my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

04 December 2013

Bukan naikkan tarif elektrik, tapi sepatutnya kerajaan buat sesuatu untuk memenangi hati rakyat


Setelah selesai PRU ke 13,  sepatutnya kerajaan buat sesuatu untuk memenangi hati rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kita sedia maklum golongan inilah yang merupakan majoriti rakyat Malaysia. Aku aku tertarik dengan pendapat seorang pembaca pada isu kenaikkan tarif elektrik yang akan berkuatkuasa mulai 1hb Januari 2014. Aku paparkan pendapatnya dibawah ini. Apa salahnya kerajaan beri perhatian pada perkara ini. Aku yakin BN akan terus berkuasa untuk PRU 2014  jika kerjaan beri perhatian pada perkara sebegini rupa demi mengawal selia kesusahan rakyat tidak terus terbeban dengan masalah kenaikkan harga barang dan perkhidmatan yang sungguh membebankan.

Berikut ialah beberapa usul yang saya rasa kerajaan BN terutama PM kita, Dato’ Seri Najib perlu berikan perhatian dan saya rasa kerajaan BN mampu lakukannya. In syaa Allah, ianya akan memberikan kebaikan kepada rakyat terutama rakyat bawahan.

1. TURUNKAN HARGA TOL BAGI LEBUHRAYA DI MALAYSIA
Cadangan Pakatan Rakyat(PR) untuk menghapuskan tol dalam manifesto mereka benar-benar memikat hati rakyat. Jenuh bagi kami, penyokong-penyokong BN untuk menjawab persoalan ini. Bermacam-macam alasan yang direka demi untuk memuaskan hati orang-orang PR yang bertanya. Saya rasa, kalau BN tak dapat nak menghapuskan tol, apa salahnya dikurangkan harga tol. Walaupun sebelum ini telah ada program yang sedemikian, ianya telah tamat dan tempoh laku diskaun harga tol pula hanya sah untuk tempoh dari pukul 12 tgh malam hingga 6 pagi sahaja. Bagi saya, kalau begini syaratnya, ianya seolah-olah seperti macam ‘tak nak bagi’. Waktu ‘perjalanan berdiskaun’ tersebut bukanlah waktu yang sesuai untuk melakukan perjalanan. Tidak berbaloi untuk risiko mengantuk dan risiko kemalangan yang dihadapi.
SAYA CADANGKAN SUPAYA TARIFF TOL DITURUNKAN SEBANYAK 50% DAN KEKAL. Maksudnya tiada kenaikan dari segi tariff tersebut di masa yang akan datang. Rakyat tahu PLUS dan lain-lain syarikat konsesi lebuhraya mendapat keuntungan yang sangat besar setiap tahun. Dalam PRU14 nanti akan ada 2 kemungkinan iaitu syarikat-syarikat ini kurangkan untung, tapi masih boleh beroperasi dan BN masih dipilih; atau, PR menang, tol dihapuskan langsung syarikat ini hancur.

2. TURUNKAN HARGA TARIFF ELEKTRIK
Elektrik adalah keperluan asas rakyat. Tetapi, harga tariff elektrik adalah membebankan. Setiap tahun kita boleh saksikan pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersama CEOnya duduk tersenyum mengumumkan keuntungan yang bernilai berbillion-billion Ringgit Malaysia, seolah-olah mereka sangat pandai menjalankan perniagaan. TNB sepatutnya bertindak sebagai penyedia perkhidmatan yang berkonsepkan rakyat, bukannya syarikat koperat yang mementingkan keuntungan semata-mata. TNB sendiri dimulakan dan didirikan dari wang rakyat, maka sepatutnya rakyat mendapat menafaat dari penubuhan TNB, bukannya sengsara dengan bil dari TNB.

