my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

21 October 2013

BAJET 2014 - APA yg dituntut oleh QUEPACS untuk meringankan kos sara hidup 1.4 juta penjawat awam dalam Bajet 2014.?

BAJET 2014: CUEPACS MINTA BONUS, KENAIKAN BEBERAPA ELAUN TETAP


Bernama
10/10/2013

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan memperuntuk pemberian bonus dua bulan dan menaikkan beberapa elaun tetap termasuk perumahan dan sara hidup kepada 1.4 juta penjawat awam dalam Bajet 2014.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kerajaan perlu memberi bonus dan kenaikan elaun itu berikutan peningkatan kos sara hidup terutamanya setelah subsidi petrol dikurangkan baru-baru ini. 

Menurutnya Cuepacs amat berharap imbuhan tetap perumahan dinaikkan mengikut gred setelah 15 tahun berada pada paras sama selain mengambil kira ketidakmampuan golongan rendah dan sederhana memiliki rumah berikutan harga semakin meningkat kini.

Cuepacs turut memohon elaun sara hidup (Cola) antara kawasan bandar dan luar bandar diselaraskan kepada RM300 kerana kos sara hidup di semua kawasan tidak banyak berbeza. 

Kongres itu juga mahukan kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan untuk penjawat awam daripada 4 peratus kepada 1 peratus berikutan kenaikan harga rumah. 

Sementara itu, Omar berkata Cuepacs menyambut baik kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengenai pelepasan cukai untuk golongan berpendapatan sederhana yang dijangka diumum dalam bajet kali ini. 

Bagaimanapun, Omar berharap kerajaan dapat memberikan lebih banyak mekanisme subsidi kepada golongan itu kerana mereka tidak layak menerima bantuan lain seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinikmati golongan berpendapatan rendah.
"Sudah tentu ini berita gembira buat kita jika ia diumumkan. Namun, kita berharap lebih banyak bantuan atau subsidi lain diumum untuk penjawat awam," katanya. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual membentangkan Bajet 2014 pada 25 Okt ini. 

Tuntutan Pertama:
Memperuntuk pemberian bonus dua bulan

Tuntutan Kedua:
Menaikkan beberapa elaun tetap termasuk ELAUN PERUMAHAN dan ELAUN SARA HIDUP kepada 1.4 juta penjawat awam

Tuntutan Ketiga: 
Elaun sara hidup (Cola) antara kawasan bandar dan luar bandar diselaraskan kepada RM300 kerana kos sara hidup di semua kawasan tidak banyak berbeza.

Apakah PM Datuk Seri Najib Tun Razak, akan mendengar keluhan permohonan President Quepacs Datuk Omar Osman ini, dan mempertimbangkan harapan Quepacs untuk kebajikan dan nasib kakitangan awam yang semakin tertekan dengan kos sara hidup yang meningkat sejak kebelakangan ini? Jawapannya hanya akan terungkai pada 25/11/2013 ini......Tuuuunnnngggggguuuuu


saifulfromslim

20 October 2013

Keputusan Pemilihan UMNO 2013- Naib Presiden, Majlis Tertinggi dan Bahagian Tanjung Malim

Naib Presiden UMNO :

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Ketiga-tiga penyandang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Mohd. Tajol Rosli Ghazali ketika mengumumkannya dalam sidang akhbar pukul 1.40 pagi ini berkata, setelah 188 daripada 191 bahagian disahkan kiraan undi, Ahmad Zahid memperoleh 185 undi manakala Mohd. Shafie mendapat 174 undi dan Hishammuddin, 100 undi.

Pesaing terdekat, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir pula mendapat 91 undi.

Walaupun kalah dalam pemilihan mengikut sistem "electoral college", namun Mukhriz mengatasi Hishammuddin dari segi undi popular. Beliau mendapat 55,290 undi manakala Hishammuddin 54,829 undi.

Dua lagi calon, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam masing-masing sekadar mendapat lapan dan tujuh undi.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berkata, gandingan beliau, Shafie dan Hishammuddin diyakini akan membantu memperkasakan institusi UMNO dalam usaha memastikan parti itu terus relevan khususnya di kalangan generasi muda.

