my advertise

THE BLOG OWNER

THE BLOG OWNER
“Kindness is a language which the deaf can hear and the and the blind can see”

MY Frenz / MY Sahabat

07 January 2012

Bila rakyat biasa macam aku berkata-kata....




Bila rakyat biasa macam aku berkata-kata

Aku petik dari Malaysiakini:
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau yakin akan terus survive dalam arena politik negara ini walau apa pun keputusan mahkamah dalam perbicaraan kes liwat terhadapnya. Ketua pembangkang itu berkata, pengalamannya sebelum ini mengharungi pelbagai pahit manis dalam politik membuktikan keadaan sedemikian. "Saya pernah jadi pemangku perdana menteri, pernah duduk dalam lokap paling hina, pernah makan santapan diraja di semua istana...




"Syukur Alhamdulillah, kamu tahu apa (terjadi)? saya survive," katanya disambut laungan reformasi oleh kira-kira 800 hadirin malam tadi. Bercakap dalam ceramah jelajahnya di Petaling Jaya menjelang keputusan mahkamah terhadap kesnya Isnin ini, Anwar berkata apa pun yang berlaku akan mematangkannya. "Saya matang dalam proses itu. Saya tak sama lagi dengan dulu," katanya. Menurutnya lagi, berdasarkan fakta kes, beliau mesti dibebaskan tanpa syarat. Bagaimanapun, tambahnya, walau apa pun keputusan mahkamah minggu depan,  yang paling penting ketidakadilan mesti diubah dalam pilihan raya umum akan  datang. "Penting untuk kita tawan Putrajaya. Saya yakin. Kita mesti berada di pihak yang benar dalam sejarah," tambahnya.




Terus optimis berhubung keputusan 9 Januari ini, Anwar berkata, beliau terus menyusun jadualnya seperti biasa, termasuk menghadiri pelbagai program prodemokrasi di luar negara pada minggu depan. "Itu rancangan. Jadi tak jadi, tawakal. Kita mesti maju," katanya. Anwar sekarang dalam rangka jelajah seluruh negara yang dilihat bertujuan untuk menggerakkan seramai mungkin rakyat  menghadiri perhimpunan "Bebas Anwar 901" Isnin ini.




Polis telah membenarkan Pakatan Rakyat meneruskan perhimpunan ‘Bebaskan Anwar' di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, di mana keputusan perbicaraan kes liwat terhadap ketua umum PKR itu akan diumumkan Isnin ini. Sementara itu, naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, orang ramai perlu hadir dalam perhimpunan menyokong Anwar Isnin depan kerana beliau merupakan "simbol keadilan"."Terima kasih pada polis sebab beri permit, tapi tak beri padang (untuk berhimpun). Ramai nak hadir," katanya dalam ceramah yang sama.





Pandangan aku pasal DS Anwar Ibrahim ini berdasar petikan di atas:


1. Dia bangga pernah memangku jawatan perdana menteri dan menghina lokap dan bangga kerana pernah makan santapan diraja dan pada pendapat aku dia mahu menjadi PM sangat-sangat kerana kemungkinan dia rase dialah diantara pemimpin pembangkang yang paling cerdik diantara pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain seperti Hj Hadi Awang, Lim Kit Siang, atau pun Tuan hj Nik Aziz.

2. Dia terlalu optimis akan menang pada pilihanraya dan akan menjadi PM dan akan menawan Putrajaya dan merasakan jentera kerajaan sedia ada seolah-olah telah mati dan tidak mampu menyainginya. BN dan PM sedia ada Datuk Sri Najib seolah-olah tiada tandingan dengannya. Dia juga yakin bahawa semua pemimpin parti-parti lain dalam PR sangat menghormati beliau, kerana kemampuan dan kepintaran yang paling cemerlang diantara pemimpin lain samada DAP atau PAS

3. Dia begitu yakin bahawa sebahagian besar rakyat Malaysia memerlukan dirinya untuk memimpin Negara ini dan tidak suka pada pimpinan Datuk Seri Najib sekarang.