Rakyat tahu akan kesan Penyedia Kuasa Bebas (IPP) kepada perbelanjaan TNB. Jadi, saya memohon kerajaan kajilah balik perjanjian IPP dengan TNB. Jangan hanya kerana nak jaga kroni-kroni, maka suara kami tidak dipedulikan.
Saya sangat pelik dengan cara pengurusan TNB ‘menjaga’ paras keuntungan TNB. Dalam perniagaan, secara asasnya, UNTUNG = PENDAPATAN – KOS. Bila saja terdapat kenaikan harga bahan api yang melibatkan KOS, maka secara tak langsung, UNTUNG akan berkurangan. Jadi untuk memelihara margin UNTUNG, maka pengurusan membuat keputusan untuk menaikan paras PENDAPATAN melalui kajian semula tariff. Semudah inikah cara pengurusan TNB? Penat saya setiap kali saya membaca berita pengumuman kenaikan tariff serta alasan-alasan yang diberi bagi menjastifikasikan kenaikan tersebut. Pengurusan TNB sepatutnya kena berfikir dengan lebih jauh seperti melakukan projek-projek inovasi yang bersifat MENAMBAH PENDAPATAN & MENGURANGKAN KOS.

Secara mudah, TNB tidak akan mengahadapi masalah besar kerana TNB adalah PENYEDIA TUNGGAL dalam perkhidmatan ini. TIADA SAINGAN. Jadi, TNB ambillah untung sekadar yang perlu untuk menampung kos operasi, janganlah pada kadar melampau hingga berbillion-billion Ringgit Malaysia yang akhirnya rakyat yang menerima padahnya.

3. BR1M
Saya amat kagum dengan idea dan konsep BR1M. Program ini sedikit sebanyak membuka hati rakyat dan dapat ‘membeli’ perhatian mereka kepada pimpinan Kerajaan BN. Sebenarnya, pihak pembangkang sangat takut akan program BR1M ini, kerana ia dilihat mempunyai impak besar di kalangan rakyat bawahan yang berpendapatan rendah sehingga pemimpin mereka yang berlatar belakang pendidikan Islam dan bertaraf ulama pun sanggup memberi perumpamaan binatang ‘ayam’ dan ‘lembu’ kepada penerima BR1M demi untuk mendapatkan perhatian rakyat dan menghina program yang baik ini. Dan sebenarnya, kebanyakan rakyat yang menerima BR1M sangat berbesar hati dan bersyukur. Di sini saya nampak BR1M sebenarnya boleh dijadikan BANTUAN BULANAN, bukannya secara tahunan seperti sekarang. Ianya boleh dilakukan dengan pelbagai cara antaranya ialah salurkan semua subsidi-subsidi kerajaan kepada BR1M ini.

Pada pandangan saya, subsidi-subsidi yang kerajaan sediakan kepada rakyat seperti subsidi petrol, subsidi beras, subsidi gula, subsidi minyak masak, subsidi gas masak dan lain-lain TIDAK dinikmati secara MAKSIMUM dan ADIL oleh golongan rakyat bawahan. Subsidi-subsidi tersebut akan hanya dinikmati jika rakyat bawahan ini membuat pembelian. Tetapi, jika tiada duit dalam tangan, bagaimana pembelian dapat dilakukan dan seterusnya menikmati subsidi tersebut. Tapi, bagi golongan yang berpendapatan tinggi, tiada masalah untuk mereka berbelanja kerana mereka sememangnya MAMPU dan ditambah dengan subsidi menjadikan mereka LEBIH dari MAMPU.

HAPUSKAN SAJA SUBSIDI-SUBSIDI INI. Biarkan rakyat bayar pada harga pasaran. Dan salurkan BANTUAN TERUS kepada golongan sasar. Secara rasionalnya, rakyat bawahan ini mewakili majoriti rakyat. Jika mereka senang, kerajaan pun senang. Rakyat tidak tuntut banyak benda seperti kaum CINA yang telah dimanjakan secara berlebihan, cuma mengharap agar kerajaan dapat meringankan beban.

Anggaran kasar jumlah subsidi yang dibelanjakan oleh kerajaan ialah RM30 billion setahun. Jika jumlah ini dibahagi kepada 5.369juta orang penerima BR1M, mereka boleh mendapat RM460 sebulan. Ianya bukan jumlah yang sedikit bagi yang berpendapatan rendah.

Mekanisme mensubsidikan barangan keperluan bukanlah langkah yang adil kerana yang berkereta Ferrari dan Porche juga mendapat bantuan sama seperti rakyat yang bermotosikal buruk.

