masa naik tingkat 3 di mrsm kepala batas dan merbok 3 tahun dulu...masa tu semua ok dan tak rase penat langsung dan  biase je. Tapi kes semalam sungguh berlainan sekali...ape taknya naik saja tecunggap2 dan terpaksa rehat sebanyak 3, 4 kali sebelum sampai ke tingkat 4. Ini jelas menunjukkan bahawa aku dah tak bertenaga lagi...sebab dah mula ke era 50an ++. Ya allah ya tuhan ku...moga engkau perolehkan kesihatan dan kejernihan hidup diperingkat umur tua ku ini.
Selepas tu aku keluar sendiri ke pekan Kampung gajah dan makan tengahari kerana terlalu penat aku rasakan hari ini. Selepas itu pergi isi minyak dan terus ke masjid kampung gajah dan buat solat jamak qasar...dan pulang semula dengan menyusur melalui jalan tanjung tualang terus ke asrama mrsm pasir salak itu. Aku pun rehat dan tiba-tiba anak aku talipon mengatakan semua  urusan yuran dan pendaftaran telah pun selesai..lega aku rasekan kerana tak payah lagi sibuk-sibuk pada hal begini lagi...dan aku mula sedar bahawa semua anak-anak aku telah dewasa kerana ini pendaftaran untuk anak bongsu aku yang akan mula pengajian di tingkatan 4. Sebaik saje semuanya dah selesai aku membawa anak-anak aku ke kedai makan untuk makan tengahari di kg gajah. aku tak makan hanya makan jelly kelapa dan minum teh tarik je. Lepas tu bagi duit poket pada noratiqah dan tambahkan topup untuk handphonenya sebelum pulang semula ke ke asramanya. Tengah2 jalan baru sedar anak aku, tertinggal fail pendaftaran dan fail peribadinya...nak berpatah balik dah sampai kat Bidor...Jawapan tak hantarlah fail2 berkenaan....dan bila sampai ke slim maka perjalanan terpaksa diterus ke tg malim kerana nak ambil printer yang dibaiki dekat kedai BHL...tp sesampai disana dimaklumkan belum siap...penat je n tanpa fikir terus balik n sampai di rumah jam 6.15 petang...hingga disini my sembang-sembang kosong...bersambung lagi  pada tajuk...Sembang2 Kosong episod ke 2

No comments:

Post a Comment