4. Dia samasekali tidak yakin akan sistem perundangan di Malaysia ini dengan mengatakan bahawa berdasar fakta kes dia harus dilepaskan dari pertuduhan pada 9hb Januari ini. Dia ingat semua rakyat Malaysia percaya dirinya tidak bersalah dari segi peratusan yang besar semuanya percaya padanya pada perkara ini.

5. Dia juga meletakkan dirinya sebagai pemimpin yang paling menyanjungi demokrasi dan mencintai keadilan. 


6. Kenyataan terima kasih Naib President PKR Nurul Izzah pada polis tidak begitu iklas kerana menyindir kerana tidak memberi padang (kawasan yang lebih luas) untuk berhimpun. Jelas anaknya begitu berani mengatakan pada orang ramai harus datang ke perhimpunan pada hari Isnin ini kerana yakin bahawa bapanya satu-satunya pemimpin di Malaysia ini yang paling tulus dan mempunyai simbol keadilan.



PERSOALANYA, AKU TIBA_TIBA TERTANYA-TANYA PULAK...

Jika betul-betul yakin bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah kepimpinan pilihan rakyat Malaysia masakini....AKU TERTANYA-TANYA mengapa harus diadakan kempen "Bebas Anwar 901" dan jelajah seluruh Negara ini? Macam takut saja tak dapat sokongan dan seolah-olah macam tak yakin saja bunyinya. Adakah Malaysia ini maju kerana DSAI pernah jadi Timbalan Perdana Menteri satu masa dulu? Aku rasa entahlah nak jawab ye, pun rase serba salah. Kadang-kadang aku teringin sangatlah nak tengok DSAI jadi PM Malaysia ni, kerana betul ke dia ni cerdik sangat, dan akan meletakkan Negara dalam sistem kehakiman dan perundangan yang telus dan akan berlaku adil pada setiap kaum di Negara ini ? Betul ke dia mampu menjadikan negara ini makmur dan aman damai. Boleh ke dia melaksanakan demokrasi dengan telus? Betul ke dia bijak sangat pada perkara pengurusan ekonomi Negara dan boleh membawa Negara sebagai sebuah Negara maju dan kaya raya?


Siapa boleh jawap...dengan yakin pada perkara ini...bagi aku................. ...........ENTAHLAH...tak mampu nak jawab....



oleh: saifulfromslim

06 January 2012

901 Free Anwar campaign - Tun Dr Mahathir...says...


Don't threaten court, Anwar and supporters told


05.01.2012
KUALA LUMPUR, Jan 5 (Bernama) -- Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said Datuk Seri Anwar Ibrahim and his supporters should respect the law and not threaten the court by planning to hold a demonstration in the federal capital this Jan 9. He said the proposed demonstration was a threat to the court process and putting those involved in the judicial process under pressure"They should not be influencing the court by issuing threats...for example, they will not demonstrate if the court rules in their favour," he said after delivering a keynote address to over 150 former high-ranking military officers including former Malaysian Armed Forces chiefs.
Anwar's supporters are said to be planning to gather in front of the Kuala Lumpur High Court on Jan 9, the day the court will give its verdict on the sodomy case involving the opposition leader.Dr Mahathir said if the opposition politicians believed in democracy, they should respect the country's laws and not be just good at talking about various regulations that the government should adhere to. "This country has laws and regulations, but the opposition regards the (sodomy) case as a conspiracy, so they feel they need not follow the law. "They say the planned gathering has to do with freedom of expression as provided by the constitution, but it is clear that their objective is to threaten the court," he said.   
In his keynote addressed titled, "Malaysia Now and the Role Retired Military Officers Can Play," Dr Mahathir said Malaysia was very fortunate compared with other countries which also gained independence from colonial rule in those days, because after more than 50 years, Malaysia still enjoyed stability. "Malaysia is a lucky country, but the question is, are you all satisfied what the success achieved thus far? Or are you frustrated and want change, but think that change is always detrimental?"  
He said people had accused the Barisan Nasional government today of being undemocratic and ruled with an iron first, "but strangely, if this is true, Anwar would not have been able to go through the proper legal process and be represented by nine lawyers."   
Dr Mahathir also criticised today's young generation whom he said enjoyed the most, the stability and development brought about by the country's past leaders but were now going against the government. "With the wealth created, we have been able to send hundreds of thousands of our young to the west for higher education in order to improve their living standard, and of course they are exposed to the western value system, so they do not see the concept of sharing. "When they return home after their studies, they view the government as totalitarian," he lamented. On another note, Dr Mahathir thanked the Malaysian Armed Forces for always being professional and never interfering in the country's political situation"You can sympathise with the opposition but when you work with the government, you have to follow the rules, otherwise we will see a military take-over. But thank God, Malaysian soldiers are professional," he said, adding that he appreciated their contributions and sacrifices for the nation.
By saifulfromslim