Untuk mengelakkan salahguna pemberian tersebut, jika kerajaan tidak mahu memberi wang tunai, kerajaan boleh melakukan pemberian tersebut dengan baucer yang rakyat boleh gunakan di kedai rakyat 1Malaysia atau di Tesco, sebagai contoh.

4. PENGAGIHAN PEMBANGUNAN NEGARA SECARA RATA
Kita dapat perhatikan pembangunan yang berlaku dalam Malaysia adalah sangat tidak sihat, samada dari sudut ekonomi dan juga sosial. Pembangunan lebih dan masih tertumpu di kawasan yang telah sedia SESAK seperti LEMBAH KLANG, JOHOR BAHRU dan PULAU PINANG. Kesan-kesan ketara ialah wujudnya persaingan dalam merebut ruang tanah untuk tujuan komersial dan kediaman. Bila wujud permintaan yang tinggi, secara tak langsung harga hartanah akan meningkat naik sehingga di luar kawalan dan mengakibatkan rakyat bawahan biasa tidak mampu. Akibatnya mereka yang tidak mampu perlu mencari alternatif lain seperti menyewa di kawasan yang lebih murah, tetapi pada jarak yang lebih jauh. Apabila jarak jauh, mereka perlu berbelanja lebih untuk petrol dan mengorbankan lebih masa bagi perjalanan pergi balik ke tempat kerja.

Sebagai contoh, di Pulau Pinang, banyak syarikat besar beroperasi di bahagian pulau seperti di Bayan Baru dan Bayan Lepas. Dan sebahagian besar pekerja terutama pekerja kategori bawahan adalah mereka yang tinggal di tanah besar. Ini menyebabkan Jambatan Pulau Pinang sentiasa sibuk dan sesak ketika waktu pergi dan balik kerja. Banyak masa terbuang di atas jalan dan jambatan saja.

Cadangan saya, apa kata Kerajaan Pusat mengesyorkan supaya sebahagian dari syarikat2 tersebut, terutama yg dalam bidang pembuatan untuk mengalihkan operasi mereka ke tanah besar, samada ke KULIM atau SEBERANG PERAI UTARA/SELATAN atau SUNGAI PETANI atau PERAK UTARA. Kerana, sebahagian besar pekerja sememangnya datang dari kawasan-kawasan yang dinyatakan di atas dan mereka berulang alik setiap hari kerana kekurangan peluang di kawasan sendiri. Dengan fasiliti perhubungan lebuhraya yang baik, isu pengangkutan untuk penghantaran barang-barang ke pelabuhan atau lapangan terbang dirasakan tidaklah menyusahkan dan membebankan.
Dari satu sudut, banyak kebaikan yang kita boleh perolehi.
Antaranya ialah:
4.1) mengurangkan kesesakan lalulintas yang akan menjurus kepada lebih masa untuk diluangkan bersama keluarga
4.2) perumahan lebih selesa dapat dibangunkan. Kalau kita rujuk contoh yang sedia ada sekarang, kebanyakan perumahan yang berada dikawasan berkepadatan tinggi adalah apartment yang berpuluh-puluh tingkat tingginya. Apa kualiti hidup yang ada untuk mereka yang tinggal di kawasan seperti ini? Bersesak untuk keluar dan masuk ke kawasan kediaman ketika waktu puncak, masalah sosial anak2 muda, tiada kawasan riadah yang mencukupi dan bermacam-macam lagi.

Jika kerajaan perlu pindahkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke tanah besar, apa salahnya ianya dilakukan? Terus terang saya katakan, tindakan kerajaan membina Jambatan Kedua dan ditambah dengan cadangan Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk membina terowong antara tanah besar dan Pulau Pinang tidak lebih dari analogi sebuah bas mini. Bas mini tersebut telah penuh padat dengan penumpang, tetapi apa yang tuan punya bas tersebut lakukan ialah menambah pintu bagi tujuan memudahkan keluar masuk. Tetapi masalah bas mini tersebut ialah penumpang yang telah berada atas bas tersebut tidak mahu turun kerana itu saja bas yang ada. Jika pemilik syarikat bas dapat menambah bilangan bas, mungkin masalah penumpang yang padat dapat di atasi. Sama juga masalah penumpuan pembangunan ekonomi yang tak sekata.