"Ini penting memandangkan terdapat 6.5 juta pengundi baru pada Pilihan Raya Umum Ke-14. Biarpun sudah berumur 60-an, tapi pemikiran, cita rasa dan gerak kerja akan tetap mengambil kira pola pemikiran golongan muda," katanya.

Majlis Tertinggi UMNO:















                                                            KUALA LUMPUR - Senarai calon Majlis Tertinggi (MT)
terus menyaksikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mendahului calon-calon lain.

Setakat jam 11 malam, Mustapa memperoleh 65 undi. Sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek masing-masing mendapat 63 undi.






Berikut keputusan 25 calon MT setakat jam 11 malam:

1. Datuk Seri Mustapa Mohamed - 65 undi
2. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - 63
3. Datuk Seri Jamil Khir Baharom - 63
4. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek - 63
5. Datuk Seri Idris Jusoh - 62
6. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim - 62
7. Datuk Abd Rahman Dahlan - 61
8. Datuk Idris Haron - 60
9. Datuk Mahdzir Khalid - 56
10.Datuk Hassan Malek - 56
11.Datuk Seri Shahidan Kassim - 54
12.Datuk Razali Ibrahim - 54
13.Datuk Seri Mohamad Hasan- 53
14.Datuk Tajuddin Abdul Rahman - 52
15.Tan Sri Annuar Musa - 50
16.Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis - 50
17.Datuk Shamsul Anuar Nasarah - 47
18.Datuk Seri Azalina Othman Said - 46
19.Datuk Abd Latiff Ahmad - 44
20.Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin - 43
21.Dr Mohd Puad Zarkashi - 43
22.Datuk Mokhtar Radin - 34
23.Datuk Ab Aziz Kaprawi - 33
24.Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin - 30
25.Datuk Reezal Merican Naina Merican - 30

                                                                   terkini
Terkini MAJLIS TERTINGGI

UMNO Bahagian Tanjung Malim:

                      "Khusairi Kekal Jawatan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim"

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Khusairi Abdul Talib berjaya mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim selepas mendapat 273 undi, sekaligus menewaskan pesaing terdekatnya, Yadzan Mohamad yang sekadar meraih 105 undi.

Khusairi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim menang dengan majoriti 168 undi manakala dua lagi calon yang bertanding iaitu Mahhadee Ramlee dan Shukor Ahmad masing-masing hanya mendapat 10 dan lapan undi.

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjung Malim yang berlangsung di dewan utama MRSM Trolak pagi tadi turut menobatkan Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh sebagai Timbalan Ketua Bahagian selepas berjaya meraih 215 undi perwakilan, sekaligus menewaskan pencabarnya, Ahmad Fuad Abdul Halim yang mendapat 172 undi.

Untuk jawatan Naib Ketua Bahagian pula, Mohd Hatta Lodin menewaskan penyandang, Syed Damiri Syed Mohd Nor selepas mendapat 215 undi manakala lawannya sekadar memperoleh 173 undi.



saifulfromslim

17 October 2013

10 usahawan Melayu terkaya di Malaysia.

Usahawan Melayu terus mencuba menguasai kekayaan di Malaysia ini walaupun hakikatnya pada hari ini masih dipegang oleh bangsa lain di Malaysia ini.

Semangat para usahawan melayu untuk cuba menjadi kaya serta mengkayakan bangsa sendiri.Tidak dinafikan lagi bahawa usahawan Melayu juga hebat berniaga seperti bangsa lain.

Lihat sahaja di mana-mana tempat, usahawan Melayu tetap ada menjalankan perniagaan mereka sama ada perniagaan kecil mahupun besar tanpa mengira apa jua industri. Malahan ramai usahawan Melayu kini telah berjaya dalam perniagaan mereka di dalam dan luar negara.

Kali ini, kami akan mengetengahkan 10 usahawan Melayu yang sangat hebat dan berbakat dalam perniagaan yang mereka ceburi dan merupakan 10 usahawan terkaya di Malaysia.

1.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari



Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari merupakan orang Melayu terkaya di Malaysia yang menguasai pelbagai industri di Malaysia.