aku mengantuk sambil menulis nie.....tapi sakit hati punya hal aku tulis jugak...pasal bantahan depan IPD tg Malim di Slim River hari itu....

Macam-macam cerita pasal demonstrasi di kampung aku nie...depan UPsi Tg Malim pada malam menjelang 1.1.2012...esoknya ada bantahan orang parti politik pembangkang dan student UPSI depan IPD di Slim River.    
Aku pergi juga tengok demonstarasi budak UPSI nie...Orang ramai yang ada disitu semua marahkan polis termasuk aku kerana...disitu semua cerite polis pukul 2 student dan salah sorang patah tulanmg rusuk..Masa tue aku pun geram dengan polis nie...lepas bersurai je lebih kurang jam 2.30 petang ahad...aku pun terus ke hospital Slim jumpa bekas murid aku yang kerja HA, pembantu perubatan nak tanya pasal student yang cedera parah nie. Sebaik sampai lobby hospital aku talipon le orang nie...Cepat dia muncul...terus cium tangan aku...maklum le bekas murid aku...segan juga aku kerana dia dalam uniform kerjanya. Tapi ape nak buat...itu sifatnya. Aku bertanya le perkara yang berkaitan padanya. Terkejut aku mendengar sebab katanye mana ada patah cikgu..luka sikit je kena kaca yang pecah...dan elok je kat ward tu... Ini le orang-orang politik kalau tak menipu tak sah kot. Abis orang awam percaya cerita nazak student UPSI tue. Yang student yang demonstasi tu pun satu mengiyakan konon kawannye parah dan kritikal. Bengang betul aku. Ini ke rupa nak jadi pemimpin asyik menipu aje. Dia kat Kuala Lumpur tak jengok pun kat tanjung nie..tibe-tibe nak buat statement hingga menyebabkan masyarakat awam percaya 100%...maklumle pemimpin dan boleh dikatekan ada figure sikit... Boleh ke orang macam ini nak memimpin Malaysia...hancur Malaysia kalau orang macam ini memimpin nanti. Celaka punya orang....asyik nak menipu je...lu boleh jalan le...aku terus menyumpah sambil ke parking lot Hospital Slim River...sakit betul hati aku kena tipu idup-idup....

04 January 2012

Demo d TG MALIM...hak bersuara menuntut hak pelajar atau satu agenda sebagai platform kempen parti-parti politik...jk betul untuk hak bersuara demi kepentingan pelajar...itu sudah cukup bagus...tp nampaknya bukan......