5. BERI PERHATIAN KEPADA MANIFESTO PAKATAN RAKYAT
Lagi satu, kita boleh lihat manifesto PR, ada banyak perkara yang menarik perhatian rakyat. Kami, para penyokong BN sendiri pun hampir tergugat dengan tawaran-tawaran yang diberikan. Apa salahnya pihak Kerajaan BN kaji dan selidik tentang manifesto mereka. Yang mana boleh laksanakan, laksanakanlah. Kalau tak boleh 100%, buatlah seberapa persen yang tertanggung oleh pihak kerajaan. Walaupun pihak PR akan mendabik dada mengatakan pihak kerajaan MENIRU mereka, biarkan. Hanya yang taksub saja yang perasan benda-benda seperti ini, dan majoriti rakyat yang lain akan BERGEMBIRA dengan apa yang akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Saya pasti, jika ini dilakukan, pihak BN tidak perlu bekerja keras untuk PRU14, hasil kerja yang baik akan berkempen bagi pihak BN dengan sendirinya. Umpama barangan yang mempunyai kualiti yang baik, ia tidak perlu pengiklanan yang hebat, cukup sekadar sebaran dari mulut ke mulut. Secara peribadi, saya kasihan tengok PM Dato’ Seri Najib dan jentera parti bekerja keras. Dibanding dengan hasil yang diperolehi, rasanya tak berbaloi.

6. PINDAHKAN PERKHIDMATAN PAKAR KESIHATAN DARI HOSPITAL BESAR PULAU PINANG KE TANAH BESAR
Buat masa sekarang, segala perkhidmatan kesihatan yang melibatkan PAKAR di wilayah utara, pesakit-pesakit perlu mendapatkannya di Hospital Besar Pulau Pinang, yang berada di bahagian Pulau. Kenapa perkara sebegini perlu berlaku?

• Di bahagian Pulau sendiri sudah terdapat BANYAK hospital swasta yang mempunyai pakar.
• Penduduk di bahagian PULAU yang majoriti kaum China yang tidak menyokong BN TIDAK MEMERLUKAN perkhidmatan pakar kesihatan di hospital milik kerajaan. Mereka lebih selesa memilih hospital swasta seperti Hospital Loh Guan Lye, Island Hospital, Hospital Glenneagle, Hospital Adventist dan lain-lain, kerana mereka mampu. Sedangkan orang2 kampung MELAYU yang menyokong UMNO dan BN yang berada di tanah besar terpaksa bersusah payah pergi ke bahagian pulau untuk menjumpa pakar2 berkenaan.

Cadangan saya ialah supaya kerajaan memindahkan semua perkhidmatan pakar yang terdapat di Hospital Pulau Pinang ke Sungai Petani. Jadikan ianya HOSPITAL PAKAR WILAYAH UTARA atau rebrand sebagai HOSPITAL PAKAR TUN DR. MAHATHIR (HPTDM)sebagai menghargai jasa Bapa Pembangunan Malaysia.
Sungai Petani adalah lokasi yang paling sesuai kerana:

Ø Ianya terletak di tengah-tengah wilayah utara.
Ø Sungai Petani mempunyai hospital lama, yang mana kemudahan bangunan masih lagi ok.
Ø Jika perlu bangunan baru sekali pun, kawasan tapak hospital lama memadai untuk kegunaan Hospital Pakar Tun Dr. Mahathir.
Ø Kos sara hidup dan kos pemilikan rumah yang secara relatifnya masih murah boleh memberi manafaat kepada doktor2 pakar serta kakitangan sokongan untuk menikmati hidup yang lebih selesa berbanding dengan kehidupan di Pulau Pinang.
Ø Disamping itu, HUSM (Penyelidikan) yang berada di Bertam, AIMST yang berada di Sg. Petani dan beberapa kolej perubatan lain yang berada dalam Koridor Utara boleh mengambil peluang untuk mengadakan usahasama dengan HPTDM.
Ø Institut Jantung Negara (IJN) juga boleh mengadakan perkhidmatan franchise di bawah bumbung HPTDM.

 Jadi rakyat sebelah utara yang mempunya masalah jantung tidak perlu lagi bersusah payah untuk ke IJN Kuala Lumpur.