Dilahirkan pada tahun 1952 di Alor Setar, Kedah dan merupakan pengasas Yayasan Albukhary

Merupakan orang ke-8 terkaya di Malaysia.

Jumlah Kekayaan: $2.75 bilion


2.
Shahril & Shahriman Shamsuddin

Kedua adik-beradik ini merupakan antara bilionaire yang menjalankan perniagaan dalam  industri gas dan petroleum.
Merupakan CEO dan Presiden Sapura Kencana manakala adik beliau merupakan lembaga pengarah syarikat tersebut.

Merupakan orang ke-12 terkaya di Malaysia.

Jumlah Kekayaan: $1.05 bilion

3.
Mokhzani Mahathir


Datuk Mokhzani Mahathir merupakan anak kedua mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad, yang menjalankan perniagaan dalam industri Gas dan Petroleum.

Dilahirkan pada Januari 1961, beliau merupakan naib Pengerusi Eksekutif di Sapura Kencana.

Merupakan orang ke-15 terkaya di Malaysia.

Jumlah Kekayaan: $980 juta

4.
Azman Hashim
  

Tan Sri Azman Hashim merupakan antara tokoh industri perbankan Melayu yang paling 
berjaya di Malaysia.
     
Dilahirkan pada Julai 1939, beliau merupakan Pengerusi Ambank Group yang merupakan 
bank ke-5 terbesar di Malaysia.

 Merupakan orang ke-17 terkaya di Malaysia.

 Jumlah Kekayaan: $810 juta
5.
Kamarudin Meranun

Datuk Kamarudin Meranun merupakan tokoh terkemuka dan antara pemegang saham serta pengasas bersama dalam syarikat penerbangan Air Asia.

Merupakan rakan kongsi Tony Fernandes, beliau juga adalah Timbalan Pengarah Eksekutif Air Asia Berhad sejak Disember 2001.

Merupakan orang ke-20 terkaya di Malaysia.

Jumlah Kekayaan: $635 juta
6.
Ahmayuddin bin Ahmad

Merupakan pengasas bersama yang memegang saham sebanyak 17% dalam Westport Malaysia, terminal terbesar di Pelabuhan Klang.
Kini berusia 56 tahun, beliau merupakan Pengarah Westport Holdings Sdn Bhd dan Pengarah Kuala Lumpur Sentral.

Merupakan orang ke-32 terkaya di Malaysia.

Jumlah Kekayaan: $315 juta


7.
Eleena Azlan Shah

YAM Raja Eleena Sultan Azlan Shah merupakan anak perempuan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah

Dilahirkan pada 3 April 1960, beliau merupakan Pengarah syarikat Gamuda yang merupakan sebuah syarikat pembinaan terbesar di Malaysia.

Merupakan orang ke-41 terkaya di Malaysia

Jumlah Kekayaan: $200 juta
8.
Abdul Hamed Sepawi

Datuk Abdul Hamed Sepawi merupakan antara tokoh dalam industri pembalakan dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan hutan.

Berusia 64 tahun, beliau merupakan Pengerusi Naim Holdings Berhad, Sarawak Energy Berhad, and Ta Ann Holdings Berhad.

Merupakan orang ke-43 terkaya di Malaysia.
Jumlah Kekayaan: $167 juta
9.
Nazir Razak

Dato’ Seri Mohd Nazir merupakan anak bongsu kepada Perdana Menteri Malaysia ke-2, Tun Abdul Razak dan merupakan adik kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Najib.

Dilahirkan pada tahun 1966 di Kuala Lumpur, beliau merupakan tokoh perbankan yang mengetuai bank ke-5 terbesar di ASEAN, CIMB. Beliau juga merupakan Pengarah Urusan & CEO CIMB Group.

Merupakan orang ke-49 terkaya di Malaysia.

Jumlah Kekayaan: $147 juta


10.

Hamdan Mohamad

Tan Sri Hamdan Mohamad merupakan antara tokoh usahawan Melayu yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa dalam industri pembinaan dan insfrastruktur.

Berusia 57 tahun, beliau merupakan Pengarah Eksekutif, Presiden dan CEO Ranhill Berhad yang menguasai 56.9% pegangan saham syarikat.