CUTI PERSEKOLAHAN DAN CUTI AWAM MALAYSIA 2012



CUTI PERSEKOLAHAN TAHUN 2012 oleh saifulfromslim

Kumpulan A: Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu

Cuti Pertengahan Penggal 1 : 09.03.2012 – 17.03.2012 (9 Hari)
Cuti Pertengahan Tahun : 25.05.2012 – 09.6.2012 (16 Hari)
Cuti Pertengahan Penggal 2 : 17.8.2012 – 25.8.2012 (9 hari)
Cuti Akhir Tahun : 09.11.2012 – 31.12.2012 (53 Hari)

Kumpulan B : Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

Cuti Pertengahan Penggal 1 : 10.03.2012 – 18.03.2012 (9 Hari)
Cuti Pertengahan Tahun : 26.05.2012 – 10.6.2012 (16 Hari)
Cuti Pertengahan Penggal 2 : 18.8.2012 – 26.8.2012 (9 hari)
Cuti Akhir Tahun : 10.11.2012 – 01.01.2013 (53 Hari)


CUTI UMUM BAGI SELURUH NEGARA TAHUN 2012 oleh saifulfromslim

Malaysian State & National Holidays 2012
Dates
Occasion
For
1 January
Sunday
New Year
All states except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu
14 January
Saturday
Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan’s Birthday
Negeri Sembilan only
15 January
Sunday
Sultan of Kedah’s Birthday
Kedah only
23 January
Monday
Chinese New Year
Nationwide
24 January
Tuesday
Chinese New Year (2nd Day)
All states except Kelantan and Trengganu
1 February
Wednesday
Federal Territory Day
Federal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
Nationwide
7 February
Tuesday
Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
4 March
Sunday
Anniversary of Installation
of Sultan of Trengganu
Trengganu only
30 March
Friday
Sultan of Kelantan’s Birthday
Kelantan only
6 April
Friday
Good Friday
Sabah & Sarawak only
15 April
Sunday
5 February
Sunday
Prophet Muhammad’s Birthday
(Maulidur Rasul)
19 April
Thursday
Sultan of Perak’s Birthday
Perak only
1 May
Tuesday
Labour Day
Nationwide
7May
Monday
Hari Hol Pahang
Pahang only
17 May
Thursday
Wesak Day
Nationwide
17 May
Thursday
Raja Perlis’ Birthday
Perlis only
30- 31 May
Wed & Thu
Harvest Festival
Pesta Kaamatan Sabah
Sabah & Labuan only
1 – 2 June
Fri & Sat
Sarawak Harvest Festival
Hari Gawai Sarawak
Sarawak only
2 June
Saturday
Malaysian King’s Birthday
Harijadi Agong
Nationwide
17 June
Sunday
Israk & Mikraj
Kedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 July
Saturday
Georgetown Heritage Day
Penang – but not a ‘paid holiday’ for private sectors employees.
7 July
Saturday
Penang Governor’s Birthday
Penang only
20 July
Friday
Sultan of Trengganu’s Birthday
Trengganu only
21 July
Saturday
Awal Ramadan
Start of Muslim fasting month (bulan Puasa)
Johor, Kedah & Malacca only
6 August
Monday
Nuzul Al-Quran
Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Trengganu only
19 – 20 Aug
Sun & Mon
Hari Raya Puasa *
Nationwide
31 August
Friday
National Independence Day
Merdeka
Nationwide
9 September
Sunday
Sarawak Governor’s Birthday
Sarawak Only
16 September
Sunday
Malaysia Day &
Sabah Governor’s Birthday
Nationwide
Sabah
14 October
Saturday
Malacca Governor’s Birthday
Malacca only
24 October
Wednesday
Sultan of Pahang’s Birthday
Pahang only
26 October
Friday
Hari Raya Haji *
Hari Raya Qurban
Nationwide
27 October
Saturday
Hari Raya Haji (2nd Day) *
Hari Raya Qurban
Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu Only
11 November
Sunday
Nationwide, except for Sarawak
15 November
Thursday
Awal Muharram
(Maal Hijrah)
Nationwide
22 November
Thursday
Sultan of Johor’s Birthday
Johor only
11 December
Tuesday
Sultan of Selangor’s Birthday
Selangor only
25 December
Tuesday
Christmas
Nationwide


Tarikh pembayaran gaji kakitangan awam persekutuan bagi tahun 2012




03 January 2012

GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M)


GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M)
1.      PENGENALAN
Tujuan garis panduan ini adalah untuk menerangkan tentang proses pencetakan, penerimaan dan pembayaran baucar RM200 seperti yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 di Parlimen. Kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM260 juta diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian buku baucar berjumlah RM200. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar.