In Syaa Allah ….. sekiranya rakyat dimudahkan hidup mereka, sokongan mereka kepada kerajaan akan kekal dan meningkat. Inilah masanya kerajaan mengambil kira golongan yang benar-benar menyokong UMNO, bukannya BANGSA YANG TIDAK MENGENANG BUDI.


saifulfromslim

08 November 2013

Penambaikkan 81 Skim Perkhidmatan yang bermula November 2013....MANA SATU YANG BETUL

Penambaikkan baikkan 81 Skim Perkhidmatan yang bermula November 2013....MANA SATU YANG BETUL

Pada 25 Oktober PM umumkan, 4 perkara berhubung Penambaikkan  81 Skim Perkhidmatan yang bermula November 2013

1) Lantaran pada petang ini, sukacita saya mengumumkan pula, bahawa Kerajaan juga bersetuju  menambahbaik sebanyak 81 skim perkhidmatan dari pelbagai peringkat mulai bulan November ini.

2) Pada bulan Ogos lalu, sebelum menjelangnya hari Lebaran Aidil Fitri, bayaran bantuan khas kewangan sebanyak 500 ringgit dan 250 ringgit, masing-masing telah dibayar kepada penjawat awam dan pesara.

3) Hari ini pula, sukacita saya mengumumkan, untuk meringankan lagi beban golongan pesara, Kerajaan akan memberi bayaran khas kewangan sebanyak 250 ringgit.

4) Kepada para penjawat awam janganlah bimbang, apa yang ditunggu sudah pun tiba. Saya dengan ini mengumumkan bonus sebanyak setengah bulan gaji  bagi tahun 2013, dengan bayaran minimum 500 ringgit. Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal bulan Januari 2014.

Yang terbaru, Pekeliling berkaitan penambahbaikkan telah pun diedarkan melalui portal emoe...

Yang jelas, grade pada 81 skim telah pun dibuat, Berlaku perubahan pada skim dan nama skim pada yang berkaitan. Beberapa perkara utama dijelaskan, iaitu:

1. Indeks Jadual Gaji Minimum - Maksimum Perkhidmatan
Awam Malaysia

2. Jadual Gaji Minimum - Maksimum Skim Perkhidmatan
Berkuat Kuasa

3. Indeks Jadual Gaji Minimum - Maksimum Perkhidmatan
Awam Malaysia (Khas Untuk Penyandang)

4. Jadual Gaji Minimum - Maksimum (Khas Untuk
Penyandang)

5. Borang Senarai Pegawai Yang Kekal Berada Di Gaji
Khas Untuk Penyandang

6. Contoh Kaedah Pemindahan Gaji

Selain dari itu aspek pelaksanaan juga dijelaskan

PELAKSANAAN:

  • Penambahbaikan Struktur JGMM 
  • Pegawai Yang Layak 
  • Pegawai Yang Tidak Layak 
  • Kaedah Pemindahan Gaji 
  • Pergerakan Gaji Tahunan 
  • Tarikh Pergerakan Gaji 
  • Elaun Dan Kemudahan 
  • TARIKH KUAT KUASA 
  • PEMAKAIAN 
  • PEMBATALAN 

Bila tengok Jadual Gaji pada pekeliling berkenaan, nampaknya macam biasa saja seperti gaji yang sedia kita terima dan hanya akan berlaku perubahan mengikut tarikh kenaikan gaji pada 2014 samada bulan Januari, April, Julai atau Oktober. Kadar perubahan kadar kenaikan gaji tahunan juga telah kita ketahui.

Hanya yang nampak perubahan dan tambahan pada pegawai yang berlaku perubahan gred pada tahun 2013, seolah-olah ada sedikit perubahan atau nilai tambah amoun pada November 2013. Itu pun kita tak pasti struktor perubahannya. Tanya kat kerani kewangan...diorang pun masih macam tak pasti.

Yang betul-betul nampak jelas dalam pekeliling terbaru ini ialah Jadual Gaji Minima dan Maksima dipaparkan yang mana sebelum ini kita tidak ketahui.

Tiba-tiba aku terbaca dari satu blog berhubung penambahbaikkan skim perkidmatan ini. Aku bertambah tak faham dan macam bertambah keliru dengan menjadi satu tanda tanya....MANA SATU YANG BETUL nie. Saudara2 boleh baca catatan yang aku baca itu...betul atau salah aku tak tahu.....