Merupakan orang ke-50 terkaya di Malaysia.

Jumlah Kekayaan: $145 juta
 saifulfromslim

14 October 2013

TANDA-TANDA KIAMAT KECIL SUDAH SEMPURNA…HANYA MENUNGGU TANDA-TANDA BESAR.

TANDA-TANDA KIAMAT KECIL SUDAH SEMPURNA…HANYA MENUNGGU TANDA-TANDA BESAR. 15 TANDA KECIL SUDAH PUN SEMPURNA …MAKA HANYA TINGGAL LAGI 10 YANG MANA DAN SUDAH MULA, ADA PENANDAAN BESAR KIAMAT BERKENAAN….ALLAHUA’LAM…

( Gambar hanya sebagai hiasan dan tiada kaitan dengan tanda
  -tanda kiamat yang dimaksudkan )
Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

( Gambar hanya sebagai hiasan dan tiada kaitan dengan tanda
  -tanda kiamat yang dimaksudkan )
Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang  hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

10) Bulan sabit kelihatan besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim

14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai

15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)
Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

1.Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2.Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3.Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4.Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

5.Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6.Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7.Gempa bumi di Timur.

8.Gempa bumi di Barat.

9.Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10.Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman. Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

saifulfromslim
10 zulhijjah 1434 H / 15 Oktober 2013
Salam Eid-Ul-Adha untuk semua saudara muslim & muslimah



12 October 2013

penyayang dan keikhlasan itu juga satu pengorbanan....Salam aidiladaha

Siapa yang lebih bersifat penyayang, seorang doktor atau seorang ayah?
Apa erti pengorbanan sebenar? Siapa lebih berkorban, seorang doktor atau seorang ayah?
Sempena Hari Raya Korban, atau Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidiladha ...saya terpanggil untuk memapar satu sedutan cerita yang memperincikan pengertian korban serta sifat penyayang yang sebenar yang masih ada dimuka bumi Allah swt ini.

Salam Aidiladha dan Selamat Membaca....moga-moga ianya akan lebih mencerna minda kita agar lebih peka akan pengertian kasih sayang dan pengorbanan



Have a blessed Eid-ul Adha
May god bless you and your dear ones with peace,
prosperity and happiness on the auspicious occasion of Eid-ul-Adha.
wishing that your sacrifices are appreciated and your prayers are answered by the almighty.
Have a blessed Eid-ul Adha:
from Saiful Anuar Safian & family's
10 zulhijjah 1434 H, 15th oct 2013





saifulfromslim

10 October 2013

SEPULUH (10) Orang Terpandai di Dunia


10 Orang Terpintar di Dunia



Apa yang membuat seseorang dikatakan pintar? Dari Intelegence Quotient (IQ)-nya, atau kecakapan dan prestasinya? Berikut 10 orang terpintar di dunia yang hidup di tahun 2013 ini. Bila dinilai dari IQ, ada 50% orang di dunia ini memiliki nilai IQ antara 90-110, kemudian 2,5% ber-IQ jongkok di bawah 70, 2,5% bernilai IQ > 130 dan dikategorikan superior. Hanya 0,5% yang memiliki IQ > 140 dan dikatakan hampir jenius atau jenius

Berikut 10 orang terpintar di dunia 2012 versi SchoolScholar.org yang disiarkan dari Huffington Post:

1. Stephen Hawking (70)


Adalah nama yang paling terkenal dalam daftar ini. Dia meletakkan dasar-dasar teori fisika, menemukan teori Black Hole dan menulis buku yang membantu manusia memahami alam semesta.
Dan itu dilakukannya di tengah penderitaannya yang mengidap penyakit saraf motorik Amyotrophic lateral sclerosis (ALS) yang membuatnya lumpuh, hingga untuk bicara saja harus dibantu oleh alat.
Menurut mantan istrinya, Jane, Stephen adalah ateis. Namun Stephen mengatakan dia tidak religius dalam akal sehat orang normal. Stephen percaya bahwa alam semesta ini diatur oleh hukum alam dan sains.
"Hukum itu bisa jadi dikeluarkan oleh Tuhan namun Tuhan tidak ikut campur dalam hukum itu," demikian kata Stephen.
Dia juga tidak mempercayai adanya surga dan kehidupan setelah mati dan mengatakan bahwa surga dan kehidupan setelah mati adalah cerita-cerita peri dari orang-orang yang takut akan gelap.