2.      OBJEKTIF
Inisiatif ini dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.

3.      KRITERIA KELAYAKAN
Pelajar yang layak menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah terdiri daripada:
a)      Warganegara Malaysia;
b)      Lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang melanjutkan pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ Politeknik/ institusi pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah;
c)      Sedang melanjutkan pengajian dan status aktif di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ institusi pengajian tinggi pada Januari 2012;
d)      Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa;
e)      Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di bawah program kerjasama dan mendaftar di bawah anak syarikat IPT berkenaan;
f)       Menuntut di institusi pengajian di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi atau diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia;
g)      Pelajar di Institusi Pendidikan Guru (IPG) di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tidak layak menerima baucar ini kerana telah diberi elaun buku sebanyak RM600; dan
h)      Pelajar yang sedang mengikuti bidang Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tidak layak menerima bantuan ini kerana pelatih KPLI adalah pelatih pra-perkhidmatan (telah diberi elaun).

4.      TEMPOH PELAKSANAAN
Inisiatif ini adalah secara one-off bagi sesi bermula 2012 sahaja. Baucar ini sah diguna pakai selama 3 bulan sahaja iaitu 1 Januari sehingga 31 Mac 2012.

5.      KADAR BB1M  
Setiap pelajar yang layak menerima baucar buku berjumlah RM200 berupa baucar RM50 sebanyak 4 keping.

6.      TATACARA PENGGUNAAN BAUCAR
a)      Baucer akan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan seterusnya mengedarkan kepada semua agensi/institusi;
b)      Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
c)      Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini;
d)      Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis.Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;
e)      Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan;
f)       Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai;
g)      Tempoh sah laku baucar adalah selama 3 bulan sahaja;
h)      Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

7.      PENUTUP
a)      Semua pihak hendaklah mematuhi tatacara dan prosedur kewangan dalam pelaksanaan pemberian baucar ini;
b)      Dokumen berkaitan pemberian baucar ini perlulah dikemas kini dan disimpan secara teratur dan kemas bagi tujuan pemantauan dan pengauditan;
c)      Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan inisiatif ini bolehlah menghubungi pelaksana masing-masing.

KENYATAAN TERBARU DATUK SERI ANWAR IBRAHIM dan kata aku pulak

Kate aku...
Betul atau salah...bagi aku ialah keputusan...mahkamah. Andaian mahkamah berat sebelah dan sebagainya....hanya merupakan andaian saja. Para hakim, pendakwaraya mahu peguambela melakukan kerja. Saksi dalam dan dari luar negara telah membuat kenyataan. Aku sebagai warga Malaysia juga ingin bersuara bahawa semua keputusan adalah betul setelah dihalusi pada satu penghakiman yang panjang. Kalau nak kata semua konspirasi....itu tak adil samasekali...kerana bukan senang nak melibatkan semua pihak melakukannya dengan mudah. Tak adil untuk menafikan intergriti dan keutuhan seseorang samaada para hakim, polis, doktor melakukan kerja dengan betul...Seorang dua berkemungkinan lah tapi kalau semua tu memang tak masuk otak. Sebagai warga yang bebas tidak terlibat dengan mana-mana parti politik...yakin dengan sebarang keputusan mahkamah adalah betul kerana ianya telah dihakimi dan ada pemerhati dari luar melihatnya. Mana ada pekerja awam atau professionel sanggup buat kerja salah dan merosakan kehidupan orang lain. Mereka ada pegangan agama dan sebagai manusia pasti takut jika mereka membuat kerja-kerja yang salah. Jangan rasa kita ini saja yang betul dan orang yang tidak bersama kita itu semua salah. Mereka penjawat awam sentiasa akur pada kerja-kerja yang sebaik-baiknya walau pun kadangkala adakala kesilapan berlaku...tapi peratus  pasti kecil.. Jika kita tidak salah...kita akan menang...Jika kita menang kita akan kata mahkamah malaysia adil....tapi bila kalah...mahkamah malaysia tak betul. Sebagai warga Malaysia sejak kecil hingga ke hari ini aku melafazkan rukun negara setiap waktu dengan mengangkat tangan. Adalah tidak adil aku untuk tidak percaya pada mahkamah, jika aku sentiasa mengucapkan ikrar rukun negara sejak sekolah sehinggalah kehari ini setelah bekerja. Aku hanya akan baca ikrar itu jika aku rasa ianya benar sebab aku bukan hipokrit seperti ada sesetengah orang baca ikrar sebentar tadi selepas tu tak percaya pada rukun-rukun berkenaan....