Bahan yang aku baca:

Terbaru, menerusi sebuah portal daripada 1.4 juta kakitangan awam, sejumlah 600,000 penjawat awam akan terlibat sama akan menerima “durian runtuh” apabila bakal menerima kenaikan gaji kakitangan awam naik yang mana akan melibatkan 81 skim perkhidmatan awam kesemuanya. Antaranya :
Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik 2 Tangga Gaji : Senarai Skim?
1.     Pembantu Kawalan Trafik Udara
2.     Pemandu Lokomotif Sabah
3.     Pereka
4.     Pegawai Kebudayaan
5.     Ahli Fotografi
6.     Jurusolek
7.     Pegawai Galian
8.     Pegawai Kimia Bumi
9.     Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/Kaji Bumi)
10.   Penolong Pegawai Galian
11.   Penolong Pegawai Kimia Bumi
12.   Pembantu Galian
13.   Pembantu Kaji Bumi
14.   Pegawai Makmal Filem
15.   Penolong Pegawai Makmal Filem
16.   Pembantu Makmal Filem
17.   Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
18.   Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
19.   Pensyarah Perubatan
20.   Pensyarah Pergigian
21.   Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/
22.   Penolong Pegawai Latihan Vokasional/
23.   Pegawai Latihan Vokasional
24.   Pengajar Kraf
25.   Pembantu Pertanian
26.   Pembantu Veterinar
27.   Renjer Hutan
28.   Pengajar Membalak
     29.   Pengawas Hutan
30.   Pembantu Hidupan Liar
31.    Pembantu Hidupan Liar Rendah
32.   Tukang K1
33.   Tukang K2
34.   Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah
35.   Operator Loji
36.   Pekerja Awam Khas
37.   Pekerja Awam
38.   Penyelamat
39.   Pelukis Pelan
40.   Juruteknik Landskap
41.   Juruteknik
42.   Juruteknik Ukur
43.   Juruteknik Perancang Bandar dan Desa
44.   Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera
45.   Penguasa Bekalan Air
46.   MerinyuTali Air
47.   Pegawai Perhubungan Preman
48.   Penyelia Jeti
49.   Penghantar Notis
50.   Pembantu Kamera
51.   Pemandu
52.   Pemandu Kenderaan
53.   Pembantu Am Pejabat
54.   Pengurus Stesen
55.   Penyelia Jurupakaian
56.   Peniup Kaca
57.   Pegawai Khidmat Pelanggan
58.   Pengawas Pemulihan
59.   Pegawai Penerbitan
60.   Penolong Pegawai Penerbitan
61.   Pembantu Penerbitan
62.   Operator Kamera Offset
63.   Pembuat Plat
64.   Penolong Operator Kamera
65.   Penolong Pegawai Penyelidik Sosial
66.   Pembantu Penyelidik Sosial
67.   Pengurus Asrama
68.   Penolong Pengurus Asrama
69.   Penyelia Asrama
70.   Penolong Pegawai Tadbir Tanah
71.   Pembantu Tadbir Tanah
72.   Pegawai Pemeriksa Paten
73.   Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera)
74.   Pembantu Pemuliharaan
75.   Jurulatih Kawad
76.   Pembantu Wartawan/Wartawan
77.   Atendan Kesihatan
78.   Penolong Pegawai Penaksir
79.   Pegawai Aktuari
80.  Pegawai Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
81.   Askar Laskar Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia


Senarai 81 skim seperti di atas termasuk dalam Bajet 2014 yang mana anda semua akan mula menrima surat tawaran opsyen bermula November 2013 ini. Nantikan…..
Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik & Kenaikan Gred
November 2013 : Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mula dikeluarkan. Mula terima surat tawaran opsyen bagi kenaikan gaji & gred kakitangan awam daripada ketua jabatan masing-masing
Disember 2013 : Penjawat awam perlu beri jawapan. Terima atau tidak.
Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik & Kenaikan Gred 2013 : Initpatinya?
·         kenaikan taraf skim perkhidmatan gred 1 hingga 10 kepada gred 11
·         pemberian dua tambahan kenaikan mata gaji
·         pertukaran nama beberapa skim seperti diminta Cuepacs dan kesatuan berkaitan
Jika skim anda belum tersenarai lagi untuk menerima kenaikan gaji dan gred dalam tempoh terdekat ini, Cuepacs Malaysia sedang berusaha keras untuk membolehkan lebih banyak skim menerima tempias penambaikan dan kenaikan.
Termasuklah Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta pihak berkuasa tempatan.
Skim-skim yang lain tetap akan ada harapan untuk menerima berita kenaikan gaji selepas ini. Nantikan berita gembira tersebut tidak lama sahaja lagi. Apa kata penjawat awam mengenai berita kenaikan gaji yang terbaru ini?
Dah baca...dan kita tunggu sajalah....MANA SATU YANG BETUL