2. Kim Ung Yong


Kim Ung Yong (50) adalah seorang insinyur sipil dari Korea, mantan anak kecil terpandai di dunia versi Guinnes Book World of Records dengan nilai IQ 210.
Saat umur 4 tahun saja, IQ-nya mencapai 200 dengan tes yang diberikan untuk anak umur 7 tahun. Saat balita itu Kim Ung Yong bisa memecahkan soal diferensial kompleks dan integral kalkulus, menghapal 2 ribu kata dalam bahasa Inggris dan Jerman.
Kim yang sempat bekerja di NASA AS saat remaja ini kembali ke negaranya dan memutuskan berpindah bidang dari fisika ke bidang teknik sipil. Kim sudah menelurkan 90 makalah tentang hidrolik di jurnal-jurnal ilmiah.


3. Paul Allen


Paul Allen (59) adalah salah satu pendiri Microsoft yang menggunakan otaknya untuk memperoleh kekayaan.
Dengan kekayaan US$ 14,2 miliar atau sekitar Rp 136 triliun, Paul Allen yang ber-IQ 170 ini masuk jajaran orang terkaya ke-48 di dunia sekaligus salah satu dermawan.


4. Rick Rosner


Dengan IQ 192, tentu Anda tidak menduga jika Rick Rosner (52) berprofesi sebagai penulis naskah di TV untuk Jimmy Kimmel.
Selain itu Rick juga pernah menjalani profesi sebagai penari telanjang, pelayan bersepatu roda, tukang pukul dan model telanjang.


5. Garry Kasparov


Garry Kasparov (49), seorang grandmaster catur yang menjadi juara dunia catur pada usia 22 tahun. Kendati demikian, Garry pernah dikalahkan main catur oleh Deep Blue, program permainan catur buatan IBM.
Garry yang ber-IQ 190 ini pensiun dari dunia catur pada 2005. Kini Garry terjun ke politik dan menjadi penulis. Dia berancang-ancang mengikuti pencalonan presiden Rusia


6. Sir Andrew Wiles


Sir Andrew Wiles (59) merupakan matematikawan dan profesor penelitian dari Oxford University. Dia terkenal karena memecahkan teori paling sulit di bidang matematika, Teorema Terakhir Fermat.
Teori yang dikemukakan oleh Pierre de Fermat pada abad ke-17 ini tidak terpecahkan selama 357 tahun, sebelum akhirnya dipecahkan oleh Andrew yang ber-IQ 170 ini.
Teorema ini mengatakan:
untuk n > 2, tidak ada bilangan bulat bukan nol x, y, dan z yang memenuhi persamaan x^n + y^n = z^n
Andrew juga mendapat 15 penghargaan dalam matematika dan sains.


7. Judith Polgar



Ayah Judith Polgar (36) membesarkan kedua anaknya dengan berteori bila anak dilatih kemampuan khusus sejak dini dia akan membuat prestasi yang istimewa.Terbukti, Judith yang ber-IQ 170 ini menjadi anak terpandai, dan mengalahkan grand champion catur dunia termuda saat itu Boby Fischer, pada usia 15 tahun.


8. Christopher Hirata


Christopher Hirata (30) termasuk orang jenius karena sudah berkuliah di California Institut of Technology (Caltech) pada usia 14 tahun. Dan pada usia 16 tahun, dia sudah bekerja di NASA dalam proyek ke Mars. Christopher yang ber-IQ 225 ini sudah menyabet gelar PhD pada usia 22 tahun dari Princeton University.


9. Terrence Tao


Terrence Tao (37) dulunya menjadi anak terpandai dengan IQ 230. Pada usia balita dia mulai belajar matematika dengan menonton acara Sesame Street.
Pada usia 2 tahun dia sudah bisa berjalan dan berbicara, serta menghitung aritmatika dasar.