KENYATAAN TERBARU DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

SHAH ALAM, 3 JAN : Dalam apa yang dilihat sebagai cubaan untuk meraih simpati dan sokongan rakyat menjelang keputusan perbicaraan liwatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa rakyat terus bersama pembangkang  sekali pun beliau dikenakan hukuman penjara. Anwar menegaskan persoalan sama ada beliau ada di dalam penjara atau di luar tidak penting “sekiranya rakyat dan Pakatan masih utuh memilih beliau menggalas jawatan Perdana Menteri,” lapor TVSelangor. Wawancara dengan portal milik kerajaan Selangor itu diuar-uarkan sebagai amanat “terakhir” Anwar kepada rakyat sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan keputusan bersabit kes liwatnya Isnin depan Anwar boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun jika disabit kesalahan liwat untuk kali kedua Namun menurut seorang peguam, sekalipun disabit kesalahan dan dihukum penjara, mahkamah boleh memberi Anwar pengecualian daripada menjalankan hukuman sehingga rayuannya di putuskan di Mahkamah Rayuan dan kemudiannya di Mahkamah Persekutuan Proses rayuan boleh mengambil masa berbulan-bulan.


 Dalam wawancara itu, Anwar memberi amaran bahawa Barisan Nasional (BN) silap sekiranya berfikir bahawa mereka “selamat” dengan memenjarakan beliau.  
"Keutamaan adalah memenangkan Pakatan Rakyat (PR), perbincangan apa terjadi kepada Anwar adalah perkara kedua," katanya. Dalam pada itu, beliau penuh yakin bahawa gagasan Pakatan Rakyat akan menduduki Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang. Pada sidang media di sebelah petang Anwar berkata pucuk pimpinan Pakatan Rakyat sudah memerinci tindakan susulan jika beliau dihukum penjara.


"Soalnya apakah kita ada persiapan? Jawapannya ya. Soalnya pimpinan Pas Tuan Guru Hadi Awang, DAP Lim Lit Siang, sedia maklum? Jawabnya ya. Jadi ini penting sebab, saya ulangi depan mereka bahawa setakat ini dalam mesyuarat memang kebetulan saya mempengurusikan, tetapi keputusan kita buat bersama,” kata Anwar
“Kita buat persiapan yang cukup dan saya harus mengingatkan ini bukan soal peribadi, ini soal Pakatan Rakyat. Ini kita pimpin dan kita putuskan secara kolektif sebagai satu pasukan," tambah beliau. 
Anwar menafikan beliau meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Bukit Damansara dan menyifatkannya sebagai konspirasi politik kedua untuk menjatuhkannya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan itu dan berkata tuduhan liwat yang oleh Saiful adalah isu peribadi antara Anwar dan bekas pembantunya itu.  
    
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...