saifulfromslim

01 November 2013

81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baikkan, akan menerima surat tawaran opsyen itu bulan ini.

81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baikkan, akan menerima surat tawaran opsyen itu bulan ini.




PUTRAJAYA - Lebih 600,000 penjawat awam yang terlibat dalam 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik di bawah Bajet 2014 akan menerima surat tawaran opsyen itu bulan ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, mereka perlu memberi maklum balas dalam tempoh sebulan daripada tarikh surat itu dikeluarkan oleh ketua jabatan masing-masing.

Menurutnya perjumpaan dengan bahagian sumber manusia di semua agensi dan kementerian terlibat untuk memberi maklumat terperinci berhubung penambahbaikan itu akan diadakan secepat mungkin.

Bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Cuepacs mengenai skim itu di sini hari ini, Mohamad Zabidi berkata mereka yang tidak bersetuju dengan opsyen itu akan kekal dalam skim atau jawatan asal.

"Antara penambahbaikan itu ialah kenaikan taraf skim perkhidmatan gred 1 hingga 10 kepada gred 11, pemberian dua tambahan kenaikan mata gaji dan pertukaran nama beberapa skim seperti diminta Cuepacs dan kesatuan berkaitan," katanya.

Mohamad Zabidi berkata, penambahbaikan itu adalah sejajar dengan kerja keras penjawat awam pada masa kini yang bekerja dengan cepat, tepat dan produktif.

Berikutan penambahbaikan terhadap 81 skim perkhidmatan itu, beliau berkata jumlah skim perkhidmatan sedia ada dapat dikurangkan daripada 274 kepada 249 skim bermula 1 Jan 2014.

Sebelum ini, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, kesatuan sekerja yang terlibat dalam penguatkuasaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta pihak berkuasa tempatan mengemukakan memorandum penambahbaikan skim perkhidmatan masing-masing kepada kerajaan.

Sementara itu Omar berkata, skim-skim lain yang tidak termasuk dalam 81 skim yang ditambahbaik itu masih mempunyai harapan untuk mendapat peluang yang sama.

"Untuk skim yang lain, kami sedang berunding," katanya. – Bernama


Pekeliling mengenai 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik di bawah bajet 2014 akan dikeluarkan bulan depan

KUCHING, 28 Okt (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata satu pekeliling mengenai 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik di bawah bajet 2014 akan dikeluarkan bulan depan untuk penjawat awam yang diberikan peluang dari segi peningkatan gred jawatan.

Beliau, yang turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang bersetuju mengadakan kajian semula skim perkhidmatan awam berkata, ia telah sampai ke peringkat akhir setelah melalui satu proses ketat untuk mendapatkan persetujuan.

"Semua skim ini kita buat kajian semula dengan melibatkan semua. Kita bermesyuarat dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), persatuan yang terlibat, semua ketua jabatan dan ketua setiausaha negara," katanya kepada pemberita selepas perasmian persidangan serantau Persatuan Pentadbiran Awam dan Pengurusan Komanwel (Capam) 2013.

Persidangan itu dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala di sini Isnin.

Ali berharap penjawat awam yang menerima surat tawaran akan mempertimbang dengan baik perubahan skim masing-masing, yang dilaksanakan daripada pelbagai peringkat mulai depan depan.