10. James Woods


James Woods (65) adalah seorang aktor film dan TV di Amerika Serikat yang jenius, ber-IQ 180. James sudah terdaftar di kelas aljabar linear di UCLA saat SMA, dan kemudian diterima di Massachusets Institute of Technology (MIT). Di MIT dia mengikuti kelas akting dan kemudian drop out (DO).
Jadi akan jadi seperti apa karirnya bila dia meneruskan kuliahnya. Sebagai aktor, James sudah memenangkan 3 Emmy Award dan 2 nominasi piala Oscar.
Mahu jadi seperti orang-orang ini, maka temukan minat mu dan jadikan itu sebagai keahlianmu. Tidak semua orang pintar itu harus pintar pada akademik
saja.

saifulfromslim

06 October 2013

Gaji GURU lesap akibat akaun gaji digodam.

Gaji GURU lesap akibat akaun gaji digodam.

PUTRAJAYA ,2/10/2013 – Kementerian Pendidikan menasihatkan mana-mana guru yang gaji mereka lesap akibat akaun gaji digodam segera tampil membuat aduan secara rasmi.

Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata, pihaknya hanya mengetahui maklumat mengenai kes guru kehilangan gaji itu menerusi akhbar dan siasatan sedang dilakukan bagi mengesahkan kesahihannya.

Menurut beliau, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada Bahagian Perolehan dan Kewangan yang kini dalam proses mengumpulkan maklumat mengenai kejadian tersebut.

“Kejadian hilang gaji tidak sepatutnya berlaku dan kita sedang melakukan siasatan menyeluruh apakah puncanya, setakat ini kita hanya mendapat maklumat melalui akhbar, belum ada lagi guru yang tampil buat aduan.

“Selain membuat aduan kepada pihak kementerian, guru-guru terbabit juga perlu membuat laporan polis jika benar gaji mereka hilang akibat akaun gaji digodam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Isu gaji guru yang lesap itu timbul selepas satu surat dipercayai palsu yang menggunakan lambang rasmi kerajaan dan kononnya daripada Pegawai Sektor Pendidikan, Mohd. Amin Anis dihantar menerusi e-mel ke beberapa buah sekolah.

Menerusi e-mel itu, guru-guru diminta melengkapkan borang lampiran MPDJAN yang disediakan berserta cop rasmi sekolah dan tanda tangan Guru Besar dan perlu dihantar semula sebelum atau pada 30 September lalu ke alamat aminmoe.gov@gmail.com.

Pengirim e-mel tersebut menggunakan alamat Aras 6 & 7, Blok E12, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Salinan surat palsu tersebut turut dimuat turun ramai pengguna di laman sosial Facebook.

Pendapat saya: Kenapa ini berlaku pada guru?
Mudah. Sebab terlalu banyak aplikasi online sedang dilalui oleh kalangan guru. Semua mesti disegerakan mengikut dateline. Jadi ramai guru tanpa fikir dan membuat rujukan akan terus key in apa yang perlu tanpa berfikir panjang. Yang penting selesai dan tidak akan disenarai hitam pada aspek kegagalan melaksanakan aplikasi berkenaan.

Semua ini menjadi satu sumber menguntungkan dikalangan pengodam tak bermaruah melaksanakan pencurian tak bermaruah ini. Guru key in pelbagai data peribadi yang boleh menguntung pihak pengodam. Kita guru ada satu sifat iaitu terlalu yakin dengan aplikasi Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah sentiasa dikawal dan sukar ditembusi oleh penggodam. Sepatutnya pada perkara yang melibatkan pada data penting kita sepatutnya membuat secara manual.

 Kita tak harus mengikut langkah syarikat kewangan dan perbankkan kerana perisian mereka yang begitu tinggi dan terkini dari aspek keselamatan pun boleh digodam. Tapi yang berbeza mereka boleh mengesan akiviti godaman berkenaan, manakala kita jawabnya melopong tak tahu mana hilangnya duit kita. Berhati-hatilah cikgu-cikgu semua

saifulfromslim

30 September 2013

PEMILIHAN CEC (DAP) - KONGRESS KHAS Tahniah yang terpilih

PEMILIHAN CEC (DAP) - KONGRESS KHAS
Tahniah yang terpilih!!!