Ali, yang juga naib presiden Capam, berkata persidangan serantau itu yang merupakan forum multilateral mengenai pentadbiran awam dalam kalangan negara Komanwel, akan diadakan di Kuala Lumpur tahun depan selepas Kuching, yang dihadiri 336 peserta, yang terdiri daripada anggota Capam dari 15 negara Komanwel, termasuk Malaysia - Bernama

saifulfromslim

26 October 2013

KALENDER CUTI UMUM TAHUN 2014 & Takwim Penggal Persekolahan bagi Sekolah-sekolah

KALENDER CUTI UMUM TAHUN 2014

Tarikh
Hari
Cuti
Negeri
JANUARI
  http://saifulfromslim. blogspot .  com
1 Januari
Rabu
Tahun Baru 
Semua Negeri Kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Januari
Selasa
Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)
Semua Negeri
14 Januari
Selasa
 Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Negeri Sembilan
17 Januari
Jumaat
Hari Thaipusam
Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor
19 Januari
Ahad
Hari Keputeraan Sultan Kedah
Kedah
31 Januari
Jumaat
Tahun Baru Cina
Semua Negeri
FEBRUARI
1 Februari
Sabtu
Tahun Baru Cina (Hari Kedua)
Semua Negeri
1 Februari
Sabtu
Hari Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
MAC
4 Mac
Selasa
Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu
Terengganu
APRIL
15 April
Selasa
Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah
Melaka
18 April
Jumaat
Good Friday
Sabah & Sarawak
19 April
Sabtu
Hari Keputeraan Sultan Perak
Perak
26 April
Sabtu
Hari Keputeraan Sultan Terengganu
Terengganu
MEI
1 Mei
Khamis
Hari Pekerja
Semua Negeri
7 Mei
Rabu
Hari Hol Pahang
Pahang
13 Mei
Selasa
Hari Wesak
Semua Negeri
17 Mei
Sabtu
Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis
Perlis
27 Mei
Selasa
Israk & Mikraj
Kedah, Negeri Sembilan & Perlis
30 Mei
Jumaat
Pesta Kaamatan (Pesta Menuai)
Sabah & Labuan
31 Mei
Sabtu
Pesta Kaamatan (Pesta Menuai)
Sabah & Labuan
JUN
1 Jun
Ahad
Perayaan Hari Gawai Dayak
Sarawak
2 Jun
Isnin
Perayaan Hari Gawai Dayak
Sarawak
7 Jun
Sabtu
Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Semua Negeri
29 Jun*
Ahad
Awal Ramadan
Johor, Kedah & Melaka
JULAI
7 Julai
Isnin
Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan Dunia
Penang
12 Julai
Sabtu
Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
Penang
15 Julai
Selasa
Hari Nuzul Al-Quran
Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu
28 Julai*
Isnin
Hari Raya Aidilfitri
Semua Negeri
29 Julai*
Selasa
Hari Raya Aidilfitri
Semua Negeri
OGOS
31 Ogos
Ahad
Hari Kebangsaan
Semua Negeri
SEPTEMBER
13 September
Satbtu
Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak
Sarawak
16 September
Selasa
Hari Malaysia
Semua Negeri
OKTOBER
4 Oktober
Sabtu
Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah
Sabah
5 Oktober*
Ahad
Hari Raya Haji
Semua Negeri
10 Oktober
Jumaat
Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka
Melaka
23 Oktober*
Khamis
Hari Deepavali
Semua Negeri kecuali Sarawak
24 Oktober
Jumaat
Hari Keputeraan Sultan Pahang
Pahang
25 Oktober
Sabtu
Awal Muharram
Semua Negeri
NOVEMBER
11 November
Selasa
Hari Keputeraan Sultan Kelantan
Kelantan
12 November
Rabu
Hari Keputeraan Sultan Kelantan
Kelantan
22 November
Sabtu
Hari Keputeraan Sultan Johor
Johor
29 November
Sabtu
Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar
Johor
DISEMBER
11 Disember
Khamis
 Hari Keputeraan Sultan Selangor
Selangor
25 Disember
Khamis
 Hari Krismas
Semua Negeri

Perhatian: Kalender Cuti Umum Tahun 2014 adalah tertakluk pada pindaan

 Takwim Penggal Persekolahan bagi Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu
KUMPULAN A


 Takwim Penggal Persekolahan bagi Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
KUMPULAN B

                            SUMBER: MOE ( Kementerian Pelajaran Malaysia Portal )/oleh saifulfromslim.blogspot.com


 saifulfromslim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...