PETALING JAYA - Berikut senarai barisan kepimpinan DAP Pusat selepas pemilihan semula 20 anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) pada Kongres Khas DAP, di sini, hari ini.
   
Anggota CEC bagi tempoh 2013 dianggotai 20 ahli yang dipilih dan 10 lagi dilantik, tidak berubah berbanding barisan kepimpinan yang dipilih pada Disember, tahun lepas.
    
20 Anggota CEC Dipilih:

1. Liew Chin Tong (1,438 undi)
2. Lim Kit Siang (1,436)
3. Karpal Singh (1421)
4. Gobind Singh Deo (1409)
5. Lim Guan Eng (1,304)
6. Chong Chieng Jen (1,294)
7. Anthony Loke Siew Fook (1,263)
8. Chow Kon Yeow (1,203)
9. Fong Kui Lan (1,193)
10.Teng Chang Khim (1,164)
11.Tony Pua Kiam Wee (1,158)
12.Zairil Khir Johari (1,132)
13.Teresa Kok Suh Sim (1,127)
14. Chong Eng (1,111)
15. M.Kula Segaran (1,088)
16. Tan Kok Wai (1,088)
17. Teo Nie Ching (1,081)
18. Boo Cheng Hau (961)
19. Nga Kor Ming (956)
20. Ngeh Koo Ham (809)
    
    
10 anggota CEC Dilantik:

1. Dr Tan Seng Giaw
2. Dr P. Ramasamy
3. Senator Ariffin SM Omar
4. Vincent Wu Him Ven
5. Jimmy Wong Sze Phin
6. Dr John Brian Anthony
7. Dr Edwin Bosi
8. Leong Ngah Ngah  
9. V. Sivakumar
10. Thomas Su Keong Siong
    
Pengerusi: Karpal Singh

Timbalan Pengerusi: Tan Kok Wai

Naib Pengerusi (lima jawatan): Chow Kon Yeow , Dr Senator Ariffin SM Omar, Chong Chieng Jen, M. Kula Segaran, Teresa Kok Suh Sim.
   
Setiausaha Agung: Lim Guan Eng
   
Penolong Setiausaha Agung (tiga jawatan): Chong Eng, Ngeh Koo Ham, Dr P. Ramasamy
   
Bendahari Kebangsaan: Fong Kui Lun
   
Penolong Bendahari Kebangsaan: Nga Kor Ming
   
Setiausaha Organisasi Kebangsaan: Anthony Loke Siew Fook
   
Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan: Vincent Wu Him Ven, Thomas Su Keong Siong
   
Setiausaha Publisiti Kebangsaan: Tony Pua Kiam Wee
   
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan: Teo Nie Ching, Zairil Khir Johari
   
Setiausaha Antarabangsa: V. Sivakumar
   
Pengarah Pendidikan Politik: Liew Chin Tong
   
Penolong Pengarah Pendidikan Politik: Dr Boo Cheng Hau
   
Ahli Jawatankuasa: Lim Kit Siang, Dr Tan Seng Giaw, Datuk Teng Chang Khim, Leong Ngah Ngah, Jimmy Wong Sze Phin, Dr Edwin Bosi, Dr John Brian Anthony, Gobind Singh Deo.
   
Penasihat Parti: Dr Chen Man Hin
    
Jawatankuasa/Biro lain:

Jawatankuasa Disiplin: Tan Kok Wai
Anggota: M.Kula, Dr P.Ramasamy, Tan Seng Giaw
Biro Pilihan Raya: Tan Kok Wai
Anggota: Liew Chin Tong, Anthony Loke
Biro Pakatan Rakyat: Teng Chang Khim
Anggota: Anthony Loke Siew Fook, Teresa Kok, Liew Chin Tong, Gobind Singh Deo, Tony Pua Kiam Wee, Vincent Wu Him Ven.
Biro Perundangan: Gobind Singh Deo
Biro Kebudayaan: P.Gunasekaran
Biro Buruh: A.Sivanesan
Majlis Perundingan Dayak (baru ditubuh): Dr John Brian Anthony
Majlis Perundingan Kadazan, Dusun,. Murut (baru ditubuh): Dr Edwin Bosi
- Bernama



saifulfromslim
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...